Friday, May 26, 2017

Bulan Buku: Mei 2017

Aku beli buku ini dari Carousell. Tersuka dengan tajuknya juga sinopsisnya. Sebuah kisah seram alih bahasa Thailand. Rupanya, pemilik asal buku ini seorang penulis. Bukunya bertajuk, Destiny. Genre cinta.  Sokonglah buku Lana Sophillia. Cari di Cute Publication. RM25 sebuah.


Saturday, May 20, 2017

Suara Katak.

Kau ingat,
katak-katak itu sengaja buat bising panggil hujan, Sebenarnya;
itu suara meminta rahmat Tuhan.
Jadi, 
kau bising-bisingkan-lah-mulutmu.
Minta rahmat Tuhan.
Ucap syukur 21. 
Mintanya katak saja didengar Tuhan, 
inikan pula, kau.

Friday, May 19, 2017

Lagu Pasir

Angin bawa aku berdesir 
Aku mahu menyanyi lagu pasir 
Saat aku mengalun sendu 
Di Ruang Rindu

nya

Guru.
Moga selamat harinya.
Dirahmati Allah hendaknya.
Diberkati hidupnya.
Rezekinya.
Sihat hendaknya.

Selamatlah guru.
Dunia dan akhirat.

Nota Untuk Hujan

Nota untuk hujan.

Aku harap, kau teruslah menangis.
Aku masih perlu warna kelabu.
Untuk aku lukis
Senyum dia
Dia yang aku rindu.

Wednesday, May 17, 2017

Bulan Buku: Mei 2017

Sebuah buku lama. 40 tahun yang lalu. Pertama kali terbit tahun 1960. Karya Ishak Hj. Muhammad. Jujurnya, aku terpikat dengan tajuk buku ini. Anak Mat Lela Gila. Ia mengingatkan aku pada Jibam. Aku masih memburu buku Jibam. Tulisan Ujang.

Tuesday, May 9, 2017

Bulan Buku: Mei 2017

Salam Mei, si tepuk amai-amai.

Rasa terkilan tidak dapat ke PBAKL PWTC 2017 masih tersisa. Aku harap dapat hidu bau PBAKL 2017 daripada buku-buku ini. Tambah terkilan bila buku Laskar Cinta tulisan Isma Ae Mohamad tidak ada. Sabar sajalah Labu. Senarai buku buruan makin bertambah. Keehoi!

Reviu buku-buku ini sedap. Ratu-Ratu Patani buku penulis kegemaran aku. Pen tutup! 

Pasca PBAKL 2017.