Thursday, May 17, 2012

Sahabat, Kesedaran, Perubahan=Akur

Mulai malam ini, aku akan cuba sedayaku menutup semua pintu  dalam diriku, perasaanku terutamanya, rapat-rapat dan ketat-ketat.  Aku akan cuba sedaya upayaku agar tidak ada seorang pun tahu perasaan sebenarku.  Tapi aku berani bertaruh, akhirnya cuma fatine saja yang akan dapat memahami apa yang tersembunyi dalam diriku, perasaanku juga tanpa perlu aku luahkan, tanpa perlu aku beritahu. 

Setelah semua kejadian kurang mesra berlaku dalam beberapa hari ini, aku belajar banyak perkara.  Ada hikmah tersembunyi di sebalik semua kejadian ini, Allah telah membuka hijabnya, sehingga memberiku peluang untuk muhasabah diri dan berfikir berpandukan kasih-sayang Allah kepadaku.  Ia juga semakin mematangkanku dan memberiku semangat untuk hidup dengan baik-baik selepas ini.  Paling penting aku belajar bahawa, ada rahsia yang patut kekal jadi rahsia.

Hari ini, daripada seorang sahabat, aku dapat tahu masih terlalu banyak cakap2 orang mengenai aku dibelakangku.  Sahabat itu bilang, dia tidak mahu beritahu apa cakap2 itu dan mahu berhenti setakat itu, dan aku dengan seikhlas hatiku, aku juga tidak mahu tahu.  Aku beritahu pada sahabat itu, aku juga tidak mahu tahu apa cakap2 mereka di belakangku.  Sedikit pun aku tidak mahu tahu apa cakap2 mengenai diriku itu.  Aku sudah memaafkan semuanya.  Demi Tuhan, aku ikhlas memaafkan mereka.  Lagi pula, kelmarin waktu hari guru berlangsung, ukhuwah antara kami semua terjalin mesra, dan aku ikhlas dengan kemesraanku.  Aku tidak mahu merosakkan suasana bahagia dan kenangan gembira itu dengan sikap manusia yang penuh dengan ego-ego bodoh.  Dipihakku, aku sudah memaafkan dan tidak ada sebarang dendam.  Past is Past...aku sudah tua untuk bergaduh macam budak2.  Mungkin dulu dengan sikap panas baran dan mudah melenting, aku sudah pun bersemuka dengan amarah dan dendam, tapi diusia ini, aku kira semua itu hanya menampakkan ego bodohku cuma.  Apalagi ada nasihat untuk pengajaran diri yang dibuat oleh seseorang....



"Utk renungan kita bersama jg la kita jangan suka menyibuk pasal org lain la , paling penting sblm kita mo dihormati org lain kita hormat dulu dengan diri kita sendiri ambil sikap utk merenung apa yang kita sudah buat mana tau kita jg bnyk kesilapan yg kita x ketahui ...pastu suda hormat diri sendiri...bru hormat org lain ...n percayalah semuanya akn jadi ok...cewwwahhhh...tp pengajaran utk kita semua jika kita buat baik..orang akn baik dgn kita bila org jahat org akan jahat dengan kita..so pa yg patut kita lakukan ambil sikap jangan kisah hal org..ckap2 org la...paling penting saling mendoakan ingat Tuhan kehidupan pun akan jadi baik..."



Aku juga tidak kisah lagi dengan cakap2 orang disekelilingku. Aku bahagia dengan mengetahui bahawa Aku punya Abah dan Mama, adik2 yang setia dan anak-anak buah yang menyayangiku dengan seikhlasnya, aku juga bahagia dikurniakan sahabat sebaik Fatine yang sejak dulu paling setia dan paling memahamiku. Untuk sahabat sebaik fatine yang kuangkat menjadi saudaraku dunia dan akhirat(InsyaAllah...semoga Allah memelihara persahabatan kami) seperti dia menganggap aku juga sebagai saudaranya sekalipun semua benda di dunia ini bertunggangan(waktu dia bilang ini, aku sangat bahagia dan tersenyum), aku sangat menghargai dia. Semoga sahabatku ini mendapat sebaik-baik pembalasan. Mungkin inilah baru dinamakan persahabatan yang benar2 JUJUR...(aku kira). Aku bahagia bila ada seseorang yang menganggap aku sebagai istimewa, dan waktu mendapat tahu itu semasa "Hari Guru", aku betul2 terharu. Aku mahu dia juga tahu, bahawa dihatiku dia juga istimewa dan menghormatinya sebagai ibu keduaku. Dengan manusia2 ini dibelakangku, tidakkah aku harus berbangga. Aku juga dikurniakan dengan sahabat2 setia yang lain, Jue, Jihah, Suzie. Oleh itu, dibandingkan dengan cakap2 orang dibelakangku, mereka2 ini sudah cukup jadi penawar mujarab untuk hatiku. Kerana manusia2 baik ini, aku maafkan semua mereka yang telah melukakan hatiku. Aku juga sudah tidak kisah tentang penilaian orang lain. kerana aku sedar, bahawa setiap manusia punya penilaian masing2, punya pertimbangan sendiri. Biarlah mereka dengan labu dan labinya....(biar Haji Bakhil ja denda durang dengan tok-ketampi).


Tipulah kalau aku tidak bersedih dengan berita daripada sahabat itu, cuma seperti yang aku bilang, aku tidak mahu tahu dan malas untuk ambil pusing pada perkara remeh-temeh yang hanya menyesakkan dada bila difikirkan.  Aku halalkan semuanya dan aku harap mereka juga menghalalkan segala yang aku juga mungkin pernah tercakap mengenai mereka dibelakang.  Pusing depan belakang, muka itu juga yang akan dilihat selagi masih bekerja di bawah satu bumbung.  Sampai satu masa, pastinya kudrat mereka kita perlukan juga.  Lagi pula,  sudah 10 tahun berkawan dan dalam diam aku benar2 menghargai mereka semua.


Kini, aku ambil sikap berlebih-kurang dan memaafkan semua orang.  Jangan mudah melatah dengan cakap2 orang, lebih2 lagi kalau mereka rakan sekerja.  Terus ikhlas membantu dan terus ikhlas dalam persahabatan.  Bagaimana mereka mengukur sejauhmana keikhlasanku dalam persahabatan apalagi dalam erti kata JUJUR, terpulang kepada mereka.  Setiap orang punya pendapat mereka, punya penilaian sendiri terhadap pengertian JUJUR dalam persahabatan.  Aku tidak mahu mahu tahu cara mereka.  Aku punya caraku sendiri.  Setakat mana sahabat baikku mengadiliku dalam erti kata JUJUR, itu terpulang pada penilaian mereka sendiri.  Dipihakku, aku akan sedaya upaya menjadi sahabat yang baik.

Aku percaya bahawa setiap manusia akan melalui fasa perubahan dalam diri seiring dengan usia dan tahap pertimbangan dan penilaiannya terhadap sesuatu perkara.  Perubahan itu pula tidaklah perlu kita khabarkan pada semua orang, tidak perlu mencanang ke sana ke mari, tidak perlu memukul gendang perubahan.  Fokus saja pada perubahan yang ingin kita buat-kita lakukan untuk diri, percayalah sampai satu detik, manusia di sekeliling pasti akan dapat melihat perubahan dalam diri kita.

Aku juga percaya, bahawa kita harus punya pertimbangan yang betul dalam mendepani sesuatu perkara tanpa ada unsur bias dan berat sebelah.  Sekalipun dia sahabat, jangan sekali membuat pertimbangan yang ada bias dan berat sebelah, kerana sikit banyak ia bakalan melukakan hati orang lain.  sahabat yang baik akan selalu ada pertimbangan yang baik dan bijak sehingga dia dapat memisahkan 2 unsur kurang baik itu, dan sahabatnya malah semua orang juga akan berpuas hati dengan tindakan yang diambil tanpa ada hati yang terluka dalam diam.

Wednesday, May 16, 2012

Sambutan Hari Guru SKAK 2012




Bersedia untuk sambutan Hari Guru SKAK 2012

Banner.......Cute kan made by Fatine!!!

Kami Guru Malaysia......Nyanyi Lagu keramat ni!!!

Wajah ceria.....dua daripada cigu dalam gambar ini....model iklan colgate!!!

Tepukan semangat untuk guru2

kena denda sebab telampau jajal!!!

Unduk Ngadau Hari Guru

Unduk Ngadau Hari Guru....hehehe!!!

Hot Teacher's....Hot Mama's......


Ready.....Sukaneka

team paling campin

Bawa Telur guna Sudu.....Team paling campin

My Team.....Team 1......Super Duper Campin

Sayang sibuta......paling campin....paling laju

Acara selingan......handle by Suzie GT.....murid menari bersama cigu yang disayangi

Sumayau Cigu Juli & Judith.....Cg Zaiton(PK HEM) & Cg Raginah(PK1) tetap sporting.

Cigu dan Murid...semua happy....

Anak-anak murid SKAK.........


Hari ini hari Guru, Hari guru malaysia. Hari yang sepatutnya diraikan oleh semua guru dengan penuh bermakna. Aku rasa semua guru harus bergembira hari ini. Atas dasar itu, Fatine sahabatku dan aku sendiri telah merencana sambutan hari guru peringkat sekolah setelah kali terakhir menyambutnya pada tahun 2007, tidak silap aku. Dua minggu sebelum tarikh keramat ini, Fatine telah memaklumkan lebih awal kepadaku bahawa kami berdua akan menganjurkan sambutan hari guru tahun ini. Aku dengan ikhlas hati dan dengan tangan terbuka seluasnya menyambut tugas ini dengan antusias.



Masa Mesyuarat KOKUM rabu lepas, Fatine sekali lagi memaklumkan kepada semua guru2, bahawa dia dengan rela hati akan menjadi pengerusi dan aku sebagai pembantu untuk sambutan hari guru kali ini. Sepanjang minggu lepas, kami telah berbincang mengenai aktiviti yang akan dijalankan semasa majlis itu nanti.
Kelmarin, aku dan fatine meminta izin dari cikgu Raginah(PK1) untuk membeli hadiah dan beberapa barang keperluan untuk majlis sambutan hari guru keesokannya. balik dari membeli-belah, kami terus menyiapkan hadiah guru dibantu oleh Suzie dan Marcus untuk aktiviti exchange gift dan hadiah untuk acara sukaneka guru. Jihah pula, tolong beli dan ambil hamper untuk hadiah murid. Paling menggelikan hati, apabila hadiah berupa hamper yang dibungkus oleh kami seolah-olah membentuk rupa "angry bird"...hahaha!!! ketara sangat gagal dalam membungkus hamper. lebih kurang 10 minit jam 3 pm, barulah semuanya siap. Semua tidak sabar menanti hari esok.
sewal pagi aku lihat Fatine telah sibuk di dewan, aku terlewat sedikit. Kasihan lihat fatine sibuk menguruskan dewan. syukur, beberapa rakan lain turut membantu. aku memulakan tugasku untuk mencari guru2 untuk mencabut nombor kumpulan. Juga membantu Fatine untuk menambah sedikit hiasan pada banner...sekadar untuk menaikkan seri....keeehoi!!!
Hari ini, aku lihat terpancar kegembiraan pada wajah setiap guru2. Aku tidak tahu sejauh mana keihkhlasan mereka, dan aku sama sekali tidak mempersoalkan itu. Aku lihat, pada setiap wajah terpamer keseronakan, apalagi semasa acara sukaneka. Masing2 melahirkan rasa yang mereka gembira dan hilang stress. Apapun aku gembira, kerana aktiviti yang dirancang membuatkan rakan2 sekerjaku gembira.
Bila mengenang semula kejadian hari ini dan gelagat rakan2 semasa acara sukaneka, ia benar2 menggelikan hatiku sebenarnya. Semua pakat main tipu dan masing2 dengan kelicikan untuk mempastikan team menang.....dalam sukaneka pun ada main tipu....hahaha!!! selesai acara sukaneka, masa minum pagi, semua pun bilang tahun depan, kalau main boling kelapa lagi, setiap orang kena bagi 5 kali peluang untuk membaling....hehehe!!!. Apa yang paling menyeronokkan semua sporting habis, termasuklah PK1, PK Hem, PK KoKum....jadi tidakkah aku dan fatine dan kami semua harus berbangga????....well....hari ini semua happy dan ukhuwah itu terjalin erat dan mesra.
banyak yang hendak aku tuliskan dalam entry ini, tentang setiap kejadian lucu dan menggembirakan hari ini. Namun, aku seolah tidak punya rahi untuk menulis. Rasanya, bila melihat video ini, kalian yang mungkin membaca entryku ini*bajet ada orang yang nak baca, pasti dapat melihat dan merasa keseronokan kami semua tadi.
Sayang aku tidak sempat merakam acara berbalas pantun tadi, dengan keupayaan HP Sony Ericsonku yang sudah tua ini, manalah dapat menampung banyak ruang untuk merakam. Nantilah, kalau aku sudah punya modal cukup, akan ku cekau juga Android sekampit dua....hahaha!!!
Aku simpulkan hari ini adalah pembalasan kepada perkara2 yang kurang menggembirakan aku beberapa hari ini. Kata Tina, Pipi dia sakit sebab banyak ketawa...sampai2 dia mengurut pipinya tadi. Ya, hari ini hari ketawaku. Aku harap jangan pula ketawaku pada hari ini diganti dengan menangis lagi. cukuplah......
Fatine Lee.....TQVM....kita berjaya anjur majlis ini dengan pertolongan semua rakan.....
Terharu sangat dengan ucapan cikgu Raginah tadi......Rasa macam mau nanges...tapi maci tahan!!!

Paling tidak boleh lupa.....dalam main sukaneka semua pun main buyuk....hahaha!!!! 

.............Kenangan itu Kerinduan.........16Mei2012

Friday, May 11, 2012

Terima Kasih

Maha suci Allah yang Maha mengetahui segala sesuatu dengan sifat IradahNya.  Maha suci Allah yang maha mengetahui tentang perkara yang tidakku ketahui selama ini.  Maha suci Allah kerana memberiku peluang untuk mengetahui perkara ini.  aku yakin Allah telah memakbulkan sipi dari doaku selama ini, dan Maha Suci Allah, yang sipi itulah telah membawa kepada terungkainya beberapa persoalan yang meraja fikiran dan hatiku selama ini.  Terima kasih Ya Allah kerana belas kasihanmu kau mengutuskan sahabat yang baik kepadaku agar aku mengetahui perkara ini.  Terima kasih ya Allah kerana belas kasihanmu, aku mengetahui perkara sebenar.  Hikmah disebalik semua perkara ini, aku mendapat kekuatan untuk berterus-terang dengan orang yang terlibat biarpun lewat orang tengah.  Cakap-cakap orang dibelakangku-yang sepatutnya kekal rahsia menyebabkan semua perkara terungkai dengan tiba-tiba tanpa perancangan.  Pada mereka yang terlibat dalam kasus ini, aku ucapkan terima kasih semua.  Aku cuma berasa hairan bagaimana kalian mengetahui rahsiaku, yang selama ini hanya sahabat baikku sahaja yang tahu, bagaimana kalian tahu, sedangkan aku tidak pernah menunjukkan sebarang reaksi atau perbuatan menunjukkan sesuatu yang menjadi cakap2 kalian dibelakangku.  nah....hari kerana bijaknya cakap2 kalian, aku berani menyatakan kebenaran pada orang yang terlibat agar tidak lagi timbul kesangsian dan pelbagai hipotesis kalian mengenai diriku.  Aku tidak tahu siapa yang menjadi dalang di sebalik semua ini. 

Kepada orang yang mungkin menjadi tukang sampai cerita-walau siapapun kamu, kerana aku sampai saat ini tidak tahu siapa sebenarnya yang memulakan cerita, jangan risau, aku tidak marah dan tidak ada sedikit pun dendam. Aku malah mahu mengucapkan terima kasih kepada kamu.  Aku mendoakan kesejahteraan kamu.  Dengan rendah hati dan ikhlas dari hati, aku mohon kemaafan sekiranya ada ulahku yang menyinggung hati sampai kamu tega bertindak menyampai cerita yang patut kekal menjadi rahsia.  Mungkin kamu tidak menganggap aku sebagai kawan oleh kerana itu kamu sanggup menjual rahsia yang tidak pernah pula aku ceritakan pada kamu. 

P/s: Allah sayang Saya, Allah sayang kedua Ibubapa saya, Allah sayang Family Saya, Allah sayang sahabat baik saya, Allah sayang orang yang saya sayang.  Sebab Allah sayang Saya, maka Dia mengutuskan seorang sahabat untuk menyampaikan cerita ini(cakap2 orang dibelakang saya) kepada saya.  Terima kasih ya Allah, kerana memberi petunjuk untuk merungkai mimpi2 saya selama ini.

Wednesday, May 9, 2012

Buang Ego

Hari ini aku dapat tau tentang satu perkara yang buat aku jadi celaru hati, celaru fikiran, celaru mental.  Namun, aku bersyukur kerana ia sebenarnya merungkai segala persoalan yang meraja fikiran dan hati aku sejak beberapa hari ini.  Cuma yang buat aku sedikit terkilan, ia sikit banyak menjatuhkan maruahku.  Entah apa fikiran rakan sekerja bila si tukang cerita mencanang cerita itu.  Hari ini aku buang egoku sedikit untuk terus bertanya pada orang yang terlibat dalam perkara ini.  Sungguhpun aku bakalan malu dan segan besok sekiranya terserempak dengan dia.  Aku berharap dengan membuang sedikit egoku, masalah ini dapat dirungkai dengan lebih jelas.  semoga keputusanku ini tidak salah dan direstui oleh Allah.  Aku cuma mahu menjernihkan suasana. 

Tuesday, May 1, 2012

Harijadi Abah vs Hari Pekerja

1 Mei 2012

Hari ini harijadi Abah, tadi kami adik beradik buat sambutan kecil-kecilan untuk Abah.  Selamat Harijadi Abah, semoga Abah sentiasa berada dalam lindungan, rahmat serta berkat dari Allah SWT.  Semoga kesihatan Abah bertambah baik.  Tiada perkataan yang dapat menggambarkan kasih sayang Atie pada Abah.  Pegorbanan Abah, Jasa dan budi Abah dari Atie kecil sehingga Atie setua ini* tidaklah tua sangat bah kan...., tidak terbalas sebenarnya.  Ya Allah Tuhanku yang Maha Pengasihku dan Penyayang, Yang Maha Mengasihani, Kau panjangkanlah umur Abahku, Kau limpahkan Kurnia dan Rezeki yang Halal kepadanya dan Peliharalah Abahku selalu.

Abah selalu cakap macam ni setiap kali harijadi, " Besok saya kasi cuti semua rakyat Malaysia".....dan ia pasti mengundang tawa kami adik-beradik. 

Tunggu bulan lapan, 1.8.2012 pula harijadi mama.....

ermmmm.....Abah dengan mama ni memang berjodoh habis....masing2 lahir pada 1hb....

Abah: 1hb Mei
Mama: 1hb Ogos

Sewiiiiiit sangat....keehoii!!!! (>______________________<)



P/s: Abah...Saya Sayang Abah Sangat2 *saya Sayang Mama sangat2(kecil sebab entry untuk Harijadi Abah ok....maaf kerana sampai ke umur ini, Atie belum dapat bagi calon menantu, doakan Atie....tunggulah...Jodoh Atie akan sampai juga...A.S.A.P.............!!!