Thursday, September 26, 2013

Lelah yang panjang

Aku kadang-kadang lelah dengan sikap 'orang'.  Bosan juga menemukan 'orang' yang suka membuat kita kelihatannya seperti manusia dungu.  Bosan juga kalau tiap kali menemukan 'orang' yang suka melihat kita dari sisi lain yang 'orang' itu sendiri tidak pernah kenal-tidak tahu-tidak cinta.  Bosan juga menemukan 'orang' yang bilang dia kenal-tahu-cinta pada kita, tapi sebenarnya dia TIDAK.  Konsikuen daripada sikap 'orang' jenis ini, membuat kita (atau aku harus menukar perkataan KITA kepada AKU),  menjadi pesimis, menjadi prejudis, menjadi naif; siapalah aku untuk mahu merasa diri hebat. Aku bukan manusia hebat itu. Bukan aku tidak konsen bahawa mungkin 'orang' itu tidak berniat memperlekeh, dia mungkin saja berniat bergurau, tapi aku serik dengan 'orang-orang' jenis ini.  Sebab itu, aku percaya bahawa niat tidak pernah menghalalkan cara dan selagi kita berpegang pada prinsip niat tanpa halal cara, kemungkinan kita akan terus merasa sentiasa betul.  Baik, itu bagi aku yang kelihatan naif, mungkin.

Dan lelahku pada 'orang' jenis ini adalah lelah yang panjang.

Dalam konteks Hablum Minalloh, setiap perbuatan disertai dengan niat, jelas di dalam Solat Fardhu dan Sunat, juga dalam Puasa Wajib dan Sunat dan ibadah lainnya.  Malah disetiap perbuatan, kita dituntut memulainya dengan niat.

Innamal A'malu Binniyyat.  

tapi, kadang-kadang...

Dalam konteks Hablum Minan Nas...

Nah...kelihatannya...
Tidak semua niat itu menghalalkan cara

Sekali lagi,
ini cuma untuk aku yang kelihatan pesimis, prejudis, naif, dungu: mungkin; tidak untuk kalian.  Ini cuma untuk aku.

P/s: lelah bah juga asyik menjaga hati.  Atas kesedaran itu, jangan mudah memberi hati.  Ini bukan entri cinta hati.  Ini entri luah rasa tentang 'orang'.  Tapi, aku itulah, aku mudah kalah lalu mengalah.

Friday, September 20, 2013

Kartun EM

Lukisan kartun En. Mimpi.  


Penawar

Mungkin dia lebih berhak...


Tak Jangka & Tak Duga

Takdir

Kredit paling tinggi buat Encik Mimpi.  Dalam entri ini guwa cuma nak share kartun-kartun En. Mimpi.  Guwa memang minat dengan kartun-kartun lukisan budak enjin ni...talented!!! 

P/s: Halus itu seni, seni itu cantik, cantik itu subjektif.

Thursday, September 19, 2013

Astro: Ortsa = hampeh

Baik, 

Untuk dua tolak tiga minggu ini, TV aku bakalan bergelap dan sejuk kaku di atas kabinet kecil tempat ia terletak.  Untuk dua tolak tiga minggu ini aku bakalan merenung objek empat segi itu dengan tarik nafas sambil angkat bahu tanda sabar.  Untuk dua tolak tiga minggu ini, aku bakalan ketinggalan tengok aksi Piala Malaysia dan Super Series Badminton.  Untuk dua tolak tiga minggu ini juga, aku bakalan ketinggalan melihat wajah-wajah lucu kartun-kartun kesayangan aku.  Baik, aku antara sejuta manusia yang suka tengok TV tapi aku bukan addict.


FYI...

Sejak Mei lepas, aku hanya menerima 5 siaran tanpa perlu tunggu hujan lebat atau gumpalan awan hitam pekat di langit untuk tidak dapat menonton channel lain yang tertera tulisan "Service Currently Not Available",  Julai lalu hingga September ini, aku hanya menerima 3 channel sahaja, pun tanpa perlu tunggu hujan lebat dan gumpalan awan pekat hitam, dan hari Isnin lepas, aku hanya boleh menerima 1 channel sahaja, iaitu C105 dan sejak kelmarin dan hari ini, rekod terburuk, semua channel; Service Currently Not Available, semua channel unvisible.  Setakat, kelmarin aku masih bertahan untuk tidak menelefon astro, sebab tidak mahu merungut, tapi atas nasihat seorang rakan, katanya sebab aku bayar servis itu, maka aku menelefon astro untuk cari solusi,  pada akhir perbualan dengan bahagian Teknikal Service (seorang perempuan dan asyik ketawa, mungkin mentertawakan aku dengan rakan sekerja yang berada di sebelahnya) aku ambil keputusan ini.

Hari ini aku tamatkan penyambungan Astro, setelah kecewa dengan attitude Astro yang agak demand dan aku rasa macam satu diskriminasi dan tidak wajar.  Salah benarkah tidak berminat dengan astro hitam tu? sungguh tidak adil, kalau keengganan aku untuk bertukar kepada astro hitam itu menyebabkan siaran astro aku terganggu sampai begitu sekali. Teringat kata-kata agen rahsia Astro lewat perbualanku dengannya bulan Mac yang lalu, dan bila aku mengatakan tidak berminat, dia berkata ini:

"cik jangan merungut kalau selepas ni, astro cik mengalami gangguan siaran"

katanya, diawal perbualan,

"Kontrak astro cik dah nak tamat, kami nak tawarkan astro beyond kepada cik"...

Padahal tadi, lewat perbualanku dengan cik agen teknikal servis, hal penamatan kontrak itu tidak menjejaskan apa-apa, sebab kontrak boleh disambung, cuma dekoder keluaran lama sudah tidak ada di pasaran, jika rosak dan hendak menukar dekoder.  Katanya lagi ketika misi mencari solusi:

"mungkin masalah alignment piring astro"
"saya dah tukar alignment piring astro saya"
"tekan butang menu, dan tekan satelite signal, apa warnanya dan apa AGC dan BER"
"Merah, AGC 61, 100, 0, BER 2"
"mungkin masalah wayar, cuba cabut wayar putih di belakang"
"saya dah cuba cabut, tapi agak ketat"
"kalau ketat takde masalah dengan wayar"

Dan kini, sejak Jun lepas sebenarnya, agen rahsia astro itu menjelaskan kebenaran kata-katanya.  Mengotakan ugutannya.

P/s: Aku tau la astro beyond tu satu inovasi canggih, siap boleh rewind, boleh itu dan ini, tinggal tidak boleh bertukar macam transfomer jak...tapi, aku lebih suka astro lama, lebih-lebih lagi yang mula2 keluar dulu.  Canggih2 pun bila ada awan hitam di langit, hujan lebat sama juga tu TV bilang..."Services Currently Not Available" nasib nda kena sambung ayat gini..."Please wait untill the rain shade"...alahai astro.  Nanti, bila merajuk aku sudah hilang, aku kasi sambung balik, yang pasti sebelum Final Piala Malaysia.

Monday, September 16, 2013

Entri 502

Saat entri aku mencapai angka 500, aku menerima seorang pengikut baru dalam blog aku; dan seperti selalunya, aku selalu terkejut campur teruja kerana ada juga pembaca yang sudi menjadi pengikut blog aku kesayangan aku ini.  Blog ini cuma satu blog peribadi, bahasa aku dan cerita aku.

Angin
Bawa aku berdesir
Aku mahu menyanyi lagu pasir
Saat aku mengalun sendu di ruang rindu....

Pengikut baru aku itu, Maya namanya.  Dapat saja link ke blog dia, aku dapati kami punya persamaan...

....mencintai sastera, mencintai seni, sangat gilakan buku dan suka menulis puisi, dan aku juga suka merah jambu, cuma tahap suka aku tidak terlalu gila...sebab aku juga suka pada semua warna....

Aku suka pelangi...justeru cintaku pada warna, harus ada 7.  

Apapun, aku suka pada gadis bernama Maya ini.  Aku juga suka bahasa dia.  Malam ini mahu menjengah blog dia, dan entri pertama yang akan aku cari adalah:PUISI.

Untuk Maya: Kakak sudah jadi pengikut blog kamu.


Entry Khas Untuk Kawan Blogger: Maya

Terima kasih buat kawan blogger



Maya

Gambar ini cuma ilustrasi....Maya takde PP...


kerana sudi singgah dan menjadi pengikut blog saya yang ke-18


P/s: harap boleh sediakan link ke blog Maya, nanti saya boleh jadi pengikut blog Maya jugak....>___<

Sunday, September 15, 2013

Nafas

Disetiap nafas

Ada darah yang mengalir
Di dalam urat
Dilapisi daging
Di dalamnya ada tulang-tulang

Disetiap nafas
Ada cerita tentang getir
Ada bahu memikul berat
Ada airmata dibiar kering
Ada hati terasa walang

Disetiap nafas
Ada cerita tentang hidup

Dibalik nafas
Ada cerita tentang takdir
Izin Tuhan yang maha besar

Dibalik nafas...

P/s: kamurang pernah tingu idung katak? fyi...nafas itu tanda hidup

Thursday, September 12, 2013

Ya Allah: Sembuhkan ibuku

Mungkin, tiada siapa yang tahu betapa pilu hati aku sepanjang menjalankan program Perkampungan UPSR ini.  Aku ketawa kuat-kuat, aku marah-marah manja, aku senyum-senyum manis, aku bergurau sakan, tapi itu semua untuk tutup pilu dalam hati.  Aku tidak mahu tunjukkan semua kesedihan aku di depan sahabat dan rakan sekerja, aku tidak mahu dibilang mencanang cerita sedih, lagipula; aku malas sekali memukul gendang bernada sedih. Lagipula, aku harus tunjukkan ketenangan dan kegembiraan di depan anak-anak murid aku, aku mahu mereka sentiasa ceria dan tiada tekanan semasa berkampung di sekolah sepanjang UPSR.  Lagipula, aku memang perlukan ketenangan dan kegembiraan supaya aku tidak tenggelam dalam pilu dan juga dalam kalut sebab memikirkan ibu aku yang sakit.  

Terubat rasa hati apabila ada satu dua anak murid yang bertanya tentang khabar ibu.


Ya, 
Ibu aku sakit.  Aku ini anak yang kurang prihatin pada ibu.  Sampai ibu aku sakit buah pinggang pun aku tidak sedar.  Aku ini anak yang bodoh dan dungu, paling bodoh dan dungu sebenarnya.  Ibu aku itu satu-satunya yang aku ada, dan itu pun aku tidak terjaga.  

Ma..
Maafkan kebodohan dan kedunguan Atie.  

Ya, Allah
Sembuhkan penyakit ibuku.  Lindungilah dia selalu.  Turunkan rahmatmu pada Ibuku Ya, Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan Maha Mengasihani.

Sudah habis: Perkampungan UPSR 2013

Tadi...

Program Perkampungan UPSR 2013 sudah berakhir, sudah terlaksana dan sudah segala sudah yang paling sudah.  Apa saja cerita tentang Perkampungan UPSR tahun ini akan aku telan sampai perut.  Perut aku pula akan mencerna apa saja yang masuk dari rongga mulut dan setelah proses mencerna itu hadam sepenuhnya, akan aku keluarkan dari dubur; dimulakan dengan kentut tanpa bau dan berbau.  Pastinya akan ada sedikit sembelit, yang buat aku sakit waktu keluarkan sisa buangan dari perut.  Toksin-toksin juga akan bersarang dalam tubuh aku.  Tidak apa, aku ada penawarnya, iaitulah: sokongan sahabat rapat dan paling setia.

Kini...

Aku hanya mampu mendoakan kejayaan anak-anak SKAK.  Semoga anak-anak murid aku itu, lulus dalam UPSR, dan kalau pun nanti ada antara mereka yang gagal, bagi aku mereka tetap sudah berjaya bila mampu menamatkan persekolahan di sekolah rendah.  Readers yang baca entry ini, tolong doakan anak2 murid aku ya...!!!

P/s: Gembira bila dapat novel daripada Miss Liz.  paling best, Miss Liz bagi novel itu pada aku sebagai galakan sebab aku kini cuba untuk membaca novel Inggeris.  Terima kasih banyak-banyak Miss Liz. Biarpun aku baca novel Inggeris dengan kelajuan siput babi...(babi lagi)...Ayakss!!!

Monday, September 2, 2013

Motif Band - Tuhan Jagakan Dia (Female Cover)



Wahai dia yang masih belum turun dari langit
Lagu ini,
Aku tujukan buatmu
Nanti kalau kau sudah turun, 
Dan...
Waktu itu aku sudah 40, 
Kau akan tahu bahawa masa aku masih 35, 
aku sudah lama menujukan lagu ini buatmu.  

P/s: Watak yang menyedihkan.  Akulah itu...

Manusia

Baik...


Manusia ini aneh-aneh sikapnya-maunya, kurang pula sifat adilnya, apa lagi penilaiannya dan pertimbangannya. 


Koma...

Kami ini juga manusia...

Entri ini wujud sebagai rakaman kenangan-cerita-sejarah tentang kami.  Kadang-kadang, ada perkara yang tidak boleh dibiar diam, macam duri, jika dibiar dalam isi, ia boleh bertukar menjadi racun.  Hari ini bukti yang duri dalam isi kami, sudah kami keluarkan. Kami cuma meminta sedikit pertimbangan atas dasar kemanusiaan, itu pun jika diterima, jangan saja nanti wujud masalah lain, padahal permintaan kami cuma "pertimbangan". Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami, tidak terniat untuk merosak ukhuwah. Teganya, dialah yang selalu merosak ukhuwah.  Andai pihak kami yang salah, ampunilah kami ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Berhenti untuk cerita perenggan di atas.

Baik...

Bahawa aku juga manusia yang punya keanehan total...

Entri ini wujud, sebagai peringatan kepada aku, supaya nanti aku tahu bagaimana harus mendepani manusia yang penuh dengan keanehan dalam sifat dan sikap, supaya nanti aku jelas dalam memberi keadilan, juga dalam penilaian serta pertimbanganku.

P/s: Pilihlah yang baik-baik apabila melibatkan soal hidup-hubungan-manusia.

Hablum Minalloh, Hablum Minan Nas...