Monday, December 28, 2015

Harapan

Hati kita selalu terluka kerana harapan. Harapan yang disandarkan padanya bahagia untuk diri. Bila yang terjadi tidak selari dengan harapan, rosaklah hati. Kalaulah kita mahu berdamai dengan harapan, pasti harapan akan memelukmu. Bina harapan bersama.

P/s: ceh...adikakadiyoh.

Sunday, December 27, 2015

Gigih

Gigih itu bermula apabila kau sanggup bersusah payah membuat dan membina sesuatu perkara. Tidak perlu banyak, satu perkara saja sudah boleh jadi bukti kegigihan kau.






P/s: Malam yang gigih-gigih. Pak Man jual gigi.

Thursday, December 17, 2015

Bulan Buku: Disember 2015

Alhamdulilah. Buku bulan disember sudah selamat sampai. Conot rasa hati. Buku Momen2 Mat Luthfi sengaja beli untuk koleksi. Buku Bahruddin Bekri memang hendak beli sebab aku suka dengan penulis bagus ini.


Maka, genaplah sudah misi bulan buku tahun 2015. 

Saturday, December 5, 2015

Secret Garden: Buku Mewarna

Petang tadi waktu jalan-jalan dengan Kak Long, jumpa buku mewarna dewasa, "Secret Garden". Ori tak ori, itu belakang kira. Harga RM4.90. Moga gigihlah aku mewarna.

P/s: Teringat drama Korea, Secret Garden. Best woo.. 

Sunday, November 15, 2015

Lari

Pernah kau dengar 
ringkikan kuda saat ia berlari
Kau tahu kenapa?
Itu sebenarnya pujian untuk Tuhan
Tanda syukur atas kurnia
Kemampuan berlari
Laju laju laju.

Pernah kau dengar
Rengekan manusia?
Kau tahu kenapa?
Ini zaman manusia berlari
Dipaksa berlari 
Laju laju laju
Yang kaya bergaya
Yang miskin sederhana
Manusia atasan
Manusia bawahan
Yang atas berlari dengan fatwa konon halal
Konon bijak konon pandai konon kebal
Yang bawah minta keadilan
Ini zaman rengekan manusia
Yang cuba lari dari jerat memakan diri.
Salah siapa ini?

Rengekan manusia
Ku dengar bagai ringkikan kuda saat ia berlari
Tapi sayang,
Ringkikan itu bukan pujian untuk Tuhan.

Aku juga harus berlari.

Thursday, November 5, 2015

Bulan Buku: November 2015

Inilah buku bulan november aku. Ada satu buah buku lagi masih di KK. Belum sampai ke Poslaju Keningau. Kata mereka, petang ini sampai.


Ba Wau Kaf Wau.

Cara kita menikmati bahagia tidak sama. Lain-lain. Nikmatilah kelainan itu. Asal jangan prejudis dengan klausa bahagia. 

Hoyeh...

Sunday, November 1, 2015

Cikai

Hari ini aku beli aku beli android baharu yang paling murah. Paling cikai. Itu pun sebab cik Ovo sakit lagi. Sekarang cik Ovo masuk wad dan hanya akan admit besok. Moga lepas keluar spital cik Ovo sihat macam dulu. Aku harap brader Leno boleh tolong aku walau cikai manapun status branded dia. Esok nak isi SSO. Lagi satu sistem online yang guru kena isi. Macam-macam sajalah KPM ni. Aku harap sistem SSO bukan tahap cikai. Naaaa...

Haiyalah...


Friday, October 30, 2015

Inktober: Day 29 & 30

Apa yang tinggal untuk meneruskan kehidupan demi kelangsungan hidup, adalah: kepercayaan.

#Inktober Day 29

#Inktober Day 30




Wednesday, October 28, 2015

Inktober: Day 27 & 28


Dimensi

Percubaan melukis lukisan 3D. Antam sajala labu.

#Inktober Day 27

#Inktober Day 28

Monday, October 26, 2015

Inktober: Day 25 & 26

Dalam hidup, ada banyak ketika, perkara tidak diduga, terjadi. 

Love will save the day.

#Inktober Day 25
#Inktober Day 26

Sunday, October 25, 2015

Inktober: Day 23 & 24

Kadang-kadang, hidup ini macam tangga. Kena naik dan naik demi kelangsungan kehidupan. Kena turun dan turun, juga untuk kelangsungan kehidupan.

#Inktober Day 23
 #Inktober Day 24

Friday, October 23, 2015

Inktober: Day 21 & 22

Ilmu itu prosesnya infiniti. Cakna fasal ilmu, kekal kau menjadi manusia pandai. Asal jangan kau terlalu prejudis dengan klausa pandai.

#Inktober Day 21
#Inktober Day 22

Thursday, October 22, 2015

Bulan Buku: Oktober 2015

Inilah buku bulan oktober aku. Sastera, keluaran DBP. Tertarik pada sinopsisnya, aku kira ia mungkin sebagus Kunang Persisir Morten. Cuma, itulah. Aku ini memang kutu buku, tapi, aku sangat memilih buku. Tidak semua buku yang dibilang bagus mampu memuas selera bacaku. Aku harus sabar, baru 10 muka surat. Aku harap, pertengahan bab nanti, ada babak mampu tarik selera. 


Wednesday, October 21, 2015

Inktober: Day 19 & 20

Masa sakit, baru kau tahu nikmat sihat. Allah sajalah penyelamat.


#Inktober Day 19

#Inktober Day 20 

Inktober: Day 17 & 18

Sakit itu ujian. Tanda Allah sayang.

#Inktober Day 17

#Inktober Day 18

Saturday, October 17, 2015

Aneh

Nasihat untuk Aku.

Kerana aku juga punya keanehan sendiri. 

Jangan pernah memaling pada aneh manusia depan, belakang, kiri dan kanan kau dengan stigma, kerana; kitalah lingkungan manusia-manusia aneh itu. Baik dari sifat dan sikap. Baik secara sedar atau tidak. Terimalah keanehan manusia dengan senyuman yang mulanya kau paksakan ikhlas. Nanti, pandai-pandailah kau tingkatkan darjat ikhlas itu. 

Belajar memberi ikhlas. Bukan cuma, mahu menerima ikhlas.

Aneh.

Aku aneh. Kau aneh. Dia aneh. Kita aneh. 

Aku lihat kau aneh. Kau lihat aku aneh. Dia lihat kau aneh. Kau lihat dia aneh. Kita sama-sama melihat keanehan.


Inktober: Day 15 & 16

Manusia aneh terdiri daripada, aku, kau dan kita.


#Inktober Day 15
#Inktober Day 16



Friday, October 16, 2015

Inktober Day 13 & 14


Kerana aku juga punya keanehan sendiri. 

#Inktober Day 13

#Inktober Day 14

Tuesday, October 13, 2015

Inktober: Day 11 & 12

Asal oktober saja mesti esketi, asal esketi saja mesti oktober. Dulu isi pakai borang, kuning tanda diploma, hijau tanda ijazah. Sekarang, SKT isi online bawah Hrmis.
#Inktober Day 11

#Inktober Day 12

Saturday, October 10, 2015

Inktober: Day 9 & 10

Love will save the day.

#Inktober Day 9

#Inktober Day 10

Friday, October 9, 2015

Inktober Day 7 & 8

Biar lukisan menjadi cerita. 

#Inktober Day 7

#Inktober Day 8

Tuesday, October 6, 2015

Inktober: Day 5 & 6

Lukisan mahal. Tak kau dapat di pasar malam. Apalagi di galeri seni.

#Inktober Day 5

#Inktober Day 6

Sunday, October 4, 2015

Inktober: Day 3 & 4

Aku ini selalu ketinggalan. Baru tahu tentang Inktober. Syukur ada kawan dalam kalangan penulis yang berkawan dengan penulis. Sayangnya, hari ke-3 baru aku mula tahu dan ikut serta. 

Inktober adalah satu cabaran untuk melukis apa sahaja selama 31 hari. Mari melukis.

Inktober Day 3

Inktober Day 4

Wednesday, September 30, 2015

Bulan Buku: September 2015.

Hajat untuk pergi ke 1b waktu book fair Lejen Fixi tidak kesampaian. Jadi, inilah buku untuk september. Buku Raudhah tulisan Othman Haji Zainuddin, sudah lama aku usha. Aku sudah baca Raudhah tulisan RAM. Jadi, aku mahu tahu bagaimana garapan OHZ. 



Aku juga beli buku Nisah Haron. Aku kenal penulis ini, setelah jadi kawan FB si Khair Zawawi budak Buku Halal. Aku beli buku dengan dia, kalau korang nak beli buku dengan dia, korang cari fb dia atau like page Buku Halal. Buku Nisah Haron ini merupakan pemenang kategoi novel remaja, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003. Aku beli buku ini, sebab selalu nampak status terkini beliau di wall fb aku. Itupun, bila si Khair like status NH.




Adios. 


Tuesday, September 29, 2015

Kotaukah?

  1. Djayakarta: Kemenangan yang diraih.
Tahukah anda bahawa nama Jakarta telah ditukar sebanyak 4 kali.

Pertama: Sunda Kelapa
Kedua: Batavia 
Ketiga: Djayakarta
Keempat: Jakarta.

Ideologi:
  1. Ideo: Keyakinan.
  2. Logi: Ilmu
  3. Ideologi: Keyakinan dengan ilmu.

Seni Tegur dan Seni Tulis.

Untuk hal yang menimpa SN. 

P/s: Ini pendapat aku yang bodoh saja.

Bila menulis.

Cara Allah menegur, sangat berseni. Halus. Allah akan biar kita melakukan perkara macam betul-macam salah sehingga perkara macam betul-macam salah itu mendapat kritikan dan kutukan orang. Tanda Allah sayang, maka DIA membiarkan hal itu terjadi. Allah mahu kita bijak berfikir. Bijak tindakan. Bijak memilih. Bijak menulis. Allah mahu, supaya satu masa nanti, bila hendak melakukan perkara macam betul-macam salah, kita tahu hendak fikir apa, buat apa, pilih apa, tulis apa. Allah mahu kita jadi penyaring bijak. Teringat kepada novel Tuan Bahruddin Bekri:

Penulis Yang Disayang Tuhan.

Penting untuk menjadi penulis yang disayang Tuhan. Ada mesej dalam novel Tuan BB itu. Tentang struggle untuk istiqamah menjadi penulis yang disayang Tuhan. Ada banyak "tentang" lain lagi. 

Kita ini terbiasa mahu jadi orang yang menang. Sekali kalah, itu bukan sebab kita salah fatal, cuma tanda Tuhan sayang. Lalu DIA menegur juga dengan kasih dan sayangNYA pada kita.

Pandangan dari sisi lain selalunya pelik tapi hebat. Gaya pemikiran bersifat paradoks. Tapi itulah, manusia ini juga terbit daripada kepelikan. Tanda kuasa Tuhan. Allah yang maha ESA. Tanda Allah mahu manusia sentiasa berfikir tentang segala zatNYA agar mencambah keimanan. Segagahnya, terima khilaf. Kita ini manusia pelik. Pelik cara fikir dan melihat sesuatu dengan dimensi yang bezanya 10 hasta dari manusia pelik lain. Jadi, jangan marah melatah bila ada yang memarahi kepelikan kamu. Mari saling menerima kepelikan. Allah sajalah penyelamat.

Love will save the day.

Wednesday, September 9, 2015

Percaya

Tanahku duduk ini
Tidak pernah celaka
Yang celaka manusia
Bukan nasib,
Bukan takdir
Bukan juga si polan yang hilang warasnya
Tapi,
Manusia yang hilang percaya

Maka luculah tanahku duduk ini
Kalau manusianya
Hilang pegangan pada yang namanya
Kepercayaan.

Atie100915.


P/s: usai sudah menonton, Alangkah Lucunya Negeri Ini. Atas saran sahabat aku, Luna Zura. Satu perkataan saja sebagai review filem ini: KEPERCAYAAN.

Tuesday, September 8, 2015

Pendek

Baca kartun "kisah kakak yang pendek" buat aku senyum simpul sedikit bangga dengan hidung kemek kembang dua lubang. Aku pun, pendek ketot.

Pendek itu comel. 

Hanya si pendek yang tau azab nak ambil barang yang diletak tinggi. Terutama dalam kedai. Nak dongak satu hal, nak capai dua hal. Cian! Dah jadi 3 hal kau nak kena cari pembantu kedai, minta tolong dia ambilkan. Ciskekdaptul!

Sunday, September 6, 2015

Rezeki Comel

Dua Jumaat lepas, aku teringin sangat makan sanggar pisang. Tapi sudah habis di kantin guru. Jadi aku pendam keinginan tekak itu dalam hati. Tiba-tiba, waktu rehat, seorang murid tahun dua, beri aku sebiji sanggar pisang dengan senyuman yang aku kira ikhlas, mengharap aku sudi menerima pemberian dia. Katanya, "Ambillah, saya bagi ustazah". Aku ambil dengan rasa syukur. Aku yakin, ada barokah daripada pemberian itu. Justeru, aku tidak malu menerimanya. Rezeki comel daripada Allah. Comel kerana perantaranya, anak murid aku. 

Allah sajalah penyelamat.

Love will save the day.

Gigih

Buku senarai-beli bulan September sudah mencanak dalam otak. Tasabar...kena tunggu 20.9. 

Untuk mereda ingin yang mencanak, aku beli Sudoku. Satu untuk anak angkat tahun 6 aku,  satu untuk aku yang baru mencintai nombor. Sudoku itu pula, sudoku tahap mudah. Cian! Otak kiri aku perlu mandi, ketiaknya sudah berdaki tebal dan hitam. Gigih betul. SPM dulu, untuk subjek nombor-nombor, aku rasa macam mak lampir nak makan aku hidup-hidup. Setan betul.


Aku rasa saranan beli alat tulis untuk anak angkat murid UPSR itu bagus. Aku sudah beli set alat tulis untuk anak angkat aku itu. Semoga dia lulus UPSR. 

Aku anggap itu semua usaha gigih. Usaha gigih semua pihak.

Allah sajalah penyelamat.

Cara

Kita ini orang yang berbeza.
Cara Pendapat,
cara fikir,
cara bikin,
dan,
dalam banyak cara dan cara dan cara.

Pandai-pandailah. Lepas ini, aku pilih diam. Antam sijala.

P/s: aku ini orang yang simpul dalam otak, sudah keriting krebo. Payah untuk diluruskan. Payah. Jadi, jangan kau hairan. Kalau aku menyakitkan hati kau yang lurus rebonding.

Langit Buku

Ada apa pada langit buku
Huruf?
Ilmu?
Atau...
Cinta.

Kertas putih kuning.
Muka surat cinta.
Wangian cinta.

Itukah langit buku?

Wednesday, September 2, 2015

Tangan Merdeka

Ini tangan kecilku
Tangan ini tangan merdeka
Ini tangan kecilku
Akan aku tulis kata merdeka
Ini tangan kecilku
Akan aku ketuk kepalaku
Kalau aku lupa pada tarikh merdeka
Ini tangan kecilku
Akan aku angkat ke sisiku
Melaung ikrar setia
Ini tangan kecilku
Akan aku genggam dan aku julang
Melaung kata keramat
Merdeka Merdeka Merdeka
Ini tangan kecilku
Akan aku abadikan pada kanvas
Tanda cinta pada Malaysia
Aku yang masih darjah satu

Atie 21082015


P/s:  Aku buat sajak ini untuk murid tahun 1, kononnya untuk persembahan masa sambutan merdeka 14.08.2015 nanti. Ini cuma perancangan. Hendak melaksana, erm...kesungguhan amat diperlukan di sini.

Tuesday, September 1, 2015

Sahabat

Bersahabat ini hebat
Bersahabat ini sihat
Bersahabat ini sakit

Bersahabat ini tenat

Pada ketika hebat
Sayang
Pada ketika sihat
Ya sayang
Pada ketika sakit
Juga sayang

Pada ketika tenat
Tetap sayang.

Itu naif, kata kawan.

Justeru,
Yang dibilang sahabat itu
Sedikit
Yang dibilang kawan itu
Ramai.


Jumpakah kau titik perbezaan?


Atie01092015

Gimik Merdeka

Aku harap gimik merdeka besok, tiada yang sakit Jantung. Letupan 19 das belon. Perkataan apa yang muncul? Nantikan.

Penat aku dan Dayah buat. Sampai pening tiup belon. Moga GB dan barisan PK sporting. 

Semoga meriah, semoga gembira sambutan merdeka 2015 mengulang meriah dan gembira sambutan merdeka 2014.

P/s: Kalau aku rajin, nanti aku upload gambar sebelum, semasa dan selepas gimik esok. 

Langit

Aku lihat langit
Benci aku pada jingga
Jingga mengingatkan aku pada dia
Dan aku marah
Aku lihat langit
Benci aku pada ungu
Ungu mengingatkan aku pada dia
Dan aku rindu
Aku lihat langit
Benci aku pada kelabu
Kelabu mengingatkan aku pada dia
Dan aku sendu

Aku seru pada awan
Tebar warna hitam pekat
Biar hujan turun lebat
Agar semua marahku, rinduku dan senduku
Cepat berlalu
Atie31082015

P/s: jiwang merdeka. Kau ada?

Friday, August 21, 2015

Syukur

Syukur Alhamdulillah. Terima Kasih Allah, kerana mempermudahkan urusanku. Allah sajalah penyelamat.

Terima Kasih, Elisa. Bantuan kau mencipta ruang penyelesaian. Potongan rumah aku berhenti 9/15. Alhamdulillah.

P/s: Menari joget setempat. Terngiang lagu Seloka Dihari Raya.

Thursday, August 20, 2015

Tunggu

Kadang-kadang...

Bila perkara yang paling kau tunggu-tunggu, sampai tarikhnya, tak jadi, buat kau rasa nak berperibahasa sambil korek hidung paling dalam lepas itu gentel-gental TH.

"Cakap tak serupa Bikin".

P/s: Reda sajalah. Allah dah set from the top. Bulan depan baru setel kali. Insya-Allah. Aku harap potongan rumah aku stop bulan 9. Tadela aku nak berperibahasa lagi.

Wednesday, August 12, 2015

Bulan Buku: Ogos 2015

Sempena tamatnya penerbitan majalah Ujang dan Apo, aku beli buku "Prequel Breakfast Blues Monolog Seorang Lelaki" ini sebagai ingatan. Aku antara peminat Ujang yang ramai dekat Malaysia ini. Tapi, aku peminat poyo. Tidak aku tahu, Azzam Supardi itu Din Beramboi dan tidak aku tahu kewujudan buku ini. Yang aku tahu, dia ada tulis buku Pilo-Toq bersama Tuan BB dan Tuan OP. Ketinggalan. Maknanya ada buku "Breakfast Blues Monolog Seorang Lelaki". Akan aku cari dengan bantuan budak kecik.



Bahagia itu banyak, kalau kau mahu menikmatinya dengan cara yang paling sederhana. Kalau kau mahu, mesti kau jadi orang yang suka:

1. Ikhlas
2. Gembira
3. Tenang
4. Berbagi
5. Makan
6. Menyanyi
7. Tersenyum
8. Ketawa hahaha
9. Tersengih-sengih
10. Tidak gila

P/s: sila jangan percaya. Sebab aku percaya, bahagia aku tidak sama dengan bahagia kau. Bahagia kita sama tapi tidak serupa. Kau bongok kalau kau percaya.

Tuesday, August 4, 2015

Kenangan Itu Kerinduan

Demi kenangan aku rakamkan gambar ini. Tahun depan, cerita pasti berbeza. Jihah, sahabat baik aku bakalan berpindah ke Semenanjung mengikut bakal suami. InsyaAllah. Biarlah gambar berbicara. 

Gambar ini aku dan Daya ambil masa backdrop untuk sambutan raya esok. Backdrop yang simple tapi kami buat dengan kasih-sayang. Ceh!

Layan gambar okeh...! 

Ukur ketinggian. Nampaknya, aku salah beli ubat. Terbeli ubat bikin gemuk.

Ini bukan MLM, ini siurang yang tengah happy
 lepas siap buat backdrop.

Kami main tapuk2...tak faham maksud tapuk?
Kau tepuk dahi 3 kali...cakap bongok punya menteri.

Ignore je la kaki pendek aku tu...

"Akak, saya macho kalau begini gaya?"
"Aii...Kanapa tidak, punya macho, silap2 ada yang kasi
derma 2.6b masuk akaun ooo"
Fly Me To The Moon

Semangat bekdrop merasuk dua cikgi ni.
hello...no. Acc aku available untuk menerima derma..

Ko kasi dekat sikit tu huruf...

Latihan duet Lagu: Biar saja dan Satu Hari Dihari Raya

Main siring dulu, karang baru di tengah

Sahabat baik saya, Jihah.
Terima Kasih Allah, jadikan dia sebagai sahabat saya.
Segala kenangan bersama Jihah, akan abadi dalam hati dan ingatan.
Terima Kasih sebab jadi sahabat Saya.
Terima Kasih atas segala budi dan jasa baik Jihah.

Latihan Koir murid tahun 2 dan 3.
Solo: Unat & Fadzila

Dan benarlah,
Bahawa Kenangan itu Kerinduan. Pasti kenangan ini akan dirindui. Semoga jadi ingatan buat hati yang bertaut kasihnya atas nama sahabat.