Friday, January 9, 2015

Bulan Buku: Januari 2015

Ini hadiah harijadi aku inadvance kata Zulieqah. Tidakkah aku patut rasa bahagia? Ya, aku rasa bahagia sangat, apalagi, buku yang aku cari dari tahun lalu, penghujung oktober lebih tepat, akhirnya, jadi milik aku. Haiyalah...


Terima Kasih Zulieqah. Tidak dapat digambarkan rasa gembira saya. 


Buku "Heart Of Obsidian" ini kulitnya keras, suka sangat. Dua-dua buku ini kertas kuning dan wangi. Alahai, senyum meleret sepanjang petang yang panas ini.  

Terima Kasih Allah atas nikmat hidup-sihat-gembira dan kawan yang selalu sudi menunaikan hasrat.

Tuesday, January 6, 2015

Bulan Buku: Januari 2015

Akhirnya, buku yang ditunggu sampai juga hari ini.  Cek hp tadi jam 4.09pm, dapat sms dari poslaju untuk ambil barang dalam jam 2.19pm, aku terus pecut ke poslaju, nasib baik sempat sebab poslaju tutup pukul 4.30pm.

Buku "Ada Hantu" gabungan 6 penulis, aku beli buku ini sebab ada Bahruddin Bekri, penulis kegemaran aku selain Hlovate dan RAM. Aku nak baca tulisan beliau dalam genre seram, sebelum beli buku ini, aku dah bayangkan beliau mesti tulis seram tak ingat yang lawak tak kering gusi. Belum baca aku dah senyum. Penulis lain dalam buku ini, aku tak kisah sangat, tapi, baru baca tajuk-tajuk diorang aku dah gelak, jadi, secara warasnya, diorang pun pasti buat aku gelak.


Buku "Catatan Matluthfi" aku beli atas promosi Tuan Khair penghujung November 2014 seingat aku, hendakkan kelainan jadi aku buat keputusan untuk beli, aku bet buku ini pasti lawak, sebab Matluthfi dalam youtube beliau memang sangat lawak, waktu belek buku ini depan-belakang tengah-muka surat akhir, aku mula senyum comel, sebab unsur lawak itu sudah ada, dan ada subjek mental health dan dakwah secara santai. Well, buku ini pasti tidak mengecewakan. Siap ada grafik, kartun bagai. Aku tergelak tengok kartun ini, style budak-budak hostel habis...


Kehadiran buku-buku ini buat aku gembira berganda-ganda, Bahagia tahu! Lebih bahagia daripada dapat beg gucci orignal harga ribu-riban. 




P/s: ini antara sumber kebahagiaan aku, paling ringkas. Tidak perlu kereta mahal, beg mahal kasut mahal, rantai emas, berlian 24 karat. Cukup dengan novel, asal bukan novel megi cintan yang berlambak kat kedai buku. Cau cincau!!!