Friday, November 23, 2012

akim - Daya cinta - (with lyrics)



Bila tertulis takdir begini, pasrahkan saja pada cinta yang kekal selama-lamanya........Aku redha atas ketentuan Allah.  Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah.  Semoga Allah menggantikan kedukaanku dengan sesuatu yang membahagiakanku jua bila DIA telah memperkenankannya......Amin.

Thursday, November 22, 2012

Pray For GAZA...


P/s: Aku tidak mampu untuk membantu saudara seislamku di GAZA, apalah daya aku yang kerdil ini.  Aku cuma mampu mendoakan mereka.  Semoga Allah menyelamatkan; wanita2 dan kanak-kanak di GAZA, semoga Allah memberi kekuatan kepada; lelaki2 di GAZA.  Bertahanlah GAZA!!!

Saturday, November 17, 2012

KEMBALI TERJALIN

KEMBALI TERJALIN

28.Okt. 2012

Ami meraup mukanya untuk ke sekian kali.  Airmata lelakinya jatuh menitik mengenangkan kebodohan yang pernah dia lakukan setahun yang lalu pada seorang gadis yang begitu tulus dan setia mencintai dirinya.  Mafela berwarna marroon di peluk erat.  Ami memutar kembali lagu “Kembali Terjalin” dendangan kumpulan Slam.  Bait-bait pada lagu itu benar-benar mengusik jiwanya.  Terasa sungguh kejahilan dia dalam menilai erti kasih sayang yang sebenar. 
      Ami membuka laptopnya, dan membuka email.  Ami mencari butang Compose, dan mula menulis email untuk Alia.  Hanya bait lagu kumpulan Slam yang ditulis bagi menyampaikan hasrat hatinya.

Seperti mimpi perkenalan itu
Cuma seketika
Namun di dalam hati
Dirimu ku terkenang jua
Engkaulah permata di dalam genggamam
Tidak ku sedari
Kaca yang bersadur keemasan
Terus ku cari
Tertutup pintu hati
Minda tak berfungsi
Diketika itu
Tak tahu menilai
Mana yang tulen mana yang palsu
Diakhir-akhir ini ketika aku
Dalam kesepian
Terasa kejahilan itu bagiku satu kerugian
Andainya di situ
Ada ruang bolehkah kiranya ku menumpang
Andai ada sisa kemaafan
Maafkan diriku yang dulu melukakan
Berilah aku kesempatan
ku buktikan erti keikhlasan
Andainya terpaksa aku rela
Menepis ego aku untuk kita
Ku pohon darimu ketulusan hati
Menjalin kembali perhubungan suci.

P/s: Tolong maafkan budak jahat ini, budak jahat ini banyak buat salah dekat budak baik,..tunggu budak jahat ini balik dan budak jahat ini akan tebus balik semuanya....tunggu ya sayang!!!

28.Jun.2011

“Alia, Ami rasa kita tak boleh teruskan hubungan ini lagi”, kata-kata yang keluar dari mulut Ami menyentap tangkai hati Alia. 
“Tapi kenapa Ami, Alia ada buat apa2 salah pada Ami, Ami cakaplah...Alia cuba ubah apa saja yang Ami tak suka”, Air mata Alia mula bergenang. Dia terkejut sebenarnya.
“Ami harap Alia faham”. Ami menarik nafas sambil mengenggam stereng kereta. 
“Tapi kenapa Ami”soal Alia lagi, mengharapkan alasan yang kukuh atas permintaan bersifat sadis Ami itu.
Pertanyaan Alia membuatkan Ami rimas.  “Ami perlukan perempuan yang sama level dengan Ami, yang boleh bantu Ami.  Study Ami terlalu susah Alia, Ami perlukan seseorang yang boleh bantu Ami menghadapi pelajaran Ami di sana, Ami perlukan orang yang dekat dengan Ami, bukan mudah untuk hidup di sana Alia, cabarannya lain, tekanannya mendesak”.
“Alia boleh bantu Ami, tolonglah Ami, jangan buat Alia macam ni, Alia Cuma ada Ami”Alia mula menangis teresak-esak”

“Kita dah tak sama level Alia”.
“Ami pernah cintakan Alia”
“Pernah, tapi cinta Ami berakhir hari ini”. 
“Kita tak boleh jadi kawan, hanya kawan”
“Ami rasa, lebih baik kita tak berhubungan lagi itu lebih baik.  Jom balik”.
Ami mengundurkan keretanya dari kawasan parking di Hill View.  Dengan Kelajuan sederhana dia menghantar Alia balik ke rumah sewa Alia di Taman Sabana.  Sepanjang perjalanan mereka diam membisu.  Sesekali Alia melirik ke arah Ami, lelaki yang sangat dirinduinya.  Setahun lamanya dia tidak melihat wajah itu, dan pada masa dia dapat duduk berdua dengan lelaki itu, berita perpisahan ini pula yang diminta oleh lelaki itu.  Hati Alia benar-benar terasa sayu.  Terasa hina dirinya di mata Ami“Kita tak sama level”. 
“terima kasih Ami”ucap Alia penuh sayu. 
      Sewaktu menuturkan ucapan itu air mata Alia jatuh dari tubir mata.  Ami sempat melihat air mata itu jatuh dan ada getaran pada dadanya.  Tapi kerana keegoan, Ami terus meluncurkan kereta setelah Alia turun dari kereta.

28.Ogos.2011

“Alia”, satu suara memanggil Alia dari belakang.  Alia terkejut dengan panggilan itu.  Alia menoleh ke arah suara itu.
“Ijan”.  Alia menutup rasa gugupnya dengan tersenyum.
“Kenapa kau tak join kami di situ, Ami kan nak balik London hari ni”tanya ijan penuh kuriositi.
“Ijan, tolong jangan beritahu Ami aku ada di sini.
“Tapi kenapa kau tidak mahu Ami tahu kau ada di sini”kening Ijan berkerut.
“Tolong ya”, pinta Alia bersungguh-sungguh”. Airmata Alia mula bergenang di tubir mata.  Ijan mengangguk tanda bersetuju untuk merahsiakan kehadiran Alia di Airport.
“Ijan, boleh tak kau tolong bagi hadiah ini pada Ami, tapi kau jangan cakap aku yang bagi”, pinta Alia lagi.
“Kalau Ami tanya siapa bagi, aku nak jawab apa”tanya Ijan lagi.
“Kau cakaplah kau bagi”, Alia menyerahkan bungkusan hadiah itu pada Ijan.
“Tolong ya Ijan”pinta Alia lagi sambil menyeka airmata yang sudah mulai turun dipipinya.
“nanti aku ceritakan semuanya”, tambah Alia lagi bila Ijan memandangnya penuh dengan tanda tanya.  Ijan Cuma mengangguk dan berlalu meninggalkan Alia untuk menemui Ijan.

London, University Of London

“wei, kau masih pakai mafela ni”tanya Ijan bila melihat mafela yang melilit kemas di leher Ami.
“masihlah, aku suka dengan mafela ni.  Bila pakai terasa selesa dan hangat” kata Ami sambil membuka kot dan mafela dilehernya.
“kau rasa selesa dan hangat sebab orang yang buat mafela itu buat dan kait dengan penuh kasih dan sayang”balas Ijan selamba.
“kau beli dekat mana hari tu”tanya Ami sambil menyangkutkan kot dan mafela itu di dinding bilik dekat dengan sebuah almari bercirikan inggeris.
“wei, aku tanya kaulah, mana kau beli mafela ni”, tanya Ami sambil melemparkan sebuah bantal pada Ijan yang khusyuk membaca buku perubatan.
“mafela tu hand-made tau, aku dapat masa di Airport hari kau terbang tahun lalu” balas Ijan sambil menutup buku perubatan tebal yang dibacanya.
“kau masih couple dengan Tasnim?”tanya Ijan bila Ami duduk di kerusi meja belajar Ami.
“Aku dah putus dengan dia, ternyata kami tidak serasi”Jawab Ami jujur. 
“putus, bukan kau kata dia yang boleh bantu kau dan kau perlukan perempuan yang sama level dengan kau”tanya Ijan dengan wajah serius.
“kau macam tak puas hati dengan aku saja”tanya Ami sambil memandang wajah Ijan.
 “Bukankah itu yang kau cakap pada Alia dulu”.
Hati Ami berdetak bila mendengar nama Alia.  Nama yang sudah lama tidak didengarnya.  Kali pertama nama itu disebut setelah kedatangan Ijan untuk menyambung ijazah kedoktorannya di sini. 
“dia apa khabar”, tanya Ami lemah.  Tiba-tiba dia teringat kelakuannya pada gadis itu semasa pulang bercuti tahun lepas.
“dia sihat”, balas Ijan.  “mafela itu, dia yang bagi sebenarnya”.
Jawapan Ijan, membuatkan Ami tersentak.  Lantas berdiri dan menghampiri Ijan.
“Alia yang buat mafela itu”, tanya Ami penuh kuriositi.  Ada arus yang menyentap segala urat saraf di badannya.
“ya, Alia yang bagi”. Dia ada di Airport hari kau balik ke London.  Dia bersembunyi dan tengok kau dari jauh”. Jawab Ijan sambil memandang tepat ke arah Ami. “Dia minta aku bagi kau mafela itu”.
Ami meraup mukanya beberapa kali.  “patutlah setiap kali aku memakai mafela itu, aku teringatkan dia”.
“Hari itu, dia betul-betul sedih Mi, dia menangis masa minta aku serahkan mafela itu pada kau, yang buat aku betul-betul tersentuh hati, dia tunggu flight kau terbang sampai tak nampak lagi di awan”tambah Ijan dengan serius.
“Aku berdosa pada dia Ijan”hati Ami tersentuh mendengar cerita Ijan.
“kau tau, dia demam hari itu.  Mungkin sebab terlalu memendam rasa.  Dia cakap dia rindukan kau, dia cuma dapat jumpa kau sebanyak 3 kali sahaja sepanjang tempoh kau bercuti.  Pertama masa dekat airport hari kau balik ke Malaysia, kedua masa kau putuskan hubungan kamu dan ketiga hari kau mahu balik ke London”Tambah Ijan lagi.
      Ami meraup mukanya sekali lagi.  Getaran di dadanya semakin terasa.  Entah kenapa cerita Ijan, membuatkannya terseksa.
“aku bawa dia balik hari itu, aku kasihankan dia.  Dia demam teruk lepas itu.  Aku masih ingat lagi, masa dekat kereta dia menangis teresak-esak, cuak juga aku”, cerita Ijan lagi. 
“sejak dari hari itu, Alia jadi pendiam semacam, kau nampak dia senyum dan ketawa, tapi mata dia jelas tunjukkan kekecewaan.  Masa aku nak berangkat ke sini, aku ada tanya dia, adakah dia hendak kirimkan apa-apa untuk kau?”tambah Ijan lagi.
“dia ada cakap apa-apa?” tanya Ami sambil memandang wajah Ijan dengan wajah yang tidak keruan.
“Dia cuma gelengkan kepala dan senyum pada aku.  Kau tau dia cakap apa?”tanya Ijan.
“Dia cakap apa?”jawab Ami dengan kerutan dikeningnya.
“dia cakap sampaikan salam ikhlas dia, tapi dengan syarat kalau kau lebih dulu bertanya pasal dia, sebab kau tak izinkan dia berhubungan dengan kau lagi”jawab Ijan sambil senyum.
“hari ini aku sampaikan salam dia, salam Alia untuk kau Mi sebab kau lebih dulu bertanya pasal dia”kata Ijan sambil memandang wajah sahabatnya itu.
      Ami meraup lagi mukanya.  Kali ini hati lelakinya bergetar hebat.  Entah kenapa hari ini dia merasakan dia adalah lelaki yang paling bodoh.
“Alia kata lagi, selama hari ini dia selalu bersama kau sebenarnya, bantu kau memanaskan badan bila setiap kali kau memakai mafela yang dikaitkan sendiri, dia maafkan semua yang kau buat pada dia sebab cinta tidak semestinya memiliki.  Dia redha atas semua yang terjadi, lagi pun kata Alia, sekurang-kurangnya dulu masa kamu masih sama level, kau pernah mencintai dia”, tambah Ijan lagi.
“sebenarnya, waktu dengan Tasnim; aku tidak segembira waktu bersama dengan Alia.  Kalau dengan Alia, ada saja benda yang boleh buat aku senyum dan ketawa dengan keletah dia”, kata Ami sambil memandang keluar jendela.
“tapi kerana ego dan mungkin kerana kecantikan Tasnim ditambah dengan kesulitan menghadapi pelajaran dan tekanan hidup di sini membuatkan aku terlupa pada Alia”tambah Ami lagi.”padahal email-email Alia selalu memberi kata-kata semangat kepadaku.  Selalu cuba membantu aku.  Aku memang bodohkan Ijan”.
“Kau tak bodoh, kau poyo”, balas Ijan sambil melemparkan bantal ke arah Ami. 
      Ami menyambut bantal yang dilempar Ijan ke arahnya.  Ami menjawab salam Alia.  Ijan tersenyum puas bila mendengar jawab salam Alia untuk Ami.  Semuanya sudah terlerai.  Ami menangis di depan Ijan.  Melepaskan keluhan berat atas kejahilannya menilai cinta sambil memeluk bantal yang dilempar Ijan tadi.  Bukan maksud Ijan untuk menjaja cerita sedih Alia untuk meraih kembali cinta Ami, Cuma Ami perlu tahu keadaan Alia yang benar-benar ikhlas mencintai Ami. Ijan Mahu Ami menilai cinta bukan atas dasar level atau status tetapi dengan keikhlasan.  Kedengaran klise itulah hakikat cinta sebenar.

Hilang...

Hajat untuk menulis cerpen bagi menyahut cabaran Geng Urban untuk bulan Nov ini masih terbengkalai begitu sahaja.  Idea sudah ada, cuma aku seperti kehilangan rahi untuk menulis.  Sekarang ini saja waktu aku meluangkan masa untuk menulis di blog kesayanganku si Ruang Rindu saja, fail-fail KSSR yang menuntutku untuk disiapkan masih berlonggok di atas lantai dekat dengan meja tulisku.  syukur saja Fail KSSR Tahun 2 sudah kusiapkan.  Semangat untuk menyiapkan fail2 ini juga hilang.  Aku harap, aku dapat melunasi semua pekerjaan yang sepatutnya aku siapkan sepanjang cuti semester akhir ini.  Aku juga harap aku dapat mencari semula rahi menulisku yang tiba-tiba hilang.

Monday, November 5, 2012

Miley Cyrus - Stay (Lyrics)


Lagu Untuk Entry "Coretan Tentang Rasa"

Coretan Tentang Rasa

Entah harusku apakan rasa yang bergelodak dalam jiwaku sebenarnya hari ini.  Aku tidak mampu apalagi punya keizinan untuk meluahkan pada sesiapa pun termasuk sahabat terbaikku.  Tidak mampu dan tidak boleh kerana aku sudah menutup lubang hitam itu di hadapan sahabat terbaikku.  Aku tidak mahu membebankan dia kerana perasaan gilaku ini.  Hanya di blog kesayanganku ini saja aku mampu meluah rasa sekalipun nanti bakalan ada yang membacanya, sekurang-kurangnya pembaca entry ini tidak tahu cerita sebenar dan watak-watak yang terlibat.  Pembaca mungkin cuma akan meneka-neka dan membuat kesimpulan sendiri, tidak apalah, sekurang-kurangnya dengan menulis entry ini dapat melegakan sedikit gelodak rasaku.  Mungkin juga sahabat terbaikku bakalan membaca entry ini, pintaku cuma pengertian bahawa aku cuma manusia biasa yang selalu lemah dan khilaf tentang kendalian hati.  Aku sangat membenci perasaan yang hadir petang hari ini.  Ya, memang mulut mudah untuk menipu tapi hati memang tidak mampu menipu.  berita hari ini memang sedikit terasa di dalam hati.  Apapun, jauh di dalam sudut hati, aku tetap mendoakan yang baik-baik untuk kamu sekalipun kamu tidak pernah mendoakan yang baik-baik untukku.