Thursday, May 29, 2014

Kekuatan Cinta

Aku duduk atas katil kelaminku
Aku pandang tiap sudut kamar pengantinku
Aku hidu bau yang terbit dalam kamarku
Ada bau pengorbanan
Bau getir jatuh bangun hidup
Tapi aku masih suka bau itu
Bau yang pasti aku rindui
Bau cinta kami

Aku bakalan pergi
Pergi untuk membela nasib
Bau pengorbanan itu
Mahu kutukarkan pada wangian
Juga atas nama cinta
Cintaku yang paling agung
Buat kamu dan kamu
Yang paling aku cinta

Aku pergi
Atas nama kekuatan cintaku.

P/s: Luna Zura, atas nama kekuatan cinta, kejarlah pelangimu sehingga ke hujung duniamu. 


Wednesday, May 28, 2014

Hidup

Kalau kau salahkan hidup, maka kehidupan akan mencemuhmu. Kalau kau jalani hidup, maka kehidupan akan menyantunimu.

P/s: Terpulang kalian, mahu menganggap kehidupan sebagai kawan atau lawan.

Sunday, May 25, 2014

Entri Piala Thomas #Final: Cuba lagi Malaysia

Malaysia kalah akhirnya, Penantian 22 tahun untuk menjulang Piala Thomas masih belum berakhir. Tapi aku Tabik Hormat pada team Piala Thomas kali ini.  Cuba lagi edisi 29 nanti. Siapa tahu, nasib menyebelahi kita. Kekalahan 2-3 rasanya sudah cukup membuktikan kemampuan Malaysia. Pujian melangit aku berikan.  Apapun, Liew Daren sudah berusaha 200%, terkesan akhirnya antusias untuk menang pada set kedua dan ketiga. Semua pemain: DLCW, TBH, HTH, TWK, GVS, CWF juga telah memberi 200% usaha untuk membawa kemenangan, cuma takdir belum berpihak pada Malaysia. Melepasi target dan mampu ke final walaupun atas tiket team terlemah itu sudah bagus. Cukup bagus.

No doubt. Ini tahun Jepun. 

Jumpa lagi pada edisi 29, 2016. In Shaa Allah.

Entri Piala Thomas #3: Beban tergalas dibahu LD

Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul.


Itulah yang dirasai oleh Liew Daren.  Setelah TWK dan GVS memberikan kemenangan kedua buat Malaysia, sudah pastilah beban berat tergalas dibahu LD.  Waktu menulis entri ini, LD sedang beraksi longlai.  Bayang K itu terlihat lagi. Riak wajahnya saja tidak meyakinkan, tidak seperti pemain Malaysia yang lain, yang penuh antusias untuk menang. Seperti di awal tulisan ini tadi, aku rasa LD sudah mencuba sedaya upaya: Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Aku masih sentap, tapi masih harap Bayang M itu lebih ampuh dari K.

Entri Piala Thomas #2: Malaysia di Jalan Sehala

Waktu Malaysia di jalan sehala...

Bayang-bayang kalah sudah nampak.  Harapan waktu bergu pertama Malaysia Tan Boon Heong dan Hoo Thian How menang set pertama terasa pudar bila mereka kalah set dua dan seterusnya kalah di rubber set. Aku lihat TBH dan HTH sudah bermain bermati-matian menggunakan segala skill, tapi tiada nasib untuk menang, bila mereka asyik membuat pukulan ke jaring.  Aku sudah nampak bayang-bayang kalah bila Chong Wei Feng juga bermain baik tapi kurang nasib.  Baiklah, aku akur lebih awal kali ini, tahun ini, edisi ke 28 ini, nasib menyebelahi Jepun.  Waktu aku tulis entri ini, CWF sedang beraksi habis-habisan. Turning-point kepada siri kejayaan Jepun bermula bila mereka mengalahkan China.  Aku tidak setuju bila pengulas-pengulas mengatakan Chong Wei Feng bermain tidak seperti lima perlawanan sebelumnya.  Aku lihat dia begitu antusias untuk menang, cuma nasib tidak berpihak pada Malaysia, pada CWF.


Ketika mahu menamatkan tulisan ini, bergu kedua Malaysia, Tan Wee Keong dan Goh V Shem sedang beraksi.  Apapun, aku masih berharap ada sinar menang untuk menyilaukan mata pemain Jepun.  Titik kejayaan Malaysia tergalas dibahu TWK dan GVS.  Kalau Malaysia kalah, layak ke final sudah cukup manis buat aku.  Cuba lagi Malaysia, siapa tahu nasib menyebelahi kita tahun-tahun seterusnya.


P/s: Bayangan K macam nampak-nampak sudah...Kempunan laini mamigang pela...suba lagi la lain tahun...otomen kuat dari sisak!!! Malaysia dah cuba yang paling manang suda. Aku tetap anggap ini Pela Tomas Malaysia yang paling best sebab LAYAK pi FINAL. Malaysia campion dihati saya.

Saturday, May 24, 2014

MSS SK. ANSIP 2014

MSS SK. Ansip sudah berlangsung dengan berjaya dan penuh kemeriahan dengan cara kami yang tersendiri.  Aku yakin, setiap daripada kami semua merasa puas dan gembira.  Tiada coretan panjang lebar dalam entri ini.  Cukup, dengan menulis begini:

Hari seronok kami semua...Sukan Sekolah Kebangsaan Ansip 2014

Sepanduk

Ratu kami


Maskot kami

Acara Perbarisan

Dari kiri cepat jalan....








Ratu rumah Perodua Merah....comel sangat

kesian juga tengok si maskot..keberatan tu kepala itik....hehehe!!!

Kepanasan...


Tarian Pom-Pom oleh murid-murid tahap 1














Rumah sukan aku si Toyota Hijau, kalah tahun ini, baik dalam sukan dan perbarisan.  Biar dapat no. 4 yang penting semangat kesukanan.

P/s: Ini sukan kami. Ini cerita kami. Ini hari gembira kami.

Entri Piala Thomas #1: Sejarah besar terlakar

Sebagai peminat sukan badminton aku harus tulis entri ini setelah sejarah besar tercipta dalam Piala Thomas 2014.  

Sejarah besar terlakar...

Siapa sangka Jepun berjaya mengalahkan dominasi China dalam Piala Thomas.  Paling menggemparkan bila Jepun mengalahkan China 3-0.  Itu satu pencapaian besar Jepun, apalagi Jepun tidak pernah sampai ke pentas akhir Piala Thomas sejak ia dipertandingkan. China terdiam paling senyap, maruah mereka tercalar dengan teruk.  Aku kira. tahun ini China betul-betul tidak mempunyai nasib. Aku rasa, percaturan China menjadikan Chen Long sebagai perseorangan pertama dan menjadikan Lin Dan sebagai perseorangan ketiga membawa kepada titik kekalahan mereka. China mungkin memandang rendah kemampuan Jepun semasa menyusun atur pemain mereka.  Teringat keangkuhan China terutama jurulatih mereka (aku lupa namanya, tapi dia selalu memakai cape) edisi 2010 di Indonesia bila dia asyik meninbulkan provokasi sehingga menimbulkan rasa kurang senang para penyokong dan penonton tempatan.  Keangkuhan China juga sangat terkesan waktu edisi 2012 di Malaysia.  Tahun 2014 ini, keangkuhan mereka selama ini dibalas dengan kekalahan memalukan dan seterusnya membawa kepada kesenyapan mereka di stadium badminton India.  Tapi, jauh sudut hati, aku rasa kasihan juga.  Aku tetap rasa, kepuasan yang paling hebat adalah, Malaysia mengalahkan China di pentas akhir, atau mengulangi kenangan manis mengalahkan Indonesia di pentas akhir seperti tahun 1992 dulu.  Keehoiii!!! 

Dan sejarah terlakar lagi...

Malaysia juga ke pentas akhir, setelah kali terakhir melakukannya pada edisi 2002, kalau aku tidak silap.   Malaysia mengalahkan Indonesia juga 3-0 pada separuh akhir tanpa perlu berhempas pulas.  Siapa sangka Malaysia berjaya ke separuh akhir, apalagi team Thomas Cup & Uber Cup kali ini dikatakan sebagai team yang paling lemah.  Ketika membawa team ini ke India, sasaran Malaysia hanya setakat ke suku akhir dan bernasib baik jika mampu ke separuh akhir.  Tapi, nasib menyebelahi Malaysia kali ini.  Manis betul rasanya. Mungkin, kerana datang ke India tanpa tekanan harus berjaya ke pentas akhir, Malaysia menggandakan semangat untuk berjuang habis-habisan hingga berjaya menempah tiket ke pentas akhir.

Ini peluang membawa balik Thomas Cup ke Malaysia. Aku kira, 2 tahun dari sekarang, pastinya China berazam setinggi langit mahu merampas kembali Piala Thomas ke tangan mereka sekaligus meningkatkan kekuatan dan mengembalikan maruah mereka yang tercalar edisi kali ini.  Tapi, pastilah Jepun mahupun Malaysia, sekiranya menang,  akan mencuba sedaya upaya mempertahankan Piala Thomas.

Teringat, tahun 1992 dulu, waktu itu aku tinggal di asrama, berbekalkan radio, kami mengikuti siaran langsung Piala Thomas akhir, Malaysia vs Indonesia dengan teriakan-teriakan debaran dan kegembiraan dalam gelap.  

P/s: Aku harap kalau Malaysia menang Thomas Cup pada ahad, PM akan umum cuti umum.

Sebelum aku, kau dan dia

Sebelum aku ada kau,
sebelum kau ada dia
sebelum dia ada dia
dia yang menyantunimu dengan sentuhan
dengan magis 
tanpa kayu sakti
hanya dengan kasih sayang
terlahirlah aku, kau, dia dan dia
juga,
atas nama kasih sayang.

P/s: Untuk kamu yang bergelar IBU.

Saturday, May 17, 2014

Besar dan Kecil

Perkara kecil jangan dibesar-besarkan, perkara besar harus dikecil-kecilkan, sebab, selalunya; rasa kecewa itu bukan pada perkara besar tapi pada perkara kecil.  Memberi dengan banyak lebih baik daripada menerima dengan banyak.


P/s: Sayang menyayang.

Sunday, May 11, 2014

Sukan Sekolah: Kami Rumah Toyota si Hijau

Sempena sukan sekolah yang bakal berlangsung 20. Mei nanti, aku sediakan mascot dan juga pom-pom yang aku buat sendiri untuk rumah sukan aku, rumah Toyota atau rumah hijau. Aku buat setakat yang mampu dengan kemahiran yang kurang dan bajet yang ciput. Maklum, aku guna ongkos sendiri untuk menyiapkan mascot dan juga pom-pom.  

Semangat betul hendak memeriahkan acara perbarisan dan acara sukan yang akan dipertandingkan nanti.  Aku harap, semua guru rumah hijau akan suka dengan mascot ini. Pada permulaannya, Wong kata hendak jadikan Arnab sebagai mascot, simbolik pada laju dalam acara lumba lari nanti.  Sayang, waktu aku dan Nini mencari mascot di Rombengan khamis lepas, kami tidak menemukan mascot yang dihajati. Setelah puas mencari, aku menemukan patung itik ini, dan idea datang untuk membuat mascot sendiri, selepas tawar menawar, aku bersetuju membeli dengan harga RM5. Akhirnya, inilah yang terhasil.  

Aku harap kepala murid aku boleh muat nanti.
Oleh kerana warna itik kuning, jadi aku terpaksa beli kain warna kuning juga, dan kerana rumah kami warna hijau terpaksalah aku gunakan bulu warna hijau.  Padahal aku kepingin guna warna oren.  Hehehe!!!

Pom-pom, pada awalnya aku cuma mahu membuat dua buah sahaja, tapi Nik kata, kita buat banyak sikit, untuk pasukan sorak.  Nanti time buat Yel, boleh guna pom-pom...hihihi!!!

itik berbadan burung Nuri...hihihi!!! 


Sunday, May 4, 2014

Laskar Pelangi

Love is all around...

Setelah beberapa kali menonton filem Laskar Pelangi, baru hari ini aku berpeluang melihat wajah pengarah filem Laskar Pelangi, Riri Mirza yang aku angkat sebagai filem yang paling bagus. Aku pernah membuat entri fasal filem ini, dan hari ini, aku tulis semula entri ini biar ia cuma fasal kesinambungan filem Laskar Pelangi (kalau aku tidak silap) setelah ter-tonton Melodi tadi. Dari beberapa scene lewat rancangan melodi, aku rasa filem baru ini akan sama bagus dengan Laskar Pelangi, baik dari segi teknikal, pengcahayaan dan sinematografi yang cantik serta mengesankan.  Apapun, aku harap filem baru ini sama hebatnya dengan Laskar Pelangi yang aku sayang itu. Aku lupa judul filem baru itu.

Kerana filem baru itu, ada kaitan dengan Laskar Pelangi, jadi aku rasa aku harus menulis entri ini...hehehe!!! sambungan kunun...

P/s: Tontonlah Filem Laskar Pelangi (2008), aku rasa kalian pasti akan suka.  Bagi aku, ia sebuah filem yang indah.  Ia tentang kegigihan dalam kehidupan yang penuh kemiskinan, ia tentang kepentingan pendidikan, juga legasi pembelajaran yang menekankan aspek kerohanian yang penuh dengan keterbatasan. Ia sebuah filem kecil dengan barisan pelakonnya yang hanya menampilkan beberapa nama besar dan selainnya adalah pelakon yang terdiri daripada anak-anak dari Pulau Belitung yang lulus ujibakat tapi cukup meninggalkan impak besar dalam filem ini.  Siapa pecinta laut dan pantai, kalian juga pasti akan jatuh cinta dengan laut Belitung yang indah itu.