Tuesday, July 22, 2014

Suara Katak

"Kau ingat, katak-katak itu sengaja buat bising panggil hujan, sebenarnya; itu suara meminta rahmat Tuhan".  Jadi, kau bising-bisingkan-lah-mulutmu, minta rahmat Tuhan, ucap syukur 21. Mintanya katak saja didengar Tuhan, inikan pula, Kau.

P/s: Peduli apa aku dengan hukum sains. Itu bukan apa-apa.

Thursday, July 3, 2014

Kecil

Ramadhan, 6.  


Hari ini aku berkecil hati dengan seorang kawan.  Sebenarnya, aku bukanlah marah sangat, tapi aku rasa sedih sebab aku rasa aku macam serangga perosak yang mahu merosak program orang.  Apapun, hal ini telah ku maklumkan lebih awal pada GB Isnin lepas, dan GB malah PK1 telah memberi kebenaran.  Aku rasa malu tadi, bila cuba mengharap ehsan orang, tapi aku diminta supaya tidak mengganggu.  Aku terasa seperti dihalau jauh-jauh, cuma tidak kedengaran bunyi "syuhh".  Aku sedar ini Ramadhan dan aku telah meracun cantiknya Ramadhan dengan berkecil hati. Semoga Allah mengampuni aku yang mudah terasa hati hari ini.