Tuesday, December 31, 2013

Tanpa tajuk

Masa berlalu
Hari bertukar
Tahun berganti
Dan kau, masih mahukah terus di situ?
Jangan...
Perdengarkan derap langkahmu
Tidak perlu mencanang gendang
Cukup; dengan hanya kau berjalan
Dan...
Mereka dengar derap kakimu
Tika melangkah...

P/s: Entri akhir dari tahun 2013.  Baiklah, seperti kebanyakan orang, Selamat Tahun Baharu Masihi 2014.

Saturday, December 28, 2013

Cita-cita

Namanya juga cita-cita, jadi harus digantung setinggi langit.  Biarpun kau cuma mampu mimpikannya dalam tidurmu, sekurang-kurangnya, cita-cita kau itu sudah kau gantungkan di langit, dekat dengan bintang kesukaanmu. Kalaupun nanti tika kau terjaga cita-cita itu hilang bersama mimpimu, sekurang-kurangnya; dalam mimpimu kau merasa sangat bahagia, kau tersenyum, manis sekali.  

P/s: Kerana tingginya langit itu, maka tiada siapa yang mampu menjoloknya sampai ia goyah lalu jatuh ke bawah, , kecuali kau yang mahu ia jatuh.  Tegakah kau? itu cita-citamu.

Wednesday, December 18, 2013

Penolakan halus

Bagi aku, itu satu penolakan halus. Bukan sekali dua terlibat dalam hal penolakan halus begini, sudah berkali-kali. Jadi bila dia mula memberikan alasan itu dan ini, aku mula faham, bahawa itu adalah penolakan halus. Betapa naifnya aku, kerana masih berharap bahawa kali ini penolakan halus itu tidak terjadi lagi. Pura-pura tidak faham tentang penolakan halus itu adalah satu bangang abadi. Malang untuk orang bodoh macam aku.

P/s: sarkasme

Tuesday, December 17, 2013

Entry sengaja: Tanda Sayang dan Sokongan

Mampukah Malaysia mencipta hattrick untuk memenangi pingat emas bolasepak dalam temasya Sukan Sea 2013? Apapun, Malaysia harus menang dalam separuh akhir 19.Disember.2013 menentang Indonesia. Aku positif Malaysia mampu memenangi perlawanan ini, seterusnya menempatkan diri untuk beraksi dalam pentas final sekali lagi. Doa aku, semoga nasib menyebelahi Malaysia.  

Tahniah, Malaysia.  Tahniah para pemain bolasepak Malaysia, tahniah OKS kerana layak ke separuh akhir. Aku harap kelekaan dua minit terakhir sebelum wisel penamat tadi tidak diulangi oleh para pemain terutama pertahanan Malaysia.  Aku juga mengharapkan agar OKS menurun ke-sebelasan utama yang paling kukuh, mampu bertahan dan mampu melakukan serangan berganda untuk meledakkan gol-gol penting negara demi satu maruah.

P/s: aku terlebih emosional, tanda sayang dan sokongan aku untuk bolasepak Malaysia. Sengaja aku menaip entri ini, sebagai kenangan untuk Sukan Sea 2013, apabila Malaysia layak ke separuh akhir. Ibu segala pingat kot...ini misi Malaysia mencipta hattrick dan mempertahankan ibu emas segala pingat.  Cuma aku harap, kali ini Malaysia mampu menghasilkan gol paling cantik untuk menang bergaya kalau layak ke pentas final nanti. Amin Ya Rabbal Alamin.

Monday, December 16, 2013

Banyak

Banyak sebenarnya yang mahu aku katakan pada kau.  Banyak yang mahu aku kongsikan. Banyak yang mahu aku luahkan.  Tapi, semuanya tersekat dikerongkong.  Ia semacam satu beban berat untuk aku katakan, kongsikan dan luahkan.  Aku belum cukup ampuh, belum cukup nyali,  biarlah.  Mungkin, ini takdir aku.  Aku sudah penat, biarlah.

Sunday, December 15, 2013

tentang gila, tentang cinta

Semua kegilaan tentang hidup
pernah tertulis
di dalam buku-buku tebal juga buku-buku nipis
bukan beban bukan rekaan
dan kegilaan terbanyak dalam hidup
dalam cerita sang penulis
adalah tentang cinta
yang berakar-umbi tentang kerakusan manusia
di dalam mengejar cinta
tentang kegagalan mengenal cinta
tentang kegagalan membahagi cinta
tentang khilaf
tentang silap

P/s: Cinta itu subjektif...tanda soal tanpa noktah.


Wednesday, December 11, 2013

BBW

Melihat novel-novel yang tersusun kemas di dalam almari dan di tepi katil sudah membuat saya tersenyum kerana merasa senang, apatah lagi kalau saya berada di BBW. Tentunya, senyuman saya melebar sampai ke telinga.

P/s: Saya sangat dengki dengan saudara/saudari yang berpeluang ke Big Bad Wolf...

Tuesday, December 10, 2013

S.H.J, B. A

Selamat Hari Jadi, buat aku.

Tiada yang aku mahukan pada hari jadi aku ini selain dari kesihatan yang berpanjangan, rezeki yang luas dan umur yang panjang.  Tiada yang aku mahukan pada hari jadi aku ini selain dari kesihatan yang baik buat Mama dan Abah dan juga rezeki yang luas untuk mereka.  Tiada yang aku mahukan pada hari jadi aku ini selain dari kebahagian adik-beradik aku, ipar duai dan anak-anak buah aku yang tersayang.  Tiada yang aku mahukan pada hari jadi aku ini selain daripada kebahagian sahabat-sahabat baik aku.  Tiada yang aku mahukan pada hari jadi aku ini selain dari kebahagian orang-orang yang aku sayang.

Bahagia itu subjektif.

Buat aku,

Teruslah tabah Atie.  Teruslah jadi teguh walau kau sebenarnya tidak pernah seteguh besi itu.  

Mama...
Terima Kasih, kerana melahirkan Atie ke dunia ini.  


Ini hadiah daripada anak buah aku, sangat sempoi tapi aku paling suka...


Friday, December 6, 2013

Tangguh: novel

Satu keluhan berat terhela dari mulut dan hidung, bila aku mengemas katilku kelmarin, membuang habuk pada novel-novel yang berada di tepi katilku, ada rasa sedih melihat 4 buah novel melayu yang masih tertangguh untuk dibaca, 1 daripadanya adalah sebuah novel alih bahasa, yang bertajuk: A Thousand Splendid Sun, selebihnya adalah novel lama yang satu daripadanya adalah novel yang paling aku hargai kerana ia tulisan Arena Wati. Aku pula punya kebiasaan-tabiat tidak suka-tidak mahu skip novel yang aku beli-sudah mula baca.  Senak bila melihat 3 buah novel yang diberi pinjam oleh kawan-kawan yang tahu mengenai minatku ini.  Ada 3 buah novel inggeris yang diberi oleh Miss Liz sebagai dorongan untuk aku yang menggagahkan diri untuk membaca novel bahasa inggeris. Apapun, aku kira ada hikmahnya aku belum menghabiskan novel-novel ini, ianya adalah: aku tidak perlu membeli novel dalam masa terdekat ini.  Aku memang sudah memasang azam, yang aku tidak akan membeli sebarang novel sehinggalah aku berjaya menghabiskan novel-novel yang tertangguh ini.  kasihan pada semua novel-novel aku itu, termasuk novel pinjam atas ihsan kawan-kawan yang punya minat yang sama.

P/s: Sekarang ini, aku tengah membaca novel inggeris bertajuk: Mine To Poses, kerana ia berbahasa inggeris maka, aku terpaksa mengambil durasi pembacaan yang agak panjang, gear 1.

Thursday, December 5, 2013

Entry Khas Untuk Kawan Blogger: Embun Biru

Terima kasih buat kawan blogger


Mira Mairiza si Embun Biru


kerana sudi singgah dan menjadi pengikut blog saya 
yang ke-19


P/s: Adik Mira Mairiza akak dah jadi pengikut blog awak...>__<



Wednesday, December 4, 2013

Widget: Lagu dalam blog

Entri ini untuk memberi kredit paling banyak buat seorang blogger yang comel, Miss B namanya. Aku kira, Miss B inilah yang memberi panduan memasukkan lagu ke dalam blog paling mudah setakat ini.  Tidak perlu memeningkan kepala dengan segala macam panduan-coding yang menyusahkan.  Hanya dalam 5 minit mungkin kurang satu minit blog kalian akan ada lagu-muzik-instrumental yang menjadi kesukaan. Haiyalah....untuk aku yang sangat kurang kemahiran ICT-nya apalagi  menggunakan aplikasi widget segala bagai, aku rasa aku patut ucap terima kasih buat Miss B.




Aku harap dengan adanya widget lagu ini, blog aku tidak menjadi berat dan menyebabkan trafik maya di blog kesayangan aku ini.  Apapun, kepada pembaca senyap-tukang terjah-pengikut blog ini, aku harap kalian suka dengan lagu instrumental yang jadi pilihan aku. Lagu-instrumental ini bertajuk: Love Me daripada Yiruma, berasal dari Korea.

Monday, December 2, 2013

Bingung

Kepalaku bingung
Hatiku bingung
Cinta apa?
Sejati apa?
Bingung...
Apa ertinya cinta
Kalau kau salah menafsir
Apa ertinya menafsir
Kalau kau salah meneka
Jangan jadi bingung
Nanti kewarasanmu hilang
Kaitan apakah ini?

Sunday, December 1, 2013

Kejar Pelangi

P/s: Tujuh warna pelangi, tujuh cerita cinta...

Kejar Pelangi
Kerana ia tidak selalu ada
Di langit juga ia tidak lama
Justeru,
Lari laju
kejar cepat
si pelangi cantik
gapai cermat
jangan terlepas


Nukilan Atie: 14.02.2012

Jalan

Kenapa jalan Neraka itu juga yang kau pilih
Kesialan apakah ini?
Sudah ku beri kau banyak ilham tentang hidup, tentang pilihan
Pernah
Walau barangkali banyak itu bermaksud kurang dari satu
Tapi...
Kau tetap dengan bodoh sombongmu
Mempertahankan ego bodohmu
Sudahlah...
Aku berundur
Jauh dari semua kebodohan maha nyata
Yang sengaja
Dan kau teruslah berjalan

Thursday, November 28, 2013

Pelangi

Tujuh warna pelangi, tujuh cerita cinta.



Kata 4 campur 3

Kalau kau tahu
Terlalu banyak yang mahu aku katakan
Terlalu banyak
Sampai kalau ia ditaip dalam bentuk cerita
Ia pasti jadi satu novel
Bukan novel biasa
Tapi epic...
Pasti kau kira
Aku ini bodoh
Sebab kata-kata itu boleh dipendekkan
Kepada empat perkataan campur tiga
Yang nantinya cuma jadi tujuh patah perkataan
Tidak habis pun satu helai kertas
Persoalannya,
Sudikah? Mahukah? Terimakah?
Kau.


Wednesday, November 27, 2013

Cinta Senyap

Kadang-kadang cinta itu perlukan kesenyapan.  Sampai satu saat, yang senyap itu pasti akan berbunyi, tidak bising tapi jelas kedengaran alunan mesra penuh melodi indah sesedap halwa telinga yang mendamaikan jiwa-hati-rasa.  

P/s: Persoalannya, samada berani atau tidak mode senyap itu dinyah-aktifkan. Tidak timbul soal "perigi cari timba", syariat membenarkan perempuan menyatakan-meluahkan perasaan pada lelaki yang disukainya.  

Tuesday, November 26, 2013

Redha

Manusia akhir zaman ini ditandai dengan manusia yang bijak berkata-kata menggunakan bab agama sebagai medan pertahanan untuk membuat dia kelihatan betul tanpa salah dengan dosa yang dibuatnya secara sedar, Nauzzubillahi Min Zolik.  Tapi, siapalah manusia-kita-kamu-kami-kau-aku untuk menghakimi.  Entahlah, terpulang kalian.  Bak kata seorang sahabat,  tidak perlu cakap banyak, kita masing-masing sudah dewasa untuk berfikir.  

Baik Ibu, baik Suami, mereka tidak pernah menetapkan hak-hak dirinya; melainkan Allah-lah yang telah menetapkan hak itu untuk kita hayati dan laksanakan demi mendapat redha Allah. Kenapa aku cuma menyebut Ibu dan Anak, ia kerana; syurga dua makhluk bernama manusia yang bergelar 'isteri' dan 'anak' berada di bawah kaki-keredhaan mereka. Tuhan telah menetapkan Syariat, terserah kita samada mahu lari dari obligasi sebenar atau menetapkan sempadan supaya bisa kekal dalam obligasi itu.

P/s: Dalam mencari redha ILAHI, carilah redha mereka ini dulu. Sekalipun mereka ini bukan berada dalam golongan alim, selagi mana mereka tidak mendesakmu ke jalan mungkar yang sebenar-benar mungkar, maka kita masih memerlukan redha mereka untuk mencari redha-NYA. Ini cuma untuk aku, kalian yang merasakan ini tidak benar, sila benci post ini hatta diriku juga.

Tuesday, November 19, 2013

Bingung

Alasan yang diberi oleh dia; sangat tidak meyakinkan, alasan alias sebab-musabab kenapa kami-6 orang guru yang diberi tugas memantau sekolah sepanjang cuti semester akhir ini, adalah: Untuk sambut telefon. Terus aku terfikir, bukankah itu kerja PT atau AKS? Baiklah, kalau itu alasan atau sebab yang diberi, aku mohon dibayar elaun jadi telefonis.  Aku dibayar untuk kerja-kerja perguruan bukan penyambut telefon, atau mungkin tanpa aku tahu; kerja sambut telefon itu termasuk dalam bidang tugas guru.  Alasan dia sangat membingungkan.

Tapi,

Siapalah aku, siapalah Fatine, siapalah kami untuk ingkar.  Kadang-kadang orang-orang atas ini bingung juga kemahuan mereka.  Tetap, aku benci bila aku bingung.  

Ikhlas tapi jauh.  Sedayanya, aku tingkatkan darjat ikhlasku setiap kali bingung itu buat satu bulatan 360 darjah keliling kepala sambil buat bunyi dengung 2 harkat.


P/s: Besok wa bajet nak buat muka cuak pura2 busy sambil mundar-mandir kawat kaki depan pejabat Am supaya wa ada can eskep awal...Wa rasa encik JIBI akan kasi wa can balik awal.  Nampak tak permainan dia??? Bingung, aku ini pengawal keselamatan atau telefonis atau cikgu?

Sunday, November 17, 2013

Kalau

Kalau aku punya kesaktian, akan aku guna kesaktianku; biar mimpiku jadi nyata.  Sayang, aku bukan; jangankan kesaktian, keberanian saja bukan punyaku.  Mungkin, aku si malang itu; yang selalu kalah lalu mengalah.  

Juga,

Kalau aku pemanah sakti cinta, akan aku pegang panahku sekuat dayaku.  Akan aku panah pada dia, dan biarkan panahku menuju sasarannya; terus ke hati.

P/s: Pesimis atau Prejudis # 3

Tuesday, November 12, 2013

Senyum Sendu # 2

Wahai sendu dalam senyumku, pergilah jauh2, kembalikan senyum manisku....




Mampukah? bila hanya dia yang bisa buat aku senyum tanpa sendu itu berlagu bisu pada wajah...


Wahai hati, berhentilah meminta dan berharap.  Jangan terjerumus dalam lubang maha hitam yang kau gali sendiri.  Biarlah, kadang-kadang; sendiri itu lebih baik.  Kata si patah hati yang sekerap denyut nadi kecewanya, sunyi itu indah.  Setakat mana kebenarannya, itu terpulang kepada bagaimana cara mendepani sunyi itu sebagai subjek dalam hidup; samada mahu mendepaninya sebagai musuh atau sahabat.  

Kedengaran seperti naif, jengkel, pesimis malah prejudis, biarkan....

P/s: Ini semua hanya motivasi untuk aku.  Terpulang kalian mahu menganggap setakat mana kebenarannya.  Jangan detect sangat falsafah aku tentang sunyi...okeh!!! Sunyi sepi aku sendiri.

Monday, November 11, 2013

Ich Liebie Dich

Ich liebe dich


Ich liebe dich merupakan bahasa Jerman yang bermaksud Saya mencintaimu

Ich Liebe Dich = Saya Mencintaimu = I Love You


P/s: Cinta selalu jadi rahsia bila hati pernah tersia.


Sunday, November 10, 2013

Kecewa

Kadang-kadang rasa kecewa kita bukanlah pada perkara2 besar tapi pada perkara yang kecil. Dahulukan perkara yang paling penting dari yang penting. Hecyupi Bangas!!!

Baiklah, kami akur dengan keputusan pihak pembangkang.  

Tersiat juga hati aku melihat kekecewaan sahabat terbaikku bila usul yang dibentangnya tidak mendapat sokongan daripada pihak yang arif.  Bahkan, alasan yang diberi pihak pembakang juga tidak meyakinkan. Aku juga merasa kecewa yang amat, hilang segala antusias untuk membuat satu program yang aku rasa paling penting untuk dijalankan. Memang sangat menyebalkan. Baiklah, aku yakin ada hikmah atas semua perkara yang terjadi.  Bosan.


P/s: super series lebih penting, baiklah; yang penting sup.

Saturday, November 9, 2013

Eden

Eden


Eden merupakan bahasa Ibrani yang bermaksud gembira.

Eden = Gembira = Delight

Eden dalam loghat Negeri Sembilan atau Nogori bermaksud saya.

Eden = Saya = I / Me

P/s: jangan detect sangat kesalahan kamus bahasa ini.  Jangan kecoh sangat sampai tahap; ia satu kesalahan fatal.  Rilek2 ba...ayaks!!!

Monday, November 4, 2013

Hydrocele

Aku tidak tahu kalau entri ini berguna untuk Luna Zura.  Sejak dua hari yang lalu, dia dalam kebimbangan yang dahsyat.  Mizan sakit.  Doaku, agar Allah memberi kesembuhan yang baik untuk anak ini.  Dari post terkini, Mizan terkena Hydrocele, demi membaca perkataan dari terma perubatan aku jadi penuh tanda tanya, curiosity.  Lalu, aku juga membuat pencarian sedikit melalui ensaiklopedia maya trafik paling cool, si en. Google.


Hydrocele, bermaksud angin pasang atau kalau di sabah, kita gelar ia sebagai penyakit Burut.  Tidak banyak yang aku tahu dan dapat dari encik google yang selalu cool.  Tapi, hasil dari pencarianku, aku menemukan satu blog yang aku kira berguna(bagi aku).  Aku juga tidak tahu kalau, Hydrocele yang berkemungkinan dihidapi Mizan adalah penyakit sama yang aku google kurang sejam sebelum entry ini aku taip.  Melalui blog yang aku baca, ibu ini menggunakan ubat Pembersih XY untuk menyembuhkan penyakit Hydrocele yang dihidapi anaknya sejak berumur 2 setengah bulan. Diakhir usahanya setelah penyakit Hydrocele anaknya kambuh lagi, dia menggunakan pembersih XY ini dan Alhamdulillah atas rahmat Allah, anaknya kini sudah sihat tanpa perlu membuat satu lagi pembedahan minor.  (FYI: entri berkaitan penyakit Hydrocele anaknya ditaip pada: Sabtu, 9 Julai, 2011).  

Untuk bacaan lanjut:
http://khadijahgani.blogspot.com/2011/07/hydrocele-fathi-part-2.html.  

Apapun, maafkan aku Zue, kalau aku lagi salah menebak apalagi jadi penyibuk dalam urusan anakmu. Asal kau tahu, aku tidak bermaksud yang tidak-tidak.  

Kredit to: Pn. Khadijah Ghani
Pembersih XY, sapu dan urut pada paha dan tundun selepas mandi.  Ambil kapur dan buat tanda pangkah dibahagian tundun.  Baca Solawat Syifa

P/s: Semoga Mizan cepat sihat.

Salam Maal Hijrah 1435H

Selamat Tahun Baharu...1 Muharram 1435H....Salam Maal Hijrah


1435H

Selamat Tahun Baharu...1 Muharam 1435. Semoga Hidup Kita Menjadi Lebih Baik dan Beroleh Rahmat Allah Yang Berpanjangan. Semoga Teduhan Kasih Allah Sentiasa Memayungi Kita Semua...

Semoga Allah meyayangi kedua orangtuaku, semoga Allah memelihara mereka sepertimana mereka memeliharaku sewaktu kecil, semoga Allah memberkati dan merahmati mereka selalu, semoga Allah memberi kesihatan yang berpanjangan, semoga Allah memberi mereka rezeki yang luas.

Semoga Allah merahmati dan memberkati adik-beradikku, ipar duai dan anak-anak buahku dan seluruh kaum keluargaku.

Semoga Allah merahmati dan memberkati sahabat-sahabatku selalu.

Semoga Allah merahmati dan memberkati orang-orang yang aku sayang.

Semoga Allah merahmati dan memberkati semua kaum muslimin dan muslimat.


P/s: Semoga hajatku yang satu itu dimakbulkan Allah tahun baharu ini.

Saturday, November 2, 2013

Rindu

Kalau kau tanya padaku
Sedalam mana rinduku
Akan aku seru bayu
Dan...
Jika kau merasa bayu itu di pipimu
Maka...
Itulah rasa rinduku yang sendu
Padamu...

P/s: Jiwang melayang terbang awang-awangan.

Friday, November 1, 2013

Salam November

Salam November...


Doaku cuma satu, agar November ini datang bersamanya dengan berita gembira buatku. Siapa tahu Allah akan memakbulkan hajatku yang satu itu.  Apapun, yang paling aku mahukan adalah kesihatan berpanjangan buat Mama dan Abah.  Semoga Allah memelihara mereka selalu, semoga Allah membalas jasa dan pengorbanan mereka kepadaku, kepada kami adik-beradik dengan sebaik-baik pembalasan.

P/s:  Cinta selalu jadi rahsia, bila hati pernah tersia

Thursday, October 31, 2013

Kita-kita

Kita-kita akhir ini selalu terbebat dengan tugasan mengapung segala macam materi data dalam trafik maya. Kita-kita makin terbebat dengan segala macam sistem cetusan ideologi manusia bijak pandai. Sistem-sistem ini menguras segala ruang masa dan tenaga dengan tugasan mengawal sumber yang bertindan. Sistem trafik maya telah merosak segala momen indah yang sepatutnya ada dalam profesion ini. Akur, baiklah; kita-kita akur dengan kepatuhan skala 100 walau hati kita-kita risih. Sistem trafik maya ini sudah cukup membuat sejuta rimas keliling kepala.


P/s: tolong ketuk kepala aku, aku mahu lihat bintang-bintang pula sebagai ganti rimas di kepalaku.

Tuesday, October 29, 2013

Rimas

Emosi Serius = ChenTa.

P/s: Ga Ru Da di UnSave...Gudlak. Ga Ru Da di hati...Steady Aku!!!


Rimas...

Besok, sekali lagi serangan garuda dalam skala yang tidak dapat aku baca kekuatannya bakal melanda.  Kedatangan mereka menguras tenaga kami-kami yang sudah semakin lemah dengan tugas mengawal sumber yang bertindan.  Kedatangan mereka merosak segala rasa-rasa suka yang mula terbit.  Kedatangan mereka merosak momen indah yang mahu kami cetuskan sebagai kenangan terindah tahun ini.  Akur, baiklah; kami akur dengan kepatuhan skala 100 biarpun hati kami risih dengan garuda-garuda tanpa sayap itu.  Walau tanpa sayap, kibasan tangan mereka saja sudah cukup membuat sejuta rimas keliling kepala.

Garuda di hati aku pula, sedang mengibas sayapnya sebanyak sekali, dan itu saja sudah cukup membuatkan ia retak seribu dua.

Rimas.

P/s: saya sayang orang-orang di hati saya.

Monday, October 28, 2013

Cinta Unik


Cinta adalah satu hal yang paling unik.  Di saat si dia antara manusia paling pelik,


kamu tetap merasakan bahawa dialah yang paling cantik.


Kredit untuk kawan FB aku si Randy Rhoads Junior atas quote asalnya(sila rujuk bahagian bawah), jadi aku punya idea untuk hasilkan entry ini.  Ya, lukisan kartunku buruk sekali; statik, lurus malah naif.  Jadi, butakan saja mata kalian dengan kepincangan paling nyata dalam lukisan ini.  Apapun ini ori dari aku, layankan saja sebagai pengubat resdung kamu.  

Untuk si Randy dan Hasliza, semoga hubungan korang berdua akan bersambung dalam episod tanpa tamat, bermaksud di jinjang pelamin dan jinjang-jinjang seterusnya dalam perkahwinan.  Kata si Randy yang turut kupanggil encik Ayam dalam status FB-nya sekejap tadi...

RąŇdý Rhoąds Junior

CINTA itu adalah satu hal yang paling unik. Walaupun berjuta CINTA yang kita berikan untuk orang lain, tetapi CINTA itu tetap ada pada kita.. Macam tak kena jerr ayat ni..(Quote-nya si Randy, Oktober 2013:citation)

P/s: Cinta adalah kita bertemu dan membuat pilihan yang tepat. Cuba kamurang teka, dari filem apakah quote ni???

HBTY: Buat Kamu

S E L A M A T H A R I J A D I

Buat kamu

Hanya sepotong Al-Fatihah sebagai hadiah sempena hari jadi kamu tahun ini...
Semoga panjang umur
Semoga murah rezeki
Semoga gembira selalu
Semoga bahagia selalu
Semoga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat


H.B.T.Y

Thursday, October 24, 2013

Dan

Dan,
Kentut juga satu nikmat
Apalagi rindu
Ia mengajar kita
Tentang rasa...
Yang bila terubati
Darjah nikmatnya
Bertingkat bahagia...
Dan,
Tentang rasa menghargai


Wednesday, October 23, 2013

Wordless...

Today Is Wednesday


It Used To Be...


W   O   R   D   L   E   S   S  



Monday, October 21, 2013

Diorama dan Dengung Lalat

Sudah beberapa hari tidak menulis di sini, mungkin juga sudah seminggu lebih sedikit, aku kehilangan rahi untuk menulis.  Kepalaku penuh dengan hal-hal yang membuatkan aku menjadi bingung-bingung, seolah-olah ada lalat yang terbang membuat bulatan sambil mengeluarkan bunyi dengung enam harkat, bingit dan menyebalkan.  Kerana kepalaku penuh dengan bingung-bingung dan dengung lalat panjang enam harkat, hatiku jadi mudah retak.  Syukur aku pelakon bijak, jadi bisaku sembunyikan risih hatiku.  Dalam gelak dan senyum, aku sisakan ikhlas yang aku tingkatkan darjatnya  sedaya hati.  Aku benci lalat-lalat dalam kepalaku, telurnya sudah mengeram dalam hatiku.  Aku takut telur itu bertukar menjadi larva, dan jika hal itu terjadi, maknanya aku bakalan terjerumus lagi dalam zulmat yang aku terjun sendiri.  Aku benci bila aku bingung.

Jadi,
Aku buat ini untuk buat aku lupa perkara geli-geli hati dan berharap agar lalat-lalat itu berterbangan pergi tanpa buat bunyi dengung enam harkat.



P/s: Syukur, Diorama ini bantu aku hilang ingatan sekejap. Memang Art adalah terapi hati yang berkesan untukku, seperti selalu kalau aku lagi bingung-bingung hati.  Ini tugasan PSV adik aku.  Aku buat semampu yang dapat, kalau tidak dapat A, aku harap pensyarah dorang boleh kasi B+...kamurang setuju ka???.  Alangkah bagusnya, bila setiap kali, kita tolong orang buat tugasan, maka kita dapat kredit untuk dapat master.

Tuesday, October 8, 2013

Aku, On Lain & Keh Pih Erm

Atas dasar menghormati dan menyayangi profesion keguruan
Aku...
&
Saya Yang Menurut Perintah...

Akur sajalah, bahawa sistem pendidikan di Malaysia sedang melalui fasa 
perubahan dan transformasi.  
Baiklah...




Kempen Jimat Kertas


Koma,
Jam 0140pm: Taklimat Prestasi Guru, dan sekali lagi: Sistem Online diguna pakai bagi pengisian SKT menggantikan borang SKT (kuning, hijau). Sejauh manakah relevannya sistem ini dan kejayaannya, kita tunggu dan lihat apabila dikatakan bahawa sistem ini masih dalam medan uji litar.  Apa-apa sajalah KPM, kami akur dengan arahan.

Jaddey...
On Lain Turussss kitta...
P/s: Maj ju larh KehpihErmm dingan On Lain...

Wednesday, October 2, 2013

Tolong

Tolong,
Limit yang aku canangkan cuma berbaki 3 bulan saja dari sekarang.  Sepuluh titik dua belas titik tiga belas, tarikh luput untuk penukaran status.  Tapi siapa aku untuk merencana hidup, apalagi bukan aku penentu akhir jalan cerita tentang hidup. Ya, bukan aku.  Hanya Dia, Yang Maha Besar dan Maha Kuasa.


Tolong....
Tuliskan namaku atas layang-layang
Nanti aku taburkan hurufnya di langit biru
Biar berserakan hingga dibilang orang
Terbitkah rasa haru?
Terlihatkah nuansa hati?


....Semoga satu saat, status ini bakalan bertukar.  Kalau saja aku berada di India...ermmm tetap saja perkataan "kalau" itu tidak bagus...


P/s: Sila ignore kejiwangan aku malam ini.  Kasi tabuta jaitu mata, kasi tatuli jaitu talinga...ko diam2 saja nanti kita babagi...

Urang Islam Sabah: mari kita bersatu, buktikan.

Teringat RAUDHAH time balik skul tadi, dabelang tu ustazah:

"Kejayaan kegemilangan Islam semasa zaman Nabi Muhammad SAW-iaitu ketika proses Dakwah syiar Islam, ialah: Kemantapan Akidah. Oleh itu, untuk matlamat penyatuan umat Islam sejagat pada hemat saya yang tidak bijak dan maha kekurangan ini, ia bukanlah melalui penukaran identiti bangsa. Batul kaitu? 

P/s: tidak berniat memanaskan isu tukar bangsa yang dibangkitkan oleh Mufti Sabah. Dia mungkin punya faktanya sendiri, walauapapun, kenyataan dia telah melukakan hati banyak bangsa di Sabah. Semoga kita semua bijak mengendalikan isu ini, orang Islam Sabah harus bersatu kalau mahu membuktikan bahawa, sekalipun kita berlainan bangsa, tapi kita masih bersatu di bawah satu agama yang sangat mulia, iaitulah: ISLAM.

Tuesday, October 1, 2013

Keronsang Handmade

Keronsang ini aku buat 3 hari yang lepas.  Saja aku jadikan keronsang handmade ini sebagai entri oktober. Hasilnya tidaklah seperti yang ada di kedai, apalagi aku kekurangan material untuk hasilkan keronsang yang cantik-cantik dan comel-comel.  Jadi, sebagai santapan mata dalam entri pertama dalam bulan oktober ini, kalian layankan saja entri ini, okeh!!!





P/s: Jangan ja tabuta mata kamurang meningu keronsang yang sia bikin sendiri ni...mimang ampai-ampai tidak cantik, tapi cumil tatap ada bah kan...kio bakai!!!

Thursday, September 26, 2013

Lelah yang panjang

Aku kadang-kadang lelah dengan sikap 'orang'.  Bosan juga menemukan 'orang' yang suka membuat kita kelihatannya seperti manusia dungu.  Bosan juga kalau tiap kali menemukan 'orang' yang suka melihat kita dari sisi lain yang 'orang' itu sendiri tidak pernah kenal-tidak tahu-tidak cinta.  Bosan juga menemukan 'orang' yang bilang dia kenal-tahu-cinta pada kita, tapi sebenarnya dia TIDAK.  Konsikuen daripada sikap 'orang' jenis ini, membuat kita (atau aku harus menukar perkataan KITA kepada AKU),  menjadi pesimis, menjadi prejudis, menjadi naif; siapalah aku untuk mahu merasa diri hebat. Aku bukan manusia hebat itu. Bukan aku tidak konsen bahawa mungkin 'orang' itu tidak berniat memperlekeh, dia mungkin saja berniat bergurau, tapi aku serik dengan 'orang-orang' jenis ini.  Sebab itu, aku percaya bahawa niat tidak pernah menghalalkan cara dan selagi kita berpegang pada prinsip niat tanpa halal cara, kemungkinan kita akan terus merasa sentiasa betul.  Baik, itu bagi aku yang kelihatan naif, mungkin.

Dan lelahku pada 'orang' jenis ini adalah lelah yang panjang.

Dalam konteks Hablum Minalloh, setiap perbuatan disertai dengan niat, jelas di dalam Solat Fardhu dan Sunat, juga dalam Puasa Wajib dan Sunat dan ibadah lainnya.  Malah disetiap perbuatan, kita dituntut memulainya dengan niat.

Innamal A'malu Binniyyat.  

tapi, kadang-kadang...

Dalam konteks Hablum Minan Nas...

Nah...kelihatannya...
Tidak semua niat itu menghalalkan cara

Sekali lagi,
ini cuma untuk aku yang kelihatan pesimis, prejudis, naif, dungu: mungkin; tidak untuk kalian.  Ini cuma untuk aku.

P/s: lelah bah juga asyik menjaga hati.  Atas kesedaran itu, jangan mudah memberi hati.  Ini bukan entri cinta hati.  Ini entri luah rasa tentang 'orang'.  Tapi, aku itulah, aku mudah kalah lalu mengalah.

Friday, September 20, 2013

Kartun EM

Lukisan kartun En. Mimpi.  


Penawar

Mungkin dia lebih berhak...


Tak Jangka & Tak Duga

Takdir

Kredit paling tinggi buat Encik Mimpi.  Dalam entri ini guwa cuma nak share kartun-kartun En. Mimpi.  Guwa memang minat dengan kartun-kartun lukisan budak enjin ni...talented!!! 

P/s: Halus itu seni, seni itu cantik, cantik itu subjektif.

Thursday, September 19, 2013

Astro: Ortsa = hampeh

Baik, 

Untuk dua tolak tiga minggu ini, TV aku bakalan bergelap dan sejuk kaku di atas kabinet kecil tempat ia terletak.  Untuk dua tolak tiga minggu ini aku bakalan merenung objek empat segi itu dengan tarik nafas sambil angkat bahu tanda sabar.  Untuk dua tolak tiga minggu ini, aku bakalan ketinggalan tengok aksi Piala Malaysia dan Super Series Badminton.  Untuk dua tolak tiga minggu ini juga, aku bakalan ketinggalan melihat wajah-wajah lucu kartun-kartun kesayangan aku.  Baik, aku antara sejuta manusia yang suka tengok TV tapi aku bukan addict.


FYI...

Sejak Mei lepas, aku hanya menerima 5 siaran tanpa perlu tunggu hujan lebat atau gumpalan awan hitam pekat di langit untuk tidak dapat menonton channel lain yang tertera tulisan "Service Currently Not Available",  Julai lalu hingga September ini, aku hanya menerima 3 channel sahaja, pun tanpa perlu tunggu hujan lebat dan gumpalan awan pekat hitam, dan hari Isnin lepas, aku hanya boleh menerima 1 channel sahaja, iaitu C105 dan sejak kelmarin dan hari ini, rekod terburuk, semua channel; Service Currently Not Available, semua channel unvisible.  Setakat, kelmarin aku masih bertahan untuk tidak menelefon astro, sebab tidak mahu merungut, tapi atas nasihat seorang rakan, katanya sebab aku bayar servis itu, maka aku menelefon astro untuk cari solusi,  pada akhir perbualan dengan bahagian Teknikal Service (seorang perempuan dan asyik ketawa, mungkin mentertawakan aku dengan rakan sekerja yang berada di sebelahnya) aku ambil keputusan ini.

Hari ini aku tamatkan penyambungan Astro, setelah kecewa dengan attitude Astro yang agak demand dan aku rasa macam satu diskriminasi dan tidak wajar.  Salah benarkah tidak berminat dengan astro hitam tu? sungguh tidak adil, kalau keengganan aku untuk bertukar kepada astro hitam itu menyebabkan siaran astro aku terganggu sampai begitu sekali. Teringat kata-kata agen rahsia Astro lewat perbualanku dengannya bulan Mac yang lalu, dan bila aku mengatakan tidak berminat, dia berkata ini:

"cik jangan merungut kalau selepas ni, astro cik mengalami gangguan siaran"

katanya, diawal perbualan,

"Kontrak astro cik dah nak tamat, kami nak tawarkan astro beyond kepada cik"...

Padahal tadi, lewat perbualanku dengan cik agen teknikal servis, hal penamatan kontrak itu tidak menjejaskan apa-apa, sebab kontrak boleh disambung, cuma dekoder keluaran lama sudah tidak ada di pasaran, jika rosak dan hendak menukar dekoder.  Katanya lagi ketika misi mencari solusi:

"mungkin masalah alignment piring astro"
"saya dah tukar alignment piring astro saya"
"tekan butang menu, dan tekan satelite signal, apa warnanya dan apa AGC dan BER"
"Merah, AGC 61, 100, 0, BER 2"
"mungkin masalah wayar, cuba cabut wayar putih di belakang"
"saya dah cuba cabut, tapi agak ketat"
"kalau ketat takde masalah dengan wayar"

Dan kini, sejak Jun lepas sebenarnya, agen rahsia astro itu menjelaskan kebenaran kata-katanya.  Mengotakan ugutannya.

P/s: Aku tau la astro beyond tu satu inovasi canggih, siap boleh rewind, boleh itu dan ini, tinggal tidak boleh bertukar macam transfomer jak...tapi, aku lebih suka astro lama, lebih-lebih lagi yang mula2 keluar dulu.  Canggih2 pun bila ada awan hitam di langit, hujan lebat sama juga tu TV bilang..."Services Currently Not Available" nasib nda kena sambung ayat gini..."Please wait untill the rain shade"...alahai astro.  Nanti, bila merajuk aku sudah hilang, aku kasi sambung balik, yang pasti sebelum Final Piala Malaysia.

Monday, September 16, 2013

Entri 502

Saat entri aku mencapai angka 500, aku menerima seorang pengikut baru dalam blog aku; dan seperti selalunya, aku selalu terkejut campur teruja kerana ada juga pembaca yang sudi menjadi pengikut blog aku kesayangan aku ini.  Blog ini cuma satu blog peribadi, bahasa aku dan cerita aku.

Angin
Bawa aku berdesir
Aku mahu menyanyi lagu pasir
Saat aku mengalun sendu di ruang rindu....

Pengikut baru aku itu, Maya namanya.  Dapat saja link ke blog dia, aku dapati kami punya persamaan...

....mencintai sastera, mencintai seni, sangat gilakan buku dan suka menulis puisi, dan aku juga suka merah jambu, cuma tahap suka aku tidak terlalu gila...sebab aku juga suka pada semua warna....

Aku suka pelangi...justeru cintaku pada warna, harus ada 7.  

Apapun, aku suka pada gadis bernama Maya ini.  Aku juga suka bahasa dia.  Malam ini mahu menjengah blog dia, dan entri pertama yang akan aku cari adalah:PUISI.

Untuk Maya: Kakak sudah jadi pengikut blog kamu.


Entry Khas Untuk Kawan Blogger: Maya

Terima kasih buat kawan blogger



Maya

Gambar ini cuma ilustrasi....Maya takde PP...


kerana sudi singgah dan menjadi pengikut blog saya yang ke-18


P/s: harap boleh sediakan link ke blog Maya, nanti saya boleh jadi pengikut blog Maya jugak....>___<

Sunday, September 15, 2013

Nafas

Disetiap nafas

Ada darah yang mengalir
Di dalam urat
Dilapisi daging
Di dalamnya ada tulang-tulang

Disetiap nafas
Ada cerita tentang getir
Ada bahu memikul berat
Ada airmata dibiar kering
Ada hati terasa walang

Disetiap nafas
Ada cerita tentang hidup

Dibalik nafas
Ada cerita tentang takdir
Izin Tuhan yang maha besar

Dibalik nafas...

P/s: kamurang pernah tingu idung katak? fyi...nafas itu tanda hidup

Thursday, September 12, 2013

Ya Allah: Sembuhkan ibuku

Mungkin, tiada siapa yang tahu betapa pilu hati aku sepanjang menjalankan program Perkampungan UPSR ini.  Aku ketawa kuat-kuat, aku marah-marah manja, aku senyum-senyum manis, aku bergurau sakan, tapi itu semua untuk tutup pilu dalam hati.  Aku tidak mahu tunjukkan semua kesedihan aku di depan sahabat dan rakan sekerja, aku tidak mahu dibilang mencanang cerita sedih, lagipula; aku malas sekali memukul gendang bernada sedih. Lagipula, aku harus tunjukkan ketenangan dan kegembiraan di depan anak-anak murid aku, aku mahu mereka sentiasa ceria dan tiada tekanan semasa berkampung di sekolah sepanjang UPSR.  Lagipula, aku memang perlukan ketenangan dan kegembiraan supaya aku tidak tenggelam dalam pilu dan juga dalam kalut sebab memikirkan ibu aku yang sakit.  

Terubat rasa hati apabila ada satu dua anak murid yang bertanya tentang khabar ibu.


Ya, 
Ibu aku sakit.  Aku ini anak yang kurang prihatin pada ibu.  Sampai ibu aku sakit buah pinggang pun aku tidak sedar.  Aku ini anak yang bodoh dan dungu, paling bodoh dan dungu sebenarnya.  Ibu aku itu satu-satunya yang aku ada, dan itu pun aku tidak terjaga.  

Ma..
Maafkan kebodohan dan kedunguan Atie.  

Ya, Allah
Sembuhkan penyakit ibuku.  Lindungilah dia selalu.  Turunkan rahmatmu pada Ibuku Ya, Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan Maha Mengasihani.

Sudah habis: Perkampungan UPSR 2013

Tadi...

Program Perkampungan UPSR 2013 sudah berakhir, sudah terlaksana dan sudah segala sudah yang paling sudah.  Apa saja cerita tentang Perkampungan UPSR tahun ini akan aku telan sampai perut.  Perut aku pula akan mencerna apa saja yang masuk dari rongga mulut dan setelah proses mencerna itu hadam sepenuhnya, akan aku keluarkan dari dubur; dimulakan dengan kentut tanpa bau dan berbau.  Pastinya akan ada sedikit sembelit, yang buat aku sakit waktu keluarkan sisa buangan dari perut.  Toksin-toksin juga akan bersarang dalam tubuh aku.  Tidak apa, aku ada penawarnya, iaitulah: sokongan sahabat rapat dan paling setia.

Kini...

Aku hanya mampu mendoakan kejayaan anak-anak SKAK.  Semoga anak-anak murid aku itu, lulus dalam UPSR, dan kalau pun nanti ada antara mereka yang gagal, bagi aku mereka tetap sudah berjaya bila mampu menamatkan persekolahan di sekolah rendah.  Readers yang baca entry ini, tolong doakan anak2 murid aku ya...!!!

P/s: Gembira bila dapat novel daripada Miss Liz.  paling best, Miss Liz bagi novel itu pada aku sebagai galakan sebab aku kini cuba untuk membaca novel Inggeris.  Terima kasih banyak-banyak Miss Liz. Biarpun aku baca novel Inggeris dengan kelajuan siput babi...(babi lagi)...Ayakss!!!

Monday, September 2, 2013

Motif Band - Tuhan Jagakan Dia (Female Cover)



Wahai dia yang masih belum turun dari langit
Lagu ini,
Aku tujukan buatmu
Nanti kalau kau sudah turun, 
Dan...
Waktu itu aku sudah 40, 
Kau akan tahu bahawa masa aku masih 35, 
aku sudah lama menujukan lagu ini buatmu.  

P/s: Watak yang menyedihkan.  Akulah itu...

Manusia

Baik...


Manusia ini aneh-aneh sikapnya-maunya, kurang pula sifat adilnya, apa lagi penilaiannya dan pertimbangannya. 


Koma...

Kami ini juga manusia...

Entri ini wujud sebagai rakaman kenangan-cerita-sejarah tentang kami.  Kadang-kadang, ada perkara yang tidak boleh dibiar diam, macam duri, jika dibiar dalam isi, ia boleh bertukar menjadi racun.  Hari ini bukti yang duri dalam isi kami, sudah kami keluarkan. Kami cuma meminta sedikit pertimbangan atas dasar kemanusiaan, itu pun jika diterima, jangan saja nanti wujud masalah lain, padahal permintaan kami cuma "pertimbangan". Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami, tidak terniat untuk merosak ukhuwah. Teganya, dialah yang selalu merosak ukhuwah.  Andai pihak kami yang salah, ampunilah kami ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Berhenti untuk cerita perenggan di atas.

Baik...

Bahawa aku juga manusia yang punya keanehan total...

Entri ini wujud, sebagai peringatan kepada aku, supaya nanti aku tahu bagaimana harus mendepani manusia yang penuh dengan keanehan dalam sifat dan sikap, supaya nanti aku jelas dalam memberi keadilan, juga dalam penilaian serta pertimbanganku.

P/s: Pilihlah yang baik-baik apabila melibatkan soal hidup-hubungan-manusia.

Hablum Minalloh, Hablum Minan Nas...

Saturday, August 31, 2013

Islam: Lets Unite

Starting from:
Palestine, Bosnia, Afghanistan, Syiria and now, Egypt...
Bloodbath,
Brutality...
Ridiculous...
yet,
Silence, is not an option...
Stop being brutality
Stop the bloodbath
Stop being sentiment
Lets Unite...
We can't stand together with one ideology perhaps..
yet,
We definitely can stand together with one decency and humanity...

P/s: sila ignore segala kesalahan grammar yang ke laut.  Bahasa Inggeris saya sangat teruk.  
This poem, inspired from my favourite novelis: Hlovate.