Tuesday, January 29, 2013

Sekejap

‎...Kadang-kadang sesuatu perkara yang terjadi walaupun sekejap itulah yang paling memberi impak besar dalam hidup...



P/s: Bosan 

Monday, January 28, 2013

Tangis

Tadi, lepas waktu sekolah aku dan Jue berjanji mahu ke SPA.  Sebenarnya, selain dari tujuan mahu menunaikan hajat sahabatku itu, yang mahu membuat SPA kaki, ia sebenarnya untuk membuat terapi hatiku. Terus-terang, khabar dari sahabat terbaikku Fatine Lee, benar-benar membuatku sedih.  Sedaya upaya, aku cuba menenangkan diri, berpura-pura tidak merasa itu dan ini.  Tapi, sekuat mana pun aku cuba bertahan, akhirnya aku menangis juga tadi di depan Jue.  Aku luahkan semuanya tadi, tentang kepura-puraanku selama seminggu ini yang cuba berlagak biasa.  Aku luahkan tentang kekecewaanku dan tentang penerimaanku terhadap apa yang telah berlaku.  Jue meminta aku supaya tidak menangis lagi.  Sampai2 dia memujukku dengan membelikanku coklat Hazel Nut.  Lagaknya seperti mahu memujuk anak kecil, salahku juga kerana aku juga hampir menangis seperti anak kecil tadi.  Syukur saja kami masih dalam kawasan SPA, kalau tidak pasti esakku sudah kedengaran.  Padahal sahabatku itu perlu cepat, hubbynya cuma beri dia 30 minit untuk ke SPA, Ah, aku selalu bikin keadaan jadi dramatik.  

P/s: TYSM Jue, Walaupun sekejap, pelukan dan coklatmu itu sudah memujuk hatiku sedikit.

Catatan untuk Luna Zura

Membaca entry khas sahabat cantik dan yang aku sayang sebenarnya buat hatiku jadi sedih dan saat menulis entry ini aku menangis semahunya.  tangis yang aku pendam sejak seminggu yang lalu, kerana aku hanya mampu menangis sedikit dan selebihnya kutinggal sebak yang tak tertahan dalam dada.


Aku juga berdosa besar pada sahabatku itu.  Aku sahabat dia yang paling jahat.  Tersentuh hatiku bila dia menyatakan yang aku menolak permintaan maafnya sebanyak dua kali.  Aku sahabat yang gagal.  Aku sebenarnya terjebak dengan hasutan ego.  Seperti dia aku juga sama sekali tidak bermaksud untuk menolak permintaan maafnya dia, sudah lama aku memaafkan dia dan sebenarnya akulah yang bego kerana waktu rentetan peristiwa yang membawa kepada kedinginan hubungan kami, aku telah membenarkan ego-ego bodohku menang total.  Tapi demi Allah, AKU SUDAH MEMAAFKAN DIA lama dulu.  Aku mengaku, Kematu itulah juga yang membawa kepada "diam" yang berlanjutan sampai ke Januari 2013.  Syukur, Tuhan mendengar doaku, Terima Kasih Ya Allah, sahabat cantikku itu masih mengambil berat padaku. Terima kasih Zue, Aku Selalu Sayang Kamu...

Hanya Tuhan yang tahu, betapa setiap kali ada entry baru diblognya, hatiku terlalu gatal untuk masuk dalam blognya dia.  Demi Allah, hatiku benar2 gatal untuk menerjah masuk dan tenggelam dalam blog dia.  Tapi, benarlah, KEMATU itulah yang membuatku membatalkan niat, hanya dapat membaca separuh daripada entry dia; itu pun lewat dinding blog.  Hanya Tuhan yang tahu, betapa aku ingin menyampaikan ucapan tahniah buat Anis, atas kejayaan UPSR dan ke Cardiff City.  Tuhan, telah membenarkan hajat itu hari ini biar cuma lewat blog ini saja.  Tahniah Zue.  

P/s: Aku Aminkan doamu atas penghantaran karya ke ITBM.  Karyamu tentu saja layak, dan kalau ia ditolak sekalipun, karyamu itu tetap satu karya yang epik.

Friday, January 25, 2013

Kini = Tinggal Kenangan



P/s: Betullah bahawa Kenangan Itu Kerinduan, hari ini dan sekali lagi aku terasa sangat kebenaran madah yang sudah lama aku pegang sejak tahun 95 dulu.  Aku tak dapat menipu diri, aku betul2 teringatkan dia.  

...Kini hanyalah tinggal kenangan, tiadaku rasa dalam genggaman, hanya terdaya mengingat semua kenangan yang lalu...

Selamat Pengantin Baru MSA...Semoga Kamu Bahagia Selalu...

Ingat Raksasa Ingat Aku
Ingat Wifi dan Gay; aku bakalan teringat kamu...


Monday, January 21, 2013

Silap lagi



P/s: 100 kali bangun tidur-mimpi dia-mandi bunga sekali pun, tiada apa yang dapat mengubah keadaan jadi macam dulu.  Kalau ketentuan tadkir itu, akulah sang penulisnya; tentu aku tidaklah jiwa kacau macam sekarang.  Kalau masa boleh diundur, aku pilih tak kenal tak cinta dengan dia.  Sulit...

I Should Know...yang pastinya; silap itu datang diriku sendiri.  Aku yang gatal membiarkan diriku masuk dalam keadaan yang selalunya tidak pernah memihak kepadaku walau sekali dalam usiaku ini.

Terima kasih kerana pinjamkan aku kenangan indah itu...biar cuma sekejap.

Kenangan Itu Kerinduan...


Sunday, January 20, 2013

Tak Jodoh - T2



P/s: Semoga Kamu Bahagia Selalu...

Sejarah Berulang

Petang ini, sekeping kad Walimatul Urus benar2 merenggut ketenangan dan kegembiraanku tapi menjawab segala penantianku selama hampir 4 minggu.  Ternyata, sejarah dulu berulang lagi.  Saat aku menyangka bahawa kali ini, sesuatu yang bahagia bakal menjenguk nasibku-takdirku juga, nampaknya; ia masih belum sah menjadi milikku.  Aku redha atas ketentuan takdir.  Aku sudah berusaha, aku juga sudah meminta lewat doa-doaku pada Khaliqku, namun kebahagian yang aku harapkan itu bukan milikku.  Cuma, izinkan aku untuk memujuk hatiku Ya-Allah, membasuh lukaku dengan tangis supaya hatiku bisa sembuh-ceria semula.

P/s: Aku ni dengan yang namanya Cinta, semacam ada badi,  melekat terus perkataan "Kecewa" itu dengan diriku.

Kepada dia...

Selamat Pengantin Baru...Semoga Bahagia Selalu.

Thursday, January 17, 2013

Hati

Semalam waktu tengok Bones Siri 5, aku suka dengan satu madah yang diucap oleh satu watak sampingan dalam episod kelmarin. Aku rasa ada kebenaran yang halus nilai sentimentalnya. Tadi waktu aku meminta pendapat Jihah dan Farrah mengenai kebenaran madah ini, mereka akhirnya bersetuju setelah benar-benar memahami maksud tersirat.  Bersungguh juga aku memberi beberapa contoh untuk membantu Jihah dan Farrah memahami maksudnya...>___<

HATI memilih apa yang ia pilih.....

P/s: Bones S#5....betulkan...kan...kan...kan(ignore kemintapujian ketika menaip perkataan "kan", jika disebut melalui lisan, kenampakan ada aura minta puji paling manang).... 

katanya lagi...

E M O S I S E R I U S = C I N T A


Saturday, January 5, 2013

Hadiah Harijadi daripada Sahabat Terbaikku

Entry ini sepatutnya aku tulis Khamis lepas, tapi aku menangguhkannya sehingga ke hari ini.  Entry ini tidak boleh tidak,aku harus juga menulisnya. Ia penting untukku.  Bukan bertujuan untuk menayang hadiah ok...cuma sebagai kenangan dan penghargaanku kepada dua sahabat yang penting dalam hidupku ini.  


Fatine Lee dan Jihah....



Terima kasih banyak atas pemberian hadiah ini.  Ia sungguh bermakna buatku.  Sayang Kamu selalu...


P/s: Kenangan itu Kerinduan

Best je dapat hadiah harijadi diusia dua angka ganjil ni....\m/
lebih2 lagi hadiah daripada sahabat terbaik...bahagia je rase...>__<!!!

Friday, January 4, 2013

Sekitar aktiviti kolaj

Hari kedua Program Transisi Sekolah, Tina selaku penyelaras program menyerahkan kertas lukisan dan kertas warna untuk untuk menjalankan aktiviti membuat kolaj waktu kelas Pendidikan Islam Tahun 1.  Seronok melihat anak-anak muridku tekun membuat aktiviti yang diarahkan.  Malas nak taip panjang-panjang, layan gambar je la ye....(bajet ada readers, silent readers yang sudi menjenguk dan membaca entry ini).

P/s: Maaflah...Susunan gambar kurang teratur.....malas mo edit...ayaks!!!

Ni ja yang dapat kasi siap sebelum waktu pulang.....

No 3 siap

No 4 siap

Proses kasi kering.....

No. 5 siap

Proses kasi kering....Fazila dan Nadhrah yang punya....

No. 1 fazila (tiada tudung) No.2 Nadhrah...anak BFF aku....

Tulis nama atas kertas.....bukan batu ok...!!!

tekun.....sori pic telopa kasi rotate

Hero....1 orang ja dia hero dalam kelas

tekun menggam kertas warna.....

Ni antara murid yang tidak dapat menyiapkan kerja.....

Proses awal.....kasi kolaj roda dulu....

kasi koyak kertas.....

buat roda dulu la......

Roda saya kaler merah dan biru...

saya buat roda dulu.....

Saya pun buat roda dulu la....

Saya mo buat cantik-cantik ni roda

Roda hijau...kau adakah?

Saya baru mau kasi koyak ni kertas.....

Gam bagus2  aaa...

Saya masih bingung ni......

Saya taru gam dulu ni roda....


P/s: Aktiviti hari ini dikira berjaya......

Wednesday, January 2, 2013

GJW: Memang Stress!!!

Hari pertama persekolahan, seawal pagi aku sudah agak stress.  Rupanya prihal Jadual Waktu Persekolahan  belum selesai lagi.  Ada cikgu yang mahu menukar subjek.  Ketenangan dan keterujaanku di pagi hari pertama ini direnggut dengan permasalahan ini.  Stress bila memikirkan aku terpaksa menyusahkan lagi sahabatku Julia Jay, sebab cuma dia yang ada software Asc Timetable, sekolahku pula, memang kedekut hendak membeli software jadual waktu.  Biarpun PK1 sudah beberapa kali meminta untuk membelinya,  sehingga ke tahun 2012 ini, sekolahku masih belum punya software jadual waktu.  Ingat ini zaman manual lagi ka? kalau pun manual, ia cuma versi buku manual penggunaan, bukan membuat jadual waktu secara manual...ok!!! kemon la...cukup membebel pasal itu.


sudahnya aku pujuk hati sendiri, menganggap ia sebagai satu cabaran pertama dalam tahun 2013.  Lagipun, tekanan-tekanan seperti ini, aku masih boleh handle.  Kemudian dari itu, setelah mendapat arahan daripada PK1 untuk cuba menukar subjek guru-guru berkenaan secara manual, aku kembali ke Bilik Agama a.k.a Surau untuk membuatnya.  Macam-macam aku cuba buat untuk mengelak pertindihan masa dan subjek, aku berjaya.  Tapi, itu cuma pada peringkat permulaan, kemudian dari itu; setelah aku memulakan proses memasukkan subjek dan masa guru-guru (3 orang guru yang terlibat, seorang daripadanya guru yang melapor diri pagi tadi dan merupakan orang kampungku, Rosnini namanya) aku menemukan masalah.  Ada pertindihan masa dan subjek.  Sekali lagi macam-macam aku buat secara manual untuk mengelak masalah pertindihan tersebut, tapi masih gagal dan ia memang tidak boleh dilakukan tanpa merombak keseluruhan jadual-bermakna jadual akan berubah lagi selepas ini.  Aku akhirnya, dengan hati yang berat meghantar pesanan buat sahabatku Julia Jay.  Syukur Alhamdulillah, dia sudi membantuku.  Aku anggap masalah ini selesai.  Harapanku, 3 orang guru yang terlibat itu akan bersabar dan memahami.  Aku kira PK1ku, sudah maklum akan kesusahan mentadbir jadual waktu persekolahan.

hari ini aku handle kelas Tahun 1,  dari pemerhatian awalku, aku dapat mengesan beberapa pelajar yang sudah mengenal huruf hijaiyah Jawi.  Aku juga dapat mengesan beberapa murid yang punya potensi diri dan perkembangan awal yang positif.  Seperti lazimnya, ada juga beberapa murid yang sudah aku kesan berada dalam tahap lemah.  Aku dan dua lagi sahabat, kena berusaha untuk membentuk perkembangan potensi diri mereka.  Ada masa 1 tahun untuk polish....>____<.  Masa mengajar kelas ini tadi,  rasa stress dan blues hilang sedikit, terbayar dengan 3 orang murid yang sudah mengenal huruf hijaiyah jawi.

Kelas tahun 1 tahun ini seramai 10 orang (seingatku sewaktu aku mengira bilangan mereka tadi), cuma ada seorang murid lelaki.  Ini sudah bagus.  Kurang sikit kejajalan yang boleh merosakkan mood....hahaha.....

P/s: hatiku terubat bila dapat hadiah Harijadi daripada sahabatku Najihah AR...sehelai baju kurung saiz S yang fesyennya lain daripada yang lain tapi sangat cantik.  Sampai2 Tina mahu menjadikan baju itu sebagai baju contoh untuk fesyen baju kurungnya nanti.

Hadiah Harijadi ke ??

Terima kasih buat Waty di atas pemberian hadiah harijadiku tahun lepas.  Setelah menangguh hampir 2 minggu untuk mengambil hadiah ini daripada Waty, akhirnya malam ini hadiah itu bertukar tangan.  Waktu buka hadiah ini tadi, aku betul-betul suka...suka sangat!!! 

Memperkenalkan Cik Oggy...
P/s: semoga Allah memberi ketabahan hati yang kental buat Waty sekeluarga atas musibah(kebakaran rumah) yang berlaku.  

Tuesday, January 1, 2013

Pesimis atau Prejudis

Harus kembali realistik,

Harus berhenti berharap...



P/s: Pesimis atau Prejudis?

Selamat Datang 2013

Selamat Datang 2013.....

Semoga 2013 ini, impian dan harapan aku selama ini bakalan terlaksana.  Ia antara salah satu azamku tahun ini.    

Malam tahun baru tahun 2012 kami akhiri dengan membuat BBQ serta menjemput sanak saudara dan jiran terdekat.  Sederhana tapi meriah.  Aku rasa semua makan sampai puas dan kenyang malam terakhir dalam tahun 2012 tadi.  Aku malas mengambil gambar walau hati kepingin sangat merakam gelagat Abah, Mama dan makcik2 dan pakcik2ku, anak-anak buahku yang excited main bunga api, adik-adik aku yang sedang bakar sayap ayam, sepupu-sepupu dan semua yang hadir malam ini.  Segan hendak menayang HP Sony Ericsonku yang sudah tua itu.  Nantilah kalau aku sudah punya duit yang cukup, akan aku cekau juga HP Android barang sebiji.  

P/s: Sebenarnya, aku tertunggu-tunggu mesej dan panggilan dari seseorang.  Rindu betul dengan dia.  Di mana pun dia berada dan sedang melakukan apa di Sarawak sekarang ini, aku harap dia sentiasa sihat dan gembira.  Semoga Allah melindungi dan merahmati dia selalu.  Rasanya, jika dia menghantar mesej biar hanya 3 perkataan, "Selamat Tahun Baru"; itu saja sudah buat aku senyum sepanjang 1.1.2013...>__<...hakikatnya, itu cuma dalam angan2 saja...ayaks!!!