Monday, March 21, 2016

Bulan Buku: Mac 2016

Buku Pak Samad sudah sampai. Terima kasih Allah, atas kurnia rezeki. Tertarik pada tajuknya. Lagi-lagi ini karya Pak Samad. Aku menaruh harapan tinggi pada naratifnya. Sampai nanti aku dapat merasa indahnya langit petang.


P/s: Yang dibilang cinta buatku, tidak sama dibilang cinta buatmu. Manakan sama. 

Tuesday, March 15, 2016

Bulan Buku: Mac 2016

Buku penulis kesukaan aku sudah sampai hari ini. Sengaja memilih buku ini. Siri ini. Aku bet, pasti banyak momen lucu bikin ketawa.  




Monday, March 7, 2016

Hadiah


Ini hadiah daripada anak murid aku. Tidak sangka dapat hadiah hari ini. Allah beri rezeki. Dapat 2 helai tudung baharu. Alhamdulillah. Murah rezeki. Terima kasih, Sarpina. Semoga Allah sentiasa merahmatimu dan keluargamu selalu.

Wednesday, March 2, 2016

Bulan Buku: Mac 2016

Baru ada kesempatan menulis entri fasal buku. Oleh kerana sudah Mac, jadi buku ini akan aku jadikan buku bulan Mac.

Alhamdulillah. Buku baharu RAM sudah jadi milik. Buku ini sampai ke tangan pada tarikh lejen. 29.02.2016. Empat tahun lagi baru akan ketemu tarikh ini. Paling signifiken, ia akan jatuh pada tahun 2020. Kata Nini, ini hadiah buat aku.


P/s:Pounsikou, Nini. Sia paling endes.