Thursday, July 26, 2018

Bulan Buku: Julai 2018

Sebenarnya, saya tidak berniat membeli buku Fixi
 Saya sudah senarai beberapa buku untuk dibeli bulan ini.  Jadi, waktu saya bertanya lewat whatsapp dengan BudaK Hijau, katanya; Maaf, buku itu tiada-tak jual buku Roman. Sempat bagi solusi untuk dapatkan salah satu buku pilihan Julai. Jadi, untuk ubat rasa kecewa-takut terlepas bulan Julai-sebab HSD tak sampai lagi...


Kelmarin...saya ke Kedai Buku Sandapak. Lalu, jodoh menemukan buku ini walau hajat sebenarnya mencari buku kualiti bagus: Seorang Tua Di Kaki Gunung-yang tidak saya temukan-buku langka-manakan senang mendapatkannya sekarang.
Pernah baca karya Arif Adly: Mereka. Ceritanya bagus. 

Bulan Buku: Julai 2018

Angan-angan itu manifestasi sebuah harapan. Benar atau tidak, terpulang kepada teguhnya sebuah kepercayaan. Terpulang kepada sebesar apa usaha yang telah dan akan diperbuat. Pada harapan yang takdirnya memihak pundak, susun sepuluh jari-dahi menyembah lantai beralas sejadah-titipkan pesan kasih teragung pada Sang Gusti, Robbul Izzati. Tuhan tidak pernah memaling IradatNya pada sebuah harapan.


Intro macam karangan SPM...kihoi! Sumandak Sabah gia...mana kau mau cari?

Baik, seputar tahun 2016, saya memesan buku 'Hafalan Solat Delisa' terbitan PTS terjemahan Bahasa Melayu oleh Tuan Bahruddin Bekri dan seorang lagi penterjemah( kedua-dua mereka berjaya menterjemah HSD dengan sangat bagus) daripada Budak Hijau. Tajuknya begitu memikat hati. Kiranya, itu buku pertama daripada Tere Liye yang saya baca. Lagi pula, saya pernah menonton filemnya.  Buku HSD meninggal kesan melankolik dalam hati saya. Setiap kali teringat HSD, hati saya tersayat pilu. Betul-betul meninggalkan kesan dalam hati sehingga 2-3 hari. Mungkin kerana Tsunami Acheh 2004 realiti yang meruntun hati satu dunia. Satu-satunya buku, yang menyebab mata saya bengkak selesai muka surat akhir. Saya akhirnya, memasang harapan untuk mencari HSD asal dalam bahasa Indonesia.  Berangan-angan tentang rasa bahagia jika memiliki HSD dalam bahasa Indonesia. Ketika harapan seperti tidak memihak pundak...


Akhirnya Julai 2018, atas Izin Tuhan; HSD ini saya miliki melalui perantara comel si penjual buku #najihahjaffar. Alhamdulilah atas kurnia rezeki.
Barangkali, Tuhan mahu menegur saya-perihal solat saya yang selalu telatkan-konon sebab mendahulukan kerjaan-yang sampai tuntas tidak tersiapkan. Delisa budak kecil yang sehabis kudrat mahu menghidang solat sempurna untuk Tuhannya. Malu saya pada Delisa.

Allah sayang saya.

Friday, June 29, 2018

Bulan Buku: Jun 2018

Suka sekali saya bila penjual buku/penulis buku yang menjual buku sendiri menyertakan resit. Satu keberuntungan yang adil pada hemat saya. Dapat nanti saya gunakan untuk pelepasan cukai 2018.


Baik. Inilah buku bulan Jun. Penulis buku 'Budak Meja Belakang'. BMB membawa saya menjadi stalker. Hei...jangan salah sangka. Saya cuma mahu tahu buku lain dia. Atas tiket stalker, pencarian saya berbaloi. Buku pertama saya beli terus dari  Dr. Shah Ibrahim ialah, 'Taki & Dira'. Sebuah novel grafik yang sangat menarik dan melankolik.  Novel tanpa perkataan. Hanya grafik semata-mata. Buku yang dia terbit sendiri.  Lukis dan warna sendiri. Semua sendiri.  Aku cakap pada Cik Tie, "geng, aku akan beli semua buku dia demi koleksi".

Satu Syawal lepas, aku memesan CPSF. Juga, sebuah novel grafik. Sudah pasti, warna monokrom dalam novel ini bakal menambah mood melankolik.


Kata Dr. Shah, CPSF akan ada sekuel. BMB juga akan sambungannya. Wah! 
Selamat maju jaya #DrShahIbrahim.


Friday, June 1, 2018

Bulan Buku:Mei 2018

Sudah Jun rupanya. Saya terlepas menaik entri Bulan Buku Mei. Mei bulan kehilangan buat kami sekeluarga. Adik ipar saya telah pulang ke-rahmatullah pada isnin. Semoga Allah menempatkan dia dalam kalangan orang-orang yang beriman. Apapun, entri ini akan dilabel: Bulan Buku:Mei 2018. 



Sepatutnya saya menaikkan entri ini awal Mei lepas. Saya akun saja, atas sebab malas maka saya menangguh-nangguh masa.

...Hari gembira bagi katak. Segala momen waktu wisata sangat lucu. Bakalan dikenang-diulang-ingat untuk dua sampai tiga hari lamanya. Katak tinggalkan jejak wisata pada bulan. Moga purnama april 2020 akan menggamit katak memula kembali kembara wisata.

Siapa tahu kalian ke PBAKL. Belilah buku "Lagi Surat Yang Tak Tersampaikan". Buka-baca surat 16. 



Wisata 3. Kafe Pelangi. SSOK.

Garis cinta kita tidak pernah selari.
Jangan kau cari titik persamaan.
Apalagi kebijakan.
Begitu pula kebodohan.
Hal prejudis kau telan sendiri.
Kau marah-maki-pertikai sampai kau mati.

Terima kasih Tuhan...

Friday, May 25, 2018

Puisi 2018

Birat Dosa

Kata Tuhan selalu diingkar
Kata manusia selalu didengar
Natijahnya...
Bertimbunan birat dosa
kekal jadi parut
Tak terhilangkan

030418


kerana hati gagal berdamai dengan masa lalu
kuncinya masih kekal di situ
dan juga kerana...
rindu.
Untuk masa yang menghukum leka...
Tidak pernah meniup semboyan permusuhan
Cuma menyudah perintah Tuhan

Kitalah...si manusia, yang dalam kerugian
Merungut pada si detik
katanya..."Aku tak cukup masa"
Egois,
Prejudis,
Stress,
Hati penuh kudis.

Demi masamasa090218

Dulu...
Waktu sayapmu tumbuh sepuluh
Dagumu selalu meninggi
Nyali mencanang khalayak
Katamu..."Sayapku punya kuasa ampuh"

Kaulupa barangkali...
Sayapmu itu kadarluasa
Nah...
Saat Tuhan mengirim resit angkuh
Sayapmu hilang ditelan kabus Kimanis

Pesan Tuhan,
"Sayap itu milikKu..abadi".

Resit Angkuh. Atie240518khm.

Sang Prasista Dewi Kuncoro pernah mengiwir bayu menyampai pesan padaku tiga purnama lalu, katanya...
"hati-hati pada kawanmu, belum tentu dia mengikhlaskanmu. Kau tahu erti kawan seikhlasnya?"
kawan itu ialah...dia yang menyebut-seru namamu lewat sujud 5 kali dalam diam.

270218

Aku, kau, kita...berbeza. Usah dicari titik kebijaksanaan. Nanti melarat kebodohan.

Garis cinta kita tidak pernah selari.
Jangan kau cari titik persamaan.
Apalagi kebijakan.
Begitu pula kebodohan.
Hal prejudis kau telan sendiri.
Kau marah-maki-pertikai sampai kau mati

Friday, April 13, 2018

Bulan Buku: April 2018

Mac lepas, terlepas bulan buku. Saya harus bayar balik. Moga April lebih mesra dengan saya. Inilah buku pilihan saya bulan ini-sebelum PBAKL 2018. Buku 'Sekolah Bernama Kehidupan' saya beli kerana Raiha Bahaudin. 
Waktu itu saya terbaca ucapan belasungkawa Raiha buat penulis buku ini. Ya...penulisnya baru saja meninggal dunia minggu lepas dan merupakan penulis Fixi juga beberapa rumah penerbitan lain. Penulis berasal daripada Sandakan Sabah. Raiha memuji penulis. Kalau kau pernah membaca 'Kunang Persisir Morten', saya pasti, kamu juga mahu membaca 'Sekolah Bernama Kehidupan'.

I'm A Backpacker: Turkey atas cadangan budak hijau. 

Saya yang minta dia cadangkan. Ngam sekali! Insya-Allah akan ke PBAKL 27. April nanti dan saya cakap pada kawan wisata saya, waktu dia tanya kalau2 saya tahu jalan2 di KL, "kita redah saja, buat ala2 backpacker". Cing!


Mac buat saya kehilangan merchandise yang selalu buat saya senyum bulan sabit.

Monday, April 9, 2018

Edisi Senyum Simpul

Surat saya diterima lagi. Terima kasih #StudioAnaiAnai. Kali ini saya hantar dua pucuk surat, 'Kepada Abang Suku Macho' dan 'Gadis Pencinta Hujan'. Salah satu surat saya termasuk dalam buku comel ini. Surat yang mana satu? kenalah beli untuk tahu surat mana. Saya syorkan untuk kamu beli buku ini. Mungkin ada sepucuk untuk kamu...siapa tahu?Alhamdulillah. Gembira...dan ini adalah tonik untuk segala penat menceriakan Bilik Agama. Salam untuk PBAKL.

Hal yang bawa senyum simpul.

Saturday, February 24, 2018

Bulan Buku: Februari 2018

Buku ke-empat dan ke-lima bulan Februari. Ah...ini memang benar-benar ubat untuk segala stress. Ubat untuk kolagen saya yang dicuri Pak Tua. Yang buat saya senyum.
...Ratu katakan kepadaku
Kalau ianya masa lalu
Kenapa saat ketemu
debarnya masih laju?

Malsiel.

Jawapan saya...

Kerana hati masih menyimpan kunci masa lalu
Kerana hati tidak mahu berdamai dengan masa lalu
dan...kerana kenangan itu kerinduan.

Monday, February 12, 2018

Demi masa

Untuk masa yang menghukum leka...
Tidak pernah meniup semboyan permusuhan
Cuma menyudah perintah Tuhan

Kitalah...si manusia, yang dalam kerugian
Merungut pada si detik
katanya..."Aku tak cukup masa"
Egois,
Prejudis,
Stress,
Hati penuh kudis.

Demi masa.

Bulan Buku: Februari 2018

Buku kedua dan ketiga bulan februari. Saya beli buku ini sebab review seorang penulis yang bagus. Sebuah buku anekdot. Buku ini hadir dalam 3 siri. Siri yang aku belum ada: Mana Tunang Aku. Budak Hijau tidak punya stok. Aku kena beli terus daripada KTR barangkali.


Wednesday, February 7, 2018

Bulan Buku: Februari 2018

Buku bulan februari. Ini buku kedua penulis yang saya beli. Saya suka kumpul beberapa buah buku daripada penulis yang sama. Demi koleksi barangkali...tidak dapat saya pastikan tabiat semasa ini. Ceh!
Masih menunggu 2 buah buku yang sedang dalam perjalanan ke Keningau. Target tahun ini #60 buah buku. Semiga Alah mengurnia rezeki halal buat saya, kedua ibubapa, adik-beradik, anak-anak buah, ipar-duai, keluarga juga para sahabat.


Tuesday, February 6, 2018

Cuba jaya: PAK-21

Cerita pagi tadi...

Saya cuba sedaya dapat mengaplikasi PDPC PAK 21. Tiada kursus PDPC PAK 21 khas untuk guru Pendidikan Islam(GPI). Tiada taklimat untuk GPI sebagai panduan melaksana PDPC PAK 21. Saya download Aktiviti PDPC PAK 21 dari blog cikgu Suhaimin Isnen. Seorang bakal guru yang hebat, rajin dan banyak membantu serta memudahkan para guru mendapatkan maklumat dan bahan PDPC(beliau merupakan penulis di SGO). Saya baca dan hadam sendiri ikut kemampuan pemahaman saya. Bermula minggu pertama sekolah, saya sudah cuba mengaplikasi beberapa aktiviti PDPC PAK 21.  Harapan saya, satu kursus khas berkaitan PDPC PAK 21 untuk GPI akan diadakan dalam tahun ini. Ada banyak isu berbangkit yang boleh dibincangkan dan mencari solusi. Tanpa ragu, aktiviti PDPC PAK 21 ini menarik dan sangat membantu; baik guru atau murid. Masalahnya, tanpa pemahaman mantap golongan barisan hadapan(baca: GPI), mampukah PDPC PAK 21 Pendidikan Islam mencapai matlamat  kemenjadian murid secara optimum?

Minggu ke-6 2018.

Time Pair-Share
Team Project
#Yangpentingsup
#SayacubaaplikasiPAK21










Friday, January 12, 2018

Bulan Buku: Januari 2018

Buku pertama 2018. Balik dari kerja, terus ke Sandapak. Cari punya cari, terjumpa buku ini. Teringat, pernah nampak tajuk buku ini lalu di FB atau mungkin dalam salah satu rumah penerbitan yang selalu saya masuk ke dalam tanpa salam untuk misi jalan-jalan cari buku. Waktu buku ini saya nampak secara maya, nama penanya yang comel dan tajuknya yang mengancam, membekas benar diotak saya. Terkesan. Jadi, waktu kepala terdongak-dongak, waktu nampak buku ini di tepi rak tingkat atas, saya ambil tanpa fikir-fikir lagi


Buku pembuka 'Bulan Buku 2018'. Salam untuk Januari si Pari-pari.