Saturday, April 21, 2012

Cinta Botol Vitagen

Larian pagi itu benar-benar memenatkan.  Nafas suraya tercungap-cungap saat dia melabuhkan punggungnya di pangkin dekat dengan sebuah pokok besar.  entah apa nama pokok itu suraya tidak mahu ambil pusing, yang penting suraya mahu duduk.  Dia penat setelah berlari dengan kelajuan 100 meter.  di dalam hati dia menyumpah-nyumpah anjing yang mengejarnya tadi.

"excuse me, awak dah terduduk art-work saya".  suraya tersentak, baru dia perasan di kerusi itu ada seorang lelaki yang memandangnya dengan muka serius sambil mulutnya mencicip vitagen.  Suraya cuak.

"err..maafkan sya cik, saya betul2 tak perasan tadi".  Suraya mengelap peluh yang mengalir di dahi dengan hujung tudungnya.

"Macammana nak perasan, kalau datang meluru tanpa melihat kiri dan kanan.  Dah tu duduk pula atas art-work saya.  Awak tau tak,  art-work ni saya kena hantar ahad ni.  Ini assignment saya tau tak".  lelaki itu mula membebel tanpa memberi peluang untuk suraya membela diri sambil meletakkan vitagennya di meja.  Suraya sempat melihat botol vitagen itu yang muncungnya ternganga luas, sempat suraya berfikir dalam hati, "kenapa minum vitagen tak guna straw? malu? habis kalau malu napa nak juga minum vitagen".   

Suraya cepat-cepat berdiri.  Dia mengambil art-work itu dan meletakkannya di atas meja sambil cuba untuk membetulkan renyukan pada art-work lelaki itu.

"Awak rasalah, dengan art-work yang renyuk macam ni, sesuai ke nak bagi kat pensayarah PSV saya tu".

Sergahan lelaki itu membuat suraya tersentak kali kedua. Tangan suraya terkena botol vitagen yang muncungnya ternganga luas.  Habis melimpah minuman itu dan mengenai art-work dan buku yang di atas meja.  Matanya sempat melirik ke arah huku itu, ia sebuah modul OUM yang bertajuk, Seni Dalam Pendidikan.  Mesti lelaki ini seorang cikgu.  Begitu suraya meneka di dalam hatinya.  Suraya cuba untuk menarik art-work dan Modul OUM di depannya tapi lelaki itu lebih pantas.  Suraya cuak.  lelaki mengemas barang-barang kepunyaannya di atas meja  dan meninggalkan Suraya terkulat-kulat di situ.  Suraya merasa bersalah.  Dia menyumpah kembali anjing yang mengejarnya tadi.

Malam itu selepas Isya, suraya berusaha membuat kembali lukisan seperti lukisan lelaki di taman itu.  "rasanya dia menggunakan teknik Kolaj, Mozek dan garisan dalam lukisannya", fikir suraya.  Dia yakin assignment lelaki itu sama dengan assignment PSV Julia, sahabat baiknya yang mengambil PGSR di OUM.  Suraya mula memikirkan idea untuk lukisan yang sesuai dan yang penting mempunyai 3 teknik tersebut.  Akhirnya Suraya memutuskan untuk membuat lukisan seekor obor-obor di dalam lautan yang luas.  Untuk laut, suraya menggunakan teknik mozek dan menggunakan kertas berwarna biru yang terdiri dari 3 jenis warna.  Kepala obor-obor, suraya menggunakan teknik garisan, manakala badan obor-obor suraya menggunakan teknik kolaj menggunakan kertas berwarna oren dan kuning yang terang.  Suraya menambah batu karang dan rumpai laut, dia menggunakan teknik kolaj untuk menambahkan keceriaan lukisan itu.  Setelah jam hampir menunjukkan 3 pagi, Suraya berjaya menyiapkan lukisan itu.  Dia meletakkan lukisan itu di atas meja dan mengipaskannya agar gam kering sepenuhnya. Selepas itu, dia melekatnya di mounting board dan membungkusnya dengan pembalut kalis air. 

Deringan alarm begitu membingitkan telinga Suraya.  Matanya masih mengantuk, namun dia menggagahi diri untuk bangun.  Dia perlu ke taman pagi itu.  Dia yakin lelaki berstatus cikgu pasti akan ke taman pagi ini.  Suraya yakin.  Dia menggeliat sedikit dan bingkas menuju ke bilik air.  Setelah mengerjakan solat subuh, Suraya membaca novel "Sehangat Asmara" tulisan Aesya Sofea sambil menanti jam 6 pagi.  Tepat jam 6, suraya menghidupkan enjin kereta dan menuju ke Taman Tun Fuad. 

Sampai di sana, suraya cepat-cepat menuju ke pangkin. Suraya duduk sambil menunggu lelaki itu datang.  Jam sudah menunjukkan jam 7 pagi, namun kelibat lelaki itu masih tidak kelihatan.  Suraya berasa bosan menunggu.  Suraya akhirnya membuat keputusan untuk meninggalkan lukisan itu di meja.  Suraya menuju ke kereta untuk mengambil kertas dan pen.  Dia kembali semula ke pangkin tersebut dan mula mencoret pesanan.

" kepada encik OUM PSV.....

....saya harap lukisan ni dapat membantu encik, saya dah cuba buat guna 3 teknik lukisan.  Saya betul2 minta maaf pasal kejadian kelmarin.

p/s: Art-work yang renyuk memang tak sesuai nak bagi kat pensyarah...

Miss Malang.

Petang itu, Suraya datang semula ke Taman Tun Fuad.  Tujuannya cuma satu, mahu memastikan samada lelaki itu sudah mengambil lukisan itu atau belum.  Sampai di Taman Tun Fuad, Suraya mempercepatkan langkahnya menuju ke pangkin.  Hati suraya berdetak kencang.  Dari jarak 30 meter, suraya melihat lukisan yang diletakknya di atas pangkin sudah tidak ada.  Hati suraya tertanya-tanya.  Dia risau jika bukan lelaki itu yang mengambilnya, takut jika orang lain atau penjaga taman mengambil dan membuangnya kerana menyangka ia adalah sampah.  Sampai di pangkin, suraya tersenyum.  kerana ada sebuah botol vitagen masih berisi dan straw beserta satu mesej.

To:
Miss Malang

P/s: lain kali jangan suka berlari dan meluru tak guna mata.  setakat lukisan awak ni, emm...cantik lagi lukisan anak buah saya umur 8 tahun.

Senyuman suraya mati bila membaca mesej di dalamnya.  Hati suraya mencemuh.  "cis, bukannya nak ucap terima kasih, boleh pulak nak bagi nasihat dan mengutuk', omel Suraya di dalam hati.  Suraya melangkah meninggalkan pangkin itu dengan hati yang sebal.  Di dalam hati dia mengutuk-ngutuk lelaki itu.

"Aku sampai tak tidur buat lukisan tu dengan sepenuh hati, dia boleh kata lukisan anak bua dia lebih cantik dari lukisan aku, cis...menyesal", teriak suraya di dalam hati.  Hatinya membentak-bentak dan ia terpancar dari wajahnya yang masam.  Tiba-tiba Suraya terjatuh, kakinya terpijak batu.  Pengunjung di taman itu menoleh ke arahnya, dia pasti dua tiga pengunjung di taman itu sudah mentertawakannya. Suraya cepat-cepat bangun, sakit di bahagian buku lali terasa berdenyut-denyut.  Dengan muka yang selamba, suraya berjalan menuju ke kereta.

Sudah sebulan sejak peristiwa di Taman Tun Fuad itu berlalu. Hati suraya tertanya-tanya bagaimanakah keadaan lelaki itu dan Assignment PSVnya.  Tapi bila mengenangkan ejekan lelaki itu tentang lukisannya, hati Suraya jadi panas.  Akhir-akhir ini, dia sering termimpikan lelaki itu.  Suraya jadi tidak selesa.  Entah kenapa hatinya mahu melihat wajah lelaki itu, dia seakan rindu untuk berjumpa dengan lelaki itu.  "hissh...kenapa dengan aku ni, lelaki kuat membebel dan mengejek macam tu...isshhh simpang malaikat 44', bisik hati kecil suraya. 

Suraya kembali ke bilik guru selepas kelas Pendidikan Seni Visual tahun 2C tamat.  Suraya menuju ke mejanya dan meletakkan buku dan lukisan muridnya di rak.  Mata suraya tertancap pada sekeping surat yang tertera namanya di mejanya.  "URUSAN SERI PADUKA BAGINDA" "Bahagian Perjawatan",  suraya kaget. Di tepi surat itu ada mesej daripada Julia, Sahabat baiknya.

Aya,

Aku ambil surat ni kat bawah tadi, nampak macam penting. 

Aku,
Julia

Suraya membuka surat itu dengan perasaan yang bercampur-baur.  Setahunya, dia tidak pernah memohon mana-mana perjawatan.  Namun, isi surat itu benar-benar membuat Suraya terdiam, hairan.


Suraya
Seperti mana kau dan mentari
Pengemis ini meminta
Serangkaian cahaya
Hatimu Suraya

Suraya
Bentangkan sinaranmu disini
Lembah hatiku gelita
Rinduku tiada terhingga
Padamu suraya

Kadangkala
Perkataan
Hanya merunsingkan sahaja
Kelu tak berbahasa
Hanya lilin hidupku menyala
Dan mengapa
Berkali ku biarkannya
Datang dan pergi semula
Semakin lama...

Suraya
Suatu masa dulu ku bahagia
Walaupun seketika
Ku masih percaya


Padamu Suraya
Handphone suraya berbunyi, cepat-cepat suraya mencari Handphone di dalam beg tangannya, di skrin tertera nama "Abah". 

"emm....entahlah Abah,  Aya memang takde siapa-siapa sekarang.  Macam ni lah Abah, kalau Abah rasa dia baik, Abah terimalah.  Aya redha Abah". 

"terima kasih Aya, Abah yakin dia lelaki yang baik dan jodoh yang baik untuk Aya.  Lagipun, dia kata, dia kenal dengan Aya".

Suraya membulatkan tekad untuk menerima jodoh pilihan Abah dan Mama.  Dia sudah malas memikirkan hal jodohnya.  Apalagi umur Suraya yang sudah meningkat.  Dia yakin pada Abah, dia yakin pada Mama.  Suraya juga yakin, bahawa kali ini, lelaki pilihan Abah adalah jodoh yang telah Allah beri kepadanya.  Suraya kembali semula ke mejanya.  Surat SERI PADUKA BAGINDA itu dilipat semula dan dimasukkan ke dalam meja.  Dia tidak mahu memikirkan tentang kandungan surat yang tertulis lirik lagu suraya nyanyian kumpulan head-wind.  Suraya hanya mahu memikirkan tentang majlis pertunangannya dan sekaligus perkahwinan yang bakal dilangsungkan cuti semester 1 hujung bulan Mei ini.

Malam itu suraya mencari lagu "Suraya" nyanyian kumpulan Head-Wind di You-tube, Suraya menghayati bait-bait pada lagu itu, ternyata ia masih tetap sedap untuk didengar.   hati Suraya berbunga riang memikirkan orang yang mengirim surat itu.  Suraya menerima panggilan daripada lelaki yang bakal menjadi tunangnya sekaligus suaminya kerana hari pertunangannya akan dijalankan serentak dengan majlis perkahwinannya.  Lelaki itu cuma mengucapkan terima kasih kerana sudi menerima pinangannya. Tidak sampai 5 minit lelaki itu memutuskan talian, suraya merasa tersinggung.  Masih banyak lagi yang hendak suraya tanyakan tetapi lelaki itu tidak memberinya peluang.  Dengan perasaan geram, suraya menalipon kedua orang tuanya, dan menyerahkan segala urusan perkahwinan termasuk tema dan pilihan warna kepada mamanya.  Suraya kembali menghayati lagu Suraya.

Masa berlalu dengan pantas, majlis pertunangan dan perkahwinan Suraya berlangsung hari ini.  Hati suraya cuak sebenarnya.  Sehingga ke hari ini,  suraya tidak pernah mengenali bakal tunang dan suaminya.  Semua ini adalah permintaan Suraya sendiri yang tidak mahu mengenali siapa tunang dan bakal suaminya sehingga  ke hari pertunangan dan Akad-nikah.  Dari semalam, hati Suraya tidak tenang sebenarnya, berkali dia beristighfar dan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segalanya. 

Paluan kompang semakin mendebarkan hati suraya.  Menandakan bakal tunang dan suaminya sudah datang untuk upacara pertunangan dan akad nikah.  Bakal Ibu mertuanya dan  Mama Suraya masuk ke bilik untuk upacara pertunangan. Bakal Ibu Mertua Suraya menyarungkan cincin pertunangan dan  mencium pipi suraya.  Selesai upacara pertunangan, Ibu Mertuanya menyerahkan satu bungkusan. 


"Botol Vitagen dan Lirik lagu Suraya", suraya hairan,  yang menambahkan kehairanan suraya adalah lukisan pada kertas yang tertera lirik lagu suraya.  Lukisan itu amat dikenalinya,  lukisan itu miliknya.  lukisan yang pernah dilukisnya untuk lelaki OUM PSV.  Bila melihat botol minuman vitagen itu, suraya yakin lelaki yang bakal menjadi suaminya adalah lelaki itu.  Suraya menguntum senyuman. 

Aku terima nikahnya Suraya Binti Zainal Abidin". Dengan sekali lafaz, Suraya sah menjadi isteri kepada Hazami. Suraya berdebar-debar dan merasa sedikit hairan ketika Hazami menuju ke arahnya, Hazami memegang botol vitagen yang telah terbuka plastic cover di muncungnya. Hazami meminum vitagen itu sehingga habis. hadirin yang ada tercengang melihat aksi Hazami. setelah vitagen itu habis diminum, Hazami menunggangkan botol vitagen dan menggoncangnya dengan tangan kanan sebanyak 2 kali, jatuhlah cincin emas di tangan kiri Hazami. Dia mengelap cincin itu menggunakan hujung sampingnya, hadirin bertepuk tangan dan tergelak riang. Dengan senyuman nakal Hazami mencapai tangan tangan Suraya dan menyarungkan cincin perkahwinan di jari manis suraya. Suraya mencium tangan Hazami dan mengucapkan sesuatu di telinga suaminya.

"Terima kasih encik OUM-PSV".  Hazami tersenyum lantas mencium dahi dan berbisik di telinga Suraya.

"Terima kasih Miss Malang". 
'bukan miss malang tapi Mrs Malang".  Hazami tertawa kecil lantas mencium pipi suraya lembut.

Selesai upacara akad nikah,  Suraya dan Hazama dibiarkan berdua-duan di dalam bilik sebentar sebelum Hazami balik semula ke rumahnya.  Hazami dan Suraya belum dibenarkan bermalam sebelum upacara persandingan esok. 


"sebenarnya, masa kejadian hari tu, abang memang nampak Aya kena kejar ngan anjing tu, kesian gak tengok Aya masa tu.  tapi hari tu abang memang tension sikit, Assignment abang tak siap lagi, tiba-tiba atie meluru dan duduk atas lukisan abang". Hazami ketawa mengenang kejadian sebulan yang lalu.

"masa tu, aya rasa bersalah sangat bang, jam 3 pagi baru Aya tidur nak siapkan lukisan abang tu. Dah tu pulak kena kutuk ngan Abang'.  Hazami memeluk Suraya dengan erat.

"Abang nampak aya jatuh petang tu, abang nak tolong tapi abang takut Aya marah, tapi saat tu lah abang jatuh hati buat kali keempat.

"hah....kali ketiga? maknanya ada kali pertama, keduadan ketigalah?".

"kali pertama masa abang nampak aya kena kejar anjing, clumsy sangat tapi cute, abang ketawa tengok wajah atie masa tu.  Kali ke dua, masa tengok lukisan aya dan kali ketiga masa tengok wajah cuak aya masa Aya tumpahkan vitagen tu dan masa abang marahkan Aya...comel sangat sayang, kali  keempat bila tengok wajah selamba Aya masa Aya jatuh terpijak batu".   Hazami ketawa lagi sambil memeluk erat tubuh Suraya dan mencium dahi Suraya dengan lembut.

"seminggu lebih abang buat solat isthikarah sebelum buat keputusan untuk meminang Aya"

"patutlah, aya selalu teringatkan abang sebelum dapat surat "SERI PADUKA BAGINDA" tu".

"selepas abang yakin Ayalah jodoh Abang, Abang terus cari maklumat Aya.  Dapat je maklumat abang terus bertindak hantar rombongan meminang dan hantar surat "SERI PADUKA BAGINDA tu".

"bahagian Perjawatan tu, bawa maksud Aya bakal jadi menjawat jawatan Puan ye bang?"
"Bijak-bijak", tangan Hazami mengusap lembut kepala Suraya.

"Abang memang suka minum vitagen ye"
"ye sayang, dan abang kalau minum vitagen tak suka guna straw".

Suraya dan Hazama ketawa.  Ada sinar bahagia di mata mereka.  Jodoh kadangkala datang pada waktu yang tidak terduga dan tidak disangka.

Tuesday, April 17, 2012

SAMAN

Mode: Aku Rindu
Jam: 2:16 pm
Kondisi Perut: nak makan sate la....


Alahai.....hari ni wa kena saman.  Ni la kali pertama wa kena saman pasal tak pakai sit-belt.  Huh...syukurla hari ini wa kasi renew licence setelah 3 bulan wa tangguh, kalau tidak misti wa kena 2 biji saman tadi.  Baru je nak bajet happy pasal da renew licence,  sampai kat simpang Limbawan, wa kena saman pula....huhuhu!!!  Apa kes....hampeh betul la hari ni.  takpelah....wa redha, memang salah wa pun....sapa suruh wa tak ikut undeng-undeng  jalan raya....he..he...he... (>________<)!!!

"cik tau apa kesalahan cik?' tanya encik Traffic dengan garang tanpa senyum...
"tau, tidak pakai sit-belt", wa jawab dengan tenang dan yakin.
"Minta lesen cik"..........

Encik traffic tanpa senyum*lokek senyum betul, terbantut mode hormat wa, terus tulis apa2 yang patut.  Pas ambik kertas saman dengan wajah kiut, wa ucap terima kasih*tanpa senyum kat encik Traffic.  Hati wa tak tau nak cakap masa tu, pasal wa teringat dompet hitam wa yang takde isi.  And, wa da ada rekod saman.....waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...(>..<)

P/s: mulanya wa nak upload kertas saman tu, tapi wa rasa macam melampau pula....hehehe....biarlah....

Saturday, April 7, 2012

Mencari Ilmu

Mode: Mencari sinar baru
Jam: 10:28 pm
Kondisi Perut: Kenyang....tapi mulut mahu makan aiskrim...


Sepatutnya entri ini aku tulis malam selasa lepas, tapi aku belum punya rasa menulis yang utuh waktu itu.  Otakku terasa bejat dan kemahuan menulis terasa tawar dan tidak punya rahi untuk mengetuk papan kekunci.  Padahal hatiku berkeinginan mahu mencoret sesuatu selepas membaca novel Ubaidillah yang kuangkat sebagai novel terbaik antara novel-novel yang telah kubaca setakat April tahun ini.  Sudahnya, aku pendamkan keinginan itu dan malam ini barulah aku melampiaskan segala keinginan untuk menulis komentar novel Ubaidillah yang bagus itu.

Membaca Novel Ubaidillah "Mencari Cinta Khalifah" banyak menyedarkan aku tentang sesuatu yang selalu hilang dalam diri.  Membaca helaian akhir novel itu, membuatkan aku tersedar akan khilaf dan betapa jahilnya aku dalam menelesuri hidup dan dalam permintaanku lewat doa-doaku yang mungkin tidak istiqamah walaupun kecil.  Terjentikkah sudah iman dalam diriku? terjagakah sudah aku dari kealpaanku? Allahu Rabbi...ampunkan segala dosaku dan dosa kedua orangtua ku.

Mencari Cinta Khalifah.....

Novel ini terkandung ilmu, dan ia disampaikan dengan bijak oleh penulisnya.  Ia sebuah kronologi kehidupan seorang manusia berjantina lelaki-khalifah sebetulnya.  Bermula dengan pengertian tentang erti khalifah sebenarnya yang sedikit sehingga dia menjadi hampir sempurna sebagai khalifah-tiada manusia sempurna tetapi hampir sempurna-aku percaya ini.  Pengertian tentang Khalifah harus dicari semantiknya dengan rapi.  Harus difahami secara pragmatik. Jika itu terjadi, aku yakin kesempurnaan iman akan terjentik.

Bermula dengan konsep perhubungan sesama manusia- secara khususnya ia menjurus kepada konsep "couple" dalam Islam, kemudian disambung dengan proses pencarian diri-bermaksud penghijrahan atau melakukan perubahan dalam hidup atau dalam bahasa lebih sofistikated-Anjakan Paradigma, Ilmu perbandingan agama-ini bagi menjawab persoalan yang mungkin timbul-terutama dalam soal-jawab mengenai Islam dan agama-agama lain, sehingga ke bab Munakahat-Perkahwinan- di mana ia banyak memberi penerangan tentang jodoh dan pelayaran sebuah rumah tangga-iaitu menyingkap resipi keharmonian rumah tangga dan yang paling penting bagiku-novel ini mengajar kita tentang kepentingan ilmu terutama ilmu agama, novel ini  juga mengajar untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar-iaitu kembali kepada obligasi sebenar sebagai seorang Islam, juga menerima qada' dan qadar Allah-menerima segala takdir yang ditentukan Allah dengan qanaah.  Umat Islam di Malaysia sudah semakin jauh dengan obligasi sebenar agamanya.  5 'S' yang semakin menyesatkan sudah menular-menanah dan menjadi barah tahap kronik dalam masyarakat Islam kini. 

Apa itu 5 'S'??? saya persilakan muslimin dan muslimat membaca novel ini supaya muslimin dan muslimat mendapat ilmu yang bermanfaat dalam novel ini.  Supaya muslimin dan muslimat memahami dan mentafsirnya mengikut persepsi kalian.  Supaya terjentik adiwira dalam diri muslimin dan muslimat menangkis dakyah si penentang Islam dan paling penting menangkis kejahilan dalam diri sendiri yang merajai hati dan minda kita.  Ironinya, ramai yang sedar hakikat ini tapi lantaran keenakan yang ada dalam 5 'S' itu mereka memilih untuk membutakan mata hati-lebih rela menzalimi diri sendiri.  aku kah itu??? Astaghfirullah al-azim.......

Yang paling aku suka dengan novel ini ialah proses ilmu yang berpanjangan bermula dari muka surat awal hingga ke muka surat akhir.  Aku suka cara penyampaiannya-wacana juga retoriknya. Satu yang paling terkesan, novel ini membuatkan aku semakin yakin sebab-sebab-kenapa Allah memberi takdir hidupku begini.  Ada banyak analogi dan ilmu-bermaksud kata-kata Islami yang boleh menjentik hati kita untuk bermujahadah dan bermuhasabah. 

Untuk mengintai sifat khalifah dalam diri yang selalu malap, apalagi saat hati terasa malas membaca kitab-kitab ilmiah Islam, aku syorkan korang yang bernama muslimin dan muslimat baca novel ini.  Sikit banyak, persoalan mengenai siapa diri kita dan di mana kita hari ini-juga sedikit cara untuk melayari hidup atas landasan Islam sebenar-terutama pada mereka yang mahu mendirikan rumah tangga dan sudah berumah tangga-ada dalam novel ini.  Yang pastinya,  selepas membaca novel ini, otak-minda-hati-dada-akan sarat dengan ilmu-bermaksud ia meningkatkan pengetahuan kita tentang ilmu agama-bukan bermaksud para muslimin dan muslimat tidak tahu akan ilmu agama yang asas-cuma dengan membaca novel ini-otak yang menyimpan ilmu itu akan terpanggil dan terpapar semula dalam bentuk yang lebih segar.


Perkongsian ilmu ada dalam novel ini. Teringat Ustaz Azhar Idrus, ada sebab kenapa dia hadir dalam generasi kini, di saat mata-minda-hati generasi kita terjebak jauh dalam 5 'S'.  Pendekatan dakwahnya sesuai dengan generasi kini dan ia semacam satu fenomena baru, lantaran itu ada pihak2 yang kurang menyenangi UAI.  Tapi setelah memahami 5 'S', aku rasa kehadiran UAI adalah sesuatu yang sangat baik.

Tuesday, April 3, 2012

Penggoda Jeruk Rasa 2

 
Langit bertukar warna dan bermegah-megah
Warna jingga sudah memencar indah
Aku duduk termanggu cuba menyanggah
Benarlah bahawa jiwaku belum tepu dan ampuh

Waktu aku mengusir figuramu ke kaki langit
Waktu aku menyuruh kau menebarnya ke horizon jingga
Aku belum ikhlas dan penuh ralat terselit-selit

Memang aku si bego itu yang belum mampu menyah rasa dengan nyali
Kau datang menggodaku dengan gemalai dan penuh santai
Padahal waktu itu aku sudah letai
Menjeruk rasaku pada pasir pantai

Tanpa relaku kau menjerumusku ke satu maya
Tidak asing tapi penuh zulmat
Kau biarkan aku sendiri merangkak cermat
Mencari arah sinar cahaya

Benarlah,
Aku tidak mampu untuk lupa
Bila langit bertukar jingga

.........mencari diri memperbaiki diri demi cinta hakiki....nukilan Atie 3.4.2012 Selasa

Monday, April 2, 2012

Hari Pancing dan Ikan

Mode: Aku Rindu Dia
Jam: 8:06 pm
Kondisi Perut: Masih mau makan aiskrim Magnum


Sepatutnya entri ini aku tulis semalam, tapi penyakit M aku menyerang lagi.  Petang kelmarin jam 4.30 lebih sedikit, aku dan adik beradik pergi memancing kat Kolam en. Robert.  Sampai kat situ, terus cari port untuk tebar pancing masing2.  Yang hampehnya, bolehnya adik aku lupa bawa umpan, yang ada cuma umpan udang kecil yang tak berapa nak banyak.  Bontot belum panas, umpan udang dah habis.  Nasibla, ada kedai runcit dekat situ yang jual baja ikan.  Baja ikan tu la yang jadi umpan kami.  Well, berkat rezeki dari Allah walaupun cuma berbekalkan umpan baja, mata kail kami asyik mengena.  Baru tebar, dah ada ikan yang ikan menarik umpan, sampaikan anak buah aku yang tak reti nak memancing dan baru berumur tiga tahun tu pun boleh dapat ikan.  Rasanya, itu rezeki daripada Allah untuk kami sekeluarga.  Aku akhirnya dapat naikkan ikan lampam, biarpun saiznya kecil tapi dapatlah juga naikkan ikan lampam. ceh....itu pun nak bangga.  Kelmarin tangkapan kami seberat lima kilo = RM50.  Semua rasa seronok sangat, sampai2 cuti good friday nanti kami nak datang lagi.  time tu, tidak tau lah samada kami berjaya naikkan ikan seberat 5 kilo.  Jumlah tak penting, yang penting dapat memancing dengan gembira.  Rugi tak bawa hp kelmarin.  masa nak jalan, hp aku habis bateri.


Kelmarin aku rasa gembira, hilang sikit rasa sedih yang bersarang dalam hati.  Hari ini, aku harus mengaku lagi, aku betul2 rindu dengan dia.