Tuesday, March 25, 2014

Takdir


Ketika KAU memberi sentuhan pada takdir-takdir kami
KAU menitipkan seribu hikmah tersembunyi
Tidak bermaksud memberi gundah dihati
Sekadar tanda kasih sayang sedikit menguji
Menerima qada dan qadar ILAHI


Saturday, March 22, 2014

Cuti dan Lemak

Cuti Pertengahan Semester kali ini bakal menumbuhkan lemak tepu secara produktif. Tiada langkah-langkah pencegahan yang diambil untuk mengelak pertumbuhan aktif lemak-lemak tepu ini. Justeru, kerahan aset juga dianggap tidak perlu bertujuan menghadkan perbelanjaan bagi mengatasi masalah ini.


Ayaks.....

# Awani 501.

P/s: Selamat Bercuti  buat aku.  Isnin ini, merancang mahu membayar puasa selam 3 hari berturut-turut.  In Shaa Allah, semoga dipermudahkan Allah.  Amin Ya Rabbal Alamin.  

Thursday, March 13, 2014

Doa Untuknya - Encik Mimpi #PrayForMH370

)



Getar...Doa untuk MH370

Pada getar rasa
Ada gelombang
Ada frekuensi
Ada sangsi
Ada spekulasi
Ada konsikuensi
Mana radar pengesan bimbang?
P/s: Wallahu A'lam Bis sowab...teringat bulan 3 tahun lalu, waktu pencerobohan Sabah, di Lahad Datu.  

Monday, March 10, 2014

Tumbuh Lemak

Satu yang paling aku perasan sejak beberapa bulan kebelakangan ini, ialah, tentang pertumbuhan lemak-lemak yang agak subur.  Ya, itu pasti, sangat pasti.  Aku cuma mampu mengeluh, hampir menyanyi lagu si Luncai.

Eating Disorder...bila mulut-tekak-perut hampir tidak kenal erti kenyang. 

P/s: Paling manang laitu mulut, tu perut, tumbuh babat sampai ada muncung suda pun, macam tidak kenal penat telan benda sedap. Syadap yu...!!!

Baik, sel-sel otak saya telah berhubung malam ini, bila, saya mula berkata, kenapa?

P/s: Susu Cap Junjung pun mampu membuat sel-sel otak berhubung, inikan pula lemak tepu. Distress criminal Food-hunger-wild ( sila maafkan kesalahan bahasa Inggeris yang terdapat dalam ayat ini, ia cuma antara fragmen kedunguan saya dalam bahasa Inggeris).

hik..hik...hik...

Saya suka makan. 

Sunday, March 9, 2014

Ujian

Ujian Allah hadir dalam pelbagai rupa dan bentuk; berseni. Kalau ujian itu dizahirkan dalam bentuk lukisan, kesan pertama yang terlihat, adalah seni halus pada lukisan itu, ia tergambar dengan jelas.


P/s: Ujian Allah itu selalu cantik.  Kekal cantiknya tanpa berkurang sedikit pun.  Malah, sangat berseni. Misteri...Pray For MH370.  Semoga Allah menyelamatkan mereka semua. Semoga Allah mempermudahkan urusan mencari dan menyelamatkan mereka.  Amin Ya Rabbal Alamin.

Tuesday, March 4, 2014

Bahawa Hidup Ini...

Kita-kita semua tahu bahawa hidup ini bukanlah semudah yang kita jangka dan bukanlah sesusah yang kita sangka. Kalaulah kita kita berani ketepikan semua ego-ego bodoh, kalaulah kita mahu berdamai dengan masa lalu, bayangkan, apa bakalan terjadi? Kita-kita boleh saja memilih, samada, mahu jadikan hidup ini sebagai kawan atau lawan.

P/s: Hidup adalah kawan saya, bukan lawan.  Ironi atau sarkasme?

Entri yang lambat

Sebenarnya entri dengan label puisi ini, aku mahu masukkan ke dalam blog waktu 28.02.2014, tapi, aku hilang rahi untuk menaip, dan selebihnya, aku lupa. Ya, itulah, yang sebenarnya.  Pada waktu aku teringat untuk memasukkan puisi ini, aku diserang rasa malas yang tiada ubat, dan pada waktu aku aku teringat untuk memasukkannya, ia sudah 1 haribulan 3.  Setelah episod hilang rahi, malas dan lupa, hari ini, pada tanggal 04.03.2014, aku masukkan juga entri ini, cuma untuk aku simpan sebagai kenangan.


Febuari Bukan Tahun Lompat

Aku buka kalender yang aku lipat
Aku lihat febuari dengan mata yang menyepet
Aku tahu dan aku ingat
Tahun ini bukan tahun lompat
Tapi aku akan terus lompat-lompat
Supaya perut yang tumbuh babat
Hilang dengan cepat

P/s: ketika lemak tepu dan babat berpesta dalam badan, ketika itulah juga, mulut hampir2 tidak kenal erti penat menelan segala kesedapan.