Wednesday, February 26, 2014

Kesal

Kadang-kadang rasa kesal itu lebih tajam dari belati. Ingin benar rasa kesal itu dipadam dari hati. Tapi, ada masanya, rasa kesal itu kekal mati, dalam peti hati.

P/s: Mari berdamai dengan masa lalu. Hidup adalah tentang pilihan.

Bajet rappers tahun 90an...4U2C, Nico, KRU....instead of dingar lagu Kalau Aku Kaya.

Saturday, February 22, 2014

Beri dan Terima

Dalam cinta dan hubungan, selalunya akan berlaku ketidakadilan.  Ada yang memberi lebih dan ada yang menerima lebih.  Dari itu, berhenti merungut dan bertanya kenapa.  Kata bijak pandai, tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima.


P/s: Aku sudah cuba beri sebanyak yang aku ada, dengan ikhlasku juga.  Aku senyum paling manis, biar punyaku nanti tidak pernah sebagus teman lain.  Aku tetap gembira, kau tahu apa yang paling bagus? aku tidak perlu mencari alasan untuk gembira, untuk sedih juga. Menjalani hari-hariku dengan memberi sebanyak yang aku mampu dan aku ada, sudah cukup buat aku gembira dan bahagia.  Mungkin.  Syukur, orang-orang kesayanganku, semua menerima pemberianku seadanya, dengan faham total.  Itu juga antara penyebab gembiraku dan bahagiaku. Mungkin.  

Friday, February 14, 2014

SK. Ansip & Banjir

Banjir Kg. Ansip dan SK. Ansip: 13.02.2104, Khamis.  Sejarah 2009 berulang lagi.  Kalau hampir 5 tahun yang lalu, banjir SK. Ansip berlaku waktu cuti CNY, kali ini ia berlaku semasa hari persekolahan.  Tepat jam 4.40 am, aku menerima sms daripada Jihah, katanya, Ustaz Halim sms dia; maklumkan yang Ansip banjir.  Aku terus segar, teringat buku RPH dan RPT yang berada di bawah meja.  Maklum, Bilik Agama kami itu, tidak terdapat meja guru.  Kami cuma menggunakan meja murid yang sudah hapus kira, yang kami jadikan meja ala-ala meja jepun. Lepas dari itu, fikiran aku hanya teringatkan, RPH aku, Al-Quran dan Iqra, dan Fail2 yang kami buat selama sebulan dengan bertungkus-lumus.


Mengharapkan keajaiban berlaku, seperti 5 tahun lalu, waktu RPH aku(masa itu, sistem fail) tertinggal di meja Bilik Agama (ketika itu di bangunan kilat, sementera menunggu bangunan sekolah baru siap dibina).  Perasaan aku semalam, sama seperti 5 tahun lalu, asyik teringatkan RPH.  Alhamdulillah, RPH aku tidak tenggelam dalam banjir, tidak basah dan elok terletak di atas meja.  Masa itu, aku panjatkan kesyukuran tidak terhingga pada ILAHI ya Rabbi.  

Ironinya...

Ternyata, buku RPH ku memang sudah tidak dapat diselamatkan lagi.  RPH dua sahabat lain, Nik dan Ina juga turut tenggelam.  Fail2 Panitia Bahasa Arab, Fail J-Qaf, Fail KSSR juga turut musnah, tenggelam dalam banjir yang dahsyat.  Apapun kami Redha pasrah.  Tarikh 13.02.2014&14.02.2014, akan jadi tarikh yang akan diingati, kalau tidak pun, dalam 2 tahun selepas kejadian kelmarin, kami pasti dapat menyebut dengan tepat tarikh ini.

Bilik Agama dan Surau yang jadi kebanggaan, sudah hilang serinya.  Karpet biru yang aku kira, mahal juga harganya, sudah hilang warnanya disalut lumpur coklat.  Aku berhenti menaip.  Biar gambar-gambar ini menjadi jalinan cerita sedih, terkejut, hampir tidak percaya kami semua. Kami redha.

P/s: Susunan gambar ini, tidak mengikut kronologi.  Jadi kalian si pengikut-pembaca senyap-tukang terjah blog kesayangan aku ini, sila baca caption, okey!!! Gambar-gambar ini juga, hanya sekitar Bilik Agama.  Waktu ini, Zirah dan Guru2 Pelatih IPGK, juga sedang sibuk membersihkan Makmal Sains.


Barang2 dalam Bilik Agama, yang diletakkan di atas meja, ingatkan dah cukup tinggi.  Tapi bila air semakin naik, semua barang2 ini, tenggelam.

Kalau korang lihat gambar atas, air pada ketika itu, sampai betis, manakala di bangunan Pejabat Am, air sudah mencecah paras pinggang.

Rumah Guru

Bangunan yang menempatkan Kantin dan RMT.



Rumah Guru. Rumah Guru yang lama.

P/s: Waktu ini, air sedang naik dengan cepat.  Ketinggian paras air hampir mencecah 5 kaki.  Aku tidak pasti peras air yang sebenarnya, yang pasti orang kampung Ansip, terperangkap dalam banjir.

Ini pula, waktu kami dapat info dari Us. Halim, yang jalan untuk ke SK. Ansip, sudah boleh dilalui.  Tapi, masih terdapat air yang agak dalam (sila lihat gambar).   

Kami naik Double-Cab untuk masuk ke sekolah.  Sempat posing sebagai kenangan.  Waktuini, memang terasa lucu yang amat.  Senyuman manis semua...keehoi.  Paling manang.  

Bahagian bawah yang menempatkan Makmal Sains, Bilik Kesihatan dan Bilik Agama.

Bilik Agama

Mencari Al-Quran dan Iqra yang tenggelam

Beg yang di dalamnya ada RPH aku, Borang Kelompok KSSR Tahun 3, beg pensel.

Anak Zirah, Cibil.

JIhah, di koridor Bilik Agama

Paras air banjir
P/s: Ini gambar awal pagi.  Waktu ini, jalan raya tidak dapat dilalui oleh mana2 kenderaan.



P/s: Selepas banjir.  Kerja-kerja pembersihan Bilik Agama.

RPH Ina, Nik dan Halim.  Fail2 KSSR, J-QAF dan Bahasa Arab. 


Printer Bilik Agama, umurnya belum sampai sebulan.  Jenama cap lumpur sudah.


Tq Fatine, dalam sakit-sakit pun, tolong kami juga kasi bersih Bilik Agama.  Jasamu kami kenang, Teen.  Terima kasih paling banyak.

Keadaan Bilik Agama setelah semua khazanah yang tenggelam dikeluarkan

Khazanah yang tenggelam
Ular Tedung yang berada di rak Bilik Agama.  Ular ini, sempat menyemburkan ludahnya ke mata Nik.  Nasib baik kejadian yang tidak diingini, tidak berlaku.  Padahal, kelmarin petang, kami meranduk air dalam Bilik Agama mencari Al-Quran dan Iqra yang tenggelam...yuiii..bikin takut!!!

Sebelum Banjir
Bilik Agama 12.02.2014, sehari sebelum banjir.  Kini Bilik Agama, tinggal Kenangan.
Selepas banjir
14.02.2014, Jihah bilang, nombor yang berulang2 jika diterbalikkan...hihihi!!!

P/s: Proses pengeringan Buku RPH, RPT dan Pen2 aku. 13.02.2014...Malam, lepas balik dari sekolah.



Kasi kering RPH dan RPT, kipas bukan alang-alang, paling manang.

Menunggu kering, bau asam2 lagi. Mau kamurang siyum?

14.02.2014, lepas balik dari sekolah.  RPT yang sudah kering. Ini sebagai bahan bukti.

RPH, menunggu kering.  Ini bahan bukti utama kes aku.  Kalau PPD tanya, ini bukti saya ada buat RPH sejak buka sekolah hingga 13.02.2014.

Mangsa banjir Bilik Agama, yang berjaya diselamatkan oleh pegawai bomba wanita paling kiut, si Atie.

Tinggal Kenangan. Waktu RPH saya paling mantap lagi.  Rupa sekarang, macam nenek kebayan pencen sudah.  Malas saya mau upload.


P/s: Inilah cerita banjir SK. Ansip, cerita banjir sekitar Bilik Agama aku yang dah hapus dan kini, tinggal kenangan.  Feminin bilang:

Kini hanyalah tinggal kenangan
 Tiada ku rasa dalam genggaman
Hanya terdaya mengimbas semua
Kenangan yang lalu
Tiada kata ucapan di bibir
Tak ku sangka kali terakhir kini
Kau tidak akan kembali lagi



degiimaa....




Monday, February 10, 2014

Orang-orang dan Ironi

Orang-orang kan, selalunya mahu hidupnya berlangsung dengan indah-indah. Ironinya, orang-orang pula, jarang mahu berdamai dengan masa lalu. 

P/s: Masa lalu itu menurut kalian yang bagaimana, terserah. Jika mahu menjalani hidup dengan indah, berdamailah dengan masa lalu. Itu cuma menurutku saja, tidak kalian. Keehoi!!!

Friday, February 7, 2014

SIfat Cinta

Kata seorang rakan saya:

" Cinta itu terbit dari sifat, dari sifat, hadir rasa cinta"...Mirul(2014)

Kamus Katak


Gemas dan Gegamas mempunyai dua maksud yang berbeza.  Gemas merupakan bahasa Indonesia yang membawa maksud geram, marah, menjengkelkan, menyebalkan.  Manakala, Gegamas pula merupkan dialek Dusun yang membawa maksud, parang kecil.

Kamus Katak

Mulau dengan Malau mempunyai maksud yang berbeza. Mulau merupakan dialek Dusun yang bermaksud Gila. Manakala Malau pula ialah seorang pakcik yang disebut namanya dalam pantun Melayu:

Kajang Pak Malau kajang berlipat
kajang saya mengkuang layu
Dagang Pak Malau dagang bertempat
Dagang saya musafir lalu 

P/s: Kamus Katak Berdaftar Bawah Tempurung Kelapa.

Harus Milik: DMD: Haru Biru. Bahagian Akhir.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, novel Diari Mat Despatch: haru Biru, sudah berada dalam tangan.  Rasa gembira yang kalau ia digambarkan dalam bentuk kartun, sudah pasti, kalian dapat melihat hati aku sedang senyum lebar dengan mata yang menyepet.

Mungkin tajuk entri ini, harus ditukar kepada, sudah milik.  Tapi, biarlah aku mengekalkan tajuk entri, DMD ini.  Aku mahu mengekalkan elemen tertanya-tanya atau surprise, kalau-kalau , kalian yang menjadi pengikut blogku, pembaca senyap dan tukang terjah, singgah ke blog kesayangan aku ini.  Kalau kalian ada singgah, aku suka untuk syorkan kalian, novel Diari Mat Despatch ini.  Aku percaya, kalian pasti akan suka dengan novel ini. Novel DMD ini sudah ada 6 siri sekarang, siri yang terbaharu-bermaksud yang ke-6, adalah DMD: Haru Biru.
 

Gambar Si Rayyan yang bercita-cita hendak menjadi editor

Paling menggembirakan, bila, tandatangan Tuan Bahruddin Bekri, si penulis novel DMD ada di muka surat pertama, selepas kulit novel.   Gembira sangat tahu!!! Aku senyum lebar melihat tandatangan Tuan BB.

Tandatangan Tuan BB yang comel

Lebih Menggembirakan bila, ada ungkapan berbunga panduan kehidupan, khas untuk aku. Sekali lagi aku senyum lebar.  Ia ditulis seperti ini:

Khas: Saleha

Kerana yang menduga itu Tuhan...
Kerana itu melupakan-Nya kita akan gagal.


Coretan,  khas untuk aku...hihihi!!! 

Pada akhir entri ini, senyum aku melebar lagi.  Kali ini, kalau senyuman aku itu digambarkan ke dalam bentuk kartun, kalian bakal melihat senyuman aku melebar hingga ke telinga dan menyerupai bentuk bulan sabit.  Keehoi!!!

P/s: Ini hari gembira buat aku. 

Thursday, February 6, 2014

Harus Milik: DMD: Haru Biru. Bahagian 3.

Rancangan selepas ini, iaitu selepas membaca novel-novel tertangguh, adalah membeli secara terus ke semua novel tulisan Tuan BB.  Senarai novel beliau sudah aku salin dalam buku.  Sudah aku rekod sebagai, senarai novel-untuk-dibeli.  Semangat untuk menyiapkan fail-fail Panitia semakin berkobar-kobar, supaya aku ada masa tambahan untuk menghabiskan bacaan novel-novel tertangguh.  Jadi, bila semua selesai awal, aku boleh beli ke semua novel Tuan BB dan membacanya dengan lapang dada sambil ketawa guling-guling tanpa rasa bersalah menghantui hati; sebab menangguh kerja lagi. Jara aku tangguh kerja Pentaksiran PSP KSSR lagi!!!

P/s: Tidak sabar hendak baca DMD: Haru Biru.  Koleksi DMD bertambah lagi...keehoi.

Harus Milik: DMD: Haru Biru, Bahagian 2.

Novel Siri "Diari Mat Despatch: Haru Biru", sudah dikirim kepada saya pagi tadi. Makluman ini, saya dapat menerusi PM yang dihantar sendiri oleh penulis novel ini kepada saya. Dapat membeli novel ini secara terus daripada penulisnya, memang sangat mengujakan. Apalagi, novel itu dipos sendiri oleh penulisnya, Tuan Bahruddin Bekri yang sempoi dan tidak sombong itu. Lebih cepat dari beli secara online melalui bookcafe.com.my. 


P/s: Kata Tuan BB semalam menerusi PM, beliau tergerak hati hendak melihat ke ruangan other message.  

Wednesday, February 5, 2014

Harus Milik: DMD: Haru Biru.

Sebagai peminat setia novel siri "Diari Mat Despatch" karya Bahruddin Bekri yang bagus itu, siri terbaharu, "Haru Biru", harus dimiliki sepantas kilat. Paling penting, untuk novel siri DMD kali ini, tandatangan encik Bahruddin Bekri harus ada di muka surat 2 novel itu dengan comel.

Tidak sabar rasanya, memiliki novel ini.  Tidak sabar hendak baca, supaya aku boleh ketawa sampai sakit perut.  Teringat tahun lalu, semasa membaca siri DMD: Naluri Ayah, pada awal bab, aku ketawa guling-guling dan pada bab-bab akhir, aku menangis sampai leleh hingus cair. Aku sudah memiliki 5 siri novel DMD, dan semuanya membuatkan aku gelak sakan-bermaksud buat aku gembira dan ianya satu escapism yang baik untuk aku-untuk lari sekejap dari kesibukan.  Kata encik Bahruddin, novel terbaharunya ini boleh juga didapati di bookcafe.com.my.  Aku boleh saja mendapatkannya malam ini dengan beberapa klik ada page bookcafe.com.my, tapi status Fb Encik Bahruddin petang tadilah yang menghalang niat aku untuk terus berjalan dan klik butang-butang pembelian di page bookcafe.com.my. Tawaran berupa tandatangan itu, bagi aku, sangat berharga...ceh!  sayangnya, aku cuma jadi followers Fb penulis novel kegemaran aku ini, jadi aku tidak boleh berinteraksi secara terus dengan beliau untuk membeli novel siri baharu ini.  Tadi, aku sudah cuba hantar PM ke Fb beliau, biarpun, mesej aku itu hanya akan masuk dalam ruangan Other Message.  Aku harap, beliau akan nampak mesej aku itu, amin...

Keehoi...!!!


Kredit untuk Penulis Novel, DMD: Haru Biru, encik Bahruddin Bekri.  

Kopipes dari FBnya dia.


P/s: Kata encik Bahruddin Bekri dalam status Fb beliau, kalau tempah terus dari beliau menerusi PM, tandatangan beliau akan disertakan.  


Tuesday, February 4, 2014

Escape

Cuti selama 6 hari, lebih banyak dihabiskan dengan menyiapkan kerja-kerja tertangguh. Malam ini terasa sungguh penat otak sehinggakan aku hampir termuntah.  Tangan aku juga terasa sakit dan lenguh-lenguh akibat banyak menulis.  Ya, aku sedang melengkapkan pentaksiran KSSR tahun 2 dan 3 yang tertangguh. Syukur, ia sudah siap untuk dimasukkan ke dalam fail murid.  Taubatlah hendak menangguh kerja lagi.


Betapalah, aku ingin escape dari semua kerja-kerja KSSR ini.  Betapalah aku inginkan isolasi. Betapa aku mahu lari 100km dari semua kerja-kerja pendidikan yang tidak lagi serupa mengajar tapi lebih pada pengisian fail-fail yang entah apa-apa.  100km sahaja, kerana aku sedar, ini adalah amanah.  Inilah dunia pendidikan sekarang, zaman KSSR.  Yang sudah jauh berubah dari dunia pendidikan zaman KBSR.  Apa-apalah, aku cuma mampu buat, letak 4 jari ke dahi dan katakan: "senaman iya-iyalah"...

Aku rindu hendak membaca novel dengan penuh senang hati tanpa ada rasa bersalah.  Tadi, waktu keluar ke pekan dengan adik bongsu ku dan anak buahku, Husna, aku beli novel lagi. Walaupun aku berikrar, kononya, tidak mahu membeli novel lagi sebelum menghabiskan novel-novel tertangguh, nampaknya; ikrar itu sudah terbatal.  Tadi, aku beli novel terpakai karya Ramlee Awang Murshid dengan harga RM10.  Hajat hati, mahu menjadikan novel lama ini sebagai escapism. Semoga novel ini nanti dapat membalas segala rasa penatku selama 6 hari ini. Keehoi...

P/s: Sudah lama mahu menjadikan novel ini sebagai koleksi peribadi.  Hari ini, hajat itu, termakbul tanpa diduga.  Biarpun, novel terpakai, tapi aku suka sangat,  Bila nampak kulit novel yang sudah agak lusuh, aku terasa macam klasik, dan; rasa klasik itu yang buat aku berbunga riang.  Teringat pada kata-kata pemilik restoran dan pemilik asal novel ini, " sebab novel ni lama sudah, kulit pun buruk sudah, saya bagi harga RM10 la"...masa tu aku ingatkan, dia akan menjual novel itu pada harga yang tertera pada kod bar di belakang novel ini, tapi bila dia jual dengan harga RM10, hati aku sudah berbunga-bunga.  Padahal, kalau dia jual pada harga 19.90 sekalipun, aku tetap akan membelinya.  Novel ni novel escape aku...hihihi!!!