Friday, March 22, 2013

Entri Khas Buat Sahabatku: Suzie GT

Hati yang bersih dengan cahaya keimanan akan memandu akal dan fikiran dalam menentukan pilihan2 tentang hidup-bermaksud hal2 yang memerlukan kita membuat pertimbangan sewajarnya sebelum membuat keputusan. Hidup adalah tentang pilihan. (kadang-kadang dan mungkin juga selalunya)

Entri ini untuk sahabatku Suzie, seorang sahabat yang paling tabah dalam menghadapi liku-liku hidup sebagai isteri, guru dan perempuan muslimah.  Sepanjang mengenali sahabatku ini, aku memang dapat melihat banyak fasa perubahan dalam hidupnya.  Satu yang paling aku  terkesan, dia selalu tabah dalam apa juga masalah samada besar atau kecil.  Memang ada rungutan-rungutan halus juga kasar keluar dari mulutnya, dia cuma manusia biasa seperti aku yang tidak pernah lepas dari khilaf tapi tidak pernah sekali pun dia mengalah terus pada masalah yang menimpanya; malah dia terus bangun dan mengorak langkah ke hadapan, bukan untuk meninggalkan masalahnya secara total tetapi untuk terus berjalan lurus cuba membetulkan setiap lekok jalan di hadapannya.  Bukan semua lekok dan bengkok jalan pada nama kehidupan itu boleh dibetulkan apalagi diubah, ada yang telah ditetapkan oleh Allah, dan pada takdir yang telah ditetapkan; dia selalu redha dan ikhlas dalam redhanya.  Dia selalu paling tabah walau dalam saat yang paling getir dalam hidupnya, dan prinsip itulah yang membuatkan aku kagum sebenarnya.  Ya Allah, Tuhanku yang maha mengasihani, permudahkanlah urusan sahabatku ini, sirami dia dengan baja-baja ketabahan dalam menghadapi takdir hidupnya.  Ubahkanlah takdir hidupnya, pada mana-mana takdir yang telah engkau tetapkan boleh berubah mengikut MakrifatMu, kebesaranMu dan kehendakMU...ya Allah supaya hatinya kembali gembira dan semakin kental kecintaan keimanannya kepadaMu.

P/s: sahabatku Suzie, sentiasa tabah dan redha ya.  mari kita selalu seiringkan tabah dan redha dalam menghadapi setiap liku-liku hidup.  Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua.  Maaf aku menulis entri ini khas untuk kamu.  Itu salah tanda yang aku selalu sayang kamu sebenarnya.

Tuesday, March 19, 2013

Entry Khas Untuk Sahabat Blogger: Tsmarotulqolbi Daneen

Terima Kasih Buat Sahabat Blogger


Tsmarotulqolbi Daneen


Kerana sudi melekat dan menjadi pengikut blog saya yang ke 16

P/s: Adeq Daneen....saya tak dapat nak follow blog awak, sebab takde link untuk blog awak.... :(

Saturday, March 9, 2013

Debar dan Persediaan: Part 2, The Final Day.

Akhirnya, MTQSS 2013 berlangsung dengan meriah.  Debar di hatiku malah anak2 murid nasyidku tentunya lebih dahsyat lagi.  Aku tau, di sebalik senyuman dan wajah mereka, ada "harap" yang tinggi melangit untuk melakar sejarah kemenangan.  Aku pula, tidak mengharap sangat untuk menang, kerana aku tahu kemampuanku untuk melatih mereka-apalagi bertanding dengan wakil nasyid dari zon-zon lain, ianya tidak akan berjaya-buat masa ini.  Aku tahu anak-anak muridku mahukan kemenangan untuk menggembirakan hatiku juga Nik dan Jihah-paling penting untuk menggembirakan diri mereka sebenarnya.  

Tapi tadi, aku sudah mencedok banyak pengalaman sebagai panduan untukku bawa pada tahun hadapan-waktu MTQ Zon dan jika berpeluang ke Daerah lagi-cedokan pengalaman berharga itu akan kugunakan sebaiknya nanti, In Shaa Allah.  Apalagi tadi, Roslee (suami Fatine) mahu bantu kami untuk instrumen.  Terus-terang ia benar-benar menaikkan semangatku-azamku juga untuk menjadi semantap zon-zon lain hari ini.  Fatine juga sudah mencadangkan beberapa cara untuk memperbaiki kumpulan nasyid kami.  In Shaa Allah, tahun hadapan; aku yakin kami mampu buat lebih baik.

Hanya kumpulan nasyid kami yang kurang instrumen. Cuma Kompang dan Tamborin sebagai alunan muzik mengiringi nasyid kami, itupun alunannya cuma pada beberapa bahagian.  Sedangkan peserta nasyid zon lain, semuanya menggunakan perkusi, bonggo, kompang dan beberapa instrumen lain.  Jadi, di situ saja kami sudah kalah lebih awal sebenarnya.  Bukan aku tidak meminta pertolongan daripada guru muzik, sudah sebenarnya.  Tapi, mereka jua tidak tahu bermain alat muzik, katanya.  Manalah aku pandai bermain alat muzik, oleh itu, manalah mungkin bisaku ajarkan anak murid nasyidku untuk bermain alat muzik.  Sedang untuk pukulan kompang (beat) untuk kompang dan tamborin ini pun, aku minta kawan YMku mengajarku.  Alhamdulillah, walau kemenagan bukan milik kami, sekurang-kurangnya, hari ini murid-muridku menimba pengalaman ke Daerah.  Sekurang-kurangnya, hari ini Team SK. Ansip, paling ramai ahli sokongan, Aku, Jihah, Nik dengan adik ipar dan dua anaknya (Aishah dan Mariam), Fatine dan Roslee(suami) serta Unad (anak fatine merangkap murid kami), Rosnini dan suami, Zulieqah dan Afiqah (Guru Pelatih)...nah to', ramai naitu rombonganmu....hehehe!!! itu yang menggembirakan hatiku sebenarnya. 

Buat Rosnini sekali lagi, terima kasih paling banyak dalam dunia.  Budimu akan kami kenang selalu.  Terima kasih sponser kain.  Semoga Allah membalasmu dengan sebaik-baik pembalasan.

Buat sahabat terbaikku, Fatine Lee dan Jihah, Terima Kasih paling banyak dalam dunia atas segala-galanya yang kamu korbankan sepanjang MTQ Tahun 2013.  Tanpa kalian, aku tentunya tidak dapat berdiri dengan teguh.  Semoga Allah membalas kamu dengan sebaik-baik pembalasan.  Sayang kamu selalu.

Terima Kasih paling banyak dalam dunia buat Fatine Lee dan Roslee (Suami), Rosnini dan Suami, Zulieqah dan Afiqah kerana hadir bersama-sama kami dalam MTQSS 2013.  Semoga Allah membalas budi kalian dengan sebaik-baik pembalasan.  


P/s: aku tidak tahu kami tempat keberapa sebenarnya dari 6 zon, aku cuma cakap kepada anak muridku kami dapat numbur kuncit.  No. 6 dari 6 zon.  aku kira, kami layak dapat tempat ke-6.  Tidak apalah, tahun depan mungkin ada rezeki. Siapa taukan...sebab kami bukan ayam...kalau ayam; ya tentu-tentulah nampak di kakikan....ayaks!!!

Ingat tak, aku ada tulis hari itu untuk entry seterusnya pasal MTQ Daerah ini, aku akan upload selendang yang kami buat sendiri....bah ini kalilah...Jom layan PIC yang tak seberapanya.  Tapi, maaf ya; HP Sonyku benar-benar sudah tua. Cuma ini yang mampu ku rakamkan sebagai kenangan paling indah dan berharga.

Jom Layan....Gua harap kamurang suka tingu pic dan video kami.....

Ameylia...masa try tudung nasyid...dia jadi model...hehehe

Selepas habis acara nasyid...sebelum masuk dewan utama

Inilah selendang Hand Made yang aku maksudkan....

Pic ni masa lepas makan di RSK...

Latihan akhir...

Nik sedang jahit manik dan reben

Jihah sedang jahit manik silang pangkah...Tekun sangat...hehehe...




Jom layan video nasyid kami....

Hanya ini yang dapat aku rakam (pertandingan), lagu wajib "Al-Quran Penjana Wasatiyyah Umat" judulnya.  HP Sonyku itu memang benar-benar sudah tua.  Nanti aku minta Fatine Lee untuk Full Version ya....hehehe!!!

sesi latihan, tajuk lagu wajib, "Al-Quran Penjana Wasatiyyah Umat" dan lagu bebas "Kisah Wahyu Pertama"

Lagu wajib: "Al-Quran Penjana Wasatiyyah Umat"

Al-Quran kitab penunjuk jalan
Panduan hidup dunia akhirat
Hidup berwawasan jadikan panduan
Al-Quran penjana wasatiyyah umat

Jadikan Al-Quran teras peribadi
Dalam usaha lestari jati diri
Seimbang dunia memandi Ukhrawi
Umat berwawasan amalkan wasatiyyah

Al-Quran penyuluh benteng keimanan
Kemudi hidup dalam kesederhanaan
Iltizamkan diri dengan wasatiyyah
Umat bertamadun amalkan wasatiyyah

Al-Quran sebagai penyatu ukhuwah
Hindari sifat pentingkan diri
Jangan biarkan berpecah belah
Istiqamah wasatiyyah di dalam diri

Al-Quran Penjana Wasatiyyah Umat

Lirik: Siti Saleha Omarkaseh & Najihah Abdul Rahim
Lagu: Siti Saleha Omarkaseh

Lagu bebas: "Kisah Wahyu Pertama"

Satu subuh yang hening
Langit hitam dan kelam
Turunnya Malaikat Jibril
Membawa satu wahyu

Dipeluknya Muhammad
Disuruh baca Quran
Ayatnya surah Al-Alaq
Sebanyak lima ayat

Muhammad tidak tahu
cara baca ayat Quran
Tiga kali disuruh
Muhammad tetap tak tahu

Lalu Jibril menyuruh 
Ikut apa yang dibaca
Iqra' Bismi Robbikal Lazi kholaq
Itulah ayat mulanya
Surah Alaq lima ayat

Muhammad pulang kerumah menggigil ketakutan
Kepada Siti Khadijah minta diselimutkan
Lalu menceritakan perkara yang terjadi
Siti Khadijah wanita pertama peluk Islam

Wahyu pertama turun tujuh belas Ramadhan
Di Gua Hira' tempat Nabi beribadah
610 sebelum Hijrah
Disitulah bermulanya
Muhammad jadi Rasul
Disitulah bermulanya
Dakwah Islam di Mekah

Lirik dan Lagu: Siti Saleha Omarkaseh

Kumpulan Nasyid Nur-Insyirah

Semuanya sudah berakhir, In Shaa Allah tahun depan jumpa lagi dalam enrty MTQ Zon dan MTQSS Daerah 2014.  Semoga semua pihak yang terlibat dalam MTQ 2013 bermula dari peringkat Zon hinggalah ke Daerah mendapat rahmat Allah yang berpanjangan...Aamin.


Thursday, March 7, 2013

Debar dan Persediaan: Part 1

Sejak Jumaat, 22hb. Febuari yang lepas, kami sudah memulakan latihan nasyid untuk persediaan ke Daerah.  Di sekolah tadi kami masih lagi sibuk latihan dan memasang manik untuk selendang.  Cuma, sejak isu pencerobohan Sulu ini, kami tidak lagi latihan nasyid sampai ke petang, demi keselamatan semua pihak.

Terima Kasih paling banyak dalam dunia buat Rosnini, Afiqah, Zulieqah dan Syafiqah, sebab tolong kami (Aku, Jihah dan Nik) jahit manik untuk selendang nasyid...(>____<)

Yang lucunya, Jihah, Nik dan Rosnini, yang tak pernah-pernah dalam hidup menjahit manik, terus pandai jahit manik...hehehe!!! percubaan kali pertama terus berjaya dengan cemerlang...hehehe!!! Jihah terus berminat, nak cuba buat kat baju katanya...hehehe!!! terhibur hati tengok gelagat dorang masa jahit manik...bersungguh-sungguh betul...hahaha!!! Kes takut salah jahit kali aaa....hihihi!!! tadi sempat ajar Jihah dua teknik jahit manik, Silang Mata Punai dan YY.  Jihah terus terer...sebab dia dapat jahit silang pangkah, saja Jihah namakan jahitan manik itu begitu...hehehe. 

Alhamdulillah, ada manusia berhati baik sudi menyumbangkan kain untuk baju nasyid.  Syukur Allah telah memudahkan urusan kami dengan memberikan manusia baik ini kepada kami.  Terima Kasih buat Rosnini, semoga Allah membalas sebaik-baik pembalasan padamu.  Rasa gembira bila, ramai kawan dan sahabat menghulurkan bantuan untuk peserta nasyid kami sejak dari MTQ Zon lagi.  Terima Kasih paling banyak dalam dunia buat kalian semua.

P/s: Untuk entry seterusnya, aku mau upload gambar-gambar waktu latihan nasyid dan hasil siap selendang yang kami buat sendiri...ahaks!!! Hand Made Ok....(>__<).  Terasa berdebar bila ingat MTQ Daerah.  Untuk pertama kalinya, aku ke MTQ Daerah membawa peserta nasyid...ayaks!!!

Monday, March 4, 2013

Hak



Hak apa yang kau cari 

Kalau hak itu sudah kau serah
Kebangkitan apa yang kau bangunkan
Sedang hak itu sudah lama hilang
Itu mengungkit namanya
Buruk siku dibilang orang

Hakmu itu sudah lama tiada
Sedang daulatmu juga kabur
Kembalilah sedar
Kau saudara seagamaku
Jangan dengan nyali
Kau bangkitkan kemurkaanNya
Tunggulah nanti datangnya hak sebenar
Azab Allah yang maha besar...

Saturday, March 2, 2013

Sabah: Kerana Isu Hak

Kegilaan yang berlaku di bumi bertuah, Sabah: Hak dan Konspirasi jahat.

Ada manusia berotak gila, berhati jahat, sadis.  Matanya merah, kukunya panjang.  manusia itu manusia raksasa sebenarnya.  Setelah berabad, dia muncul semula dari dasar laut hitam. Menuntut hak lama katanya.  Setelah melakukan pencerobohon, dibunuhnya manusia yang mahu mempertahankan tanah airnya sendiri.  Dasar manusia raksasa, tidak tahu diuntung-dasar manusia buruk siku.  Memang manusia jika punya hati hitam, tidak pula sekalipun mahu mencuci kotoran pada hati; maka sifatnya selalu rakus.  Jangan saja wujud konspirasi jahat penyebab kemunculan manusia gila ini.

Kegilaan ini terlalu bodoh sebenarnya.  Perebutan Hak; setelah berdekad dan sudah ada penyelesaian ke atas isu hak, kenapa isu ini wujud semula? kerana isu hak, bumi Sabah jadi berantakan.  Jangan saja apa yang berlaku di Lahad Datu menular ganas ke daerah tercinta, Keningau. Jangan saja isu hak ini disebabkan oleh bias tersembunyi, Hak: The Untold Story atau Hak: The Hidden Story. Semoga Allah merahmati dan memberkati bumi Sabah.

P/s: Pray For Lahad Datu. Pray For Sabah.  Tidak mahu komen lebih-lebih.  Aku bukan pakar sejarah. Ijazah Sejarahku belum melayakkan aku untuk mempertikaikan isu hak yang ditulis dalam sejarah Sabah.  Apa yang aku ingin sampaikan adalah, satu persoalan.  Kenapa isu lama ini mucul semula dan menjadi ganas? sejarah menulis dan membuktikan bahawa sudah ada penyelesaian atau win-win situation. Ada pula kematian segala.  Jangan pula selepas ini rakyat sabah di  bumi Lahad Datu ada yang mati disebabkan isu panas ini.  Jangan pula nanti, kita di Keningau-yang selama ini hidup baik-baik saja, nanti baru tegisil bahu sikit seja sama pilak di kedai, terus berbunuh dan bergaduh.