Wednesday, December 28, 2016

Bulan Buku: Disember 2016

Buku penamat Misi Bulan Buku 2016 sudah sampai. Sejak kelmarin sebenarnya. Teruja gila. Senyum bulan sabit mata pun jadi sepet sejak kelmarin. Tidak sabar membaca naskhah kacak ini. Selamat untuk rock! 



P/s: siapa beli buku ini dia kacak. Penulis siap bgi penanda buku,  pelekat(ada gambar hensen penulis). Dari review pembaca, buku ini memang best. Mengimbau jaman gondrong. 

Saturday, December 24, 2016

Bulan Buku: Disember 2016

Buku misi 201216. Akhirnya, BANDLM sudah sampai. Seawal 7.30 aku menapak dari rumah. Elak jammed punya fasal. Maklum esok Krismas. Kalau keluar lambat, alamat makan jammed-lah. Baik, tinggal satu buku lagi, maka Bulan Buku 2016 akan tamat. 


Friday, December 16, 2016

Bulan Buku: Disember 2016

Hadiah hari jadi. Terima kasih, Yok. Jadi, buku ini akan masuk senarai buku bulan ini. 


Thursday, December 8, 2016

Bulan Buku: Disember 2016

Bulan buku seram. Terasa hendak mengilai. Cop. Mahu seramkan diri sediri. Buku untuk pembaca matang. Bukan kata aku, tapi kata Mereka dan Asrama. Kau Nampak.

Nak pinjam? Maaf. Aku bukan perpustakaan. Siou kio.


Terima kasih budak hijau. Dapat CD ikan. Sekali lagi. 

Tuesday, November 15, 2016

Bulan Buku: November 2016

Buku kedua untuk bulan November.  Buku yang menerbit senyum anak bulan. Sampai kuning mukaku, gigiku juga kesan dari euforia.


Masa PBAKL April lepas, aku tidak beli buku ini. Aku beli "Entrok", Zul beli "Cinta Itu Luka". Jadi, waktu hujan menggila dengan ribut kecil-waktu terperangkap dalam Surau-waktu tunggu Zul usai solat, aku menyempatkan diri membaca sinopsis dan muka surat 1 buku ini. Aku jatuh suka. Cuma masa itu, aku ikrar dalam hati, akan beli buku ini secara online saja. Nah, baru bulan ini, hajat itu makbul. Segala puji dan syukurku padaMu, Ya!Allah. Kurnia rezeki dariMu.

Monday, November 7, 2016

Si Kisut

Terima kasut. 
Ini maunya si Kisut
Duduk dipangkin muka berkeriut
Katanya,
Minyak botol naik mendadak
Itu belum apa-apa
Naikkan saja minyak dalam plastik
Alang-alang terdera biar sampai bangas ketiak
Tidak usah diprotes-protes, tidak perlu teriak-teriak
Apalagi mengangkat sepanduk 
Asal,
Nanti pagi,
Nanti petang,
Kuih gorengan dimakan lagi
Yang minyak gorengnya dipakai 5 kali.

P/s: Semoga beroleh rezeki halal lagi berkat buat kita. Asal hati-hati kita masih percaya. Mahu berusaha.

Wednesday, November 2, 2016

Bulan Buku: November 2016

Buku bulan ini. Sejak bulan Julai lalu kepingin beli. Baru sekali ini hajat itu tercapai. Biar bukan edisi asal, ini saja sudah cukup buat aku senyum. Semoga saja, nanti, aku dapat membaca edisi asal. Itu harapku. Aku panjatkan lewat doa.




Dapat CD demo masakan. Chef Hanieliza ajar cara masak ikan gerenti jadi. Kiiihoi!

Tuesday, November 1, 2016

Tanpa tajuk

Hari ini, langit seolah memahami rawan hati seorang ibu, seorang suami dan seorang anak. Kami reda atas ujian ini.  Rahmatilah Ibuku, ya Allah. Payungi dia dengan segala zatMu yang maha menyembuhkan. 

Thursday, October 27, 2016

Bulan Buku: Oktober 2016

Ini buku bulan oktober. 10 hari tunggu barulah sampai ketangan aku. Ada sebab aku beli buku ini. Pertama: Aku beli buku ini sebab Cukong Press buat lelong. RM10 sebuah. Kedua: Juga setelah baca review pembaca. Kata pembaca itu, dia beli sebab cover rare dan jalan cerita yang agak bagus(aku pilih review yang pandai bikin cerita). Aku setuju cover agak rare. Warna merah jambu. Perempuan pegang senapang pakai baju kurung sangat cun. Aksi begini cuma boleh dilihat di Palestine. Kalau di Malaysia pula, masa zaman menentang penjajah. Ketiga: Lagi pula, buku ini buku penulis Awek Chuck Taylor. Buku itukan agak dikenali. Aku belum pernah baca lagi semua buku-buku dia.  


Dekat Poslaju, punyalah ramai orang. Saved by the bell, ada adik duduk sebelah aku bagi nombor dia dekat aku. Nombor adik itu, 132. Nombor aku 147. Nombor yang dipanggil 101.(Kau nampak). Sudahlah masa menunggu itu, aku rasa nak berak. Dalam pada menahan rasa hendak berak, aku bertindak memberi nombor aku dengan orang yang duduk sebelah aku setelah melihat nombor dia, 154. Aku tidak tahu, kalau mamat itu pula, bertindak memberi nombor dia pada orang yang nombornya 167. Heeeee....!

Masa ambil barang dekat kaunter, boleh pula awek poslaju tersalah bagi barang. Alasan dia, nombor tracking sama(4 digit terakhir)dengan orang sebelum giliran aku(4Patutlah awek poslaju itu ada sebut atas nama Siti Saleha(dia tanya dengan orang sebelum aku, masa itu aku tengah duduk atas kerusi tunggu nombor giliran, aku sangka, kami punya nama yang sama). Nasib baik aku perasan bila sentuh bungkusan(masa ini sebenarnya, aku baru selangkah keluar dari pintu Poslaju). Tidak rasa seperti buku tapi macam barang-barang mekap. Cepat-cepat tengok resit .Terang dan nyata, dalam resit bukan tertera nama aku. Syukurlah boleh selesai tidak sampai setengah jam. Haiyalah!

Selamat bercuti 5 hari. Happy Dewale.

Saturday, October 15, 2016

Dia Itu Lucu Sekali

Manakan dapat kau pecahkan hatinya
Dia itu, hatinya; terbit dari gunung batu terkeras di dunia.
Dia itu lucu sekali,
Seantero dunia,
sudah dia tulis akan namanya
pada dinding sampai ke langit
Usah kau perebutkan lagi
Nanti suaranya bingit
Dia itu lucu sekali
Takut benar hilang ketuanan.

Friday, September 30, 2016

Bulan Buku: September 2016

Ini buku bulan September. Buku idaman belum beli lagi. Nampaknya, terpaksa tunda ke bulan Oktober. Semoga saja Oktober sudi bersahabat dengan aku. Nyah saja segala malas. 



Tuesday, September 20, 2016

Jawapan

Terjawab sudah.
Titik dan noktah.
Nah, benar kata firasat hati.
Ah, bukan kau tidak biasa.

Sudahlah.
Pergi saja.

Tuesday, August 30, 2016

Bulan Buku: Ogos 2016

Tidak boleh tidak, hari ini kena juga beli buku. Lusa sudah bulan September. Tidak mahu terlepas bulan lagi, macam Jun lepas. Kalau tidak, rosak bulan buku 2016 aku. Jadi, inilah buku pilihan aku. Buku untuk bulan Ogos. 



P/s: Sebenarnya, aku nak beli buku Andrea Hirata. Padang Bulan tajuknya. Sejak 13. Julai lepas, tapi sampai sekarang aku tak bank-in lagi ke akaun Maybank budak hijau, si Khair Zawawi. Alahai. Bulan depan, bermaksud lusa, aku mesti beli buku, Padang Bulan(Andrea Hirata) dan Negeri Para Bedebah(Tere Liye), insya-Allah.

Sunday, August 21, 2016

Olimpik Rio 2016: Tahniah Malaysia.

Sebagai peminat sukan badminton entri ini harus aku tulis. Hanya untuk aku kenang. 2020 nanti kelibat mereka sebagai atlit badminton dunia sudah tiada lagi. Sudah sebagai jurulatih barangkali. Jadi, aku perlu abadikan kenangan ini di sini.


Tidak apa Lee Chong Wei. Tripple Perak Olimpik(2008, 2012, 2016) dalam sukan Badminton. Tahniah. Emas atau Perak, kami tetap berbangga. Tiada rezeki kalungan emas. Tahun ini, aku lihat DLCW, reda dengan kemenangan pingat perak. Mungkin kerana dia sudah berjaya menewaskan Lin Dan pada semi-final. Dan, dia tahu, dia sudah buat segala yang termampu untuk emas. Tapi, takdir dan rezeki hanyalah Perak. 


Tahniah buat semua atlet Olimpik Malaysia. 4 perak, 1 gangsa. Badminton 3, Terjun Seirama 1, Keirin 1. 

Kredit: Astro Arena
Badminton Men's Single Final
Victory Ceremony Olimpik Rio 2016
Pingat Perak
Tahniah DLCW.
Tripple Silver 2008, 2012, 2016
Tangisan Jaguh.
Tidak apa Chong Wei. Anda tetap juara kami.
Kredit: trendingmalaya.blogspot.com
Dua Jaguh Badminton Dunia
Lee Chong Wei menang di semi-final.
Tiga set
15-21, 21
Kredit: diambil dari FB.
Lagenda jaguh badminton dunia
Perseorangan Lelaki.
The Legend.

P/s: dulu, aku paling suka tengok aksi perlawanan antara Taufik Hidayat vs Lin Dan, dua-dua dengan jumping smash sebagai killer. Cai Yun dan Fu Hai Feng vs Markis Kido dan Hendra Setiawan, tengok mereka lawan, tak nampak bulu tangkis pasal cepat sangat, speed, space, smash(3S). Pernah tengok perlawanan antara Cheah Soon Kit vs Rexy Mainaki dan Ricky Subagja Olimpik Atlanta 1996. Masa itu, format kiraan 15 mata. Teringat zaman gondrongku.....aiyaks!!!



Wednesday, August 3, 2016

Takut

Ada orang yang hemat hidupnya cuma mahu mempertahan ketuanan. Takut benar ketuanannya tergugat. Lalu, dalam apa cara, dia menghalalkan tingkah. Asal menang. 

P/s: sorok makan petai, ketahuan juga kalau kau kencing dalam tandas dan orang yang masuk tandas lepas kau; ialah aku.

Friday, July 15, 2016

Bulan Buku: Julai 2016.

Alhamdulillah. Semua urusan hari ini dipermudahkan Allah. Terima Kasih, Allah.

Ini buku bulan Julai. Diari Mat Kilang. Aku main cekau sahaja. Harga pun lumayan murah. Soal seronok atau tidak, letak tepi dulu. Yang penting tajuknya comel. 



Thursday, July 7, 2016

Bodoh

Aku marah betul dengan diri sendiri. Bangang abadi. Baik, cukuplah sampai setakat ini. Cukuplah menjadi bodoh. Adios, bodoh!

Curang dan penipu. Kombinasi hebat. Bodoh betul aku.

Wednesday, July 6, 2016

Raya 2016

Salam Aidilfitri 1437H/2016.

Sudah berlalu 1 Syawal. Satu keping gambar pun aku tak ambil. Malas. 

Gambar bawah ni, aku ambil dari whatsapp family. Budak2 comel ni beraya kat rumah Atok & Nenek belah sana. Itu pun bukan semua. Baby Wilda saja raya kat sini. Okeh, Layan! Gambar aku? Haram, tader.

Wafiy
Husna

Baby Wilda

Aryan

Monday, July 4, 2016

Salam

Salam 29 Ramadan.

Sebulan lebih, blog aku sunyi tanpa entri. Buku untuk Jun pun, aku tak beli. Tiada alasan lebih kukuh selain sebab MALAS. Rosak bulan buku aku tahun ini. Bulan Julai, kena beli dua buah buku. Cepat masa berlalu. Malam ini sudah pengumuman Hari Raya. Esok atau lusa. Tahun ini, giliran adik-beradik aku yang sudah kahwin beraya belah mentua. Sunyilah rumah tanpa riuh-rendah anak-anak buah aku. 

Salam Sayang untuk si Julai. Raya kita kasi meriah.

Kejap lagi, sungkai. Babai!

Monday, May 16, 2016

Bulan Buku: Mei 2016

Buku tersilap bagi kata budak halal, si Khair Zawawi. Inilah yang dinamakan "rezeki jangan ditolak". Kata dia, "ambil sajalah, jadi hadiah". Aku, mestilah gembira. Sudahlah percuma. Siapalah yang tidak suka. Aku sudah minta halal. Ayaks!!!



Ini pula buku yang aku pesan daripada #BukuHalal#. Bulan ini memang bulan cinta bagi aku.


Tuesday, May 3, 2016

Kota Rindu

Jalan-jalan di kota rindu
Ada wajah-wajah sendu
Lampu-lampu jalan berwarna kelam
Bibir-bibir masih mengukir senyum
Hati menyembunyi cemas
Kaki-kaki terus melangkah
Kudrat terus dikerah
Mereka wajah-wajah tak diendah
Jangan kau tanya mana ikhlas
Wajah-wajah itu riak berkias
Kota rindu
Kota kasihan.



Sunday, May 1, 2016

Bulan Buku: Mei 2016

Aku beli buku-buku ini masa PBAKL 2016, 30.04.2016. Jeda masa yang hampir sangat dengan bulan Mei. Maka, buku ini aku jadikan buku bulan Mei. Aku beli 16 buah buku. 2 daripadanya hadiah buat Mama dan Kak Long. Ini betul-betul bahagia buat aku.

Lejen Press

Dubook Press

Jemari Seni

Kopi Press

Penerbit X
Alaf 21
Jemari Seni.
Ini hadiah daripada Zul. Hadiah hari jadi in-advance
Katanya. 

Wisata Kutu Buku: Jurnal 8

Puas hati. Kelmarin waktu di PBAKL, jumpa ramai penulis.  Kak Noor Suraya peramah dan sporting orangnya. Dengan RAM, ada kisah lucu. Alahai, si noob ini. Sempat terperangkap disurau sebab ribut dan hujan lebat. Sempat berlari ke dewan sambil selamatkan buku dari basah. Beg berat buku. Ini disahkan oleh pakcik aku. Terjumpa dia di airport. Benarlah, kenangan itu kerinduan. Sampai jumpa lagi. PBAKL 2017. Terima kasih, Zulieqha Amin dan keluarga.


Insya-Allah, tahun depan pergi lagi.


Wisata Kutu Buku. Endek 2016. Jurnal 8.

Wisata Kutu Buku: Jurnal 7

Hujan itu sahabat manusia. Terima kasih hujan. 

P/s: terperangkap di surau. Lepas ini, redah sajalah. Anggap saja mandi hujan waktu PBAKL. Kenangan masa kecil teringat-ingat. Waktu hujan lebat beginilah kau jadi katak.

Wisata Kutu Buku. Endek 2016. Jurnal 7.

Wisata Kutu Buku: Jurnal 6

Yang dibilang cinta buatku, tidak sama dibilang cinta buatmu. Buku senarai-wajib-beli sudah dalam tangan. Senyum sampai telinga. Bahagia.

Wisata Kutu Buku. Endek 2016. Jurnal 6.

Wisata Kutu Buku: Jurnal 5

Wisata bermula hari ini. Semoga dipermudahkan Allah. Dengar cerita, jalan jammed gila.

Wisata Kutu Buku. Endek 2016. Jurnal 5.

Wisata Kutu Buku: Jurnal 4

Pengalaman. Ada cerita di dalamnya. Bab 1, muka surat pertama: banyak bertanya. Ini cerita orang 'noob'. Rasa macam backpackers. Ceh, ejaan backpackers pun entah betul entah tidak. Memang betul-betul noob. Cian! Meninjau-ninjau balai berlepas. Takut sesat. Takut terlepas belon.

Sempat berkenalan dengan seorang Aunty dari Hong Kong. Dia boleh berbahasa Indonesia. Katanya, dulu dia lama tinggal di Jakarta. Aku guna Bahasa Melayu tinggi dan sedikit Bahasa Indonesia. Ambil semangat AADC 2. Ceh!

Wisata Kutu Buku. Endek 2016. Jurnal 4.

Wisata Kutu Buku: Jurnal 3

Packing.  Satu beg pinjam. Terima kasih, Juliet Romeo Yankee. Inilah antara kerja yang paling bikin malas. Ayaks!

Semoga Allah mempermudahkan segala urusanku.
Terima kasih, Allah. Atas kurnia rezeki. Semua atas izinMu juga. 

Wisata Kutu Buku. Endek 2016. Jurnal 3.

Wednesday, April 27, 2016

Wisata Kutu Buku: Jurnal 2

Malam ini, meneliti semula penerbit senarai buku-wajib-beli lengkap dengan perincian dewan berkod nombor bagi setiap penerbit. Mudah nanti misi menjajah kubu. Sekalian, membayang sajian di fudtrak. Dasar gudoot. Semoga Allah mempermudah urusan. 

Wisata Kutu Buku. Endek 2016. Jurnal 2.

P/s: bajet ciput, harapan agar harga makanan sajian fudtrak bukan jenis pontianak. Hihihi!

Monday, April 25, 2016

Cerita: Aku dan Maggie

Cerita aku dan maggie.

Mengenang ketika...

Ketika jadi pelajar asrama, maggie ini makanan orang berduit. Dulu maggie harga 50 sen. Jenama cintan, harga 30 sen. Aku selalu makan maggie cintan. Tak sedap walau namanya cintan.

Ketika jadi pelatih maktab, maggie ini makanan orang tidak berduit.  Siang malam makan maggie. Syukur ketiak aku tak melekat bau kari.

Ketika sudah bekerja, maggie ini makanan masa kepingin, juga ketika kau sudah bosan dengan segala macam menu sedap. Juga ketika kau hendak mengenang zaman-zaman gondrong.

Hidup, kadang begitulah, ada banyak ketika-ketikanya. 

Tukar saja perkataan 'kau' itu kepada 'aku', biar ramai terdera  tanpa teriak-teriak.

P/s: ketika ini; sedang makan maggie tom yam sambil tunggu kereta main sabun.

Wisata Kutu Buku: Jurnal 1

Nampaknya kena berhenti meninjau buku. Cukuplah senarai buku-wajib-beli yang sudah dipilih. Gigih aku meninjau. Semoga Allah memberi rezeki. 

Wisata Kutu Buku. Endek 2016. Jurnal 1.

P/s: dengan bajet ciput, diskaun jadi harapan setinggi gunung.  Kasihan aku, tidak pernah merasa BB1M.

Sunday, April 24, 2016

Ajar

Seperti mana cinta pernah mengajar aku erti kecewa, seperti itulah, kecewa; mengajar aku erti hidup. Sekurang-kurangnya 1/4 daripada erti hidup. Selebihnya, pengalaman.

P/s: Hajat 2: tengok wayang, AADC 2.

Monday, April 18, 2016

Tahun Warna

Tahun-tahun Tanpa Warna.

Masihkah pelangi merajuk padaku?
Atau,
Akukah yang buta.
Tidak lagi mengenal warna pelangi.

Sudahku tinggalkan pesan pada bayu.
Bawalah rajuk pelangi.
Aku rindu tahun warna.

Mahukah kau pelangi?
Tanya sang bayu.

Monday, April 11, 2016

Friday, April 8, 2016

Bulan Buku: April 2016

Buku yang bawa kejutan. Bawa gembira. Bawa bahagia. Bawa senyum.




Tuah

Alhamdulillah. Segala puji hanya padaMu, Ya! Allah.

Kisahnya...
Hari ini, barulah aku ambil barang daripada poslaju. Kelmarin tidak bawa mesej no. tracking daripada Poslaju. Rabu lepas, sekitar jam 6.30 pm, aku dapat mesej daripada poslaju untuk tuntut barang. Agak hairan, kerana aku tidak memesan buku lagi dalam bulan ini. Aku ingatkan kad kredit. Tapi waktu pegang bungkusan, aku dapat rasa macam buku. Demi melihat resit, aku terus tahu. Itu buku daripada Studio Anai-anai. 

Bermakna, surat yang aku kirim , 2 Februari lepas diterima. Gembira gila. Bahagia gila. Aku ingatkan, surat aku sudah ditolak kerana langsung tiada balasan e-mail daripada Abang Jimi Studio Anai-anai. Ini memang satu kejutan buat aku.
Terima Kasih, Abang Jimi. Terima Kasih Studio Anai-anai.

P/s: Tuah ayam nampak dikakiku.