Tuesday, February 14, 2017

Usah

Buku kau dan buku aku bezanya 3 hasta.
Yang kekal sama, kau membaca dan aku membaca.
Bijak antara kita juga 3 hasta bezanya.
Usah dicari persamaan hal bijak ini.
Usah.
Nanti, melarat kebodohan.

Sunday, February 12, 2017

Sederhana

Biar 'sederhana' menunjangi hidup.
Nanti kehidupan akan menyantunimu.

Monday, February 6, 2017

Niat

Niat tidak pernah menghalalkan cara. Niat ada disiplinnya. Niat membantu; sejauh mana niat membantu itu kau tegaskan. 

"Kami cuma membantu"

 Ah! Aku prejudis.

P/s: Hati-hati pada niat.