Thursday, July 26, 2018

Bulan Buku: Julai 2018

Angan-angan itu manifestasi sebuah harapan. Benar atau tidak, terpulang kepada teguhnya sebuah kepercayaan. Terpulang kepada sebesar apa usaha yang telah dan akan diperbuat. Pada harapan yang takdirnya memihak pundak, susun sepuluh jari-dahi menyembah lantai beralas sejadah-titipkan pesan kasih teragung pada Sang Gusti, Robbul Izzati. Tuhan tidak pernah memaling IradatNya pada sebuah harapan.


Intro macam karangan SPM...kihoi! Sumandak Sabah gia...mana kau mau cari?

Baik, seputar tahun 2016, saya memesan buku 'Hafalan Solat Delisa' terbitan PTS terjemahan Bahasa Melayu oleh Tuan Bahruddin Bekri dan seorang lagi penterjemah( kedua-dua mereka berjaya menterjemah HSD dengan sangat bagus) daripada Budak Hijau. Tajuknya begitu memikat hati. Kiranya, itu buku pertama daripada Tere Liye yang saya baca. Lagi pula, saya pernah menonton filemnya.  Buku HSD meninggal kesan melankolik dalam hati saya. Setiap kali teringat HSD, hati saya tersayat pilu. Betul-betul meninggalkan kesan dalam hati sehingga 2-3 hari. Mungkin kerana Tsunami Acheh 2004 realiti yang meruntun hati satu dunia. Satu-satunya buku, yang menyebab mata saya bengkak selesai muka surat akhir. Saya akhirnya, memasang harapan untuk mencari HSD asal dalam bahasa Indonesia.  Berangan-angan tentang rasa bahagia jika memiliki HSD dalam bahasa Indonesia. Ketika harapan seperti tidak memihak pundak...


Akhirnya Julai 2018, atas Izin Tuhan; HSD ini saya miliki melalui perantara comel si penjual buku #najihahjaffar. Alhamdulilah atas kurnia rezeki.
Barangkali, Tuhan mahu menegur saya-perihal solat saya yang selalu telatkan-konon sebab mendahulukan kerjaan-yang sampai tuntas tidak tersiapkan. Delisa budak kecil yang sehabis kudrat mahu menghidang solat sempurna untuk Tuhannya. Malu saya pada Delisa.

Allah sayang saya.

No comments:

Post a Comment