Sunday, February 14, 2016

Momen Comel

Momen comel itu, macam penampal berubat.
Masa duka.
Masa gembira.
Masa sedih.
Masa rasa tersisih.

Mungkin tidak selesaikan segala masalah. Tapi, senyum mesti terbit kalau tidak dimulut, dihati.

P/s: tampal koyok.

Wednesday, February 10, 2016

Rencah hidup dan cinta.

Hidup dan cinta terbit padanya empat rasa.
Rasa manis. Rasa masin. Rasa pahit. Rasa masam.
Pada ketika rasa terlalu manis, tambahlah air.
Pada ketika rasa terlalu masin, tambahlah air.
Pada ketika rasa terlalu pahit, tambahlah gula.
Pada ketika rasa terlalu masam, tambahlah gula.
Pada ketika semua empat rasa itu, berkurang, maka tambahlah mengikut rencah rasa itu sendiri.

Rencah hidup. 

Betapa Agungnya Allah, memberi empat deria rasa. Deria rasa yang padanya terkait rapat dengan rencah hidup manusia.

Dan, kau bukanlah terlalu dungu untuk memahami nuansanya.

Februari si Cadbury.

Tuesday, February 9, 2016

Harapan, doa dan cinta.

Harapan menumbuhkan doa.

Doa menambahkan cinta.
Cinta melengkapkan hidup.

Februari si Cadbury.

Tuesday, February 2, 2016

Nilai

Sudah Februari.  

Semalam, aku hantar surat cinta. Surat Cinta untuk Studio Anai-anai. Ini percubaan kedua aku.  Pada percubaan pertama tahun lalu, aku gagal. Percubaan kedua ini, aku cuba nasib lagi.  Siapa tahu taji ayam tumbuh dikaki. Siapalah tahu. 

P/s: Kadang-kadang, kita ini salah meletak nilai. Nilai pada sesuatu perkara. Nilai pada sesuatu benda. Nilai sebuah hati. Nilai sebuah perasaan. Sengaja atau tidak, salah meletak nilai itulah tanda kebodohan yang malas untuk mengakun. Bukan kerana ego, tapi kerana terlalu prejudis dengan sifat bodoh. 

Februari si Cadbury.