Thursday, April 30, 2015

Hajat

Kes dengan Mr. Arpihec harus selesai awal. Waras otak makin membuak mahu senggang pegang objek empat segi helai ratus-ratus. Takut habuk lebih dulu pandai daripada aku. Hajat hendak khatam TKVDW. Malam ini mahu mabuk huruf.

P/s: Ini bukan status keimanan. Bukan kemenunjukan. Ini hajat.

Wednesday, April 29, 2015

Bulan Buku: April 2015

Buku Van Der Wijck sudah sampai. Cuma belum sempat baca. Demam selsema buat aku lebih banyak terbaring. Isnin lepas, aku terasa nikmat di sebalik sakit. Terima kasih Teen, Jihah, Nini, Nik dan Ina. Lepas aku selesaikan kes tertangguh dengan Mr. Arpihec, akan aku layan VDW sampai mabuk huruf.  



P/s: bahagia aku dengan bahagia kau lain. Betul tidak sama dengan. 

Saturday, April 25, 2015

Patah Hati

Untunglah korang yang dapat ke PABKL. Jumpa buku-buku syiok punya. Aku, kenalah tunggu 1 Mei.

Popular buat pesta buku dekat Dewan Arked Keningau. Aku teruja. Harapnya, bukan hanya buku cinta tangkap leleh jadi adaptasi drama TV yang berlambak untuk dijadikan pesta, nanti aku rasa macam dalam pesta buku jumud dan rigid. Harapnya ada buku kasi otak aku puas. Biar aku klimaks dengan senyum yang puas.


Ya aku tetap suka pada cinta. Cinta itu sendiri satu kesenian yang infiniti sifatnya. Jangan kau menyangkalnya. Ceh! 

Tidak sabar menunggu buku Van Der Wijck. Aku lambat cek HP, buku VDW aku sudah sampai, padahal mesej Poslaju dihantar jam 2 lebih sedikit petang tadi. Aku pecut juga ke Poslaju dan sampai 4.22 pm tadi, tapi sudah tutup. Ingatkan buka sampai 4.30 pm sebab sabtu ini bukan minggu pertama. Mungkin aku yang salah faham.  Mesej Poslaju berkaitan masa operasi mereka:

"Masa operasi hari isnin hingga sabtu(kecuali minggu pertama) jam 8.00PAGI hingga 4.30PETANG. Terima kasih."

Patahlah hati hai apa sebabnya.

P/s: Ini syndrom patah hati mengejut. 

Sunday, April 19, 2015

Kaku

Kaku...

Erk...di Keningau ini, susah nau-nau jumpa buku alternatif. Banyaknya genre cinta yang nanti jadi adaptasi kesukaan ramai dekat TV. Aku haus genre alternatif, yang bikin minda berfikir segar bukan jadi rigid. Tapi itulah, yang tangkap lentok itulah jadi kegilaan kebanyakan pembaca di luar sana. Marketing jadi jumud. Jangan kau orang hairan, bila anak tahun 1, sudah pandai main cinta. 

Pasaran novel di Malaysia ini terlalu kaku. Genre cinta jadi kegilaan. Jauh ketinggalan. Ini bukan zaman Shakspeare, ini zaman GST...hahaha!!! 

Kaku lagi. Fikir hari ke depan-depan. 

Berangan...

Rumah aku ada rooftop, untuk aku lepak fikir masa depan, buku-buku bagus untuk aku escape. Aku perlukan bacaan sedikit heavy. Biar waras mental aku yang haus.

Kaku lagi. 
RPH belum buat.

P/s: Tetap, aku mahukan buku alternatif yang baik bukan yang longgar bahasa dan adab apalagi kelucahan. Ayaks!!!

April si kebil-kebil.

Wednesday, April 15, 2015

Sang Pemimpi

Sepertinya Laskar Pelangi, Sang Pemimpi juga filem memberi kesan pada aku yang sangat biasa hidupnya. Hidup jiwaku, apalagi mimpi-mimpiku. Biar aku kelihatan naif pada kalian. Itu sangat tidak membawa apa-apa padaku. Mimpi itu anugerah Tuhan. Adilkan?

Kata aku:
Pada keberanian yang tidak pernah ada, mimpilah yang melunas impian dan harapan.

Kata Sang Pemimpi: 
Jangan kau fikir betapa besar mimpimu, tapi seberapa besar kau pada mimpimu.

Tetap Sang Pemimpi ini bererti buat aku. Signifikan buat aku, mungkin tidak pada kalian. Total dan Tuntas.

Monday, April 13, 2015

Pemes

Yang duuuluu....Ahmad Albab yang pemes, sekarang giliran Ahmad Maslan.


Yang duuluu...Hang Jebat yang pemes, sekarang giliran Ayda Jebat.

Bulan ini, tahun ini, zaman ini, GST-lah yang pemes.

Entri merapu ini terkait dengan risih hati. Lagi 10 hari aku akan groceries selepas perlaksanaan GST. Risau kalau aku tidak dapat menyediakan kelengkapan dapur rumah dengan cukup. Semoga rezeki aku diluaskan Allah.

Di zaman GST ini, aku lebih mengingatkan diri betapa aku ini lebih bertuah dari orang Somalia yang mana bagi mereka itu lapar itu perkara biasa. Ialah, ada student U cakap, mereka terpaksa makan sekali sehari untuk jimat. 

Benar kata Tuan Bahruddin Bekri, bahawa apa yang dimahukan oleh rakyat adalah empati, bukan kata-kata yang menyakitkan hati oleh Pak Man Tiri.

Aku tidak tahu kalau boleh disamakan zaman GST ini zaman ketololan. 

Aku takut zaman GST ini nanti menghakis segala sifat baik dalam diri manusia yang imannya senipis kulit bawang merah serapuh kulit telur. 

Tetap nanti, hikmah daripada segala kesusahan ada Tuhan sertakan. Apakah? 

Semua orang mula berjimat cermat. Itu apa yang aku nampak, sekurang-kurangnya aku nampak pada diri aku.

Aku sendiri bawa bekal ke sekolah, jimat kot. 

P/s: sabar itu istana iman, begitulah kata-kata pujangga, jadikan ia sebagai pegangan, mengharungi hidup di maya pada.

Saturday, April 4, 2015

KIL

KIL...

Sudah agak lama, aku tidak menonton drama atau telefilem melayu dengan berjiwa, in other words, dengan hati. But, tonight, aku peruntukkan jiwa dan hati aku menonton KIL, drama melayu. Well, quite intresting and suspend, macam satu escapism untuk aku lari sekejap dari sibuk buat RPH yang buat tangan aku sakit-sakit. Maksudnya aku boleh adapt dengan drama ini tanpa rasa hendak muntah dan pening kepala alias loya. Lepas tonton drama ini, aku angguk satu kali tanda hadam dan faham, bahawa...

Kita tak nak bazirkan nikmat kehidupan kan...

Kau tahu, kita tidak perlu mencari alasan untuk gembira, untuk sedih juga...

dan...

Kalau kau salahkan hidup, maka kehidupan akan mencemuhmu. Kalau kau jalani hidup, maka kehidupan akan menyantunimu.

Ayaks...
Terima pilasut gst. 

P/s: harus kau ingat, selera aku dan selera kau berbeza, kira macam free selecting towards on anything you uuuuuu and I might like and dislike.

Friday, April 3, 2015

Final Day: MTQSS Daerah Keningau #2

Sepatutnya aku taip entri ini 26.Mac lepas, tapi aku kehilangan rahi untuk menaip. Penat menjadi tuan rumah MTQSS daerah buat aku malas, yang penting ucapan terima kasih paling banyak dalam dunia sudah aku sampaikan dalam FB.  Sepatutnya, ada sambungan langkah ketiga seperti apa yang aku taipdalam entri MTQSS #1, tapi aku tamatkan di sini tanpa sambungan.

Buat semua rakan SKAK yang sama penat sama berehat, terima kasih sekali lagi. Kamurang paling terbaik paling manang. Kita berjaya mengelola MTQSS daerah dengan lancar.

Gambar, aku tidak ambil gambar masa acara berlangsung. Gambar-gambar semua Lena yang ambil.  Kalau aku rajin, akan aku minta daripada Lena. Untuk entri ini, layan gambar dewan utama, untuk nasyid SM dan Perasmian. 







Tempat Makan Guru



Tempat makan pelajar
Tempat Makan VIP
Buku Aturcara

Galau

Menunjal otakku memikir hari ke depan-depan
Orang-orang atas cekal melempar kata
Semuanya betul
Segala fatwa jadi halal
April medan amukan dan berontak jiwa
Yang tenang yang gelisah
Yang alim yang lawa yang cantik bergaya
Yang miskin yang sederhana
Makin parah
Jadi barah
Yang kaya kata OK
Aku, 
Aku masih cuba menembak awan
Biar hujan turun
Membawa semua galau dan kalut April
Biar percayaku masih ampuh
Kalau di April ini
Lingkaran perubahan 
Tetap datang bersama kebaikan dan keselesaan
Kekalkan semangat hidup.

Rangkuman GST

Aku tulis ini di FB 20 Mac lalu, baru hari ini aku taip entri ini di sini...

Persediaan GST saya:


  1. Saya akan membuat senaman muka dengan cara menyebut   GST.
  2. Senaman muka ini akan berdurasi selama 3 minit, 1 minit     untuk huruf G, 1 minit untuk huruf S, 1 minit untuk huruf T. 
  3. Senaman muka ini akan saya lakukan sebanyak 3 kali         sehari iaitu selang 8 jam.
  4. Sesi senaman ini tidak sesuai untuk orang kaya yang kuasa belinya, boleh beli beg Gucci ori.

Ini pula aku tulis 27 Mac. 

Persediaan GST kedua saya:

1. Kebil-kebilkan mata setiap kali nampak harga barang.
2. Kembangkan hidung, sengihkan mulut, tangan letak    
     dibahu, mata naik atas dan sebut haaaah.
3. Bersin sambil sebut GST.
4. Troli kedai ambil sampai 3, setiap troli letak satu barang. 
     kalau cashier tanya, kenapa buat macam begitu, jawab    
     begini, "untuk tampung berat GST.

Ini pula, 31 Mac.

Kalau anda gembira sebut JiJi
Jiji...
Kalau anda gembira sebut Es Es...
Es Es...
Kalau anda gembira sebutlah bunyi Titi
Kalau anda begila sebut Jiesti...

P/s: Silamat Hali Laya Jiesti 1 April 2015. Terima Kasut. Minal Aidil wal Cukaiannnnn.....Qulu Amin Waantum bil khoiri...

Baiklah, semua ini bukan disebabkan panik GST. Cuma sebagai penyedap raksa, biar hilang segala risih dan gurih dalam hati. Aku angguk satu kali tanda hadam dan faham. 

April si Kebil-kebil