Wednesday, September 30, 2015

Bulan Buku: September 2015.

Hajat untuk pergi ke 1b waktu book fair Lejen Fixi tidak kesampaian. Jadi, inilah buku untuk september. Buku Raudhah tulisan Othman Haji Zainuddin, sudah lama aku usha. Aku sudah baca Raudhah tulisan RAM. Jadi, aku mahu tahu bagaimana garapan OHZ. 



Aku juga beli buku Nisah Haron. Aku kenal penulis ini, setelah jadi kawan FB si Khair Zawawi budak Buku Halal. Aku beli buku dengan dia, kalau korang nak beli buku dengan dia, korang cari fb dia atau like page Buku Halal. Buku Nisah Haron ini merupakan pemenang kategoi novel remaja, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003. Aku beli buku ini, sebab selalu nampak status terkini beliau di wall fb aku. Itupun, bila si Khair like status NH.




Adios. 


Tuesday, September 29, 2015

Kotaukah?

  1. Djayakarta: Kemenangan yang diraih.
Tahukah anda bahawa nama Jakarta telah ditukar sebanyak 4 kali.

Pertama: Sunda Kelapa
Kedua: Batavia 
Ketiga: Djayakarta
Keempat: Jakarta.

Ideologi:
  1. Ideo: Keyakinan.
  2. Logi: Ilmu
  3. Ideologi: Keyakinan dengan ilmu.

Seni Tegur dan Seni Tulis.

Untuk hal yang menimpa SN. 

P/s: Ini pendapat aku yang bodoh saja.

Bila menulis.

Cara Allah menegur, sangat berseni. Halus. Allah akan biar kita melakukan perkara macam betul-macam salah sehingga perkara macam betul-macam salah itu mendapat kritikan dan kutukan orang. Tanda Allah sayang, maka DIA membiarkan hal itu terjadi. Allah mahu kita bijak berfikir. Bijak tindakan. Bijak memilih. Bijak menulis. Allah mahu, supaya satu masa nanti, bila hendak melakukan perkara macam betul-macam salah, kita tahu hendak fikir apa, buat apa, pilih apa, tulis apa. Allah mahu kita jadi penyaring bijak. Teringat kepada novel Tuan Bahruddin Bekri:

Penulis Yang Disayang Tuhan.

Penting untuk menjadi penulis yang disayang Tuhan. Ada mesej dalam novel Tuan BB itu. Tentang struggle untuk istiqamah menjadi penulis yang disayang Tuhan. Ada banyak "tentang" lain lagi. 

Kita ini terbiasa mahu jadi orang yang menang. Sekali kalah, itu bukan sebab kita salah fatal, cuma tanda Tuhan sayang. Lalu DIA menegur juga dengan kasih dan sayangNYA pada kita.

Pandangan dari sisi lain selalunya pelik tapi hebat. Gaya pemikiran bersifat paradoks. Tapi itulah, manusia ini juga terbit daripada kepelikan. Tanda kuasa Tuhan. Allah yang maha ESA. Tanda Allah mahu manusia sentiasa berfikir tentang segala zatNYA agar mencambah keimanan. Segagahnya, terima khilaf. Kita ini manusia pelik. Pelik cara fikir dan melihat sesuatu dengan dimensi yang bezanya 10 hasta dari manusia pelik lain. Jadi, jangan marah melatah bila ada yang memarahi kepelikan kamu. Mari saling menerima kepelikan. Allah sajalah penyelamat.

Love will save the day.

Wednesday, September 9, 2015

Percaya

Tanahku duduk ini
Tidak pernah celaka
Yang celaka manusia
Bukan nasib,
Bukan takdir
Bukan juga si polan yang hilang warasnya
Tapi,
Manusia yang hilang percaya

Maka luculah tanahku duduk ini
Kalau manusianya
Hilang pegangan pada yang namanya
Kepercayaan.

Atie100915.


P/s: usai sudah menonton, Alangkah Lucunya Negeri Ini. Atas saran sahabat aku, Luna Zura. Satu perkataan saja sebagai review filem ini: KEPERCAYAAN.

Tuesday, September 8, 2015

Pendek

Baca kartun "kisah kakak yang pendek" buat aku senyum simpul sedikit bangga dengan hidung kemek kembang dua lubang. Aku pun, pendek ketot.

Pendek itu comel. 

Hanya si pendek yang tau azab nak ambil barang yang diletak tinggi. Terutama dalam kedai. Nak dongak satu hal, nak capai dua hal. Cian! Dah jadi 3 hal kau nak kena cari pembantu kedai, minta tolong dia ambilkan. Ciskekdaptul!

Sunday, September 6, 2015

Rezeki Comel

Dua Jumaat lepas, aku teringin sangat makan sanggar pisang. Tapi sudah habis di kantin guru. Jadi aku pendam keinginan tekak itu dalam hati. Tiba-tiba, waktu rehat, seorang murid tahun dua, beri aku sebiji sanggar pisang dengan senyuman yang aku kira ikhlas, mengharap aku sudi menerima pemberian dia. Katanya, "Ambillah, saya bagi ustazah". Aku ambil dengan rasa syukur. Aku yakin, ada barokah daripada pemberian itu. Justeru, aku tidak malu menerimanya. Rezeki comel daripada Allah. Comel kerana perantaranya, anak murid aku. 

Allah sajalah penyelamat.

Love will save the day.

Gigih

Buku senarai-beli bulan September sudah mencanak dalam otak. Tasabar...kena tunggu 20.9. 

Untuk mereda ingin yang mencanak, aku beli Sudoku. Satu untuk anak angkat tahun 6 aku,  satu untuk aku yang baru mencintai nombor. Sudoku itu pula, sudoku tahap mudah. Cian! Otak kiri aku perlu mandi, ketiaknya sudah berdaki tebal dan hitam. Gigih betul. SPM dulu, untuk subjek nombor-nombor, aku rasa macam mak lampir nak makan aku hidup-hidup. Setan betul.


Aku rasa saranan beli alat tulis untuk anak angkat murid UPSR itu bagus. Aku sudah beli set alat tulis untuk anak angkat aku itu. Semoga dia lulus UPSR. 

Aku anggap itu semua usaha gigih. Usaha gigih semua pihak.

Allah sajalah penyelamat.

Cara

Kita ini orang yang berbeza.
Cara Pendapat,
cara fikir,
cara bikin,
dan,
dalam banyak cara dan cara dan cara.

Pandai-pandailah. Lepas ini, aku pilih diam. Antam sijala.

P/s: aku ini orang yang simpul dalam otak, sudah keriting krebo. Payah untuk diluruskan. Payah. Jadi, jangan kau hairan. Kalau aku menyakitkan hati kau yang lurus rebonding.

Langit Buku

Ada apa pada langit buku
Huruf?
Ilmu?
Atau...
Cinta.

Kertas putih kuning.
Muka surat cinta.
Wangian cinta.

Itukah langit buku?

Wednesday, September 2, 2015

Tangan Merdeka

Ini tangan kecilku
Tangan ini tangan merdeka
Ini tangan kecilku
Akan aku tulis kata merdeka
Ini tangan kecilku
Akan aku ketuk kepalaku
Kalau aku lupa pada tarikh merdeka
Ini tangan kecilku
Akan aku angkat ke sisiku
Melaung ikrar setia
Ini tangan kecilku
Akan aku genggam dan aku julang
Melaung kata keramat
Merdeka Merdeka Merdeka
Ini tangan kecilku
Akan aku abadikan pada kanvas
Tanda cinta pada Malaysia
Aku yang masih darjah satu

Atie 21082015


P/s:  Aku buat sajak ini untuk murid tahun 1, kononnya untuk persembahan masa sambutan merdeka 14.08.2015 nanti. Ini cuma perancangan. Hendak melaksana, erm...kesungguhan amat diperlukan di sini.

Tuesday, September 1, 2015

Sahabat

Bersahabat ini hebat
Bersahabat ini sihat
Bersahabat ini sakit

Bersahabat ini tenat

Pada ketika hebat
Sayang
Pada ketika sihat
Ya sayang
Pada ketika sakit
Juga sayang

Pada ketika tenat
Tetap sayang.

Itu naif, kata kawan.

Justeru,
Yang dibilang sahabat itu
Sedikit
Yang dibilang kawan itu
Ramai.


Jumpakah kau titik perbezaan?


Atie01092015

Gimik Merdeka

Aku harap gimik merdeka besok, tiada yang sakit Jantung. Letupan 19 das belon. Perkataan apa yang muncul? Nantikan.

Penat aku dan Dayah buat. Sampai pening tiup belon. Moga GB dan barisan PK sporting. 

Semoga meriah, semoga gembira sambutan merdeka 2015 mengulang meriah dan gembira sambutan merdeka 2014.

P/s: Kalau aku rajin, nanti aku upload gambar sebelum, semasa dan selepas gimik esok. 

Langit

Aku lihat langit
Benci aku pada jingga
Jingga mengingatkan aku pada dia
Dan aku marah
Aku lihat langit
Benci aku pada ungu
Ungu mengingatkan aku pada dia
Dan aku rindu
Aku lihat langit
Benci aku pada kelabu
Kelabu mengingatkan aku pada dia
Dan aku sendu

Aku seru pada awan
Tebar warna hitam pekat
Biar hujan turun lebat
Agar semua marahku, rinduku dan senduku
Cepat berlalu
Atie31082015

P/s: jiwang merdeka. Kau ada?