Tuesday, October 30, 2012

Hadiah Katak Dari BFF: Saat Manis

Waa....best betul hari ini dan aku sangat gembira serta bersyukur atas rahmat dan berkat Tuhan yang mengurniakanku sahabat-sahabat yang sangat baik.  Hari ini saja seawal pagi, sahabatku Fatine menunaikan hajatku untuk makan kuah sate dengan nasi himpit, dan petang ini aku mendapat hadiah ole2 dari Tawau and KK daripada sahabatku Jue.  Terima kasih buat dua sahabat terbaikku ini.  Kalian betul-betul buat hidupku selalu gembira dan bahagia.
 
Buat Kamu Fatine Lee dan Julia Jay...tidak ada material apapun dalam dunia ini yang menerangkan betapa aku sangat menghargai kamu sebagai sahabatku. Terima kasih atas segalanya. Sayang Kamu Selalu...
 
P/s: Kuah Sate Fatine sedap sangat, teringat-ingat sampai sekarang.  Air tangan Fatine selalu sedap, terasa kasih-sayang dia pada aku sebagai sahabat dan kami semua juga ( Tina, Zirah, Farah--->geng masak2 di sekolah sebelum cuti...hehehe).
 
P/s: hadiah Jue betul2 buat aku suka, terasa disayangi dan dihargai sangat.  Ia buat senyumku melebar dan ketawa lucu.  "Dear my beloved BFF, Saya Paling Suka tu Hadiah ow....buat saya senyum sampai la saya mengabdikan cerita hadiah dari Tawau dan KK ini dalam blog kesayangan saya ni"...>___< 
 
Mari layan hadiah Katak saya....ahaks!!! so sweet bah....
 
Che Juju, Che TeTeen, Che G-HaH dan Aku.....
 


Cute Box.....

Love You So Much Jue....


Sweet.........memori

 
Memperkenalkan Che2 katak.......babacak!!!


Penamaan Adun Katak-katak Sedunia......


Che Juju...

 

Che Teteen...



Che G-HaH...


Che Tie...


Tugu Peringatan Magic


Tugu Peringatan Katak berubah kedudukan


4CK...>___<


Gaya Meeting Adun Katak


Che Tie & Che Juju

 
Spa-Q @ Queen Hotel...ahaks!!!
 
Home Sweet Home...


Saya Sayang Che Teteen, Che Juju dan Che G-HaH.....Simpan dan Jaga kamu semua baik-baik...!!!

Aku, Guru dan SKT

SKT....

Aku rasa semua guru di Malaysia sudah merasa pengalaman menulis SKT.  Kerja yang harus dilakukan oleh semua guru setiap hujung sesi persekolahan semester kedua.  Setiap kali itulah juga, guru-guru akan sibuk menulis SKT atau menaipnya dengan baik-baik, bak menjawab soalan dalam peperiksaan.  kadang-kadang ada sedikit rasa tension bila mengingat-ingat apa lagi yang harus ditulis dalam SKT bagi memenuhi kriteria.  Aku kadang-kadang merasa lucu sendiri, sebabnya aku antara guru yang paling suka menulisnya pada saat akhir-iaitu tarikh akhir penghantaran SKT ke meja pentadbiran.  Hari ini saja, aku dan beberapa rakan lain duduk semeja dan saling meniru...hahaha!!! Tadi Aisah bilang, "wah...bengkel ka?" dan ia mengundang gelak kami (Aku, Zirah, Nik dan Farah).
 
P/s: gambar-gambar sekitar menulis SKT pagi tadi.....

Sambil2 menulis dan meniru....cari2 idea.....

SKT aku.....Muka surat 1


Zirah dengan SKT...siap dan paling lengkap....pstt...Kami tiru si Zirah punya SKT

Kepenatan menulis SKT plus  lapar....

Tekun membelek SKT....
P/s: sudah copy SKT 2012, tahun depan panjang umur tiru lagi...... >_____<

Sunday, October 28, 2012

HBTY buat Kamu

S E L A M A T    H A R I     J A D I
 
Buat kamu
 
Hanya sepotong Al-Fatihah sebagai hadiah sempena hari jadi kamu tahun ini...
Semoga panjang umur
Semoga murah rezeki
Semoga gembira selalu
Semoga bahagia selalu
Semoga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat


H.B.T.Y
 
 


Saturday, October 27, 2012

Rasa

Hari ini...
Aku bagai kehilangan
Ada rasa sayu yang menekan
Hatiku terasa parah dan berdetak-detak
Memaksa aku mencongak-congak
Perasaan yang bergeladak dan bertekak
Mengatakan ia belum pulih dari rasa kecewa

Tapi...
Otak yang tersimpan akal itu juga
Bertempik sorak-sorak
Mengatakan...
bukankah aku sudah lali

Dengan rasa kecewa dan sebak
Yang selalu menembak hati
Sampai luka parah tersiat-siat
Sungguh aku penat

Monday, October 22, 2012

Terapi hati aku...

Kelmarin waktu aku lagi biul-biul hati,  aku buat art ini untuk hilangkan rasa yang buat semak minda dan hati.  Peristiwa jumaat lepas masih lagi terkesan dalam hatiku sebenarnya.  Ini salah satu cara untuk terapi hati kalau aku lagi berada dalam kondisi sendu-sendu.  Kalau bukan hasilkan puisi, aku pasti akan buat art, warna-warna dan apa saja bidang dalam art.  Petang kelmarin aku pilih buat kolaj.  Hasilnya tentulah buruk, sebab aku bukanlah pelukis yang bagus, tahapku masih tahap budak darjah 3C, jauh sekali punya basic melukis.  Aku cuma suka dan jatuh cinta pada seni, seni itu luas skop dan sifatnya kan??? lalu kalau aku lagi sedih-sedih, aku pilih art untuk rawat hati.  Ia salah satu terapi yang berkesan untukku.  Ia selalu membantuku untuk lupa pada perkara yang buat aku biul-biul hati.
 
 
P/s: ada siapa2 yang mampu tafsir maksud art ini???


Friday, October 19, 2012

Impian dan Harapan

Impian dan harapan itu harus seiring, Impian datang bersama harapan, harapan juga datang bersama impian. Hanya kerja keras dan Istiqamah maka impian dan harapan akan menjadi kenyataan, jika tidak menjadi seperti apa yang kita impikan dan harapkan, bersifat qanaah iaitu redha dan pasrah kerana itu adalah Qada dan Qadar Allah. 
 
P/s: Semoga Impian dan Harapanku yang satu itu akan terlaksana juga andai tidak; aku akur dan redha.  Aku Yakin Allah telah menetapkan yang terbaik untukku, kalau pun bukan di sini mungkin di sana....InsyaAllah.

Entry Khas Untuk Kawan Blogger: Amirul Mohamed

Entry Khas buat Saudara,
 
Amirul Mohamed
 


kerana sudi membalas menjadi pengikut ke-13 blog saya
 
Semoga saudara terus menulis dan menulis
 
P/s: cerpen encik Amirul ni best....sila ke blog beliau ya...(bajet ada readers yang baca entry khas ini)
 

Ada Ubi Ada Batas

Gatut betul-betul sedih hari ini.  Hilang segala antusias menikmati kedamaian dan keindahan pagi hari Jumaat penghulu segala hari.  Hati Gatut betul-betul tercarik-carik.  Gatut terkilan; itu sebenarnya perkataan yang tepat bagi menggambarkan perasaan Gatut pagi itu.  Baharulah Gatut tahu siapa yang mahu menolongnya waktu betul-betul susah.  Padahal Gatut cuma mahu meminta sedikit saja pertolongan ya sedikit saja pertolongan.  Gatut cuma meminta untuk menukarkan duit syiling sebanyak RM10 yang dikorek dari tabung Hello Kitty kepada not kertas RM10 daripada kawannya si Gilin.  Permintaan itu ditolak mentah-mentah oleh Gillin, airmuka Gilin saja sudah cukup memberi jawapan tidak pada permintaan Gatut.  Gatut benar-benar sedih walhal sebelum ini Gatut selalu siap memberi pertolongan kepada Gilin.  Tiba giliran Gatut meminta pertolongan Gilin permintaan Gatut yang tidak seberapa itu ditolak mentah-mentah oleh Gilin.  Itu baru meminta untuk menukar duit syiling kepada duit kertas belum lagi Gatut meminta untuk meminjam duit Gilin.  Gatut betul-betul perlu menukar syiling tersebut kepada duit kertas RM10 untuk membeli minyak di Shell, takkanlah Gatut hendak membayar minyak dengan duit syilling bernilai RM10 kepada tauke minyak tersebut jenuhlah pekerja Shell minyak itu mengira duit syiling nanti.  Hati Gatut benar-benar kecewa.  Kecewa dengan sikap kedekut Gilin.  Gatut cuma mampu berkata kepada Gilin "ada Ubi ada Batas".  Waktu Gatut keluar dari pintu rumah, Gatut terlihat sang labah-labah sedang membina semula jaringnya yang terkoyak.  Gatut dapat kekuatan semula.  Semua kesusahan Gatut pasti berlalu juga, apa yang penting Gatut mesti terus bersabar dan terus berusaha.  Kalau si Labah-labah cekal menjahit semula jaringnya setiap kali terkoyak kenapa tidak Gatut.  Ada hikmah disebalik kejadian pagi ini fikir Gatut di dalam hati.  Sekarang Gatut tahu siapa kawan siapa lawan.  Sekarang Gatut tahu siapa yang sudi membantunya masa susah dan senang.  Gatut berkata pada dirinya, "Tidak apalah Gilin, Ada ubi ada batas". Senyum suku mula terbit pada bibir Gatut sungguhpun hati Gatut benar-benar sayu dan kecewa.

Jual Karya Novel : Secret Admire

Tiba-tiba dapat idea mau terbit/jual sendiri novelet yang aku buat.  Rasanya kalau hantar kat mana-mana penerbit novel di Malaysia aku macam yakin karya tidak akan dibaca hatta dengan sebelah mata pun.  Karyaku mungkin saja dibakul sampahkan.  Huishh...tak rela sungguh karyaku menerima nasib macam seperti itu.  Sungguhpun karyaku itu buruk dan tahap belasahan saja ia adalah karya asliku ceritaku dan paling penting ia adalah karya sulungku dan waktu menulisnya ia benar-benar lahir dari hatiku.  Waktu mula-mula menulis karya itu masa tahun 95 aku cuma berumur 17 dan berjaya menyiapkannya pada tahun 96 dan pada tahun 2009 aku mula menulisnya di dalam blog kesayanganku si Ruang Rindu.  Tahun 2012 barulah aku siap menulis semula karya itu di blogku.  Aku masih mengekalkan cerita asal karyaku dan cuma menambah dan menukar beberapa struktur ayat agar ia lebih cantik.  Persoalannya adakah orang yang sudi membeli karyaku itu jika aku menjualnya pada harga RM10 + Cerpen "Cinta Botol Vitagen" (Kes Test Market)....hahaha.....
 
P/s: Ada sapa2 nak beli....???? ermmm.....

Thursday, October 18, 2012

Hidup

Hidup ini indah sebenarnya jika kita menikmatinya dengan rasa rendah diri kepada maha pencipta dan  merendah diri sesama manusia-tidaklah menjadi satu kebodohan nyata jika manusia ada sifat merendah diri.  Apalagi jika menikmati hidup ini dengan biasa-biasa saja. Tapi itulah manusia sering saja kepala yang padanya ada otak berselirat di kiri dan kanan memikirkan perkara-perkara yang kusut-kusut apalagi jika otak dan hati  yang kadang-kadang kurang bersih bergabung menjadi rakan baik untuk membuat pilihan mengenai bagaimana untuk terus hidup.  Kadang-kadang perkara kusut-kusut itu lebih mendominasi kehidupan seharian.  Saat itu konsikuennya adalah hidup jadi gelabah dan celaru.  Aku tekankan klausa 'kadang-kadang' sebab ada juga masanya saat kita muhasabah diri; kita akan akur dengan betapa perlunya kita untuk cuba bertenang selalu kemudian; cuba menikmati hidup dengan kesederhanaan dan biasa-biasa sahaja dan berkemungkinan; kita akan mampu menikmati hidup ini dengan indah.  
 
Kadang-kadang hidup jadi tidak indah bila ada manusia yang kurang normal-yang tidak mahu bertolak-ansur dan agak mementingkan diri sendiri-yang hanya mahu dirinya dilayan baik-baik walhal manusia itu tidak pula melayan manusia lain baik-baik dan selayaknya.....Kadang-kadang saja OK!!!
 
Kalaulah aku punya kuasa sakti-sakti mungkin hidup aku sedikit mudah, tambah dramatik jika aku punya tongkat sakti; dengan segala kesaktian milikku, akan ku tuding saja dan gerakkan sedikit tongkat saktiku lalu dengan mudah mendapatkan kemahuanku.  Kalaulah aku punya butang-butang "putar", "padam", "ulang" ditepi dahiku mungkin kehidupanku juga bakalan indah.  Akan aku putar-putar pada bahagian cerita hidup yang  paling aku suka; yang mampu menggelikan urat kentutku-supaya aku bisa ketawa lucu-lucu, akan aku padam pada bahagian cerita hidup yang menyesakkan dada dan memualkan perut juga tekakku dan akan aku ulang tayang-siar pada cerita hidup yang paling menggembirakanku hingga senyumku melebar ikhlas bukan yang membuatkan aku hanya mampu senyum suku.  Tapi aku tidak punya kuasa sakti-sakti juga butang-butang itu.  Aku cuma si Atie, manusia yang selalu khilaf dan hanya punya beberapa anggota melengkapkan aku untuk layak digelar manusia itupun dipinjamkan sementara oleh Tuhanku yang maha pengasih.  Kata ustazku dulu-dulu waktu aku di SMAI Papar, perkataan "kalau" itu tidak baik untuk digunakan dalam rencana kehidupan.  Belum tentu hidupku bakalan mudah dan indah dengan punya semua kesaktian dan butang-butang itu...untuk butang-butang hebat itu, biarlah si encik "Gadget" saja yang memilikinya; itu saja sudah cukup banyak memudahkan kehidupanku sebenarnya.
 
P/s: hari ini aku jadi sedikit sensitif dan sedikit penat-bosan dengan tuntutan tugas membuat guru ganti.  Kemudian aku akur bahawa itu tugas dan amanah.  Padahal aku mahu menikmati hidupku pagi hari ini waktu di sekolah dengan indah dan biasa-biasa sahaja.  Aku masih manusia biasa yang selalu ada angin kus-kus dan kadang-kadang-mungkin juga-selalu memikirkan hidup ini dengan kusut-kusut...hehehe!!! kadang-kadang aku bosan betul buat kerja cari "guru ganti" bila ada cikgu2 yang diberi tugas mengganti kelas bagi alasan ala-ala manja macam drama queen,  pernah tak dorang bayangkan perasaan guru Jadual Waktu(JW)  bila slip kelas ganti itu diserah balik kepada kepada si tukang buat walhal waktu membuat tugas itu si guru JW itu pun berada dalam kondisi paling serba salah dan kerumitan yang amat mencari guru ganti...syukur ada juga rakan guru yang sangat sporting dan faham malah akur dengan tugas yang diberi...Aku paling salute dan berterima kasih dengan guru-guru yang sporting ini semoga Allah membalas kalian dengan sebaik-baik pembalasan.  Aku cuma menurut perintah PK1 untuk membuat guru ganti dan waktu membuatnya aku cuba berlaku adil semaksima mungkin.

Hidup Tidak Selalunya Indah,
Langit Tak Selalu Cerah
Itulah Lukisan Kehidupan
Itulah Lukisan Alam
Tanda Kebesaran dan keadilan Tuhan

Tuesday, October 9, 2012

Dua hari di Kursus KSSR

Sudah beberapa hari tidak menulis sebarang entry dalam blog kesayanganku si Ruang Rindu.  kehidupanku sejak Isnin hingga hari ini dan esok hanya berkisar dengan kursus KSSR PAI TAHUN 3.  Terbit juga rasa bosan dalam hati tapi aku juga bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kursus kali telah memantapkan lagi kefahamanku sekaligus kematanganku untuk mengaplikasikan KSSR di sekolah, InsyaAllah.  Lagi pula, ia dapat membuatkan aku jauh sekejap dari hiruk-pikuk sekolah, karenah anak murid yang nakal, degil, keras kepala malah manja.  Membolehkan aku jauh sekejap dari menghadap tugas membuat guru ganti, maklum saja bulan Oktober adalah bulan kursus KSSR semua mata pelajaran Teras dan Tema.  Kesimpulannya, aku harus mengakui yang aku enjoy juga berada dalam kursus kali ini, apalagi dapat berjumpa dengan rakan-rakan GPI yang lain.  Tahun ini ada ramai muka baru.  Semoga Allah memberkati dan merahmati kami semua.
 
Hari kedua Kursus KSSR aku rasa bermula dengan kehangatan suam-suam kuku. Hari ini fokus utama adalah mengenai BAND.  Kelmarin, waktu JU mengumumkan fokus utama untuk hari ini, aku ingatkan ia sesuatu yang baru, tapi rupanya ia adalah Pembinaan Instrumen seperti yang dibuat pada kursus KSSR Tahun 2.  Cuma namanya sahaja ditukar sebutan lain oleh JU, cubalah cakap "Pembinaan Instrumen" saja.   Ada juga sedikit perubahan yang dapat aku kenal pasti dalam kursus kali ini, iaitu kalau  dulu "EMK" sekarang ia jadi EK, malah item2 yang terdapat di dalam EK juga telah diberi penambahbaikan dan aku rasa ia lebih mudah untuk diaplikasi di dalam penulisan RPH.
 
Sesi pembentangan bermula jam 2.30pm,  seperti yang kujangka pastilah sesi pembentangan ini akan berjalan macam jarum saat yang kehabisan bateri.  Masa terasa berjalan dengan sangat lama.  Rasa bosan dan mengantuk menguasai diri seolah-olah pada setiap helaian bulu mataku yang pendek ni ada tergantung batu-batu sungai.  Sesekali hatiku tergeletek lucu bila ada pembentang buat lawak sengal. Hampehnya, setelah cabutan undi dibuat, kumpulan kami (kump. 4) adalah antara kumpulan malang yang bakal membuat Makro Teaching untuk sesi besok, doaku terus mati di situ....hahaha!!!
 
P/s: Aku sudah pun menyiapkan borang pentaksiran individu dan kelompok KSSR Sirah PAI, untuk bidang yang lain aku sedang mengusahakannya.  Kenapa Sirah duluan??? sebab sepanjang bengkel sejak Isnin dan hari ini, kumpulan kami diberi bidang Sirah.  Esok saja sudah ada Makro Teaching yang menunggu, bikin malas betul.  Ya, sudah 10 tahun 3 bulan dan 15 hari aku menjadi ustazah a.k.a cikgu, tapi untuk buat Makro Teaching di depan para GPA yang lain-sekolah lain dari seluruh pelusuk Keningau, apalagi dengan perangai sengal sesetengah GPA lelaki ia tetap sesuatu yang melemaskan urat kentut.  Macam di Maktab pula....apa kes...!!! Esok nak buat muka selamba dan buat-buat tiada perasaan...hehehe....Anggap saja mereka-mereka yang bakal terlibat besok macam anak murid tahun 3...KoToh....buli kaitu main tarik telinga kalau telampau jajal...ahaks!!!

Sunday, October 7, 2012

Waktu tangis itu

Waktu tangis itu
Berlagu bisu dalam hati
Langit mendung
Awan kepul-kepul

Waktu tangis itu
Berlagu nyaring di luar hati
Langit mendung
Awan kepul-kepul
Hitam pekat warnanya
Angin mengiwir kasar-kasar
Hujan turun lebat-lebat

Waktu tangis itu
reda dalam dan luar hati
Langit mengubah landskap
Awan berserakan
Membentuk rupa sirus
Cerah putih warnanya
Ada pelangi cantik di kaki langit.