Saturday, January 25, 2014

Mungkin

Angin bawa aku berdesir
Aku mahu menyanyi lagu pasir
Saat aku mengalun sendu
Di ruang rindu...

Kehilangan rahi untuk menulis, membuatkan aku, malas sekali untuk mencoret kisah hidupku dalam blog kesayanganku ini.  Mungkin juga kerana, tidak ada peristiwa bernada sendu tejadi dalam hidupku seputar masa dalam hujung Januari yang sejuk ini.  Mungkin, angin, tidak mahu aku berdesir bersamanya, tidak mahu aku menyanyi lagu pasir, kerana tidak mahu aku mengalun sendu dalam diriku-hidupku, mungkin anyaman senduku sudah siap tahun lalu. Mungkin...

P/s: Selama mana ia mampu bertahan? aku redha dan ikhlas sahaja nanti.  Buat masa ini, aku mahu menikmati hidupku dengan se-gembira, se-layak yang mungkin.  Ya, aku rasa bahagia dengan hidupku sekarang.  Pasti? mungkin.  Narsis.

Thursday, January 16, 2014

Awan Jingga

Aku rindu dengan awan jinggaku.  Sudah lama aku tidak melihat dia waktu senja. Tapi, aku, tidak pernah lupa betapa indahnya awan jinggaku. Aku selalu suka melihat awan jinggaku memadu asmara dengan awan violet.  Awan jinggaku dengan awan violet, mereka ini pasangan paling romantik.  Awan jinggaku, dia nombor satu dalam hati.  Dia, si awan jinggaku, selalu membuat hatiku senyum paling manis.


Tapi tadi, aku teringat benar pada awan jinggaku.  Waktu aku melangit, awan jinggaku sudah tiada. Lalu, aku, cuma bisa menggambar dia melalui mataku yang tertutup;Syukur, figura awan jinggaku masih indah.  Mungkin, awan jinggaku, ada menyeru namaku tadi, lewatbayu senja yang mengiwir lembut pada jendela bilikku.  Ada rasukan pada hati, tiba-tiba aku bertanya pada diri...

"Mahukah awan jingga itu menjadi aku?"

Satu soalan kurang logik-kurang patut-ditanyakan.  Itukan, awan jinggaku.  Sewajarnya, aku harus mengelak bertanya soalan itu, harus mengelak selalu-malah hampir tidak boleh bertanya langsung.  Itukan, awan jinggaku.  Dia nombor satu dalam hati.  Tidak adil untuk aku tanyakan soalan hampir mengarut itu, sedangkan aku selalu lupa melihat dia, sekalipun aku mencintainya.  Rumit.

Magisnya...

Awan jinggaku membalas pertanyaanku.  

"Aku, si awan jingga, aku tidak mahu menjadi kau.  Aku mahu terus menjadi awan jingga, supaya kau terus mencintaiku dan mengingat aku setiap kali kau melihat ke langit".

Aku, 

Senyum.  Dejavu.

Monday, January 13, 2014

Salam Maulidur Rasul 1435H

12 RabiulAwal, 1435H.  Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Kita, Nabi Muhammad SAW. Ia satu rahmat dan anugerah teragung kepada kita Umat Islam.  Nabi Muhammad SAW terlalu menyayangi kita, sebagai umatnya.  Maka wajarlah untuk kita mengenang baginda sepanjang hayat kita. Kasihnya baginda kepada kita, umatnya, melebihi kasih ibu kepada anaknya; malah pemberi syafaat di padang mahsyar nanti.

Sannah Helwa Ya Rasullulah Sol lol lohu Alaihi Wasallam...

Ya Nabi Salam Alaika, Ya Rasul Salam Alaika, Ya Habib Salam Alaika, Solawatulloh Alaika


Sol lol loh Ala mMuhammad
Sol Lol Loh Ala Wasallam
Sol Lol Loh Ala Muhammad
Sol lol loh Alaih Wasalam

Solawat dan Salam kepadamu Ya Rasulullah Sol lol lohu Alaihi Wasallam...

Entry Khas Untuk Kawan Blogger: Budax B

Terima kasih buat kawan blogger


Budax B


Kerana sudi singgah dan menjadi pengikut 
blog saya yang ke-20


P/s: Adik Budax B, boleh tak bagi link ke blog awak, nanti akak boleh jadi pengikut blog awak pula...

Anjakan

Kadang-kadang bila terlalu banyak yang ingin kita capai-buat-selesaikan, pada masa itulah kegagalan mengurus akan menjadi penghalang tegar.  Baiklah, akan aku cuba sedaya upaya agar, apa yang mahu aku capai, apa yang mahu aku buat, apa yang mahu aku selesaikan tahun ini dalam dunia pekerjaan yang agak kecil tapi padat akan mampu aku urus tanpa kegagalan yang fatal.  Apa saja tanggapan orang-orang atas, akan aku telan hidup-hidup, akan aku cerna dan keluarkan dari liang-liang tubuh yang berongga sebagai toksin.  Akan aku anggap toksin itu sebagai antidot, sebagai penyembuh, sebagai penawar, supaya kalau kedengaran suara-suara mistik yang mahu merasuk kecekalan hati aku yang baru mahu belajar erti tabah-sabar-terima-ikhlas, aku tahu aku punya antidot berwarna hijau dan putih.  Hijau untuk kata-kata mistik, dan putih untuk kata-kata simbolik.  Biarlah, mereka menganggap aku ini sebagai guru yang bagaimana, terpulang mereka.  Pada aku, akan aku cuba untuk membawa tahun ini sebagai tahun kecemerlangan Panitia PAI. Kalau pun mereka, orang-orang atas tidak akan pernah mahu mengiktiraf kecemerlangan yang aku labelkan pada usaha-usaha aku dan kami, aku, dengan segala kerendahan hati akan menerimanya dengan hati yang sentiasa mahu belajar erti redha.  Paling penting, aku akan tetap mengiktirafnya sebagai satu kecemerlangan, kerana usaha yang kami cuba buat, seperti apa yang disarankan oleh orang-orang atas juga.  

Friday, January 3, 2014

Sukses

Suksesnya hidup pada hematku, bermula dengan langkah yang ikhlas dan bersungguh2. 

Mungkin, aku bakalan kelihatan narsis dalam entri ini bila kalian membaca ayat di atas. Tapi, untuk menghadapi hari-hari kerjaku dalam sesi persekolahan 2014 ini, aku amat memerlukannya supaya kekal istiqamah, sabar dan belajar terima apa saja dengan hati yang ikhlas.  "Hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya, bukan menerima dengan sebanyak-banyaknya"...Laskar Pelangi

P/s: Prejudis atau Narsis? Optimis barangkali...