Sunday, April 28, 2013

Hari Tapir Sedunia

Tahukah anda semalam adalah hari tapir sedunia?

Rupanya wujud pula hari tapir sedunia, teringat kata-kata penyampai radio Nasional FM tadi,  dia menyebut "Badak Cipan" dan "Tapir".  Selama ini aku hanya mendengar dan mengetahui; kalau badak cuma ada dua jenis, iaitu "Badak Sumbu" dan "Badak Air".  Tidaklah aku tahu bahawa terdapat "Badak Cipan", yang aku tahu badak dan cipan itu dua jenis haiwan yang berbeza.  Ataupun adakah yang dimaksudkan oleh penyampai radio itu tadi, bahawa "Badak Cipan" adalah seekor Tapir; yang aku tahu Tapir juga berbeza dengan badak dan cipan.  Mungkin badak, cipan dan tapir adalah dari keluarga yang sama.  Harus cari di Ensaiklopedia ataupun menonton Discovery Channel.  Paling senang nanti aku tanya en. Google...hihihi!!!

P/s: Entry ini bukan Discovery Channel, aku cuma terasa lucu bila rupanya wujud hari tapir sedunia, iaitu semalam bersamaan 27.April.2013.  Ketara sangat pengetahuan am aku sangat kurang...

Saturday, April 27, 2013

Memulakan misi

Malam ini aku akan memulakan misi mencuba perkara yang luar dari kebiasaan.

Baik...

Malam ini aku sudah memuat-turun novel inggeris melalui e-book.  Oleh kerana aku amat meminati cerita misteri pembunuhan, maka genre novel yang menjadi pilihan aku setelah membuat beberapa tinjauan tadi, ialah thriller-horror.  Ini sebagai persediaan aku, sebulan dari sekarang novel inggeris pertamaku akan tiba-menjadi milikku dan koleksiku...hihihi!!!

Koma,

Harus tenggelam dalam e-book-pdf.  Sudah tentu banyak perkataan yang aku tidak faham nanti.  Tidak apa,   En. Goolate akan tolong aku.

Titik.

Friday, April 26, 2013

Proses= JADI

Proses kemenjadian merupakan satu proses yang panjang. 

Kalau sabar panjang sejengkal, jangan pilih proses panjang, pilih proses segera yang boleh dilihat hasilnya dengan sekejap. Ia samalah seperti hendak meminum kopi susu yang sedap, kita boleh saja memilih samada hendak membuatnya sendiri atau menggunakan 3 in 1. Jika memilih membuat sendiri, pastinya kita dapat menentukan kepekatan dan kemanisan-bermaksud kita sendiri yang menentukan bagaimana kejadian minuman yang kita buat tetapi akan melalui proses yang panjang. Kalau kita memilih 3 in 1, prosesnya mudah tetapi kita tidak boleh menentukan kepekatan dan kemanisan seperti yang kita inginkan.

P/s: sila ignore analogi tahap kolam terbiar 5 tahun katak ini....sambil mendengar lagu "Jika" Melly Goeslaw

Beli Novel o9: itupun mau dicanang-canang...:)

Melalui Zulieqah aku menambah lagi koleksi novel, dalam bulan ini saja aku sudah membeli 10 buah novel In Shaa Allah 4 buah buku bakal sampai di Pos Laju minggu depan, 3 lagi bakal sampai di Pos Berdaftar 2 minggu lagi sekarang dan 2 buah buku bakal sampai sebulan dari sekarang sebab buku itu dikirmkan dari UK(sila ignore kemintapujian atas penerangan aku).  Atas sebab itu, aku merasa agak teruja.  Aku sekarang begitu meminati novel-novel keluaran PTS dan Jemari Seni berbanding Alaf 21 ataupun Creative.  Novel-novel keluaran PTS banyak membantu aku untuk mempelajari BMT selain  banyak membantu aku untuk membuat tinjauan dan rujukan kerana aku berhasrat menghantar manuskrip aku ke PTS.  Tapi,  itu pun kalau aku punya keberanian...hihihi!!!

Banyak pendapat kawan-kawan yang aku perlukan, mahu sekali meminta pendapat si Luna Zura tetapi ada kematu yang menghalang hasratku, lagipula dengan kesibukan hidupnya sebagai guru, manalah dia punya masa membaca mansukrip aku itu.  Rasanya, aku perlu meminta pendapat Zulieqah kerana dia juga penulis blog.  Tapi, sekali lagi kalau aku punya keberanian...hihihi!!!

Tapi,

Tujuan entry aku petang ini sebenarnya menjurus tentang keterujaan aku menunggu novel-novel yang bakal sampai nanti.  Tidak sabar rasanya menanti dan tenggelam dalam novel-novel itu nanti.  

Baik,

Apapun, aku tetap akan menyasarkan penyiapan fail-fail KSSR aku untuk semester ini, aku tetap akan mendahulukan kerja-kerja aku di sekolah, aku tetapkan akan mendahulukan tugas-tugas aku sebagai pendidik.  Sebab itu, sejak minggu lalu aku memang sering lewat balik semata-mata untuk menyiapkan dahulu mana-mana kerja dan tugasku sebagai pendidik kerana aku tidak mahu membawa balik kerja ke rumah.  Sebabnya mudah, di rumah waktu berada dalam dunia kecilku-bermaksud bilik aku, aku mahu membuat sesuatu yang aku suka-membaca novel, membuat bintang kertas, membuat art...hehehe!!! itu lebih adilkan...

Ah sudah... 

Mengarut banyak sudah, harus berhenti sekejap.  Akan ke HQ...berSPA...Sila maafkan entry aku yang agak mengarut....tapi dah namanya juga blog kesayangan aku ini..."Diaryseorangguru" sudah seharusnya aku menulis diary tentang cerita hidup aku...hehehe!!! dan harus aku ingatkan bahawa "diaryseorangguru" bukanlah bermaksud entry di dalam blog ini hanya berkisar tentang mengajar...ahaks!!! ia tentang kehidupan aku yang bekerja sebagai guru-lebih tepat guru agama a.k.a Ustazah.(dah macam menteri penerangan wanita Malaysia yang pertama...>___< ayaks!!!)

Thursday, April 25, 2013

Beli Beg Baharu

Untuk malam ini dan sebagai balasan kepada kelambatan aku menambah entry baharu dalam blog kesayanganku ini sejak beberapa minggu yang lalu, malam ini aku mahu menamba entry yang suka aku menggelarkannya sebagai entry balas dendam dan suka-suka hati aku.  Aku harap kamu si pembaca senyap ataupun pembaca hantu blog aku suka dengan entry ini...(cis bajet ada pembaca yang sudi membaca entry aku...sila ignore keyakinan menggunung aku..okey!!!)


Baik, 

Tadi waktu meninjau harga peti ais untuk diletakkan dalam bilik Pendidikan Islam yang juga merangkap Surau  kami, aku juga meninjau beg tangan kerana beg tangan aku sudah lusuh dan memang layak untuk digantikan dengan yang baharu.  Waktu meninjau beg di lorong Keningau Mall, aku sangat berkenan dengan satu beg yang pada pengamatan mataku ia cantik dan agak sesuai dengan aku yang mahukan beg sandang.  Tetapi, kata Jihah, harga beg itu terlalu mahal jika dibandingkan dengan keadaan beg itu sendiri.  RM45, cekik darah punya harga padahal ia bukanlah sebuah beg berjenama Alfio Raldo, Leno atau jenama-jenama lain yang agak terkenal untuk golongan kebanyakan-aku maksudkan golongan pertengahan-bermaksud cikgu-cikgi yang tidak terlalu mementingkan jenama beg tangan.  Walaupun aku suka pada beg itu, tapi aku juga rasa yang harganya tidak berbaloi walaupun aku bukanlah jenis perempuan yang mementingkan jenama beg tangan untuk dibawa ke sekolah.  Oleh itu, aku menerima cadangan Jihah untuk meninjau-ninjau lagi beg tangan di kedai lain.  Memendekkan diari perjalanan kami tadi, akhirnya aku menemui beg yang dengan sekali lihat dan aku terus berkenan.  Kali ini, aku terus cekau kerana harganya berbaloi dengan rupa dan kualiti beg itu.  Penilaian dan persepsi pertama aku, beg itu cantik sebab warnanya hijau macam katak, dengan bintik-bintik bulat berwarna pink, dan di bahagian depannya tertulis perkataan "Scottish Hodge" Scotland.  Sebenarnya aku kurang pasti pada perkataan Hodge, sebab tulisannya agak kabur, aku cuma agak sahaja(sila maafkan keyakinan aku).  Aku beli beg itu sebab ia nampak comel dan paling penting ia berwarna hijau macam katak. "Hijau-hijau pun hijaulah, macam katak;yang penting comel", itu yang aku cakap pada tuan kedai itu tadi. Ia mengundang senyuman tuan kedai juga jihah, aku tidak pasti senyuman tuan kedai itu bermaksud apa, samada dia senyum kerana analogi aku menyamakan warna hijau beg itu dengan katak ataupun senyum kerana beg dari kedainya sudah terjual.  (sebenarnya, jihah ternampak kedai itu menawarkan potongan harga sebanyak 20% sebelum kami hendak turun ke tingkat bawah sebelum kami membuat keputusan untuk masuk ke kedai itu).  

Comel tak? agak comelkan..macam beg budak Tadika Kemas,  biarlah...tak perlu jadi terlalu matang nanti tak boleh tengok kartun Chibi Maruko Chan...Matang apabila diperlukan, bolehkah begitu??? ermmm....

Entry Khas Untuk Kawan Blogger : iwan_sarang

Terima kasih buat kawan blogger


iwan_sarang


Kerana sudi menjadi pengikut blog saya yang ke-17

P/s: Maaf lambat memberi kredit kepada anda atas kesudian menjadi pengikut blog saya.  Saya dah jadi pengikut blog awak juga...


Cerita Aku

Assalammualaikumwarahmatullohiwabarakatuh....sebagai pemula bicara.


Ceh...ayat sebagai pemula bicara(bukan ucapan salam itu, okey) itu kedengaran begitu antik bila disebut sekarang (tolong ignore kecelaruan minda aku...waktu aku menaip entry ini).  Sudah lama juga tidak menambah enrty baharu dalam blog kesayanganku ini...(lek lu...asal nak taip entry je misti nak tulis, blog kesayangan (sekali lagi tolong ignore kemintapujian aku waktu menaip sehingga ke ayat ini).  Rindu sangat nak taip cerita pasal hidup aku yang dua tiga menjak ini memang agak gembira walaupun banyak sangat perkara yang perlu aku selesaikan, terutama pasal kerja aku-iaitu fail-fail KSSR yang menuntut untuk aku siapkan.  Waktu menaip entry ini, sahabat aku Jihah dan Nik sedang membuka fail-fail KSSR untuk diupdatekan.  Malah sejak dua tiga hari ini, kami bertiga memang menyasarkan penyiapan dokumen KSSR tahun 1-3.  Huh...!!! akibat terlalu menangguhkan kerja...alahai! Hidayah Allah datang, maka sekarang kami berkerja keras untuk menyiapkan dan melengkapkan fail-fail itu sedaya mungkin.

baik,
berbalik kepada tujuan entry ini ditaip...

Sebenarnya aku mahu menulis entry ini menggunakan retorik bahasa gila-gila-rojak-atau bahasa basahan.  Tapi bila memikirkan yang aku juga seperti si Mat Despatch bernama Rayyan bukan nama sebenar, sedang giat belajar menggunakan terma Bahasa Melayu Tinggi (BMT) maka aku membatalkan niat songsang itu.  Adalah lebih baik jika aku juga turut menyahut saranan Dato' Rais Yatim untuk memartabatkan bahasa Melayu.  Kalau bukan kita siapa lagi, bukankah begitu? ini kalilah.

Baik...entry seterusnya, aku akan menggunakan BMT.  Biarlah beberapa kerat pembaca senyap aku atau kalau tidak menyinggung mana-mana pihak aku gelarkan pembaca senyap aku sebagai pembaca hantu, sebab kalau pengundi ada istilah pengundi hantu, kenapa aku tidak boleh menggelarkan pembaca senyapku sebagai pembaca hantu; menganggap aku skema yang akhirnya membuatkan mereka bosan.  Tapi harus aku ingatkan di sini, yang aku bukan ahli politik apatah lagi calon bebas untuk PRU13 Mei nanti.

20-21.April.2013

Wah! tarikh ini jadi tarikh keramat kerana pada tarikh ini aku mengikuti kursus kahwin yang diadakan di IPGK.  Sebenarnya, seminggu lebih sedikit sebelum tarikh ini aku telah banyak kali mahu membatalkan hasrat murni disebabkan oleh sifat malu kurang bertempat.  Tapi, aku menguatkan azam dan sedapat mungkin membuang sifat malu aku jauh-jauh.  Aku ingat lagi waktu aku mahu bergerak ke IPGK dan waktu aku memberitahu emak dan abah aku tentang tujuan aku ke Maktab, aku lihat senyuman emak lebar semacam.  Aku harus gelak sedikit...hahaha!!! 

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.  Tapi sampai ke hari ini, aku masih belum mendapat sijil kahwin itu walaupun penganjur kursus itu berjanji akan menyerahkan sijil itu pada hari rabu lepas.  Tidak apalah, aku yakin pasti Zulieqah akan tolong aku untuk menyimpan sijil aku itu dan menyerahkannya pada aku dalam masa terdekat.  

Ironinya, Perkenalan dengan Zulieqah (Guru Pelatih di sekolah aku) dan Mengikuti kursus kahwin ini membuatkan aku gembira.  Malah ada satu kebaikan tapi aku simpulkan ia sebagai kebaikan berganda, iaitu aku berjaya membeli novel "Diari Mat Despatch" yang sudah lama aku idamkan.  Sejak kali pertama ternampak kulit novel dan sedikit review mengenai novel ini, aku sudah jatuh hati;  dan sekarang novel itu sudah habis aku baca. Penilaian aku; novel itu lucu dan sangat mengesankan.  Banyak segmen cerita dalam novel itu buat aku ketawa sampai sakit perut.  Penyampaian yang bersahaja dan jalinan cerita yang santai serta bersifat lebih realisitik menyebabkan novel itu begitu mengesankan.  Aku tidak tahu penilaian pembaca lain novel ini, tapi bagi aku ia memang mengesankan. 



Perkenalan dengan Zulieqah juga membuatkan aku menukar lagi genre novel yang aku baca. Kali ini aku memberanikan diri membaca novel inggeris. Sebenarnya, aku sudah terpikat dengan novel inggeris milik Zulieqah masa bulan Febuari lepas, waktu itu kami mengadakan sambutan Maulidur-Rasul; cuma saja aku segan bertanya lebih lanjut mengenai novel itu pada Zulieqah kerana waktu itu mereka masih baru beberapa minggu menjadi guru pelatih di sekolahku. Sudahnya, aku cuma menjeruk rasa ingin tahu itu. Untuk itu mengikuti kursus kahwin, akhirnya membolehkan aku memiliki novel inggeris yang kulit depannya sangat cantik. Lagi pula aku merasa teruja kerana novel itu akan dikirimkan dari UK. Bermakna, novel itu bukan diterbitkan semula di Malaysia. (Ignore kemintapujian aku, menerangkan asal-usul novel itu, serta kemintapujian aku yang bakal membaca novel berbahasa inggeris). Tapi...persoalannya adakah novel yang diterbitkan di UK, dan apabila memasuki pasaran buku di Malaysia perlu diterbitkan semula? setahu aku cuma buku inggeris yang dialih-bahasa sahaja yang akan diterbitkan semula, ermm...jadi untuk itu izinkan aku perasan sekejap...okey, bolehkan???


Baik...
berbalik kepada novel inggeris yang bakal aku baca dalam tempoh sebulan dari sekarang...

Sudah tentulah, bukan semua perkataan inggeris dalam novel itu nanti akan aku faham maksudnya.  Aku bukannya pandai dalam bahasa inggeris, malah aku sangat bodoh sebenarnya dalam bahasa inggeris.  Tapi, keazaman dan keinginan untuk pandai dan mencuba sesuatu yang lain daripada kebiasaan terlalu tinggi.  Lagipula, aku percaya pada kemampuanku.  Paling penting, menurut sahabat terbaik aku Fatine Lee (Nama dalam FB) seorang guru bahasa Inggeris dengan pengalaman hampir 17 tahun termasuk pengalaman beliau semasa menjadi guru sandaran dahulu, tidak semua perkataan harus difahami dalam konteks ayat.  Sekiranya ada satu perkataan tidak difahami dalam struktur atau frasa ayat, cuba fahami perkataan lain dan kita boleh  memahami maksud ayat itu dengan sendirinya.  Sejauhmana kebenaran kata-kata sabahat terbaik aku itu, pada pengamatan dan pengalaman aku membaca beberapa artikel dalam bahasa inggeris ada kebenaran di situ.  Sikit atau banyak, sekurang-kurangnya ia sangat membantu.( pendapat umum yang lain, aku tidak tahu, aku cuma menggunakan justifikasi aku sendiri).

Banyak lagi yang aku mahu taip, tapi penggera bateri laptop aku ini sudah mengeluarkan amaran bertaip bahawa bateri laptop aku sudah hampir habis dalam kolum empat segi tepat tadi.  Bermakna aku harus memberhentikan catatan diary aku untuk waktu ini.

Hari ini, aku dan Jihah mahu meninjau harga rak buku dan peti ais, harap-harap ada harga yang murah.

Sekian adanya cerita. (ini bukan cerita rakyat, okey!) lappy off....babai Che Pinky....







Friday, April 12, 2013

Update Entry

Sudah lama tidak ada entry baharu dalam blog kesayanganku ini,  ia bukan disebabkan kemalasanku tetapi disebabkan oleh kerosalan modem internet di rumahku yang masih belum dapat diganti dengan yang baru.  hari ini aku terpaksa ke CC, bukanlah untuk menaip entry baharu tapi untuk mengisi markah SAPS yang sudah hampir menuju tarikh tutup iaitu pada 15hb.April. 2013.

Banyak sebenarnya yang inginku taip, tapi aku rasa ini bukan masa yang sesuai.  Terasa janggal berada dalam CC yang dipenuhi dengan budak-budak remaja.  Sudahlah dengan bau-bau yang kurang enak, betul2 buat aku terasa mual.

cuma...

aku mahu memeberirtahu di sini bahawa benar...

............Hidup adalah tentang pilihan