Wednesday, April 12, 2017

Bulan Buku: April 2017

Sampai. Buku ini aku beli sebab review 'sedap' dari orang yang aku yakin pencinta buku yang bagus. Sinopsisnya juga buat aku jatuh cinta. Kata mereka yang sudah baca dan buat review, akan ada jargon bio. Lantak sajalah. Janji faham jalan cerita.


Kata mereka(baca: super ejen/penjual buku) buku ini berpotensi diharamkan. Kulit buku saja sudah epic. Gila. Tidak mahu cakap lebih fasal haram ini. Takut jadi fitnah. Jadi sebelum nantinya dijual underground, baik aku beli. 




Tuesday, April 4, 2017

Kadaluarsa

Kadang-kadang cinta itu Kadaluarsa sifatnya. 

Hal cinta ini bikin gila. Jadi, hati-hati memberi cinta.

Perempuan pencinta hujan.

Monday, April 3, 2017

Bulan Buku: April 2017

Agak lama juga menunggu buku ini sampai. Bacaan yang aku agak akan sedikit berat. Buku ini berkaitan sejarah falsafah. 
Pada awalnya, aku tidak sangka ia sebuah novel sejarah falsafah. Jujur, aku terpikat dengan sinopsisnya. 
Demi cinta, akan aku habisi. Aku tiada masalah dengan cerita sejarah. Tetap saja aku suka. Cuma, akhir ini, dunia kerjaku sedikit menekan. Jadi, aku mahu buku yang ringan untuk otak dan hati yang sakit. Tapi, itulah. Demi cinta; aku tidak boleh memberi alasan. Alasan itu cuma menerbit kejengkelan. Baik diri aku, diri orang banyak juga.


Semoga saja aku turut ada dalam misteri pencarian Sophia yang comel. Biar aneh merasuk diri. Kitakan, punya keanehan masing-masing. Ayuh! Mengaku.