Saturday, July 27, 2013

Ifthar Jama'ie SKAK 2013: Terima Kasih buat kalian

Ifthar Jamaie SK. Ansip sudah terlaksana dengan jayanya.  Kali ini lebih meriah dan lebih seronok.  Banyak kenangan dan cerita lucu untuk dicerita-imbas kembali-dikenang sambil ketawa lucu.  

Tahun ini kami masak kueh apam polkadot, bubur lambuk dan cucur udang.  Inilah kelainan yang kami bawa untuk Ifthar Jamaie SKAK 2013.

Tiada gambar yang sempat aku ambil sebagai kenangan untuk dimasukkan dalam entri Ifthar kali ini.  Aku sedikit malas sebenarnya...mungkin juga malas banyak sebenarnya.

Terima kasih buat semua yang bersusah payah membantu menjayakan Ifthar SKAK kali ini:

Terima kasih paling banyak dalam dunia buat Fatine Lee, Justina, Rosnini, Zulieqah, Afiqah, yang telah bersusah-payah membantu kami memasak sejak pagi hingga ke petang. Tanpa kalian,  ifthar ini pasti tidak selancar yang direncanakan.


Terima kasih buat semua guru yang sudi memberikan sumbangan derma untuk Ifthar. Terima kasih buat Cikgu Joss dan Kak Ita atas sumbangan yang besar ertinya bagi pihak kami sebagai penganjur. Terima Kasih buat Cikgu Aisah atas sumbangan air tebu yang sangat sedap dan segar.  Terima kasih buat ibubapa yang hadir dan membawa juadah. Terima kasih buat para jemputan khas: Imam Solat Maghrib, Isya, Terawih dan Penceramah bebas, Imam Alichius.  Terima Kasih buat guru-guru pelatih.  Semoga kalian beroleh rahmat Allah yang berpanjangan.  Semoga Kalian beroleh keberkatan Allah.  Semoga kalian mendapat sebaik-baik pembalasan.

Dari Kami:
Aku, Jihah, Nik dan Us. Halim....

P/s: teringat rupa apam polkadot yang pertama kena kukus, sangat montok dan gebus sampai paper cup pun kembang semacam...ermm...kena beli acuan muffin juga ni tau...(Time ni kepala otak aku dah imagine lain2 sudah...ngam2 lagi tu deko kena buat bentuk bunga( Nini yang buat deko bunga ni) dan aku pula lepas deko tu siap pandai2 ja letak coklat cip di tengah-tengah...hihihi...so...bila dah kembang semacam, macam lain kejadian tau)...waktu buka tutup periuk kukus Tina tu, aku terus tidak dapat tahan ketawa....hahaha!!!

Tuesday, July 16, 2013

Cuba buat Apam Polkadot

Aku akan mencuba resipi ini...

Apam Polkadot Kalerful (nama dalam versi asal kueh apam ini: Apam Strawberi)


Ehem..ehem...hehehe...intro berani-cuba-jaya untuk tahun ini...setelah kejayaan membuat resepi cizkek tahun 2011 dulu atas ihsan Luna Zura yang sudi berkongsi resepi cizkek shortcut dia yang simple tapi paling sedap (diakui oleh rakan-rakan aku) jadinya, tahun ini setelah melihat kejayaan Luna Zura menghasilkan Apam Polkadotnya yang gebusss dan sangat comel itu membuat aku teringin gilak nak mencuba resepi ini...and opkos...aku akan berkongsi resepi ini dengan kawan-kawan aku...kami(sengaja aku gunakan perkataan kami, sebab sudah ada perancangan awal mahu membuat Cizkek Luna Biru di skul sebelum cuti) akan buat projek ini nanti di skul...aku yakin kawan-kawan aku bakalan berminat dengan resepi kueh apam ini sebab kecomelan rupanya juga disebabkan cara membuatnya yang sangat senang.

Peep...resepinya? nanti aku bagi link tempat aku cedok resepi ni selepas berjaya membuatnya...atau korang yang menjenguk blog aku ini lalu jadi tak sabar bagai nak rak selepas terbaca entri atau korang tercari2 resepi Apam yang simple...boleh cari si Luna Zura di Facebooknya(jangan marah ya Zue)...hihihi!!!

Photo by:Luna Zura
izin ya Zue, aku ambil gambar Apam Polkadotmu yang comel banget nih...TYSM duluan

P/s: aku harap percubaan kali pertama membuat Apam Polkadot Kaleful(nama apam versi aku) nanti bakalan menjadi(sangat) macam percubaan kali pertama aku membuat Cizkek Luna Biru duuuluu...harapan pun dah jadi se-gebu apam ini...suddahh!!!

Sunday, July 7, 2013

Suaraku Memang Tak Sedap

Aduh...


Kenapa hati aku hari ini serapuh biskut makmur mama.  Hati yang sepatutnya aku kekalkan dalam kondisi bertahan seteguh besi, terlebur juga petang ini.  Bermakna, aku sudah merelakan hati aku mudah ditembusi lagi dengan lontaran suara-suara api.  

Aku tahu dia mungkin tidak bermaksud apa-apa, tidak bermaksud mahu jadi suara api yang mampu melebur  hati yang sengaja aku mahu jadikan besi.  Kini tahulah aku, sekuat mana aku mecuba; aku belum mampu jadi besi waja.  Parahnya, mulutku juga jadi bertih jagung, hatiku yang terlebur dengan suara api, akhirnya mengeluarkan bertih jagung bergula yang lemak dan sedap.  Syukur mulut bertih jagungku, dalam mode lemak dan manis, lebih pada nada merajuk dengan kata-kata dari suara api.

Setelah suara api menerangkan keadaan sebenar, menafikan suara-suara yang dilontarnya, lalu memohon maaf, maka; aku juga harus memaafkan.  Konsikuennya, terjadi melodrama.  Saat mengenang melodrama yang berakhir dengan tangisan suara api, aku senyum sendiri.  Sebenarnya, aku semacam pasti, telingaku menangkap butiran kata yang keluar dari mulut pemilik suara api.  Tapi aku tahu, syaitan durjana pasti telah bertindak memarakkan api yang sembunyi jauh dalam lembut hatiku dengan gasolin.  Syukur, aku tabahkan hati dengan banyak-banyak menyedari kelemahan dan kekurangan diri.  Suaraku memang tak sedap, aku pula tidaklah pernah terfikir mahu jadi artis apalagi mahu jadi penyanyi seperti dia.  Aku cuma mahu memudahkan kusut  benang waktu sesi lontaran suara-suara harmoni kami tadi.  

P/s:  Baiklah, inilah kali terakhir aku akan menyanyi dikhalayak ramai...nanti suara p*****ku cuma bikin rosak koir saja.

Saturday, July 6, 2013

Huruf-huruf tentuan Tuhan

Tertuliskah huruf-huruf itu di langit Tuhan?
Kalau saja aku punya kesaktian
Aku aku ambil lalu  tebarkan
Biar berserakan di balik awan
Biar dibilang orang di jalanan

Namun,
Sakti-sakti itu bukan ditangan
Sakti-sakti itu milik Tuhan
Aku kemudian,
Melaras tangan jari dirapatkan
Hanya doa mampu kupanjatkan

Wahai huruf-huruf tentuan Tuhan
Tolong turun ke tanah dengan alasan
Jemput aku yang sedang bertahan
Akulah rusuk yang kau cari-carikan

Turun,
Wahai huruf-huruf tentuan Tuhan
Aku masih bertahan
Menunggu kau berdatangan
Mengambil rusukmu yang hilang sebagai gantian




Friday, July 5, 2013

Mencintai

Mencintai kamu seumur hidupku
Mencintai kamu seikhlas hatiku
Mencintai kamu seadanya kamu

Andai namamu yang tertulis...

P/s: Mungkin warna rinduku ungu barangkali, kerana itu ia selalu berlagu sendu.  Mungkin sifat cintaku lewah barangkali, kerana itu ia selalu berlagu kecewa.

Wednesday, July 3, 2013

Pernah

Pernah dengar rentak rasa sebenar dalam hati?
Alunan apa yang kedengaran?
Kalau benar rasa itu pandai berlagu,
Nyanyian apa pilihan hati?


P/s: Teringat latihan koir waktu di sekolah tadi sempena sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Keningau pada 8 Julai nanti.  Sungguh, mengingat kembali gelagat2 rakan  sekerjaku semasa sesi latihan koir sejak Isnin lepas benar-benar menggamit senyumku.  Lucu dan sebenarnya sikit banyak ia menghiburkan hati aku juga sebenarnya.  Cuma rasa senak dan bikin sebu perut bila terpaksa mengingat: aku bakalan berdiri di pentas untuk persembahan koir  di hadapan manusia yang bukan bergelar murid, kalau menyanyi lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu Sekolah itu, biasalah; bukannya menyanyi pun, sekadar berdiri tegak saja.  Koir, sesuatu yang sudah terlalu lama tidak aku buat-ikut-nyanyi, kali terakhir ikut koir waktu Hari Guru Peringakat Zon Pegalan bertempat di SK. Sodomon, tahun bila entah, aku sudah lupa, paling aku ingat adalah rasa panas pada muka aku yang membahang...malu la kunun...hihihi!