Thursday, February 21, 2013

MTQ Zon Pegalan Part 3: Gambar Kenangan



P/s: Sekali lagi gambar ini harus dilihat dari bawah....gua malas nak susun...ayaks!!! Gambar-gambar sekitar MTQ Zon Pegalan 2013 di sekolahku...SKAK


Dianti...Peserta Bercerita...dapat no. 2...TAHNIAH!

Antara Peserta Bercerita Perempuan...aku lupa dari sekolah mana....

Dianti....In Shaa Allah Tahun Depan ada harapan  dapat No. 1...hehehe

Adryana a.k.a Icil....Peserta Hafazan

Peserta Bercerita Lelaki...Adam...dapat no. 2 dari dua peserta yang ambil bahagian....

Sempat Bergambar Kenangan....semangat menang kaitu???

Peserta Nasyid Kami SKAK...Lepas habis acara nasyid

Tunjuk Langit...

Masuk Baris...Sebelum naik pentas...

Lagi gambar Peserta Nasyid...Kotoh..kan kena marah awal pagi tadi sama ustazah...

Pentas Tilawah Al-Quran dan Hafazan....

Icil...."Saya tidak tau"...

Barisan hakim hafazan...Tekun ooo....

Hakim-hakim yang terlibat untuk acara Tilawah Al-Quran dan Hafazan

Sebelum bertanding...duduk tunggu acara nasyid...

Farrah, Fatine Lee, Justina....senyuman manis gojes dan hot mama's

Hakim Bercerita kisah-kisah dari Al-Quran


Peserta Hafazan  dari sekolah lain...sekali lagi aku lupa sekolah mana??? hehehe

Barisan peserta Tilawah Al-Quran

Hakim Tilawah Al-Quran

Peserta Nasyid SK. Pekan Keningau II

Hakim Tilawah Al-Quran

Sebelum  Pertandingan Tilawah dan Hafazan....

Pentas Utama....Pentas acara nasyid dan bercerita...

Seksyen 1...Hakim Bercerita Kisah2 dari  Al-Quran

Seksyen 2...Hakim Acara Nasyid

Orang Kuat SK. Ansip...Puan Taime (PK KOKUM) & Puan Raginah (PK 1)

Selepas pendaftaran peserta...Ernie, Dianti dan Adam...kesian Ernie, aku tak sempat ambil gambar dia masa bercerita...perlu pantau venue acara Tilawah dan Hafazan

Cabut Undi...peserta SKPK II

Pentas Acara Tilawah Al-Quran dan Hafazan...

Hakim Bercerita....Ustazah Zarina, Ustazah Rukiyah dan Ustazah Suriati....TQVM...


P/s: Selama 3 hari bertungkus-lumus, akhirnya kami berjaya menganjurkan MTQ yang penuh barakah ini.  Semoga Allah membalas sebaik-baik pembalasan pada semua yang terlibat menjayakan MTQ Zon Pegalan 2013.  Segala kekurangan sepanjang MTQ tahun ini, kami mohon maaf.  Terima Kasih paling banyak dalam dunia buat kalian.

MTQ Zon Pegalan Part 2: Video Nasyid

Hari yang dinantikan dengan penuh debaran-yang selama 3 hari sebelum tarikh keramat 21hb penuh dengan kepenatan dan kerisauan menggunung, syukurlah; berkat kerjasama semua jawatankuasa pengelola dan sahabat setia akhirnya kejayaan dipihak kami.  Pujian dari ustaz Shah selaku penyelaras unit Pendidikan Islam Zon Pegalan telah mengubat segala penat dan risau yang gila itu.  Majlis Tilawah Al-Quran berjalan dengan lancar.  Tahun ini, sekolahku menghantar pseserta bercerita lelaki dan perempuan, bercerita perempuan (2 wakil) dan hafazan perempuan.  Seperti biasa, tidak semua sekolah di zon pegalan menghantar peserta menyebabkan acara bagi setiap kategori cuma sedikit penyertaannya.  Bermakna, murid kami samada berpeluang untuk menang sekurang-kurangnya tempat kedua atau ketiga...hehehe!!! 

Bagi acara bercerita,  peserta lelaki kami mendapat tempat kedua.  tapi harus diingat, cuma ada dua penyertaan daripada 10 buah sekolah di Zon Pegalan.  Bercerita perempuan, muridku mendapat tempat kedua, satu pencapaian terbaik.  Harap2 tahun depan Dianti boleh menang tempat pertama.  Hafazan pula tempat ketiga, ini pun disebabkan cuma ada 3 peserta hafazan.  Paling menyedihkan, bila tidak ada seorang pun wakil untuk peserta hafazan lelaki.  Tahun ini, setelah tahun kedua menghantar peserta nasyid, akhirnya menang juga.  Tapi, kemenangan ini sungguh di luar jangkaanku sebenarnya.  Sudahnya, untuk MTQ daerah 9hb.Mac nanti, aku telah mencipta melodi tanpa menciplak melodi lagu ustaz Hj. Jalidar lagi "Muhasabah Diri".  Ilham tiba2 datang, untuk lagu wajib, "Al-Quran Penjana Wasatiyyah Umat" aku dapat ilham lagu waktu sedang mandi...hahaha...untuk lagu kedua iaitu lagu berkaitan P&P, aku dapat waktu duduk di depan Lappyku si Che Pinky.  Syukur alhamdulillah, sebab kami sudah berkira-kira mahu menyuruh SKPK II  untuk menjadi wakil daerah walaupun mereka mendapat tempat kedua.  Tapi, aku terasa tercabar, bila ada guru2 yang mengatakan lagu kami lagu ciplak.  Lagu kedua tu, liriknya ciptaan Ustazah Ain ( guru KAFA yang kami pinjam untuk melatih murid disebabkan tiada masa untuk melatih murid sendiri) dan untuk lagu wajib, lirik itu betul2 ciptaan aku dan Jihah (gabungan idea) cuma lagunya saja yang aku ambil dari lagu "Muhasabah Diri" ciptaan Ustaz Hj Jalidar untuk dijadikan tionnya.  Terima Kasih kepada teguran itu, hasilnya malam ini aku berjaya mencipta laguku sendiri...

Oh ya, dalam entryku yang lepas, aku ada tulis mahu memasukkan lirik lagu nasyid kami kan.  Tapi buat masa ini, sepanjang MTQ ZON dan Daerah masih belum selesai, aku tangguhkan dulu entry itu...ahaks!!!

Tak mau entry panjang2, cukup Video & gambar2 sebagai jalinan cerita kami...jom layan...Opps..dalam entry ini layan Video dulu atas sebab traffic Maya...



P/s: Buat Sahabat Paling Terbaikku, Fatine Lee...Terima Kasih paling banyak dalam dunia, kalau bukan sebab Ihsanmu, kita punya tudung nasyid warna-warni sudah...Semoga Allah membalas sebaik-baik pembalasan buatmu dan family.  Terima Kasih dari kami 4 orang, (Aku, Jihah, Nik, Ustaz Halim)

Sunday, February 17, 2013

Group Balai Asahan - Muhasabah Diri



Sedar

Kadang2 kita tidak sedar cinta ada di depan mata, bila sedar; kita telah melukakan hati beberapa pihak. Paling memeritkan, bila sedar; kita telah pun kehilangan cinta itu.

P/s: Cinta = Emosi Serius....ahaaaa..aha aha....!!!

Wednesday, February 13, 2013

Emosi

Selalunya hal yang mendera emosi itulah yang membuatkan kita mampu bertahan

P/s: Pesimis atau Prejudis


E M O S I

Magapon & Ikan Telapia Bakar

Hari ini, aku meneruskan lagi hobi memancing yang dikongsi bersama sahabatku si Issa Norisah.  Jam 10.00 am, HPku berbunyi, dan mesej itu dari Issa, mengajakku untuk memancing.  Lepas bersiap sekiut yang mungkin aku terus menuju ke destinasi...hehehe!!! tanpa berlengah...lagipun, jarang dapat memancing bersama sahabatku si Issa ni, kecuali kalau dia balik kampung.  Itu pun kalau dia balik lama sikit...

Menjelang tengahari, kami bakar beberapa ekor ikan yang kami tangkap untuk dijadikan lauk.  Walaupun tidaklah sebesar mana, ia masih berbaloi untuk aku dan kawanku yang punya hobi ini.  Bagi kami yang penting, umpan yang ditebar mengena.  Kecil besar bukan taruhan, yang penting dapat merasa sentapan ikan kolam yang memakan umpan...cis, tahap tegar kronik kah kami ni.....atau ia cuma satu hobi kala cuti....entah la...hahahah!!!





Teringat petang tadi, sempat memetik buah limau tidak bertuan di Bunsit.  Kami ambil dengan keizinan orang yang tinggal di kawasan tempat berkelah, masa hendak petik pun, ada mereka turut petik buah limau itu.  Mereka kata, ia milik siapa sahaja yang berhajat.  Lepas petik 5 biji limau manis yang masih kecil, kami ucapkan terima kasih.  Terloncat2 aku dan Issa waktu nak ambil buah limau tu....hahaha!!! nasib la aku tak bawa HP masa tu, kalau tak mesti dah ambil gambar aksi "gojes" petik buah limau.

P/s: sempat beli garam dan ajinomoto untuk bakar ikan.....teringat ahad lepas, hujan dah lebat, aku dan Issa masih degil memancing...ikan pula makin galak mengena pancing.  sudahnya, hujan lebat pun anggap macam shower dalam bilik mandi....alahai...tahap kronik betul...hahaha!!!

P/s: cuba menulis guna BMT....tapi tak sepenuhnya...sebab terasa pelik...hahaha

Tuesday, February 12, 2013

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H/2013 SK. Ansip

Entry ini sepatutnya aku tulis jumaat yang lepas, tapi aku menangguhkannya hingga ke malam ini kerana penyakit malas yang bersarang dalam diri.  Tapi entry ini tidak boleh tidak, aku harus menulis dan memasukkan gambar-gambar yang aku ambil sebelum dan semasa majlis Sambutan Maulidur Rasul ini.  Ini entry wajib dalam blog kesayanganku ini.  Tahun ini kelainan yang kami tampilkan adalah, ada acara Khatam Iqra' sebagai penghargaan kepada anak-anak murid kami yang menamatkan Iqra' 6 dan naik membaca Al-Quran.  Sebenarrnya, majlis khatam Iqra' ini sepatutnya kami jalankan tahun lepas jika mengikut perancangan, tetapi; faktor kekangan masa menjadi  halangan.  Alhamdulillah, majlis berjalan lancar, walaupun tidak mengikut perancangan yang sepatutnya.  In Shaa Allah, kalau berpeluang untuk membuat majlis Khatan Iqra' kali kedua, aku akan membuatnya dengan lebih cantik; dari segi persiapan dan perancangan.  Biar rapi dan indah untuk kenangan semua, terutama murid2ku.

Jom layan gambar2 kami

P/s: korang harus tengok gambar2 ni bermula dari bawah....sorilaa....gua malas la nak susun...apapun layan.....

Selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul ....
Sesi latihan nasyid untuk MTQ Zon Pegalan....

Pertandingan Menulis Jawi

Adil.....

Khatam Iqra'...

Ustaz Abdul Halim dan Anak2  murid yang khatam Iqra'

Mendengar arahan Ustazah Nik untuk pertandingan Menulis Jawi

Sebelum majlis Khatam Iqra'

get ready...

Slot 2...tengok cerita pasal  Kelahiran Nabi Muhammad SAW

Pentas untuk Khatam Iqra'

Cikgu2 dan Guru Pelatih yang hadir...Tq amm....

ustaz Abdul Halim with his Video

Selepas acara perarakan...

bincang bisnes...

bersedia untuk menonton video Kelahiran Nabi Muhammad SAW

Perarakan bermula...

begambal dulu....hehehe



Bersedia untuk perarakan.....

Mendengar taklimat sebelum acara perarakan...



Pentas untuk Khatam Iqra'...pandangan sebelah kiri

Pandangan sebelah Kanan...

Pentas untuk Khatam Iqra'

Gambar ini sehari sebelum majlis sambutan Maulidur Rasul...buat banner, proses mewarna...


hasil siap....

Hasil siap setelah bertungkus lumus....comelkan banner/sepanduk kami...

Proses mewarna...

Amylea...siap bawa apron mama dia time ni....hehehe....

Anak2 murid yang setia membantu...

Jihah sedang buat campuran warna...sebab kami perlukan warna hijau untuk daun...ketiadaan kaler hijautekun nampak....

Fazlizah dan Dianti....fazlizah paling berhati2 kasi kaler  biru...hasil pun nampak cantik....hehehe

Aku lepas kaler bunga merah dekat dengan berus tu....chill kijap untuk ambi gambal mereka2 ini....
sebagai kenangan bah....

Jihah...Chief De Mission...Tq Jihah For Everything....Pencetus Majlis Mulia ini...

Terima Kasih juga buat Nik dan Ustaz Abdul Halim juga buat semua Guru yang bersama2 menjayakan majlis sambutan Maulidur Rasul 1434H...semoga kalian dan kita semua mendapat rahmat Allah selalu...

Panjang Umur kita bersama lagi tahun depan...In Shaa Allah...