Friday, March 31, 2017

Bulan Buku: Mac 2016

Akhirnya kini pasti.
Ku merasai cinta nan suci
Bahagia pabila ku bersama
Sungguh indahnya
Hadir dirinya suatu kurnia
Daku gembira...auw!


Cicinta.

Monday, March 13, 2017

Bulan Buku: Mac 2017

Alhamdulillah. Buku yang ditunggu-tunggu sudah sampai. Satu jam tunggu nombor dipanggil. Terpikat dengan tulisan penulis dari Thailand ini setelah baca buku beliau, Republik Sungai Golok. Aku pasti Cerpen Bangsa Patani dan Anak-Anak Karen akan membangkit suka yang riang. Persis sewaktu aku masuk dalam RSG. Tentang hebat, semua buku punya magis tersendiri. 

Kita punya bahagia, tidak sama tidak serupa.

Friday, March 3, 2017

Bulan Buku: Mac 2017.

Tahun ini, aku terlambat memula Bulan Buku. Buku ini aku beli 25 Februari lepas. Januari agak tidak bersahabat denganku. Semua perancangan fasal buku, fasal duit dan fasal-fasal lain tidak mesra. Untuk entri ini saja, juga lambat. Ada dua buah buku yang aku tengah tunggu. Harapnya, cepatlah buku itu sampai. Sudah tidak sabar. Mac, marilah mesrai aku. Biar kita jadi sahabat. 

P/s: Buku beli Februari. Serba lambat punya fasal, jadilah buku bulan mac.