Thursday, January 14, 2016

Getir

Kadang-kadang...
Getir hidup bermula apabila kau harus memilih apa yang lebih patut didahulukan. Aku tidak kata memilih apa yang lebih penting, kerana kebanyakan perkara dan benda berstatus penting. Bila kau faham dan akur pada perkara yang lebih patut didahulukan, getir itu akan beransur hilang kalau pun tidak, sekurang-kurang, warna getir akan pudar. Kau bakalan gembira berlapang dada.

Monday, January 11, 2016

Bulan Buku: Januari 2016

Akhirnya buku "Lelaki Simpanan" jadi koleksi. Senyum sampai telinga. Syukur Alhamdulilah. Ini buku lelaki. Perempuan boleh baca. 




Sunday, January 3, 2016

Nuansa Hati

Bahasa hati satu nuansa. Manusia jarang menyatakan rasa hati secara literal. Justeru, ia ruwet untuk didektasi. Hati ini pelik, hati juga unik dari sifat dan fitrahnya. Maka berdamailah dengan hati. Siapa tahu, ada yang dapat membaca nuansa; bahasa si hati.

Husno,
Januari si Mandiri.