Sunday, June 30, 2013

Isi di dalam bateri energizer: Apakah isinya?

Baik...

Baru tadi...

Aku sudah selesai membuat eksperimen fasal bateri energizer...

Yang tadi sebelum buat eksperimen...

Aku tertarik dengan entri fasal "10 Gambar Yang Memudahkan Kehidupan Harian Anda" selepas membalas kunjungan "abg superman" yang singgah kat buku tamu aku...

Ternyata betul...

Peringatan...

Hanya gunakan bateri energizer sahaja, jika anda menggunakan bateri panasonic hasil seperti di dalam gambar dibawah tidak akan anda temui.  Bateri everyday? jangan tanya, sebab aku cuma gunakan dua bateri yang disebut dalam blog ini sebagai subjek eksperimen.  Tapi kamurang try la juga bateri2 cap ayam yang di ada pasaran...hihihi...manatau hasilnya seperti bateri energizer.  P/s: Pesanan ini untuk kamurang yang rajin bereksperimen saja, okeh...

Jadi, kamurang layan la gambar yang aku ambil guna HP Sony aku yang sudah tua itu...maafkan kekaburan gambar2 ini, maklum HP Sonyku itu sudah uzur benar...

Bateri Energizer

setelah kulit luar bateri dikoyakkan...ada lapisan kertas berwarna coklat(cair)

cuba kira berapa bateri kecil bulat2 ni?

habis kena kopak tu kulit

bateri bulat2...di jual di syarikat...5 sen satu ikat....pinjam tai kambing punya lagu dulu?

tekangkang habis...

Ada lapan bateti Button Cell di dalam bateri energizer untuk remote/alarm kereta Kancil




Wednesday, June 26, 2013

Entri Khas Untuk Shafizah si Budak Misteri Yang Tinggal di Ruang Lingkup

Entah...

tadi...dan sejak lima jun dua puluh tiga belas sebenarnya...


Waktu baca entri Shafizah si budak misteri itu, aku terkesan ada kesedihan paling tragis sembunyi jauh dalam hatinya,  ada kesakitan paling nyeri sembunyi jauh dalam setiap urat-saraf yang melingkar dalam dirinya, ada kerinduan yang ditahan-tahan supaya tidak ketahuan oleh siapa pun.  Ada kehilangan maha besar terjadi dalam hidupnya.  Dia cuba bertahan sedaya kudrat perempuannya.  Aku yang membaca entri baharu tanggal dua enam titik enam titik tiga belas akhirnya menangis sendiri-sendiri.  Entah kenapa, aku terasa benar kesedihan, kesakitan, kerinduan dan kehilangan dia, maka entri ini wujud.  Aku belum pasti siapa, sebab aku juga tidak berani bertanya.  Sekadar meneka-neka...

P/s: Menangislah deq...kau pun harus muntahkan semua.  Sampai satu saat bila muntah itu sudah habis, yang tinggal nanti  mungkin hanya rasa mual.  Rasa mual pada rasaku(hanya fikiran dan pendapatku saja, orang banyak aku tidak tahu), masih boleh ditahan-tahankan? sedang menahan rasa mahu muntah itu cuma bikin perut terasa sebu-malah dada juga sakit-sakitan, kepala juga.  Kamu tough, sekalipun mungkin kamu terpaksa berpura-pura tough demi semua, kamu sembunyikan semua rasa, kamu jeruk rasa itu jauh dalam hati. Kakak yang membaca entri-entrimu sejak lima jun dua puluh tiga belas itu sahaja sudah terasa mahu muntah, apatah lagi, kamukan?  cuma waktu itu, kakak kira dia adalah sahabatmu, tapi dia bukan sahabatkan? maafkan kakak, kalau kakak lagi salah meneka.  

Tetap saja kehilangan itu suatu yang sangat menyakitkan, tetapi percayalah pasti Allah gantikan dengan sesuatu yang akan menyenangkan hatimu-familymu juga, sekalipun ia mungkin tidak samakan?  Allah lebih tahu.

Jangan berhenti jadi cengeng, cuma; jangan cengeng itu kamu perlihatkan pada orang banyak.  Terus saja jadi cengeng di ruang lingkupmu, supaya kamu bisa muntahkan semua.  Airmata itu ubat kalaupun tidak mujarab untuk selalu jadi penyembuh duka-sedih.  Cuma kena tahu beza tangis penyembuh dengan tangis si pengada-ngada.  Justeru, kalau sudah tahu beza dua tangis ini, jangan malu mengaku cengeng.

MAAF kalau entri ini kedengaran merepek dan mencarut.  Asal kamu tahu kakak tidak bermaksud demikian.  Salam Ukhuwah dan Peluk Cium Pipi dari kejauhan.  Semoga Tabah itu selalu berdamping erat denganmu deq...

Saturday, June 22, 2013

Ilustrasi Acara Tahfiz Al-Quran Majlis Ihtifal 2013: Lukisan Buruk Aku Ba Ni

Salam...

Hari ini berlangsung Majlis Ihtifal Peringkat Negeri Sabah bertempat di SMKA Mempikit, Keningau.  Pagi tadi aku bertugas sebagai Juru Kira, Nik sebagai Penjaga Masa, Ustaz Halim Sebagai Juru Acara dan Jihah sebagai Hakim Kuiz Bahasa Arab.  Sejak Khamis lepas, aku, Jihah, Nik, Farra, Ustaz Halim dan PK HEM dan Jumaat lepas bersama dengan Jihah dan Rosnini, kami: SK. Ansip, telah ditugaskan oleh PPD Keningau untuk menyiapkan tempat pertandingan bagi acara Tahfiz Al-Quran.  Aku tidak mengambil gambar-gambar masa kami set-up bilik pertandingan, semua gambar-gambar Jihah yang ambil.  Kalau ada kerajinan, nanti aku minta Jihah dan entri ini akan aku update dengan gambar-gambar masa kami set-up bilik pertandingan untuk acara Tahfiz Al-Quran...in shaa Allah.


Yang Tadi...
Juru Kira yang mengantuk plus lapar...siap menguap lagi...hihihi

Masa pertandingan berlangsung aku diserang mengantuk yang amat, perut pula lapar.  Nasib baik aku cuma bertugas sebagai Juru Kira, jadi aku tidak perlu fokus sangat pada bacaan peserta. Nanti para hakim dah siap bagi markah barulah tugas aku bermula.  


Bagi menghilangkan dua rasa yang menyiksa perasaan, aku buat ini:

Akibat Mengantuk.....

Kita minum dulu...Teh yang sangat manis...Diabetes Melitus la kalau selalu minum manis macam ni

Ini Speaker Okeh!...Maafkan kepakaran melukis tahap budak  Tadika Kemas Kg.  Ansip aku ini...Sekali tengok  macam bangunan  masa Zaman Purba, bangunan Zaman Purba pun teda rupa macam ini...ya kaitu?

Ini Kalkulator...sia bikin kira markah peserta...Kalkulator ni PPD Beli masa MTQSS 2013  9 Mac lepas,  jika mengikut apa yang tertulis di atas skrin...

Ini borang hakim...Markah yang tertera tu markah betul okeh...Ni untuk Menengah Atas.  Masa aku lukis borang ni, peserta ke-4 sedang memperdengarkan hafazannya...

Ini gambar Ketua Hakim, wajah ala-ala suci gitu...innocent sangat.  Senyuman bentuk mangkuk tidak berapa jadi.  Yang hidung agak kembang tu adalah: Peserta Tahfiz Al-Quran.  Hidung kembang bukan sebab hidung durang betul2 kembang okeh...tapi untuk menampakkan dan mendedahkan keyakinan durang kepada readers bah.

Ini peserta perempuan...Permulaan yang baik, Surah Al-Fatihah dibaca dengan tarannum yang sangat merdu...kamurang pernah tengok dan dengar ka di You-tube pasal Bacaan Al-Quran paling merdu di dunia tu? hah...ni student guna tarannum ni la...
tapi sayang...she's....

Bila dengar bacaan Al-Quran, hati memang terasa sayu...tapi tenang, damai dan indah...

Ilustrasi Penuh lukisan cikai aku...

Sebenarnya malam ini ada acara perasmian penutupan, masa aku menaip entri ini majlis itu sedang berlangsung.  Semoga majlis itu berjalan dengan lancar...in shaa Allah.

Monday, June 17, 2013

Hak Cipta Terpelihara

Baik...

Koma


Aku sebenarnya bukan tidak mahu lagu nasyid yang aku cipta hari itu dirakam atau apa-apa saja berkaitan dengan penyiaran.  Bukan juga bermaksud untuk kedekut.  Cuma, aku belum bersedia untuk berkongsi lagu nasyid aku itu.  Aku masih mahu mempertaruhkan lagu itu dalam MTQ Zon Pegalan tahun depan.  Aku juga mahu memasukkan muzik dulu pada dua buah lagu nasyid milik aku itu sebelum lagu itu mungkin diketengahkan oleh mana-mana pihak.  Aku bukannya pandai menggubah lagu, belum tahu, tahun depan; aku mampu cipta lagu nasyid lagi.  Ilham bukan selalu datang, syukur Allah memberi peluang dan rezeki ilham waktu aku tercari-cari lirik dan lagu nasyid Febuari lepas.  Itu pun selepas diasak dengan cakap-cakap: kami menggunakan nasyid ciplak waktu MTQ Zon Pegalan.  Aku tidak tahu bagaimana mahu memberitahu dia tentang ini.  Takut nanti mengecilkan hati dia. Soalnya, dia begitu beria-ia dan sejak minggu lepas sudah menyampaikan hajat ini melalui anak murid tahun enam aku yang menjadi peserta nasyid waktu MTQSS 9 Mac lepas, dan tadi; dia menyampaikan hajat itu sendiri, tapi aku terkesan itu lebih kepada memaklumkan bukan meminta kebenaran dan kerelaan aku.  Sedarkah dia, bahawa lagu nasyid aku itu, Hak Cipta Terpelihara aku.  Tadi dia bilang, ada orang akan datang untuk merakam lagu nasyid aku itu.  Tadi dia bilang mahu menukarkan lirik itu ke dalam bahasa Murut.  Kononnya ada royalti untuk lagu itu sebanyak RM 1K.  Bukan imbuhan yang aku kejarkan.  Sipi dari hati aku, merelakan atas dasar kawan dan menjaga ukhwah, juga sebagai satu cara dakwah kalau layak dikategorikan dakwah.  Separuh dari hati aku, belum merelakan sebenarnya dan itu titik.  Aku cuma mahu menyimpan lagu nasyid aku itu untuk dijeruk sampai tahun depan. Demi Tuhan, aku cuma mahu menyimpan dulu lagu nasyid itu sampai tahun depan untuk bekalan ke MTQ Zon Pegalan 2014.

Noktah.

P/s: lagu nasyidku itu buruk benar liriknya, lagunya juga; tapi aku sayang sangat. SayaSayangNasyidSaya.  Hak Cipta terpelihara sampai MTQ Zon Pegalan 2014.

Friday, June 14, 2013

SALAM DUNIA SASTERA...

Salam Dunia Sastera...


Apalah yang ada padaku sehingga aku mahu membicarakan dunia sastera hari ini dengan bekal ilmu mengenai sastera hanya sebanyak  bilangan jari kurang 9 pada tangan manusia.  Aku belum layak sama sekali membicarakan mengenai dunia sastera berbekal dengan ilmu yang sangat kurang, aku ulangi dan aku tegaskan kata "ulangi" itu dengan meminjam kata dari bahasa Arab, iaitu "taukid" bahawa ilmu pengetahuan aku mengenai sastera ini adalah sangat kurang.  

**Taukid = Emphasise

Cuma...

Aku mahu berkongsi pendapat aku, mengenai dunia sastera dan sebab kenapa entri ini aku pilih(taip): lewat pembicaraanku mengenai "sastera" waktu makan di kantin bersama Jihah dan Rosnini di sekolah tadi.

Baik,

Apa yang ingin aku kongsikan, melalui pendapat aku semata-mata malah terbatas, tidak semua novel layak dikategorikan sebagai karya sastera kerana kurangnya atau tidak terdapat nilai estetika terkandung dalamnya. Bagi aku, novel-novel karya Usman Awang, A. Samad Said dan Arena Wati adalah contoh karya sastera yang hebat kerana terkandung nilai estetika yang baik di dalamnya.  

Baik,

Aku tidak bermaksud mengatakan yang dunia penulisan di Malaysia sekarang sudah kurang nilai kesusasteraannya kerana banyak juga penulis baharu yang mampu menulis dengan baik dan menyamai juga menepati kehendak standard untuk diangkat sebagai sebuah karya sastera jika dirujuk dengan: A.  3 asas sastera (1.  Sifat khayali/imajinasi, 2.  Nilai-nilai estetika, 3. Penggunaan bahasa yang khas) serta B. Definisi sastera yang sehingga kini pengertiannya tidak pernah memuaskan hati semua pihak.  Dasar yang terdapat dalam sastera itu menjadikan persoalan 'definisi' tidak pernah selesai kerana sastera bukan hanya sekadar cabang ilmu malah sebagai satu cabang seni.  Seperti maklumnya, seni itu luas sifatnya.  Semangat dan kepercayaan manusia terhadap seni juga berbeza-beza.  Jadi, maafkan aku kalau aku katakan, lambakan novel cinta yang ada di pasaran buku Malaysia, tidak boleh dikira sebagai karya sastera sekalipun ia mungkin menepati salah satu asas sastera.  Ini cuma pendapat aku saja, okey!  Terserah pada penafsiran dan kepercayaan kalian, pada aku ia begitu.

Teringat masa sekolah di SMAI dulu, waktu belajar "Balaghah", aku selalu pening dengan subjek itu.  Tapi kini, bila mengimbas balik, aku dapat mengesan keindahan sastera Arab yang terdapat dalam kitab "Balaghah" itu.  Al-Quran sendiri adalah sastera yang hebat bagi aku.  Lihat saja pada rima ayat Allah itu, sangat berseni dan sangat indah-terutama rima akhir ayat pada semua surah di dalam Al-Quran itu sangat cantik dan halus.  Aku menjadikan Al-Quran sebagai panduan apabila menulis puisi-terutama pada rima akhir puisi aku. (biarpun puisi aku lebih pada subjek percintaan...Astaghfirullah-al Azim).  

Dunia Kesusasteraan Arab lebih bagus aku kira, kerana ramai penulisnya, menulis mengenai nilai kemanusiaan seperti karya Khaled Mohsen bertajuk "A Thousand Splendid Sun" berbanding dengan dunia kesusasteraan-penulisan di Malaysia yang dipenuhi dengan lambakan novel cinta yang semakin memualkan.  

Karya novel, karya puisi, sajak, pantun dan gurindam itu adalah karya SASTERA.  Tapi tetap saja bagi aku, ada antara karya ini tidak boleh dikira sebagai karya sastera-bermaksud yang telah terhasil kerana kurangnya nilai estetika(seperti puisi dan cerpen akulah itu...hehehe, aku tetap tidak mampu menulis karya yang boleh dinagkat sebagai karya sastera).  Ini tafsiran aku, semangat dan kepercayaan aku.  

Konten di dalam entri kali ini mungkin tidak terkait rapat dengan tajuk. Ini sekadar pendapat aku yang masih tidak tahu banyak mengenai sastera.  Pendapat cuma tinggal pendapat apabila sudah ada fakta yang lebih jelas.  Apabila kalian nanti sudah mendapat fakta yang lebih jelas perihal karya sastera, sila abaikan entri ini dan maafkan tulisan mengenai pendapat aku ini.

Semoga Allah memberkati guru Kesusasteraan Melayu aku dulu, aku lupa namanya.  Semoga Allah memberi beliau sebaik-baik pembalasan atas ilmu yang pernah beliau curah pada aku.  

P/s: Kasihan pada karya sastera yang kurang mendapat tempat di hati masyarakat, apalagi remaja.  Padahal karya sastera itu terkandung konotatif yang baik untuk dijadikan pengajaran dan panduan hidup.  Alahai...buku-buku ilmiah yang bersifat denotatif saja tidak mahu dibaca apatah lagi buku-buku karya sastera.  Tahunya, baca novel cinta melulu.  Tiba-tiba teringat, membaca Al-Quran saja malas yang amat, apatah pula pada buku-buku.  Mesej ini untuk diri aku juga.  UNTUK DIRI AKU.

Saturday, June 8, 2013

Terima Kasih Jaja & Din

Baik.


Noktah bertindih

Aku sudah kembali ke permukaan laut setelah menyelam sampai ke dasar laut antara dua pulau terindah yang Allah tetapkan takdirnya menjadi milik sementara negeri di bawah bayu pagi ini.  Terima kasih Jaja & Din, sungguhlah, dengan penulisan yang intipatinya terkandung agama pasti saja dapat menyedarkan manusia biasa seperti aku yang punya fitrah suka pada keasyikan dunia.  Ya, novel ini menjentik imanku yang senipis kulit bawang.  Moga saja jentikan halus tapi terasa sakitnya hingga ke dalam jantung itu bisa bertahan sakitnya sampai kapan pun.  Aku memerlukan kesakitan itu supaya bisa terus takut untuk meninggalkan solat.  Ampunilah aku ya, Allah.  Ampunilah dosaku serta kedua ibubapaku.  Betapa banyak qadha solat yang harus aku bayar.  Beri hambamu yang berdosa ini peluang untuk melunasi hutang bertimbun itu bak pasir-pasir di Pantai Manis.

Koma,


Hidup adalah tentang pilihan.

Terima Kasih Jaja & Din

Titik.

Wednesday, June 5, 2013

Jika Kau Rasa Getarnya

Jika kau Rasa Getarnya

26.08.2011

Alia memutar kembali lagu “Jika Kau Rasa Getarnya”, di tekannya butang play di smartphonenya.  Tangannya kembali lincah mengait mafela berwarna marroon.  Begitu asyik dan penuh dengan kasih-sayang.  Sesekali dia menyeka airmata yang mengalir. Alia rindu dengan Ami sebenarnya, sepanjang tiga bulan Ami bercuti, hanya sekali Alia berpeluang berjumpa dengan Ami.  Larangan Ami untuk berhubung dengannya, memaksa Alia untuk tidak menemui Ami, walaupun dia teringin sangat berjumpa dengan Ami. 

“tak bolehkah kita berkawan”
“Aku rasa  kita tak payah berhubungan, itu lebih baik”...

Alia menyeka lagi airmata yang mengalir.  Kata-kata Ami terngiang-ngiang di telinganya.  Sebak sungguh rasa hati Alia.  Alia menarik nafasnya dalam-dalam.  Alia tersenyum memandang mafela berwarna marroon yang hampir siap itu.  Alia mengait mafela itu dengan berhati-hati, dia mahu mafela itu kelihatan kemas, dan yang paling dimahukannya adalah: bila nanti Ami memakai dan melilitkan mafela itu dilehernya, Ami akan terasa selesa dan mampu memanaskan sedikit badannya.  “Sekarang hampir masuk musim luruh di london, cuaca pasti sedikit sejuk, Ami jenis tak tahan dengan sejuk, kakinya pasti akan sakit”, bisik hati kecil Alia. 

“yes...siap”, Alia menggeliat sedikit.  Dipeluknya mafela berwarna marroon itu dengan gemas.  Alia memastikan hujung mafela tempat dia menyimpan segulung kertas itu dikait dengan rapi.  “Semoga satu hari nanti Ami akan perasan dan ternampak kertas ini”, bisik hati Alia.  “Maafkan Alia, Ami.  Alia masih tulis coretan ini untuk Ami walaupun Ami tak izinkan perhubungan antara kita”, Alia kemudiannya meletakkan mafela itu di dalam sebuah kotak berbentuk empat segi lalu memasukkannya ke dalam bakul kertas.  Alia tidak sabar menanti hari esok, hari di mana dia dapat melihat wajah lelaki yang sangat dirinduinya walaupun cuma dari kejauhan.  Sembunyi-sembunyi tanpa pengetahuan Ami.

***********************************************************

KKIA
28.08. 2011

“Alia, jom...aku hantar kau balik”, kata Ijan dengan lembut.  Dia kasihan melihat Alia.  Tersentuh sedikit hati lelakinya melihat Alia tadi.  Setia sungguh Alia melihat flight yang membawa Ami ke London, terbang hingga tidak lagi kelihatan di angkasa. 

“kau nak makan dulu”, tanya Ijan sewaktu mereka sudah berada di dalam kereta Ijan.  Alia hanya menggelengkan kepala.  Airmata yang mengalir dikesat dengan sapu tangan.

“kau demamkan? Aku boleh rasa haba kau dari sini”, tanya Ijan sedikit risau.  “Aku hantar kau pergi klinik ya”.   Alia hanya menggelengkan kepala.  

“tidak apa, aku sudah makan panadol tadi”.  Alia kembali diam.  


Ijan mengambil sweater di belakang tempat duduk dan menyerahkan pada Alia. “Pakailah, kau demam teruk ni”.


Ijan tidak berkata apa-apa lagi pada Alia, dia faham dengan kesedihan Alia walaupun Ijan benar-benar ingin tahu apa masalah antara Alia dan Ami.  Sesekali Ijan melirik pada Alia.  Alia hanya merenung pemandangan di tepi cermin kereta.  Sesekali dia menyeka airmatanya yang mengalir, sesekali dia mengesat hidungnya dengan sapu tangan. 

Ijan hanya membiarkan Alia melayan perasaannya.  Ijan tahu nasihat dan kata-kata semangat tidak akan dapat membantu menenangkan Alia.  Ijan tahu saat ini, Alia perlu mencari sendiri ketenangannya dan ketabahannya.  Nanti kalau Alia sudah tenang, barulah dia bertanya dengan Alia, atau nanti, Alia sendiri yang akan memberitahu masalah mereka seperti yang dia katakan waktu di airport tadi.

Ijan menekan punat pemain CD di keretanya.  Dendangan lagu kumpulan SLAM memecah sunyi yang bermukim sejak dari Airport tadi. 

Apalagi alasan nak kau beri
Setelah diriku disimbah hina
Tergamamku seketika
Tak sangka ini jadinya
Nampak sangatku seorang bertepuk sebelah tangan
Kemanakah hendak aku selindungkan
Air muka yang engkau jatuhkan....

Alia tiba-tiba menangis teresak-esak.  Ijan cuak dengan tangisan Alia yang meledak.   Ijan memberhentikan keretanya di tepi jalan, tangannya memperlahankan volume pemain CD.  Ijan cuma memerhatikan Alia tanpa kata-kata, membiarkan Alia menangis semahunya. 

***********************************************************
10.09.2011

Sudah 2 minggu sejak Ami kembali ke London, dan sudah 2 minggu juga Alia mendiamkan diri selepas dia tiba-tiba menangis teresak-esak setelah mendengar lagu “Kita terpaksa bermusuhan” dengan kumpulan SLAM.  Ijan masih ingat betapa cuaknya dia ketika tangisan Alia meledak.  Timbul juga perasaan bersalah dalam dirinya kerana memasang lagu jiwang-jiwang waktu Alia tengah sedih.  Biarpun Ijan tidak pasti adakah lagu itu mempunyai kaitan dengan permasalahan antara Alia dan Ami, tapi hatinya kuat mengatakan bahawa lagu itu dengan masalah Alia mempunyai kaitan.

Ijan mendail nombor Nisa, kekasih hatinya sejak mereka berada dalam tingkatan 3 lagi.

“Nisa, jom kita ajak Alia pergi memancing besok”
“Okey, jam berapa nak bertolak?”
“Jam 9, nanti peralatan memancing semua Ijan bawa, tapi makanan Nisa sediakan boleh?”
“Okey, nanti Nisa call Alia dan sediakan makanan ya”.

Selepas perbualan pendek dengan Nisa, Ijan mematikan talian.  Kepalanya ligat memikirkan perbualan yang hendak dia mulakan dengan Alia besok.  Ijan sudah tidak boleh berdiam lagi.  Dia harus tahu masalah sebenar.  Ijan yakin, inilah masanya.  Apatah lagi, semalam Ijan melihat status relationship Ami.

“In Relationship with Tasnim Raniya”, dan gambar-gambar dalam timeline Ami membuatkan Ijan mengambil keputusan untuk bertanya pada Alia.  Esok.

2 notification...

Alia shared a notes

“Jika kau rasa getarnya” by SLAM
“Kita Terpaksa Bermusuhan” by SLAM

***********************************************************
10.08.2011

Alia menangis untuk kesekian kalinya manatap gambar-gambar Ami bersama kekasih hatinya yang baru.  Kemesraan mereka begitu terserlah.  Ami tetap segak seperti selalu.  Jelas terpancar kegembiraan Ami pada wajahnya.  Pasangan dua sejoli itu sedang bergambar di atas timbunan salji.  Matanya melirik pada status relationship Ami.

In Relationship with Tasnim Raniya...

Wajah Tasnim Raniya sangat cantik.Matanya, hidungnya, semua tampak sempurna.  Kulitnya putih dan tinggi orangnya.  Nampak sangat wanita itu seorang yang educated.  Patutlah Ami jatuh cinta padanya.  Alia menyeka airmata yang mengalir.  “siapalah aku kalau hendak dibandingkan dengan dia, aku ini perempuan yang tidak sama level”, Alia memegang dadanya, menahan sesak dan sebak yang ditahan-tahan sejak tadi.  Siapa suruh tangannya gatal membuka facebook.

Alia membuka kotak berbentuk hati tempat dia menyimpan segala memori indah bersama Ami.  Poskad-poskad Ami, surat-surat Ami, kad-kad kecil dan kiriman kad hari raya serta kad harijadinya semasa tahun pertama Ami berada di London dan masih bergelar kekasih hatinya.  Item-item itu Alia simpan dengan kemas dan rapi bagai menjaga dirinya sendiri.  Alia tatap gambar dia dan Ami sewaktu Ami hendak berangkat ke London pada tahun 2010.  Waktu itu Ami mendapat tawaran belajar di universiti of London dalam jurusan perubatan. 

Alia meng-klik pada gambar Ami yang single, gambar tanpa Rania di sisinya.  Dia menyalin gambar itu untuk simpanannya.  Setelah menutup facebook Ami dan facebooknya, dia membuka semula gambar Ami yang disimpannya tadi.  Alia membesarkan sedikit gambar itu, biarpun sedikit kabur, dia masih dapat melihat wajah Ami.  Air mata Alia mengalir lagi.  Smartphone Alia berbunyi, lagu “Kita terpaksa Bermusuhan” memecah hening malam, Alia berdehem sedikit sebelum menyambut panggilan itu.

“Aku okey Nisa, jangan risau ya, jam 9 kan?”

Kotak kenangan berbentuk hati disimpan semula.  Airmata mengalir lagi.  Alia memutar lagu “Jika kau rasa getarnya” dan “Kita terpaksa bermusuhan”.  Alia menekan butang merah bertanda x pada gambar Ami.  Laptop dimatikan.

***********************************************************

“Nisa okeykan, kalau Ijan hendak bincang dengan Alia berdua”, tanya Ijan sambil merenung lembut pada kekasih hatinya itu.

“Nisa okey, Nisa faham.  Ijan bincanglah dengan Alia.  Nisa pun kasihan tengok Alia”, jawab Nisa dengan ikhlas.  Baik Nisa dan Ijan, mereka sama-sama melihat Alia yang leka memerhatikan jorannya. 

“Mata Alia sembab saja, Nisa yakin dia menangis lagi semalam.  Masa Nisa call dia semalam, Nisa dapat kesan suara dia baru lepas nangis”, tambah Nisa lagi.  “Pergilah cakap dengan dia Ijan, Nisa tunggu dekat sini ya”.  Nisa tersenyum lagi sambil memandang Ijan.  

Ijan membalas senyuman Nisa.  Ada rasa kasih yang semakin mendalam untuk wanita yang sudah lama berada dihatinya itu.


Ijan berdehem sewaktu duduk di sebelah Alia.  Alia segera melihat Ijan sambil memberikan senyuman.  Ijan membalas senyuman Alia.  Setelah memasang umpan pada mata kail, Ijan menebarkan pancingnya jauh ke tengah kolam.  Ijan meletakkan pancingnya pada rantig kayu bercabang dua yang memang sudah sedia terpacak di situ.

“kau macammana sekarang?” tanya Ijan sambil melihat Alia yang merenung jauh ke kolam.

Alia memalingkan wajahnya ke arah Ijan.  Lambat-lambat dia membalas pertanyaan Ijan.  “Aku semakin membiasakan diri”, Alia cuba tersenyum. 

“Ijan, terima kasih kau bawa aku balik hari itu dan terima kasih juga kerana kau tidak bertanya apa-apa masa tu.” Alia melepaskan keluhan kecil.

“Itulah gunanya kawankan, lagipun kau dah cakap kau akan bagitahu aku sebabnya kan?”balas Ijan.

“Aku hargai sangat pengertian kau”.

“Jadi, hari ini aku boleh tahu apa sebabnya kan? Masalah sebenar antara kau dengan Ami?.  Ijan memandang Alia dengan serius, mengharapkan Alia akan membuka mulut hari ini.

“Aku rasa kau sudah pun tengok status relationship Ami kan?” tanya Alia.

“Ya, gambar-gambar Ami dengan budak tu juga”, jawab Ijan jujur.

“Ami minta putuskan hubungan dengan aku” terang Alia dengan lemah.  Sesak dadanya bila mengingat kembali peristiwa hari itu.  Hari yang merampas segala rasa suka den gembiranya.  Hari dia belajar erti redha.

“sebabnya?” tanya Ijan penuh kuriositi.

“Kami dah tak sama level”, Jawab Alia dengan deraian airmata yang sudah tidak dapat ditahan lagi.

“nonsense, level apa pula?” Ijan merengus kecil.

“Ami kata, aku dan dia dah tak sama level, dia perlukan perempuan yang sama level dengan dia”, jawab Alia dengan sedikit esak.

“Ami tak patut cakap macam tu”, kata Ijan tidak puas hati.

“Dia perlukan perempuan yang dapat membantu dia.  Ami kata lagi, dia tertekan, jadi dia perlukan teman yang dapat menghilangkan tekanan menghadapi pelajaran di sana”, Alia berusaha menahan sebak di dada.  Airmatanya mengalir laju.

“Aku tak salahkan dia, aku faham dan aku redha, Cuma....”


“yang buat aku betul-betul rasa terhina, dia lagsung tidak izinkan aku berhubung dengan lagi, walaupun sebagai kawan” Kata Alia lagi, kali ini esakan semakin jelas.

“Ami melampau”, Ijan melepaskan keluhan tanda kesal dengan perbuatan sahabat baiknya itu.  Patutlah, Alia tidak mahu berjumpa dengan Ami waktu di Airport hari itu,  Patutlah hadiah mafela itu dia kirimkan melalui aku, rupanya semua disebabkan oleh Ami. 

“Patutlah Alia menangis hari itu waktu dengar lagu kumpulan SLAM hari itu”, kalau aku pun ditempat Alia masa itu, mau meraung aku dibuatnya”, bisik hati kecil Ijan.

“Maafkan aku Alia”, kata Ijan setelah suasana membisu seketika. 

“Kenapa kau nak minta maaf pula”, tanya Alia hairan, tangisnya sudah berkurang sedikit.

“kerana Ami itu sahabat aku, Ami tak patut buat kau macam tu” balas Ijan sambil melemparkan pandangan ke kolam.  Ada keluhan kecil keluar dari mulutnya bila memandang wajah sembab Alia. 

“Ijan, terima kasih atas segalanya”.  Alia melambai pada Nisa, menyuruhnya untuk menyertai mereka.  Ketika Nisa duduk di sebelah Alia,  Nisa memeluk Alia.  Walaupun Nisa belum tahu cerita sebenar, Nisa faham perasaan Alia.  Ada sedikit tawa pada wajah Alia bila Ijan berjaya menaikkan seekor Ikan Patin.  Baik Ijan dan Nisa, ada rasa syukur melihat tawa Alia walaupun mereka tahu Alia kecewa sebenarnya.

***********************************************************
28.10.2012
Universiti Of London, London

Ami membuka email-email lamanya.  Email daripada Alia.  Dibacanya satu persatu.  Ya, baru Ami sedar.  Betapa Alia sangat mengambil berat akan dirinya, pelajarannya dan segala-gala tentang dirinya.  Artikel-artikel berkaitan dengan tajuk assignmentnya juga di hantar oleh Alia.  Kata-kata semangat juga dikirmnya.  Betapa dia bodoh untuk menilai kasih sayang Alia.  Ami membuka facebook Alia.  Sudah lama dia tidak menjenguk facebook Alia selepas dia unfriend Alia di dalam facebooknya.  Ami melihat gambar-gambar Alia.  Gambar-gambar yang di-tag oleh Ijan, gambar yang diambil hampir setahun yang lalu, 9.11.2011.  Wajah Alia direnungnya, benar kata Ijan, sinar kekecewaan itu tetap terpancar pada wajahnya walaupun Alia tersenyum tawa dalam gambar itu.  Tapi mata yang sembab itu, ah...Ami meraup mukanya lagi.  Ami meng-klik butang notes.  Hatinya meruntun meminta dia menekan butang itu.  Ami teringat Alia suka menulis puisi di dalam my notes.  Hati Ami terpempan seketika, dia tahu lirik lagu itu untuk dirinya.

Untuk Dia
P/s: pernahkah kau rasa getar cintaku

Jika kau rasa getarnya
Janganlah hanya mengukir janji
Sedangkan dikau masih mencari
Adakah benar kata kata
Bukan ungkapan sementara

Kaulah pancaran yang daku rasa
Bagaikan obor yang menyinar
Jika terpadam tiba tiba
Sunyilah insan alam gelita

Jika kau selam hati ini
Pastinya engkau kan mengerti
Betapa sucinya cintaku
Jangan diragu.
Jika kau rasa getarnya
Debaran kasih cinta yang meronta
Nilai kasihku padamu cukup berharga

Bukan simpati yang aku pinta
Kebenaranmu memutus kata
Agar dapatku abadikan
Untuk pedoman peniti cinta

Jika kau selam hati ini
Pastinya engkau kan mengerti
Betapa sucinya cintaku
Jangan diragu

Jika kau rasa getarnya
Debaran kasih cinta yang meronta
Nilai kasihku padamu
Cukup berharga

Notes 2

Untuk Dia, terima kasih atas segalanya.

Kita Terpaksa Bermusuhan

Apa lagi alasan nak kau beri
Setelah diri ku di simbah hinaan
Tergamam ku seketika
Tak sangka ini jadi nya
Nampak sangat ku seorang
Bertepuk sebelah tangan
Kemanakah
Hendak aku selindungkan
Air muka yang kau malu kan

Malam ini janggal ku rasakan
Sendiri melalui detik yang sedih
Perit sekali
Pertama kali bagi ku
Hitung bintang seorang diri
Dan pertama kali jua
Maruah ini di persenda
Oleh insan yang ku cinta
Oleh insan yang ku sayang
Kini bermusuhan

Jika ku imbas kisah lama
Semua nya indah semua
Pernah jua kau menangis
Bila aku menduga mu
Kuat nya kasih mu
Pada aku
Di ketika itu

Sayang seribu kali sayang
Akhirnya kecundang jua
Kasih yang lama terjalin
Mudah sungguh kasih mu
Berpaling
Dan yang lebih menyedihkan lagi
Aku bagai ditampar
Oleh bahasa mu
Yang tak sepatut nya

Engkau ucapkan
Kau menyinta kerna apa
Kau menyayang ada makna
Kau berubah ada penyebab nya

Malam ini janggal ku rasakan
Sendiri melalui detik yang sedih
Perit sekali
Pertama kali bagi ku
Hitung bintang seorang diri
Dan pertama kali jua
Maruah ini dipersenda
Oleh insan yang ku cinta
Oleh insan yang ku sayang
Kini bermusuhan...

P/s: Kalau level adalah tanda cintamu, akulah yang kalah.

Ami meraup lagi mukanya.  Matanya dipejamkan sedikit.  Mafela berwarna marroon itu dipeluknya erat.  Airmata lelakinya turun.  Ami dapat merasakan kesedihan Alia.  Ami merasa dirinya terlalu kejam pada Alia.  Memang dia kejam pada Alia sebenarnya.  “Level”, arrgghhh....Ami melepaskan keluhan berat.  Menyesal sungguh dia atas kejahilannya menilai cinta.  Ami memerhatikan mafela marroon itu dari hujung ke hujung dengan penuh kekesalan.  Mata Ami tertancap pada satu benda berwarna putih di hujung sebelah kanan mafela itu.  Ami cuba menarik keluar benda itu, sehelai kertas yang digulung sepanjang 5cm.

“Lirik lagu SLAM”, Ami terus membuka google chrome.  Ditaipnya tajuk lagu “Jika Kau Rasa Getarnya”.  Ami menutup matanya ketika lagu kumpulan SLAM itu berdendang melalui pautan Youtube.

Jika kau selam hati ini
Pastinya engkau kan mengerti
Betapa sucinya cintaku
Jangan diragu

Jika kau rasa getarnya
Debaran kasih cinta yang meronta
Nilai kasihku padamu
Cukup berharga

P/s: Maafkan Alia kerana masih menulis coretan ini walaupun Ami tak mengizikankan perhubungan antara kita.

Tanpa sedar, airmata Ami mengalir.  Terasa sungguh kejahilan dirinya menilai cinta.  Ami menyebut nama Alia di dalam hatinya.  Bimbang kalau Ijan terbangun dan melihat dia menangis lagi.  Bukan dia tidak mahu berkongsi rasa dengan Ijan, Cuma dia tidak mahu Ijan memujuknya bagai anak kecil lagi waktu dia menangis semahunya petang tadi.

“kau tahu Ami, Alia mula menangis teresak-esak waktu dia terdengar lagu “Kita Terpaksa bermusuhan”, kata Ijan petang itu menambahkan lagi resah di hati Ami. 

Setelah lagu “JIka kau rasa getarnya” habis ditekannya pula lagu “Kita Terpaksa Bermusuhan”.  Hati Ami bergetar dengan hebat. Bait-bait lagu SLAM itu begitu menyentuh hatinya.  Ami sekali lagi menutup matanya.  Airmata Ami mengalir lagi, terasa dengan lirik lagu yang terdapat dalam lagu SLAM itu.

“Patutlah Alia menangis teresak-esak apabila mendengar lagu ini”, Ami meraup mukanya dan menarik sedikit bahagian belakang rambutnya yang semakin panjang mencecah tengkuk.  Aku kejam sangat.  Perkataan “level” bergema diotakknya.  Ami sudah menghina Alia sebenarnya.  Ami mengelap mukanya dengan baju long-sleeve yang tertulis perkataan Army.  Baru Ami teringat baju itu pemberian Alia waktu dia pertama kali hendak ke London tahun 2010 dulu.  Baju itu dibeli dengan duit gaji pertama Alia.  

Apa lagi alasan nak kau beri
Setelah diri ku di simbah hinaan
Tergamam ku seketika
Tak sangka ini jadi nya
Nampak sangat ku seorang
Bertepuk sebelah tangan
Kemanakah
Hendak aku selindungkan
Air muka yang kau malu kan...


Ami membuka email.  Ami mencari butang Compose, dan mula menulis email untuk Alia.  Hanya bait lagu kumpulan Slam yang ditulis bagi menyampaikan hasrat hatinya.  Harapannya agar Alia dapat memaafkannya dan memberi dia peluang kedua.


Kembali Terjalin

Seperti mimpi perkenalan itu
Cuma seketika
Namun di dalam hati
Dirimu ku terkenang jua
Engkaulah permata di dalam genggamam
Tidak ku sedari
Kaca yang bersadur keemasan
Terus ku cari
Tertutup pintu hati
Minda tak berfungsi
Diketika itu
Tak tahu menilai
Mana yang tulen mana yang palsu
Diakhir-akhir ini ketika aku
Dalam kesepian
Terasa kejahilan itu bagiku satu kerugian
Andainya di situ
Ada ruang bolehkah kiranya ku menumpang
Andai ada sisa kemaafan
Maafkan diriku yang dulu melukakan
Berilah aku kesempatan
ku buktikan erti keikhlasan
Andainya terpaksa aku rela
Menepis ego aku untuk kita
Ku pohon darimu ketulusan hati
Menjalin kembali perhubungan suci.

P/s: Tolong maafkan budak jahat ini, budak jahat ini banyak buat salah dekat budak baik,..tunggu budak jahat ini balik dan budak jahat ini akan tebus balik semuanya....tunggu ya sayang!!!

Dengan lafaz “Bismillahirrahmaanirrahim” Ami menekan butang send.  Dia menyeka airmata dengan kedua belah tapak tangan.  Setelah lagu “Kembali Terjalin” habis dimainkan, Ami memutar semula lagu “Kita Terpaksa Bermusuhan” kemudian dia memutarkan pula lagu “Jika Kau Terasa Getarnya”.  Malam itu Ami memnghabiskan sisa malam di Musim Luruh.  Musim luruh musim yang istimewa kerana terdapat Daylight Saving.  Bermakna waktu di London akan dilambatkan sejam.  Ami menggunakan kesempatan ini untuk melayan perasaannya.  Gambar-gambar Alia di facebook ditatap sepuasnya.

***********************************************************

“hey, kau dah kenapa ni?”, tanya Ijan sambil menghirup kopi.  “Macam orang berak kapur je aku tengok”.  Ijan kemudiannya duduk di sebelah Ami. 

“Alia”, kata Ami, wajahnya keruh.  Ijan tersenyum memandang wajah sahabatnya itu. 

“kenapa dengan Alia?” tanya Ijan sambil membaringkan badannya di katil Ami.  Dia meletakkan mug berisi kopi di meja belajar Ami.

“Dia tak balas email aku”, Ami berdiri dan menuju ke tingkap bilik hostelnya.  Satu keluhan berat keluar dari mulutnya. 

“Mungkin dia belum buka email lagi.” Balas Ijan sambil berjalan menuju ke katilnya pula.

“Tapi dah seminggu”, jawab Ami sambil masih memerhati pemandangan di luar tingkap.

“Nisa cakap, Alia pergi kursus.  Lagipun Alia sibuk sekarang, kan dia sambung belajar ambil Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak kat UPSI secara PJJ.  Mungkin dia sibuk buat Assignment”, balas Ijan lagi.

“Alia pergi kursus? Kursus apa? Alia sambung study?” tanya Ami bertalu-talu.  Jawapan Ijan merangsang mindanya.  Perlakuannya juga.  Ami lantas duduk di katil Ijan sambil memandang wajah Ijan dengan penuh kuriositi.

“whoa soalan dah macam rapid-fire, aku tak pasti kursus apa, aku pun tak tanya Nisa.  Ya, dia tengah sambung study, mungkin sebab nak sama level dengan kau”, jawab Ijan sambil tersengih.  Sedikit menyindir.

“wei...kau sindir aku ya?” tanya Ami.  Matanya membuntang melihat Ijan yang sudah tersengih-sengih.

“Well, siapa makan lada dia yang terasa pedaskan?” jawab Ijan sambil memakai jaket dan memegang buku peruabatan setebal 8 inci.  Sempat dia menepuk bahu Ami.

“Poyo lah kau Ijan”, Ami melontar bantal ke badan Ijan yang sudah bersiap hendak ke perpustakaan.  Ada discussion katanya dengan group assignment.  Ijan Cuma ketawa mengekek sebelum memberi salam kepada Ami dan menutup pintu bilik mereka.

Ami kembali dengan resah yang tak keruan.  Sudah seminggu sejak dia menghantar email kepada Alia.  Sehingga ke hari ini, ke saat ini, tiada balasan daripada Alia.  Mesej di inbox emailnya masih kosong.  Hatinya sedikit goyah.  Bagai hilang semua semangat dalam dirinya.  “Aku memang patut dihukum kerana pernah menyakiti hati Alia dulu, padan dengan muka aku”, gumam Ami di dalam hati.  Ami memakai Long-Sleeve Armynya dan melilitkan mafela marroon di bahunya.  Cuaca di London ketika musim luruh ini tidaklah terlalu sejuk tetapi sukar juga di ramal tahap kesejukannya.  Ami sengaja memakai kedua-dua barang pemberian Alia.  Memakai long-sleeve dan mafela marroon pemberian Alia membuatkan Ami merasa Alia ada disisinya.  Ami hendak pergi ke Hyde Park untuk menenangkan perasaannya.  Dia memang suka ke situ untuk menghilangkan tekanan perasaannya.  Sudah menjadi rutin Ami, dia akan pergi ke Hyde Park setiap musim.  Bagi Ami, pada musim bunga Hyde Park kelihatan lebih cantik dari 3 musim lainnya.

***********************************************************
03.11.2012
09.00 pm

Alia baru saja selesai menghadiri kursus Program Peningkatan Kemahiran Berbahasa Inggeris.  Anjuran KEMAS dengan usaha sama KPM.  Setelah mandi dan solat Isya, Alia berteleku di depan laptopnya.  Sudah hampir seminggu dia tidak membuka facebook.  Pasti sudah banyak status semasa kawan-kawannya di Fb.  Paling dirindunya adalah melihat perkembangan terkini Ami.  Walaupun dia hanya dapat melihat perkembangan Ami melalui timeline Ijan.  Sayangnya, tidak ada cerita tentang Ami dalam timeline Ijan.  Status Ijan juga tidak update.  Mungkin mereka busy dengan Assignment fikir Alia.

Alia membuka pula emailnya, sudah lama dia tidak membuka emailnya.  Walaupun dia tahu tiada siapa yang mahu menghantar email untuknya, Alia tetap juga membuka email itu.  kadang-kadang dia Cuma memadam email yang masuk melalui akaun facebooknya.  Tapi malam ini Alia menerima kejutan.  Alia mengesan satu alamat email yang sangat dikenalinya.

Lebih awal sebenarnya, Melalui Ijan; Alia sudah mendapat khabar dari London yang Ami sudah putus dengan Tasnim beberapa bulan selepas balik ke London tahun lalu.  Tidak serasi kata ijan bila Alia bertanya sebab perpisahan antara Ijan dan Tasnim.  Selebihnya, Ijan tidak memberitahu apa-apa.  Alia juga tidak mahu tahu.  Alia sudah redha dengan hubungannya yang tidak menjadi dengan Ami.  Tapi kuasa Allah itu maha luas, jika DIA mengkehendakinya, maka akan terjadilah mengikut kebesaranNya.  “Mungkin nama dialah yang tertulis di Luh Mahfuz untukku”, bisik hati kecil Alia.

Airmata Alia mengalir lagi.  Kali ini airmata itu airmata gembira.  Ada sinar bahagia pada matanya.  Mulutnya mengucap rasa syukur pada yang Esa.  Ada janji yang terpatri.  Kepada Allah, Alia sandarkan janji itu.  Andai itulah yang terbaik untuk dirinya.  Alia menekan butang compose. 

Sent...

***********************************************************
04.11.2012
1.00 am

Ami memandang skrin laptopnya.  Hatinya terasa berdebar-debar ketika hendak memeriksa inbox pada emailnya.  Takut hatinya jadi hampa lagi, sudah seminggu dia menanti balasan email daripada Alia.  Hari ini hari ke-lapan.  Beberapa kali Ami menarik tangannya dari mouse, dia takut pada rasa hampa.  Ami berdiri di tepi tingkap.  Menarik nafas panjang-panjang sebelum dia dia duduk semula di depan laptponya.  Akhirnya tangan Ami menekan butang inbox pada emailnya.  Mafela Marroon diletaknya di riba.  Mata Ami tertancap pada satu email.

Klik...

Kembali Merindu

Izinkanlah ku titiskan
Airmata keresahanku
Di cengkam kerinduan yang tak bertepi

Biarlah serpihan rembulan
Berguguran ke ribaanku
Agar terang kelam malam
Yang kita lalui

Oh asyiknya
Kalimah cintamu yang kau lafazkan
'Ku cinta padamu'

Ku tebarkan jala cinta
Di persisir pantai hatimu
Yang terbuka menantiku

Segala telah terbukti
Cintamu ternyatalah suci
Bagaikan mimpi
Jadi realiti

Oh asyiknya
Kalimah cintamu yang kau lafazkan
'Kaulah segalanya'

Ternyata yang indah
Sukarnya di madah
Bak cahaya yang tak tertadah
Sehingga
Ku sanggup terhimpit
Di dada waktu
Walaupun lena di ulit sepi

Ku kirakan penantian
Penuh siksaan
Rupanya indah
Bak sesaat dalam semalam

Hanya satu pintaku
Ketulusan hati
Agar engkau tahu
Oh...asyiknya
Oh...pedihnya
Penantian

P/s: Budak sini tunggu Budak sana balik.   Rindu budak sana ketat-ketat. 

Ami hampir berteriak gembira.  Bergetar hati lelakinya.  Balasan email dari Alia sungguh menggembirakan hatinya.  Hilang semua gundah-gulana hatinya selama seminggu.  Kalau diikutkan hati, mahu saja dia membangunkan Ijan yang sudah lama lena dibuai mimpi.  Ami memanjatkan rasa syukurnya pada Allah.  Ada hikmah atas segala peristiwa  yang melanda hubungan antara dia dan Alia.  Ada hikmahnya Allah menjarakkan hubungan antara dia dan Alia.  Ami yakin, tidak ada Tasnim lagi dalam hatinya, sejak dulu sebenarnya; cuma saja waktu itu, hati Ami dilanda penyakit buta hati.  Ami mematri janji dalam dirinya.  Ami sandarkan janji itu kepada Allah.  Ami memutar lagu “Kembali Merindu” dan menghayati bait-bait lagu itu.  Kali kedua memutar lagu itu, Ami membalas email Alia.  Ada senyuman lega dihatinya.  Ada sinar bahagia di hati Ami.

Ami rasa getar cinta Alia
Tunggu Ami balik, dan Ami akan tebus balik semuanya.
In Shaa Allah, Ami akan jadikan Alia halal untuk Ami.
Semoga Allah memberkati hubungan kita. 

P/s: Ami dah jumpa coretan Alia kat Mafela  Marroon tu.  Buatkanlah satu lagi mafela untuk Ami di sini.  Bulan depan dah masuk musim sejuk...hehehe!!!

Ikhlas:
Budak jahat yang bakal jadi Dr. Baik


Tamat