Thursday, October 27, 2016

Bulan Buku: Oktober 2016

Ini buku bulan oktober. 10 hari tunggu barulah sampai ketangan aku. Ada sebab aku beli buku ini. Pertama: Aku beli buku ini sebab Cukong Press buat lelong. RM10 sebuah. Kedua: Juga setelah baca review pembaca. Kata pembaca itu, dia beli sebab cover rare dan jalan cerita yang agak bagus(aku pilih review yang pandai bikin cerita). Aku setuju cover agak rare. Warna merah jambu. Perempuan pegang senapang pakai baju kurung sangat cun. Aksi begini cuma boleh dilihat di Palestine. Kalau di Malaysia pula, masa zaman menentang penjajah. Ketiga: Lagi pula, buku ini buku penulis Awek Chuck Taylor. Buku itukan agak dikenali. Aku belum pernah baca lagi semua buku-buku dia.  


Dekat Poslaju, punyalah ramai orang. Saved by the bell, ada adik duduk sebelah aku bagi nombor dia dekat aku. Nombor adik itu, 132. Nombor aku 147. Nombor yang dipanggil 101.(Kau nampak). Sudahlah masa menunggu itu, aku rasa nak berak. Dalam pada menahan rasa hendak berak, aku bertindak memberi nombor aku dengan orang yang duduk sebelah aku setelah melihat nombor dia, 154. Aku tidak tahu, kalau mamat itu pula, bertindak memberi nombor dia pada orang yang nombornya 167. Heeeee....!

Masa ambil barang dekat kaunter, boleh pula awek poslaju tersalah bagi barang. Alasan dia, nombor tracking sama(4 digit terakhir)dengan orang sebelum giliran aku(4Patutlah awek poslaju itu ada sebut atas nama Siti Saleha(dia tanya dengan orang sebelum aku, masa itu aku tengah duduk atas kerusi tunggu nombor giliran, aku sangka, kami punya nama yang sama). Nasib baik aku perasan bila sentuh bungkusan(masa ini sebenarnya, aku baru selangkah keluar dari pintu Poslaju). Tidak rasa seperti buku tapi macam barang-barang mekap. Cepat-cepat tengok resit .Terang dan nyata, dalam resit bukan tertera nama aku. Syukurlah boleh selesai tidak sampai setengah jam. Haiyalah!

Selamat bercuti 5 hari. Happy Dewale.

Saturday, October 15, 2016

Dia Itu Lucu Sekali

Manakan dapat kau pecahkan hatinya
Dia itu, hatinya; terbit dari gunung batu terkeras di dunia.
Dia itu lucu sekali,
Seantero dunia,
sudah dia tulis akan namanya
pada dinding sampai ke langit
Usah kau perebutkan lagi
Nanti suaranya bingit
Dia itu lucu sekali
Takut benar hilang ketuanan.