Monday, August 28, 2017

Bulan Buku: Ogos 2017

Gembira ganda puteri. Eh! Ganda Puteri dalam silat ek? Mentang-mentang Sukan Sea KL 29. Jam 12 lebih sedikit dapat mesej daripada Poslaju. Buku Pelaris sampai. Sempat bertanya dengan orang kaunter perihal buku lagi satu. Tapi kata dia, belum sampai. Aku tanya lagi kemungkinan buku itu sampai hari ini. Tapi kata dia, esok baru sampai. Sebab buku-buku untuk hari ini semua sudah diambil. Pasrah tunggu esok. Aku terus menapak ke kedai Desa, beli susu segar. Sampai kereta, dapat lagi mesej daripada poslaju. Buku Budak Meja Belakang sampai. Kan...betul tekaan aku. Dua-dua buku sampai hari ini. Cing!

Friday, August 25, 2017

Bulan Buku: Ogos 2017

Sejak tersuka dengan tulisan penulis berasal dari Kuala Penyu Sabah ini, aku terus jadi pemburu buku dia. Buku dia, tajuk: Asrama; buku paling laris di Fixi. 




Wednesday, August 16, 2017

Bulan Buku: Ogos 2017

Sampai cun waktu aku mahu jumpa Waty ambil sabun hilang daki. Aku jangka sampai khamis. Jodoh cepat dengan buku ini. Keehoi!
Senyum terus. Bulan depan, mungkin akan beli satu lagi buku daripada penulis ini. Pelaris tajuknya. Andrea Hirata baru rilis buku ke-10 beliau. Sirkus Pohon, dan hanya ada di pasaran buku Malaysia pada September. Kena sabarlah jawabnya. Mahu saja terbang ke Indonesia. Cuba dekat, Insya-Allah izin Allah, sudah ke sana aku boi.

Saturday, August 5, 2017

Hujan dan Rindu

Langit kelabu
Dan hujan masih malu.

Tidakkah kau rindu?
Pada aku yang selalu merayumu.

Wahai mendung.
Khabarkan pada hujan.
Yang,
Aku rindu.

P/s: kemarau dan panas menggigit.

Friday, August 4, 2017

Bulan Buku: Ogos 2017

Hari ini menyempatkan diri ke Padang Bandaran. Reruai buku. Harga dari RM1-RM5. Cekau dua buah buku.  Walaupun pilihan buku tidak banyak, sekurang-kurangnya, kali ini ada juga reruai yang hidangkan jualan buku. Gembiranya!