Sunday, July 26, 2015

#Inikan Raya

Syawal 10 ini baru aku taip entri fasal raya kami. Tiada rahi untuk menulis 1 Syawal lepas. Malah, hanya ini gambar yang aku ambil sebagai kenangan. Itu pun, aku cuma ambil gambar adik dan anak buah aku. Orang lelaki, pergi solat raya.

Raya kami berlangsung meriah. Ramai yang datang berkunjung. Syukur pada Allah atas nikmat rezeki, kesihatan dan kebahagiaan. 

Ini masa pagi raya. Gambar 1 famili aku tidak upload sebab aku tade gambar-gambar tu, nak minta kat adik aku pun malas. Simptom Garfield merasuk. Jadi layanlah dua gambar ini. Mereka adik dan anak buah aku.



Raya ke-8, aku masak soto, adik aku masak mee kari. Atas permintaan adik lelaki aku yang mahu buat raya 1 kali katanya. Perghh...setelah lama tak masak, tiba-tiba masak soto, hambek kau!!! Kes lupa beli bihun memang bangang. Terima Kasih Tina, bagi resipi soto. "Tatap tia bulih lawan soto yang ko masak"...


P/s: inikan raya.

Bulan Buku: Julai 2015.

Entri yang lewat...

Opsss...sudah 10 Syawal. Cepat masa berlalu. Masih terasa kenangan Ramadan yang indah dan sangat best.

Sebenarnya, aku nak taip entri ni lebih awal, masa Ramadan lepas, tapi waktu aku nak taip entri, line internet buat hal. Biasalah, dia bertukar jadi siput babi. Membantut ingin yang meluap. Mungkin juga alasan, malas menaip entri. Tapikan, ini entri penting buat aku. 

Baik, setelah begitu lama mengidam hendak baca buku ini, akhirnya, aku berjaya beli. Terima Kasih Dubook Press


P/s: terus teringat Rangga baca buku ni. Teringat si Cinta juga. Apapun, filem AADA itulah mencebur ingin untuk memiliki buku ini. Terima Kasih Allah, atas kurnia rezekiMu kepadaku, hajat bertahun-tahun itu terlaksana.