Thursday, March 29, 2012

Makna di sebalik benda: Simile, Metaphore or what


Mode: Am I Miss You a Lot or I am Miss You a Lot
Jam: 9:45 pm
Kondisi Perut: Masih Mengidam Aiskrim Magnum

Things and its Meaning behind

Rainbow - see the miracle? odds colours came together to build a better picture.
Night - My life without your sunny smile.
Energizer Battery - Full of positive energy even i can see a glimpse of us together in future.
Mosque - Keep on hoping for tomorrow happiness.
Handyplast - To cover your broken heart, to hide your secret.
Clock - The clock is ticking, as steady as my heart beating.
Ulam - Good for your heart and soul.
Cough Syrup - I'm overdosed with your beautiful inner self.
Pillow - Will hug you forever and ever.

------------------------------------------------>from novel: Hak Cinta Terpelihara...LYNN DAYANA

Macam sweet macam lawak macam romantik.....hehehe!!! Nah...sapa2 yang tengah fikir nak ayat gf/bf, dah nak pitam fikir cara pujuk gf/bf, otak dah karat babas fikir cara nak describe perasaan korang pada gf/bf korang tu, bah...apa kata korang try cara ni....tengok bole layan ka tidak??? caranya senang saja, send MMS gambar2 berkenaan beserta ayat penyata...ahaks!!! tengok respond gf/bf korang.  Wa rasa, cara ni paling ngam dipraktikkan oleh BF...sure punyalah gf korang akan rasa korang ne romantik gila.  Trust me, girl/wanita yang hati batu pun leh tercair jugak bila korang guna cara ni-untuk kes girl/wanita hati batu, wa nasihatkan korang hantar banyak kali and fikirkan pix2 yang lebih kiut dan ayat2 yang lebih dramatik-budak yang ambil art/sastera takkan tak leh buat ayat simile dan metafora dan personafikasi, time ne la nak praktis ilmu sastera korang-kurang2 berkat juga hasil ajaran cikgu sastera korang tu.  Harus diingat, jangan pula korang MMS pix2 yang tak senonoh.  Sila jangan tunjukkan kebodohan anda...(>________<).

Lie To Me

Mode: Lumangad Oku Dika
Jam: 3:46 pm
Kondisi Perut: Masih mencari Aiskrim Magnum


What should i do? I really need a magic wand today, and yet the magic word...huh!!! I Miss You So Much......I am the "Silent Screamer" ....coz i can't vomit all those words to you....i just can yell its in my heart!!!


Love just come to me as a lie
Then the lie become love
Then we learned that sometimes within the lie
There hides a truth that is more passionate then reality.......( A quote from KD's "Lie To Me")

Wednesday, March 28, 2012

Langadon Oku Miampai Dika

Mode: Lumangad Oku Dika
Jam: 3:36 pm
Kondisi Perut: Mau Makan Aiskrim Magnum

Aku harus mengaku dan membuat pengakuan tulus.  Ya...aku rindu betul dengan dia.  Terpaksa berpura-pura tidak rasa itu dan ini setiap hari membuatkan aku semakin bijak berlakon.  Kepada Allah aku luahkan rasa rindu itu.  Semoga Allah menitipkan rasa rinduku itu di hatinya, semoga dia dapat merasakannya.

Thursday, March 22, 2012

Hadapi Dengan Senyuman acousticed by Encik Mimpi


Mode: Aku Sedih Sangat
Jam: 10:26 pm
Kondisi Perut: Sebu
Malam ini setelah 10 hari memadam akaun FB, aku buat semula akaun FB yang baru dan itu pun atas permintaan kawan FB aku. Itu cerita sekejap tadi.
Cerita hari ini-bermaksud tengahari tadi-Aku betul2 sedih. Sedaya upaya aku tahan rasa tangis yang hendak meledak-ledak macam lava di tubir mata, tapi tidak mahu membuat bff aku Suzie GT panik dengan tangisku yang bakal meledak, aku cuba sedaya upaya menahannya dari meletus. Apalagi dia juga dalam keadaan sedih yang ditahan2. Sudahnya, aku cuba memaniskan muka, mata dan hati yang sudah menanggung letusan lava yang panas. Tapi waktu aku sudah tidak dapat menahan lava panas itu, aku sembunyikan diri dalam bilik kecil.  Lava itu meletus dan mengalir laju tanpa dapat ditahan-tahan lagi. memang aku terkantoi dengan Ain dan aku biarkan dia menafsir lava yang mengalir mengikut pengertiannya. Waktu terkantoi dengan Jihah, pada bffku itu, aku cuma bilang, nanti sampai waktu aku akan ceritakan semuanya pada dia. Aku bersyukur dia tidak bertanya dengan lebih lanjut, aku yakin dia faham yang aku mahu menenangkan diriku dulu. Sedih itu terbawa-bawa sampai ke malam. Hatiku rasa tenang sedikit waktu membaca frasa en. Mimpi ini....

"Walaupun sebenarnya adakalanya kita berpura-pura dalam senyuman, tidak mengapa, kerana dalam masa yang sama kita sebenarnya sedang membelai hati kita supaya tidak bertambah sedih atau sakit. Kita juga tidak mahu menyusahkan orang lain untuk turut risau di atas masalah yang kita hadapi. Kita mahu orang disekeliling kita senang dengan kehadiran kita. Dan sudah pasti Allah akan membantu kita jika kita cuba membantu orang lain untuk merasa senang dengan kita.

Jadi, walau berat mana masalah atau kesulitan yang kita hadapi, usah mudah mengalah, dan hadapilah semuanya dengan senyuman. :)

Aku akan hadapi semuanya dengan senyuman selepas ini. Walaupun sedih, di depan Abah dan Mama, adik2, ipar duai, anak2 buah serta sahabat-sahabatku dan kawan-kawan, aku akan berpura2 senyum untuk menutup perasaan sendiri-agar mendung itu tidak kelihatan.



Lagu utk u'all b4 kami fly



Aku Suka Sangat Lagu ne....En.Mimpi...Lu memang Best!!!

Wednesday, March 21, 2012

Secret Admire Eps 25 - Tamat

 




Cuti semester pun bermula, aku dan member-memberku bercadang untuk ke Pantai Tanjung Aru. Kebetulan rumah kakak Namil kosong sekarang kerana sedang bercuti di Pulau Langkawi. Setelah mendapat kebenaran daripada ibubapa masing-masing kami datang bercuti dan tinggal di situ untuk bercuti. Sampai di Pantai, kami bermain di gigi pantai. Aku cuba untuk mengubat rasaku. Aku meminta diri kepada member-memberku yang sudah mula hendak mandi laut untuk duduk di tikar. mungkin faham dengan keadaan diriku mereka tidak memaksuku untuk turut serta mandi dengan mereka. Hari ini aku benar-benar rindukan Asri. Rindu pada senyumannya yang selalu membuatkan aku jadi aiskrim.

Sejak dari pertemuan empat mata antara kami hari itu, Asri tidak pernah menegurku lagi. aku juga selalu mengelak dari dirinya. Aku membuka buku catatanku tempat aku mencoret puisi hasil nukilanku sendiri.

"Hari ini entah kenapa aku macam terasa kehilangan.

Hati aku rasa macam parah dan berdetak-detak

memaksa aku mencongak perasaan yang bergeladak dan bertekak

mengatakan ia belum pulih dari rasa kecewa.

Tapi otak yang tersimpan akal itu juga bertempik sorak-sorak

mengatakan bukankah aku sudah lali dengan rasa kecewa dan sebak

yang selalu menembak hati sampai luka parah tersiat-siat.

Sungguh aku penat".

Setelah selesai melengkapkan puisi itu aku mengangkat kepalaku untuk memerhatikan gelagat member-memberku yang sedang sakan mandi-manda. Aku terkejut bila melihat Dasuki, Julie dan beberapa pelajar putera yang lain berada di situ. Aku melambaikan tangan ke arah mereka. sempat mataku melilau mencari kelibat wajah kesayanganku tapi hampa. Aku memujuk hatiku sendiri. Dari jarak sederhana jauh itu, aku lihat member-memberku seperti sedang berbincang sesuatu. macam serius tapi aku malas ambil pusing. Hatiku hampa sebenarnya bila wajah yang aku rindukan sangat-sangat tidak ada di situ. Tiba-tiba mataku tertumpu pada figura dua insan yang aku kenal. Aku agak terkejut tapi lantas menguntum senyuman. Zul dengan Mar sedang berjalan beriringan di tepi pantai. Dari riak wajah mereka ada kemesraan terpamer dan aku dapat lihat ada pancaran bahagia pada wajah mereka. Aku tersenyum dan sedikit hairan, "ramai pula school-mate aku kat sini hari ni".

Aku membuka Novel "Secret Admire" yang berbaki 5 muka surat. Belum sempat tenggelam dalam nove,l aku dikejutkan dengan suara panik Fahani.

"Atie.......Asri Atie...", melihat suara panik Fahani dan mendengar nama Asri disebut aku turut panik.

"Cepat Atie....Asri lemas", Fahani cemas.

"Far....Asri......dia". Fahani berlari dan aku mengikut arah larian Fahani. Perasaanku kala itu tidak menentu. Berdebar-debar takut terjadi sesuatu pada Asri. Airmataku sudah mula bertakung. Aku berlari menuju ka arah yang ditunjukkan oleh Fahani.

"Asri......kau....", tanyaku hairan.

"kau...", Wajah Asri juga kehairanan sambil jari telunjuknya menuding ke arahku.

Aku terduduk lemah dan pada masa yang sama merasa lega lelaki kesayanganku itu tidak apa-apa. Asri cepat-cepat menghampiriku. membantu membangunkan aku.

"kau tak apa2?", tanyanya lembut. Aku menggelengkan kepala. Aku mula menangis. Wajah Asri panik bila melihat aku mula menangis.

"Dorang cakap kau lemas", kataku dalam sedu-sedan. Asri menenangkan aku dengan mengatakan dia tidak apa-apa. Walaupun berkali dia memujukku yang dia tidak apa-apa, tangisku belum mahu berhenti.

"ni semua kerja dorang si Dasukilah ni, kau tak tau tadi...jantung aku ni macam mau tercabut bila dengar kau cedera dan berdarah dengan banyak", kata Asri setelah tangisku  reda.

kami berpandangan dan akhirnya ketawa. Adegan sadis itu tadi berakhir dengan tepukan dan sorakan dari kawan-kawanku. sekali lagi kami berpandangan dan ketawa. Ada sinar bahagia pada mata Asri. Aku Rasa dia juga dapat melihat pancaran bahagia pada wajahku.

"kau dah terima aku kan Atie", kata Asri dengan penuh pengharapan. Aku mengangguk sambil tersenyum. Asri membalas senyumanku dengan senyumannya yang selalu membuatkan aku jadi aiskrim.






Secret Admire Eps 24

 
Aku duduk di atas tikar sambil memerhatikan member-memberku bermandi-manda. riang sungguh mereka bermain air. Aku lihat Zie dan Kak Yen sudah berkejaran di gigi air. Pastilah Zie menyakat kak Yen lagi. Aku tersenyum riang dan gembira melihat galagat mereka.

"Tie, jomlah mandi", teriak Namil. Member-memberku yang lain turut melambai-lambai ke arahku.

"kejap lagilah", kataku separuh berteriak sambil melambai ke arah mereka.

Aku membuka novelku yang terbaruku "Secret Admire". setelah berkira-kira mahu tenggelam dalam novel aku dikejutkan dengan satu suara yang aku kenal.

"Atie, boleh aku bercakap dengan kau".

"Mar, duduklah", Aku terkejut dengan kehadiran Mar yang tiba-tiba. Aku ingatkan dia tidak ikut serta dalam rombongan ini kerana rombongan ke beach ini bukan paksaan, hanya untuk mereka yang berminat.

"Aku mengganggu kau ke", tanyanya. Wajah Mar kelihatan sedikit sayu tapi masih ayu.

"taklah Mar, tak ganggu pun...kenapa Mar, cakaplah". kataku lembut walaupun aku sedikit gugup.

"Atie sebenarnya aku nak minta maaf dengan kau", perlahan saja suara Mar. Dia menarik nafasnya dalam-dalam.

"untuk apa?", tanyaku kehairanan kerana sepatutnya aku yang harus meminta maaf kepadanya. Mar melepaskan keluhan berat.

"Terimalah Asri, Atie", kata Mar sambil memegang erat tanganku. hati bergetaran saat itu dan terasa seperti hendak melantun keluar. aku kira Mar akan meminta aku agar jangan mengganggu Asri lagi. tapi sangkaanku meleset.

"Mar", hanya itu yang keluar dari mulutku yang seolah terkunci.

"dia pilih kau Atie, bukan aku", katanya lirih. Aku merasa senak perut mendengar kata-kata Mar apalagi bila dia mulai mengalirkan airmata. rasa berdosa menerjah ke seluruh urat sarafku.

"Asri betul-betul menyintai dan menyayangi kau. Cuma aku yang enggan terima hakikat ini dan masih menjerat dia dengan pertolongan aku yang tak seberapa dulu". Mar menyeka airmatanya dengan hujung jari. Aku cuma memandangnya dengan sayu. hatiku juga sudah mula beremosi.

"sebenarnya, hari tu aku sengaja menyakitkan hati kau dengan bermanja-manja dengan dia sebab aku tau yang kau suka dengan Asri dan Asri juga sukakan kau. Aku tau kau nampak aku masa aku menangis hari tu depan Asri. Aku sengaja sebenarnya melentokkan kepala di bahu Asri supaya kau sakit hati". Aku terpempan dengan pengakuan Mar.

Dia memandangku dan sekali lagi memegang tanganku dengan erat.

"Maafkan aku Atie, Sebenarnya time tu dia berterus terang yang dia cuma anggap aku sebagai kawan. Memang selama ini aku tau, Asri tidak pernah cintakan aku. aku kongkong dia dengan syarat yang aku bagi dulu masa dia pinjam duit aku untuk bayar yuran SPM. Aku paksa dia rapat dan jadi couple aku sebab aku sukakan dia" kata Mar dalam sendu. Dia mula menangis teresak-esak. Aku juga semakin sebak. Aku memeluk Mar dan kami menangis bersama.

"Atie, kau terimalah Asri", kata Mar setelah pelukan kami renggang. Aku menggenggam tangan Mar dengan erat sebelum dia berlalu pergi.

Secret Admire Eps 23



"Pengumuman kepada semua pelajar tingkatan 6 bawah, anda dibenarkan untuk pergi berkelah ke Pantai Tanjung Aru Beach besok, sila tulis nama di buku keluar sekarang. anda semua diminta untuk berkumpul di perkarangan asrama sebelum jam 7.00 pagi", suara warden cikgu Zubaidah melalui intercom disambut dengan sorak-sorai pelajar asrama terutama pelajar tingkatan 6 bawah. Aku dan geng2ku tidak ketinggalan bersorak keriangan siap ber "santikey" dan saling memberi "Give me Five".

Pengumuman dari cikgu Zubaidah membuatkan aku gembira. sekurang-kurangnya ia dapat jadi terapi untuk hatiku yang sedih. Aku mengajak Fahani untuk menulis nama di bilik warden.

"Atie, kau tak menyesal dengan keputusan kau menolak cinta Asri". Pertanyaan Asri membuatkan aku tersentak.

"Far, please, jangan bunuh perasaan happy aku ni...aku tengah semangat gila ni mau ke pantai besok. Tapi kau tanya aku pasal perkara yang aku nak lupakan".

"Sorry Atie, i just ask", Fahani memeluk bahuku. Aku cuma tersenyum kelat pada Fahani.
 
Sampai di dorm, aku lihat Kak yen sudahpun menyediakan sandwich berintikan ikan sardin dan telur. Kebetulan petang tadi kami meminta kebenaran warden untuk ke kedai sempelang membeli keperluan diri yang habis. nasib baik Cikgu Zubaidah memberi keizinan.

"wah...mewahnya siap ada telur lagi", kataku sambil duduk di sebelah kak Yen yang tengah asyik meletak inti pada sandwich yang dipegangnya.

"kak Yen curi telur rebus banyak2 time sarap tadi, mau sepuluh biji dia curi tadi", kata Zie dengan mimik muka yang membuatkan aku tergelak.

"Oh...kau tuduh aku curi ya zie, besok kau jangan makan sandwich yang ada telur curi ni besok", kata kak Yen sambil membesarkan matanya. kami semua ketawa dengan pergaduhan ala-ala manja antara kak Yen dan Zie.

"Oh tidak cik Badak kita tengah marah oooo...haiya wa takut oooo...", zie semakin galak menyakat kak Yen.

"Aku humban juga budak kurus ne dengan telur ne karang", kak Yen merengus sambil berpura-pura hendak menghumban Zie dengan telur rebus di tangannya.

"heiii...jangan kak Yen, telur rebus curi paling sedap tau, sayang ni kalau main humban2...alalala cayang bucuk", Zie mengambil telur rebus di tangan kak Yen. Ketawa kami semakin pecah.

Secret Admire Eps 22

 


Aku meminta Mira menyampaikan pesanan untuk Asri mengajaknya untuk berjumpa masa rehat nanti. Sedaya upaya aku cuba untuk menumpukan perhatian pada pelajaran walaupun otakku terasa bejat. Aku tidak mahu soal cinta bakal merosak penumpuanku pada pelajaran. Syukur aku masih mampu mengawal otakku dari ligat memikirkan masalah cinta. sesekali aku mencuri pandang pada wajah kesayangan mata dan hatiku. Wajahnya kelihatan sugul sekali. nampaknya sawan perasanku masih belum baik lagi. tapi hati kecilku kuat menyatakan yang dia sedang sugul. melihat wajah sugul itu, hati gadisku terusik. Rasanya akulah punca wajah cute itu jadi begitu. Ah....sawan perasanku menyerang lagi. pada skala apa aku tidak pasti, yang pasti aku tidak sanggup menatap wajah sugul itu. Ada air hangat pada tubir mataku. Sudahnya, aku meminta keizinan daripada cikgu Zaitun untuk ke tandas. huh...nasib baiklah tahun ini bukan tahun STPM, kalau tak nahaslah jawabnya.

ketika aku keluar dari tandas, aku dikejutkan dengan sapaan satu suara. suara lelaki. "Dasuki", kataku sambil menepuk dadaku akibat terperanjat dengan sapaan yang tiba-tiba itu.

"Atie, kenapa kau buat Asri macam tu. Sebenarnya selama ini dia simpan perasaan dengan kau. OK...dulu ya Asri memang playboy, tapi tidak setelah dia jatuh cinta dengan kau". Wajah Dasuki begitu serius, hinggakan ada sedikit kerutan pada keningnya. Aku terdiam mendengar penjelasan Dasuki.

"Atie, percayalah. Dia sayang dan cintakan kau", Dasuki menelan liurnya sebelum meneruskan kata-kata seterusnya. Aku melihat dengan jelas halkumnya bergerak. Seperti tadi aku cuma diam. mahu mendengar penjelasan seterusnya daripada Dasuki yang sebenarnya sudah menarik perhatianku.

"Aku belum pernah tengok perangai dia macam ni, aku ni bestfriend dia Atie. Aku faham betul perangai dia. semalam dia menangis depan aku. Kau tau, dia tak pernah menangis sepanjang aku kenal dia dan tak pernah menangis untuk seorang perempuan". Penjelasan akhir Dasuki membuatkan airmataku bertakung di kolam mata. Dasuki meninggalkan aku dengan satu pesanan. "Kau fikirlah baik-baik, aku rasa kau tau pasal cerita sebenar hubungan Asri dengan Mar". Aku termanggu sendiri, Ya..aku memang tau pasal cerita itu. Persoalan di sini ialah Mar cintakan Asri dan lebih dulu mencintai Asri-lebih dulu menjadi couple Asri. kalau aku menerima Asri bermakna aku telah melanggar prinsipku. Bijakkah aku?. Akhirnya setelah bertenggek lama di tepi tandas, satu tempat yang sangat tidak strategik untuk berfikir dan membuat pilihan-aku akhirnya tetap memilih keputusan tekad yang aku buat sabtu lepas.

Semasa rehat seperti yang telah dijanjikan, aku berjumpa dengan Asri. Aku menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Asri. Aku cuba untuk senyum semanisnya dan senyumanku bersambut. cuma kali ini senyuman Asri kelihatan tidak berseri. sempat hati gatalku berkata, "mana senyuman aiskrimku". setelah beberapa saat keadaan jadi bisu. Aku memulakan bicara.

"Asri sebelum tu, aku minta maaf kalau apa yang bakal aku cakap ni akan melukakan hati kau". Asri menganngguk lemah tanpa melihat mukaku.

"sebenarnya selama ini, aku suka dan cintakan kau. Dari hari pertama aku nampak kau masa aku mula-mula sampai di sekolah ni, aku minat sangat dengan kau. Aku Frust menonggeng bila tau ku ada girlfriend", Aku menelan liurku sementara Asri memandang wajahku dengan sedikit senyum pada wajahnya. Aku mula beremosi pada bait seterusnya.

"Asri, aku cintakan kau tapi aku tidak dapat menerima kau sebab Mar. Dia sayangkan kau Asri malah dia lebih dulu mencintai dan menyayangi kau. Lebih-lebih lagi kau sudah menerima dia sebagai couple". Asri meraup kepalanya sambil menutup mata masa aku menuturkan kata-kata ini. wajahnya bertambah sugul. Tidak ada kata-kata yang terkeluar dari bibirnya yang merah itu. Aku juga turut jadi bisu selepas itu. Kami berpandangan seketika dan aku dapat melihat matanya sesayu mataku. Perbualan kami terhenti di situ kerana lonceng telah berbunyi. Aku kembali ke tempat dudukku dan kulihat Asri keluar dari kelas dan tidak muncul2 sehingga kelas habis. Aku risau.

"Atie, kau sudah terus-terang dengan Asri", tanya Fahani ketika kami duduk di bawah kipas di tengah2 dorm. sahabat-sahabat yang lain sudah pergi ke gelanggang bola jaring setekah selesai prep.

"Sudah", jawabku pendek. tiba-tiba hatiku jadi sayu mengingatkan peristiwa tadi dan penjelasan panjang lebar Dasuki tadi. Tidak semena-mena aku menangis teresak-esak. fahani panik dan cepat-cepat bertindak memelukku. Aku menceritakan semuanya kepada Fahani. tentang penjelasan Dasuki dan tentang pertemuan empat mata tadi. Fahani memujukku dan memintaku agar bersabar.

Secret Admire 21

 


"Aku tak tau Far, Aku bingung", kataku dengan esak yang tertahan-tahan. Hatiku benar2 sayu dan sarat dengan perasaan yang sukar untuk aku bendung. "terus-terang Far, aku tak tau nak buat apa, macammana dengan Mar? aku tak mahu school-mate kita yang lain sangka yang bukan-bukan, aku tak mahu bergaduh dengan mar pasal perkara ni".

"Atie, kau pun tahukan Asri tak pernah cintakan Mar", kata Milah sambil mengelus lembut bahuku.

"Atie, si Asri tu ikhlas sukakan kau, percayalah", pujuk Fahani lembut. Aku cuma diam mendengar pujukan sahabat-sahabatku yang setia.

"Atie, kak Yen rasa kau patut menimbangkan juga perasaan Asri dan perasaan aku juga. Lagipun kau dah lama sukakan Asri, sepatutnya inilah peluang kau Tie'.

"Tapi kak Yen, bagaimana dengan perasaan Mar. Dia pun cintakan Asri juga, tentu dia akan rasa kecewa nanti", entah kenapa hati gadisku terusik juga bila aku bakalan merampas cinta seorang lelaki daripada seorang perempuan.

"macam ni lah, aku rasa kita biarkan Atie tenang dulu", kata zie tiba-tiba setelah sejak dari mula tadi asyik diam. "Bagi Atie peluang dan ruang untuk dia berfikir".

Seperti biasa, aku tabik betul dengan Zie. memang sesuai betul setiap tindakan dan fikiran dia sebagai budak pandai dalam geng kami. kata-kata Zie menyebabkan semua sahabatku akur. setelah saling berpelukan mereka meninggalkan aku yang duduk di birai katil. yang hampehnya mereka sepakat meninggalkan aku seorang dalam bilik dan berpesan agar aku tidak mengikut mereka. cis sungguh, tapi aku berterima kasih kerana aku sudah punya peluang untuk berfikir.

keseorangan di bilik pagi sabtu setelah sahabat-sahabatku beredar entah ke mana tadi membuatkan aku mencongak perasaanku sendiri. Akal dan hatiku sedang berperang sesama sendiri. Aku memang sayangkan Asri, sayang sangat. Hatiku benar-benar mengakui rasa ini. tapi sayang rasa ini salah mengikut kata akalku. Akhirnya aku akur pada prinsipku untuk tidak menyakiti hati gadis lain. Aku tidak suka merampas milik orang lain. Keputusan penuh sudah kubuat dan ia bulat. Entah kenapa akhirnya aku menangis tersedu-sedan setelah membulatkan keputusan yang kubuat sendiri. Dalam kesedihan dan esak tangis yang ku tahan-tahan, aku teringatkan mimpiku yang lalu, aku tersenyum sendiri.

Falsafah cinta ada mengatakan, "cinta memerlukan pengorbanan". Aku rasa itulah pengorbanan untuk first love aku. Aku membulatkan tekad untuk berjumpa dengan Asri besok. Aku akan terangkan segalanya. semua tentang perasaanku.

Secret Admire Eps 20

 
Pertandingan Lukisan itu pun bermula, perasaan gemuruh bertapak dalam hati masing-masing. apalagi saat melihat lukisan-lukisan dari sekolah lain yang hebat-hebat belaka. perasaan berdebar-debar semakin kuat apabila para hakim menilai lukisan-lukisan sekolah kami. Aku malah dapat mendengar jantungku berdetak hebat. Para hakim tersenyum sesama sendiri dan menganggukkan kepala, apa maksud anggukan itu aku tidak tahu. Aku dan Byaem saling berpandangan. Byaem tersenyum padaku, mungkin memberi isyarat agar aku bertenang. mungkin wajahku kala itu benar-benar menampakkan riak cuak. Aku membalas senyum Byaem dengan tawar. setelah para hakim menilai kukisan-lukisan kami, pertandingan lukisan antara sekolah menengah berhenti rehat untuk jamuan ringan dan mengira markah. Kami bersalaman antara satu sama lain.

Akhirnya setelah pertandingan terhenti selama setengah jam, saat yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Debaran kian memuncak dalam hati kami masing-masing. Debaran itu berakhir dengan kegembiraan yang tidak terhingga apabila sekolah memenangi pertandingan lukisan itu. rasa terbayar segala penat lelah menyiapkan lukisan itu. sekali lagi kami bersalaman. Byaem orang terakhir yang menghulurkan tangannya. katanya dia sengaja mengakhirkan aku untuk bersalaman bila aku mempertikaikan kenapa dia tidak menyalam tanganku lebih awal. kami membawa pulang wang tunai RM3000, sijil, trofi dan piala pusingan. Cikgu DJ sudah lebih awal memaklumkan kemenangan kami kepada pihak sekolah. sewaktu sampai di perkarangan sekolah, kedatangan kami disambut dengan penuh kegembiraan oleh guru-guru dan semua pelajar SMK Sanzac. Timbul juga perasaan bangga apabila dihargai begitu.

"tahniah, Cikgu amat berbesar hati dan bangga", kata pengetua. Hari itu semua kelas cuti tergempar di atas kemenangan itu. secara spontan sebuah majlis diadakan untuk meraikan kemenangan sekolah kami. setelah majlis keraian itu selesai, kami balik semula ke kelas masing-masing. Melihat wajahku tersembul di pintu kelas, Mira dan Namil menarik tanganku dan memelukku erat. rakan-rakan sekelas semua mengucapkan tahniah dan bersalaman denganku. selepas adegan mengucap tahniah dan bersalaman aku duduk dikerusiku. tiba-tiba Mira menyiku tanganku. Asri datang menghampiriku. Aku berdebar-debar.

"Tahniah, Atie", Asri menghulurkan tangannya. Aku menyambut huluran tangan Asri dengan perasaan gementar. genggaman tangan Asri terasa sedikit erat. sewaktu adegan ini berlangsung, syukur kebanyakan rakan-rakan sekelas ku sudah ramai yang pulang. tinggal aku, Mira dan Namil serta Dasuki dan Julie. i

"Atie, aku mau bagitau kau sesuatu yang penting, aku harap kau tak keberatan. Aku tau kau penat, tapi kau mesti bagitau kau hari ini juga", serius sungguh wajah Asri hingga aku terkedu dan tidak menjawab. Mira dan Namil meminta diri untuk pulang bila Asri meminta mereka untuk pulang dulu. Dasuki dan Julie kulihat mereka keluar dari kelas tapi menunggu Asri di Koridor hujung kelas. Mungkin bertindak sebagai penjaga tidak begrgaji.

Ketika tinggal berdua-duan dengan Asri perasaanku jadi canggung apalagi dengan mata helang dan wajah serius Asri. Aku gugup. sungguhpun aku memang sangat merindui Asri tapi bila berdua-duaan dengan keadaan serius begini terasa memualkan pula.

"Aku masih ada hal yang nak diselesaikan, maafkan aku", dengan mulut yang berat tapi masih bersahaja aku berdiri dan cuba berlalu tapi Asri kemudiannya menarik tanganku dengan kuat. Aku terkejut dengan tindakan Asri.

"kau tak akan pergi sebelum aku bagitau kau perkara ni", tegas suara Asri menyebabkan aku terkedu. tanganku masih dalam genggaman tangan Asri. Aku cuba menarik tanganku tapi sia-sia.

"sakitlah", aku cuba menarik tanganku lagi. Asri mengendurkan sedikit tangannya tapi masih tidak melepaskan tanganku.

"Duduk", perintahnya. Entah kenapa aku cuma menurut kemahuannya. Setelah aku duduk, akhirnya Asri melepaskan tangannya dan duduk di hadapanku. dia meraup muka hingga ke belekang kepalanya.

"Maafkan aku, aku bukan berniat nak sakitkan tangan kau tadi. Tapi aku terpaksa, sebab setiap kali aku mahu menyatakan sesuatu dengan kau ada saja yang menghalang". Asri menarik nafasnya dalam-dalam sambil menutup mata. Aku cuma mematung menanti bait seterusnya keluar dari mulut Asri yang merah.

"Atie, dengar sini", Asri merenungku dengan mata helangnya. Kali ini sawan gabraku tidak menyerang. aku yakin kerana aku mampu membalas renungannya. Agak lama kami bertentang mata. Di sebalik semua itu, hatiku masih sempat merasa hairan dengan perlakuan Asri hari ini. Lain benar tindak-tanduknya.

"aku suka dan cintakan kau", tenang Asri meluncurkan kata-kata itu keluar dari mulutnya. Aku terpana. "sudah lama dan banyak kali aku cuba untuk berterus-terang dengan kau tapi setiap kali itulah ada saja yang menghalang...kau tau tak aku tertekan" kata Asri sambil meraup mukanya sekali lagi. aku masih mematungkan diri. Rasa tidak percaya dengan pengakuan yang aku kira ikhlas daripada Asri. Rasa bahagia dan terharu. Aku hampir menitiskan air mata tapi sedaya upaya aku cuba menahannya.

"Tapi...Mar Mencintai kau Asri. Aku tak nak digelar perampas", setelah mematungkan diri beberapa ketika, dan setelah tersedar dari alam bahagia aku menuturkan kata-kata ini. "Aku macam sangsi pula, entah-entah ini planning kau untuk menduga aku, saja nak bagi aku perasan sebab kau tau perasaan aku dengan kau kan?", laju pertanyaan berbaur sangsi ini keluar dari mulutku. Asri memegang kepalanya sambil menutup matanya. Satu keluhan berat keluar dari mulut merahnya yang selalu menguntumkan senyuman untukku. Senyuman yang selalu buat aku jadi aiskrim.

"Atie, aku betul ikhlas dengan kau. aku ikhlas sayangkan kau. Aku tau kita masih muda dan mentah tapi sebagai manusia biasa dan lelaki aku tak boleh tipu perasaan aku". Asri memegang kepalanya sambil menutup mata. "Aku belum pernah ada perasaan begini dengan Mar atau dengan mana-mana perempuan lain, cuma dengan aku Atie".

Asri memandangku dengan wajah sayu, hilang sinar matanya dan senyumannya juga mati. "Please Atie, try to understand and give me a chance". Aku hilang punca antara pendirian, prinsip dan kemahuan. mana mungkin aku merampas Asri daripada tangan Mar.
"maafkan aku Asri, aku tak tau nak cakap apa", fikiranku sedang binggung sekarang. Airmataku yang tertahan sejak tadi kini mulai gugur. Aku menangis antara rasa gembira, sedih, bangga dan juga sangsi. Aku berdiri dan cepat-cepat menarik begku dan meninggalkan Asri termanggu di situ.

Secret Admire Eps 19

 

Hari ini kami membuat terakhir sebelum pertandingan esok. semua lukisan telah di seal dan disediakan dalam kotak khas. kelagaan jelas terpancar pada setiap wajah. Ada senyum puas terpamer pada bibir. Akhirnya kami dapat berehat sekejap. setelah berpuas hati dengan segala kelengkapan untuk pertandingan esok, kami semua bersalaman dan bersurai, masing-masing menuju ke kelas.

"Byaem jom kita balik kelas", aku mengajak Byaem. sepanjang perjalanan balik ke kelas dia banyak membuat lawak yang agak bodoh kukira. sempat juga aku mengutuk dalam hati. Ketika sampai depan kelas, aku dapat melihat dengan jelas Asri sedang memandang ke arah kami. Aku berdebar. terasa renungan tajam Asri tepat menghunus ke mataku. macam mata helang. Debaran di dada kian terasa rentaknya ketika aku hendak masuk ke kelas melalui pintu belakang kelasku.

"Okay...bye...good luck ya, jangan lupa sampaikan pesan "I miss you" kat Mira." Byaem mengenyitkan matanya dan aku pula hanya membalas pesanan dan kenyitan mata gatalnya itu dengan senyuman dan sedikit sengih. sebenarnya ia lebih pada untuk melegakan debaran dada yang sudah mengalun rentak heavy metal iron maidin. Asri merenungku dengan mata helangnya.

aku kemudiannya duduk di mejaku. Ada nota kecil utnukku memberitahu tentang kepergian Namil dan Mira ke Hospital. Ada Appoinment dengan doktor gigi. Kedatanganku menggamit beberapa rakan sekelas datang bertenggek di mejaku. hendak bertanya pasal pertandingan lukisanlah tu. aku memaniskan muka sekalipun hajat hati hendak berehat sekejap sebelum menyambung pelajaran seterusnya.

"Atie, lukis muka aku boleh", tanya Itot dengan keletah manjanya.

"Boleh, tapi ada upahnya kok, 100 rupiah untuk satu potret. Ibu mau?". Jawapanku mengundang gelak besar kami. sempat mataku melirik pada Wajah Asri. Mata kami bertembung. Aku tidak tahu samada mahu memberi senyum atau tidak. takut senyumku tidak berbalas. sudahnya aku hanya membiarkan pertembungan dua mata itu tanpa senyuman manis dan dia juga tidak memberiku senyumannya yang selalu buat aku jadi aiskrim itu. Dari ekor mata aku lihat Julie dan DuDi menepuk bahu Asri. Aku kaget.

"Atie, pukul berapa pertandingan tu besok?", tanya Noi mengusir lamunanku. Kaget yang menyerang pada skala 5 itu terbang melayang. syukur tiada yang terkesan rasa kaget di wajahku.

"8.30, tapi jam 7.00 kami bergerak dari sekolah", jawabku sambil menahan rasa kaget. Tidak berani memandang wajah Asri lagi. Sekalipun aku sangat rindu padanya. Rindu pada senyuman manis dan cute itu.

"Noi", Tiba2 Julie teriak2 memanggil nama Noi. teriakan Julie menyebabkan kami menoleh ke kumpulan meja pelajar putera. sekali lagi mata kami bertembung. masih tanpa nyawa. dalam hati aku berharap agar Asri dapat melihat senyum pada wajahku sekalipun senyum itu tidak terukir pada wajahku. Aku harap dia dapat merasa rinduku.

"apa ne, panggil2 nama aku", balas Noi separuh berteriak juga.

"Si Dudi kirim salam", balas Julie disambut derai tawa oleh pelajar putera yang terdiri daripada Dasuki, sahlan, Asri dan Dudi. Merah telinga Dudi bila diusik begitu oleh Julie.

"salam tak diterima, si Dudi pemalu sangat. Kalau betul dia kirim salam, suruh dia belanja aku makan aiskrim tuntung", dengan selamba noi berkata dan ia membuatkan ketawa kami pecah. Telinga Dudi semakin merah. Jelas sungguh warnyanya. hahaha.

Aku juga turut ketawa, memang agak lucu suasana ketika itu. lebih2 lagi melihat telinga Dudi yang sudah bertukar merah. Tapi mata Helang Asri segera mematikan senyumanku. hatiku terasa sedih sedikit bila tiada langsung senyuman dari wajahnya dari saat aku masuk ke kelas sampailah ke saat adegan penuh dramatik dan lucu ini. Jiwa kacauku diselamatkan oleh Maisarah bila dia menghalau teman-temanku.

"oii..janganlah akacau Atie lagi, dia penat tu, kasi chancelah dia tenangkan otak dulu", sergah Maisarah yang muncul tiba2. "saved by the bell", bisik ahti kecilku. bukanlah aku tidak menyenangi kehadiran rakan sekelasku tapi aku sememangnya penat sedikit. 'Thanks Sarah", bisikku dalam hati. Aku mengenyitkan mata pada Maisarah dan mengharapkan dia faham yang itu adalah tanda terima kasihku pada pengertian dia. Sarah membalas kenyitan matku dan tersenyum manis.

berseorangan di meja membolehkan aku mengulangkaji pelajaran yang tertinggal. Hari ramai guru tidak masuk mengajar kerana terlibat dengan kursus dalaman yang terpaksa dianjur oleh pihak sekolah pada hari persekolahan. tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu suara yang menyentap jantung dan hatiku. terasa seperti jantungku hendak melantun keluar.

"Atie, boleh aku cakap dengan kau kejap".

"Sure, duduklah", jawabku gugup.

"Mana Mira ngan Namil"? tanya Asri sambil menarik kerusi di hadapan mejaku.

"hospital, pegi cabut gigi",

"Menganggu kah?" tanya Asri bila aku hanya memandang buku ekonomi di depanku. sebenarnya aku gugup. Gugup melihat mata helangnya, senyum belum terukir pada bibirnya. Aku pasti dengan sepasti-pastinya, dia merenungku. sawan gabraku bakal menyerang. rentak iron maidin berlagu kembali. Dalam hati.

"Asri, boleh aku pinjam nota kau", tanyaku ikhlas dan untuk meredakan debaran jantung yang bagai hendak tercabut dari tempat ia terletak.

"nota kelmarin tu kah". Aku menganggukkan kepala. Asri bingkas bangun dari kerusinya dan mengambil nota dari begnya dan menyerahlannya padaku.

"thanks", kali ini aku memberikan senyumanku yang paling manis. doaku agar dia menyambut senyumanku. aku rindu pada senyuman yang selalu buat aku jadi cair macam aiskrim. sayangnya senyumanku mati, tiada balasan senyum dari wajah yang kurindu itu. aku terkedu dan menahan hati.

"Kau dah dapat nota ku kan?". Aku cuma menganggukkan kepala. kecewa. sebu dan kesal. suasana jadi bisu beberapa saat.

"Apa yang kau nak cakap?", tanyaku setelah beberapa saat suasana jadi bisu. Asri cuma memandangku. wajahnya tersirat seperti ada beribu soalan yang hendak ditanyakannya kepadaku.

"hari tu pun, kau cakap ada benda nak tanyak kat aku, cakaplah sekarang?", sambungku lagi.

"tapi kau jangan marah ya", balas Asri membuatkan rasa sangsiku muncul. Aku menganggukkan kepala dan memandang tepat ke wajahnya walaupun aku betul2 malu bila berhadap-hadapan dengan dia begitu.

"Atie, apa sebenarnya hubungan kau dengan Byaem? kat asrama hangat betul gosip kamu bercinta", tanya Asri wajahnya serius. seakan ada riak cemburu. Ah...sawan perasanku menyerang lagi lah ni. Pertanyaan Asri benar2 buat aku terdiam sekejap. benar2 menjengkelkan. Bosan.

"Asri, kami tiada apa hubungan melainkan hanya sebagai kawan biasa. Bercinta?? aku sengaja menegaskan perkataan ini. "Macammana nak bercinta kalau antara kami tiada apa2 perasaan langsung". "lagipun, kalau kau nak tahu, Byaem tu suka dengan Mira, Mira pun suka dengan Byaem...so sendiri mau ingatlah...means..dorang ti yang bercinta dalam diam2", terangku panjang lebar macam menteri penerangan pencen. geram sebenarnya.

"Marah?", tanya Asri. Masa Asri bertanya aku hampir saja hendak menguatkan suaraku dengan tegas dan mengatakan "Ya", tapi mimik muka Asri membuatkan aku ketawa lucu. aku semakin kalah bila senyuman yang selalu buat aku cair, buat aku jadi aiskrim terpancar pada bibirnya yang merah dan seksi itu. Akhirnya aku tersenyum.

"kan aku masih tersenyum ne", Aku memberikan senyuman yang paling manis dan mengelip-ngelipkan mataku beberapa kali di depan Asri. Entah bila aku mendapat keberanian membuat aksi itu di depan Asri. Macam gatal pun ada, macam kesurupan pun ada. hahaha....aku ketawa dalam hati memikirkan kegedikan aku itu. huh!!!

"Kiut lah kau buat muka macam tu", kata Asri membuatkan aku tersentak. rasa malu menguasai diri kala itu juga. Mukaku terasa panas. sempat bertanya adakah wajahku merona merah sama macam telinga Dudi tadi. ah...tidak!!!

"jadi, kalau aku nak tau kau marah atau tidak, kenalah tengok muka kau kan". Aku hanya tersenyum sambil memandang wajah asri, wajah yang aku rindu sangat.

"Kalaulah aku boleh selalu tengok senyuman dan kerlipan mata kau macam tadi kan bagus", kata2 Asri ini betul membuat aku tersentak kali kedua. tapi kali ini dengan sentakan 10 kali kuat dari sentakan pertama tadi. suasana jadi bisu lagi. Tapi akhirnya kami ketawa bila mata bertembung dan Asri meniru aksiku mengelip2kan matanya.

suasana bahagia itu musnah bila Mar datang. Aku terlihat susuk badannya di pintu belakang kelas kami dan memandang ke arah kami dengan wajahnya yang mencuka.

"Asri, aku ke tandas dululah". Asri hanya meraup mukanya dengan tangan. dari ekor mata aku lihat dia dan Mar menuju ke meja. Aku sedih. cemburu lebih tepat.

Secret Admire Eps 18

 
Ketika aku sampai di kelas, Asri sudah ada di sana. dia duduk di mejanya sambil menyandarkan kepalanya di kerusi. Aku teringatkan insiden di kantin kelmarin. sempat aku berdoa agar hari ini ada senyuman pada wajahnya. dia lantas berdiri apabila melihatku masuk ke dalam kelas menuju ke tempat dudukku. AKu senyum pada Asri, cuba sedaya upaya memberikan senyuman yang paling manis padahal debar di dada hanya tuhan yang tahu. Asri membalas senyumanku, ah...senyuman yang selalu buat jadi aiskrim terukir di bibirnya yang merah. saat itu aku terasa seperti hatiku hendak melantun keluar.

"dah lama tunggu?"

"taklah....aku ingat kau tak datang", jawab Asri, kulihat matanya bersinar-sinar dan ada riak gembira. ku kira wajahku juga memaparkan panorama itu, sama seperti apa yang terbit pada wajah Asrie. emmm.....sawan perasan datang lagi. Yang pasti sawan gabraku sudah menyerang lebih awal.

"janji tetap janji", kataku sambil tersenyum.

"Jom....aku ingatkan kau dah lupa", ajak Asri sambil membuat tangan seperti yang selalu ditunjukkan dalam filem. eleh...nak buat cara lelaki gentlemen la....jauh di sudut hati aku benar-benar merasa bahagia. Aku cuma tersenyum dengan telatah comel Asrie tadi. Kami berjalan beriringan menuju ke kantin.

sampai sahaja di jantin, kami terus ke kaunter untuk memesan makanan dan minuman. Asri menyuruhku duduk di meja dulu sementara dia menunggu makanan yang kami pesan. tidak lama selepas itu, Asri membawa dulang berisi makanan. rasa bahagia menjalar dalam diriku. selepas meletakkan makanan dan minuman di meja Asri mempelawaku makan. untuk beberapa saat suasana menjadi bisu. mungkin masing-masing cuba menikmati kebahagian atau rasa debar hati. aku sengaja meneka begitu. akukan ratu perasan. aku senyum di dalam hati. tidak kupamerkan pada wajah. suasana masih bisu.

"Napa tak ajak Mar sekali?" tanyaku walau hati merasa sakit bila terpaksa menanyakan hal itu. padahal bukan itu yang hendak aku tanyakan, cuma bila keadaan bisu berlarutan aku jadi canggung. namun Asrie membalas pertanyaanku dengan pertanyaan juga, tapi cukup membuat aku tersentak.

"napa tak ajak Byaem sekali", tanyanya kali ini senyuman pada wajahnya hilang. menyesal pula memulakan bicara dengan pertanyaan itu tadi. Aku memandang wajah Asrie dan memberikan senyuman sebelum menjawab soalannya dengan jujur.

"Aku dengan Byaem takde apa2 hubungan okay...kami cuma kawan biasa je...kebetulan diakan presiden Kelab Melukis sekolah dan kami sama-sama yterlibat dalam pertandingan lukisan tu" terangku sambil memandang wajahnya.. "lagipun Byaem sebenarnya sukakan Azmira", sambungku sambil senyum dan menghirup nescafe panas. tiba2 aku terasa malu bila Asri merenungku.

"okay sorry....", balas Asrie. aku tidak pasti samada jawapanku tadi sudah cukup atau dia cuma berbasa-basi. " tapi please, janganlah sebut nama Mar...aku ajak kau bukan dia". Kali ini suara Asrie agak tegas sedikit tapi akhirnya dia senyum.

"okay...kita sama2 minta maaf", balasku sambil memandang tepat ke wajahnya. tapi sempat hatiku melontar pertanyaan. "kenapa dengan dorang ne...agaknya memang betullah cerita Byaem kelmarin". Aku kembali memandang wajahnya. Mulut Asri kelihatan comot sedikit, di tepi bibirnya ada kesan sos cili maggie. aku tersengih dan ketawa kecil.

"eh...kenapa kau ketawa ni", tanya Asrie, keningnya dikerutkan sedikit.

"hehehe.....ada sos di tepi bibir sebelah kanan, nah ambik ne", aku menghulurkan tisu padanya. Asrie mengambilnya tapi menyempatkan diri dengan memegang tanganku. sudah pasti perbuatannya itu menyebabkan aku tersentak dan menarik tanganku lembut. Asrie cuma tersenyum dan meminta maaf kerana memegang tanganku. aku menggelengkan kepala dan cuma tersenyum padanya.

aku tertanya-tanya dengan sikap Asrie dan cara dia melayanku. Adakah dia sengaja mahu mengujiku atau mahu mempermainkan perasaanku, atau mungkin dia sengaja untuk membuatkan aku perasan sendiri sebab dia sudah tahu yang aku menyukai dia. macam-macam persoalan berlegar di otak juga hatiku.

"Atie...thanks ya...sebab sudi sarapan dengan aku hari ni...aku happy sangat", Asrie memandangku dengan senyuman yang manis itu. "aku happy sangat....sebab hari ini kita dapat duduk sama2 tanpa gangguan", tambahnya lagi.

"gangguan?", aku menekankan perkataan gangguan.

"Ya lah....selalunya bila aku nak dekat dengan kau...nak bincang or whatever la...ada saja yang menghalang", jawab Asrie bersungguh-sungguh. "kadang-kadang tu sampai aku naik geram". lantas aku teringat insiden Asrie menumbuk meja tempoh hari.

"hello...hello", Asrie melambai-lambaikan tangannya di depan mukaku setelah aku terdiam. perbuatan Asrie membuatkan aku tersenyum malu.

"kurang asam", aku mendengus lembut. Asrie tersenyum lagi melihat gelagatku. rasanya dia tahu aku sedang malu yang amat.

"tambah asam", balas Asrie. perkataan Asrie seterusnya membuat aku malu. rasanya wajahku sudah merona merah.

"Atie, aku suka tengok kau senyum...manis", dia memujiku. terkesima aku mendengar pujian dari sang pemilik hatiku. "dia puji senyuman aku manisla", bisikku di dalam hati. cis perasan nak mampus...

"aku ni tak makan pujian tau, lebih-lebih lagi pujian dari lelaki", aku cuba menyembunyikan rasa malu kerana dipuji begitu.

"aku ikhlaslah...", tambah Asrie, wajahnya ada riak bersungguh. "emm...nota kau aku bagi masa kat kelas ok".

"okay...tapi kalau aku takde kat kelas kau simpan je terus kat beg aku ye", balasku sambil menyuakan keh pisang panas di depanku.

"Kau tak masuk kelas ke hari ni", tanya Asrie, keningnya berkerut. belum sempat aku menjawab soalan Asrie, suara Byaem mengejutkan kami. Wajah Asrie berubah.

"Nurul Atiqah.....puas aku cari kau", kata Byaem lalu duduk di bangku sebelahku.

"apehal cari aku pagi2 ni? kesiannya sampai berpeluh-peluh", aku menghulurkan tisu padanya. Byaem mengambil tisu dari tanganku. Asrie hanya diam membisu, mimik mukanya seakan tidak senang dengan kehadiran Byaem di situ. Byaem pun satu, tunggulah waktu yang sesuai; ni tak main terjah je dah tu duduk di sebelah aku. betul-betul merosakkan suasana bahagia betullah mamat sorang ni.

"sorry Asrie, aku kacau date korang", Byaem memandang wajah Asrie dan kemudiannya memandang wajahku semula. "kau ni... pa lagi nak ajak kau pergi melukis la....geng2 yang lain dah tunggu tu" Byaem tanpa segan meminum aii nescafe di depan ku. perbuatannya membuatkan Asrie menggelengkan kepalanya dan berdiri. aku kaget.

"Atie...aku gerak dululah....thanks ya sebab sudi terima pelawaan aku". Aku tidak tahu hendak kata apalagi. si Byaem telah merosak suasana bahagia itu. geram sangat dengan Byaem tapi kesian pun ada. agaknya dah kehausan sangat atau barangkali kebuluran sampai2 air nescafe aku pun dia terus minum tanpa izinku.

"Asrie, thanks juga sebab sudi ajak aku...belanja aku sarapan", aku turut berdiri. Asrie cuma menganggukkan kepalanya. aku merasa kasihan melihat wajahnya, hilang sinar pada matanya. aku cuma mampu menghantanya dengan mataku saat dia melangkah keluar dari kantin. kalau ikutkan hati mahu saja aku menjerit padanya supaya jangan pergi dulu. ku lihat Byaem sudah menghabiskan kueh pisang di meja. kata Byaem aku mesti dah hilang selera sebab merampas suasana bahagia. "Tak baik membazir, Allah marah", begitu kata Byaem yang akhirnya membuatkan aku tersenyum. ketara sungguh Byaem cuma mahu menyakat Asrie, cuma mahu menduga Asrie dengan berpura-pura terlalu mesra denganku tadi. aku cuma menggelengkan kepala.

hari ini aku tidak dapat masuk ke kelas, aku dan beberapa pelajar yang terlibat dalam pertandingan melukis sibuk menyiapkan lukisan. tinggal 2 hari saja lagi sebelum pertandingan bermula.

"Tie..kau tau tak...ada gossip pasal kita tau", bagai nak pecah gegendang telingaku mendengar cerita Byaem. aduh jika benar, mesti Asrie akan menuduhku bohong. padahal tadi sudahku terangkan dengan bersungguh-sungguh yang hubunganku dengan Byaem tidak lebih dari kawan biasa.

"Gossip apa lagi ni", tanyaku sangsi. hatiku tidak senang mendengar berita ini. Tapi kulihat wajah Byaem tenang saja. "apa lagi dorang ingat kita ne bercinta", Byaem memnadang wajahku sekejap lalu meletakkan berus lukisannya di botol berisi air. "lantaklah....peduli apa dengan gossip liar tu...yang penting kita tau keadaan sebenar...jangan risau..aku dah terangkan dengan Mira....cuma dengan Asrie je aku tak cakap apa2 sebab dia tu macam nak tumbuk muka aku je...tengok jelah macam kat kantin tadi...rasanya kalau ikutkan baran dia...dah lebam muka aku yang handsome ne", Byaedm menepuk-nepuk mukanya.

"handsome la sangat.....nab baik kau tak kena tumbuk....emmm syukurlah kau dah terangkan sama Mira...aku takut Mira sangka........tapi aku yakin Mira tak akan fikir yang bukan2...tapi Asrie", aku mengeluh sambil menyambung semula lukisanku. Byaem cuba untuk menenangkanku.

jam 10.00 am kami berjhenti rehat sekejap. aku turun ke kelas untuk menemui sahabat-sahabatku. waktu berjalan di koridor menuju ke kelasku, mereka kulihat sudah menungguku di tangga hujung. aku cepat-cepat mendapatkan mereka. bila aku sampai saja, mereka terus menerpaku dengan bertanya tentang date ku dengan Asrie tadi. Aku menceritakan dari awal hinggalah saat Byaem datang merosak suansana.

"si Byaem ne...hish...kacau daun betullah", Milah mencelah geram. "Boyfriend si Mira la..." sambil mencubit tangan Mira.

"woi...napa pula aku yang kena", balas Mira sambil mencubit kembali tangan Milah. akhirnya mereka berkejaran di koridor. kami hanya ketawa melihat telatah Mira dan Milah.

"Atie...aku kesianlah tengok kau ni", Fahani berkata setelah kami duduk di meja kantin. kak Yen memesan makanan di kaunter bersama Namil dan Zie. Mira dan MIlah entah di mana. agaknya masih berkejaran. "aku tau kau busy, tapi janganlah over sangat, nanti kau sakit pula", Fahani mengingatkan aku. aku tahu dia berniat baik.

"aku okay la...memang penat sikit tapi aku mesti buat yang terbaik sebab aku dan team kami dah diberi kepercayaan penuh oleh pengetua", aku memeluk bahu Fahani. tiba-tiba Mira dan Milah datang sambil tercungap-cungap.

"wei...kami ada cerita panas ne", bisik Mira sambil tercungap-cungap. "Tadikan...Si Mar cengeng dengan Si Asrie bergaduh", cerita Mira separuh berbisik.

"apa ni..bisik2', tegur kak Yen sambil membawa dulang berisi makanan. setelah duduk Milah membisikkan cerita tentang pergaduhan Asrie dengan Mar, sementara Mira pula membisikkan cerita oitu di telinga Namil. semua melopong menantikan cerita selanjutnya. akulah yang paling terperanjat. hatiku berdebar-debar. aku takut pergaduhan itu ada sangkut dengan aku sebab pagi tadi aku sarapan dengan Asrie. mungkin ada yang ternampak dan bertindak menjadi penyampai pada Mar.

"padan muka si Mar....Tie...rileks la....Biar si Mar cengeng tu tau yang Asrie bukannya suka denga dia pun", Aku terkejut dengan apa yang Milah katakan tadi. Macammana Milah tau, aku memandang wajah Fahani, dia menggelengkan kepalanya membawa maksud dia tidak membocorkan rahsia yang kusuruh dia pegang.

"Milah...apa kau cakap tadi...biar betul", tanya Namil....wajahnya cuak sekali.

"sebenarnya... si Asrie rapat dengan Mar bukan sebab cinta tapi pasal Mar pernah tolong dia", terang Milah. "kes balas budi", tambah Milah lagi.

"Jadi betullah cerita Byaem", kataku perlahan. semua memandang ke arahku. aku kemudiannya memberitahu cerita tentang Asrie dan Mar seperti yang Byaem sampaikan padaku.

"okay...cepat lah makan...masa rehat nak habis dah ne...", perintah kak yen. mereka semua makan mee goreng kecuali aku kerana masih kenyang. aku cuma minum milo ping. Aku mengacau-ngacau Milo pingku. di hati juga otakku sarat dengan pertanyaan. aku sangsi...

Secret Admire Eps 17

 

Ketika Asrie melintasi meja di mana kami duduk, dia merenungku tajam. dadaku berdegup kencang. terasa canggung direnung tajam begitu. dari riak wajah Asri, aku seakan dapat menerpa hatinya, dia seakan cemburu. ah...sawan perasanku menyerang lagi. aku cuba menenangkan diri bila degupan jantungku sudah mula mengalunkan irama hip hop kali ini bukan kumpulan 4U2C tetapi kumpulan NICO di selang-seli dengan irama rap kumpulan KRU. aku senyum padanya, namun aku terkedu dan malu sendiri bila senyumanku tidak berbalas. Wajah Asri kelihatan lain. sekali lagi sawan perasanku menyerang bila aku menebak melulu mengatakan dia marah.

"Apa guna nak paksa kalau orang dah tak sudi", Asri tiba-tiba berkata sambil mencicip cola sejuk. mereka duduk di meja belakang kami. aku hanya menelan liur yang terasa pahit di tekakku.

"kau jangan mengalah, kalau betul kau sayangkan dia..kau mesti berani...cubalah kau agresif sikit...ini tidak kau tu pasif sangat", balas dasuki.

entah kenapa kata-kata itu menyebabkan aku tertanya-tertanya namun sedikit lucu mendengar ayat-ayat Dasuki ketika memberi pendapat berbaur nasihat. Dia mengaplikasikan perkataan agresif dan pasif yang kami belajar tempoh hari. Aku terkedu sekali lagi bila Asrie memandangku dengan pandangan yang agak sinis. aku jadi tidak selesa. sepertinya aku ditelanjangkan oleh matanya yang besar itu.

"Byaem, jom kita balik". Syukur Byaem tidak banyak soal. Aku terus meluru keluar sambil byeam membontoti aku di belakang. Aku cuba mengelak dari berada dalam situasi canggung yang bisa membuatkan jantungku keluar kerana pada saat akhir mata kami bertembung, Asrie mengenyitkan matanya namun tidak ada sekelumit senyum di bibirnya yang merah, senyuman yang selalu buat aku jadi aiskrim itu.

"Atie, aku tengok si Asrie tu macam suka dengan kau la", Byaem memecah kebisuan sewaktu kami berjalan ke pintu gate sekolah. Aku cuma memandang wajah Byeam sekilas dan senyum. "macam aje", balasku selamba.

"hei...aku serius la...betulkan dia tu kuat menyindir...dia tu macam cemburu kau selalu sama-sama aku", terpa Byaem. keningnya dikerutkan sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Cis cuba untuk menegakkan kebenaran pada tekaan gilanya itu. perbuatan Byaem membuatkan aku sebal sedikit.

"kau ni Byaem...pandai-pandai je buat tekaan songsang...habis si Mar cengeng tu dia nak letak kat mana?? hah..jawab2...kan dorang tu berkawan...couple", tegasku sambil mengerutkan kening dan mengangguk-anggukkan kepala meniru perbuatan Byaem yang akhirnya membuat dia ketawa lucu kerana meniru perbuatannya tadi. Akhirnya kami ketawa bersama-sama.

"Tapi Tie....kau percaya tak...dia dah lama tak tegur aku....rasanya start dari kita selalu jalan sama-sama sampai sekarang ne...mula tu aku ingatkan pasal kes bergaduh hari tu...tapi bila congak balik...rupanya dari hari kita selalu bersama", pengakuan Byaem buat perasaan tertanya-tanyaku semakin kuat. kesian juga dengan Byaem. pening pula bila otakku ligat memikirkan hal ini. Asrie memang lain sikapnya sejak kebelakangan ini. ah....sawan perasanku datang lagikah???.

Kami masih lagi berdiri di depan pintu gate. syukur cuaca agak redup kalau tidak memang dah jadi makanan matahari petang. tiba-tiba Byaem berkata sesuatu yang menyebabkan aku merasa cuak dan benar-benar menimbulkan rasa ingin tahuku yang meluap-luap.

"Atie....aku cakap ne bukan bertujuan nak buruk-buruk mana-mana pihak ok...sebenarnyakan hubungan Asrie sama Si Mar tu taklah seserius yang ko sangka. Si Mar tu je yang lebih-lebih. Aku rasa Asrie Asrie layan si Mar sebab nak balas budi", terang Byaem sambil menarik lengan t-shirtku membawa aku duduk di pondok pengawal.

"balas budi?"...tanyaku cuak, Byaem senyum dan menyambung bicaranya semula.

"Masa SPM hari tu, Asrie ada masalah duit...dia tak dapat nak bayar yuran SPM...so Mar pinjamkan dia duit, sejak dari tu, dorang selalu sama2...aku tak pastilahn samada Asrie ada declare dengan si Mar ataupun tidak".

aku benar2 terkejut dengan cerita Byaem. aku cuma mampu mengeluh berat. dadaku terasa sesak. Hati dan mindaku berbolak-balik samada mahu oercaya atau tidak. ah...masakan Byaem sengaja menjual cerita. aku pasti Byaem tidak membuat cerita kosong.

"emmm....macam tu....entahlah....agaknya Asrie sudah declare lah tu". aku berdiri san mengajak Byaem pulang.

"Atie...kirim salam sama Mira Ye", pinta Byaem sambil senyum simpul. Aku senyum dan mengangguk. ceh...cara percintaan mereka berdua sangat comel, cuma lewat kirim slaam dan nota-nota kecil yang pastinya aku adalah posmen mereka. Aku berjalan balik menuju ke asrama perempuan membawa hati yang sarat dengan pertanyaan dan rasa ingin tahu kebenaran cerita Byaem tadi.

"Assalammualaikum", aku memberi salam selepas menyimpan sandleku di rak kasut. Fahani sedang duduk membaca buku di bawah kipas syiling di ruang tengah dorm kami.

"eh...lewatnya tie, dah 5.30 baru balik?", tanya Fahani, riak wajahnya sedikit hairan. Aku meminta maaf atas kelewatanku dan memberitahu hal yang menyebabkan aku lewat sedikit hari ini. Fahani juga merasa cuak dengan ceritaku. namun aku menyuruhnya supaya merahsiakan dulu hal ini dari kawan2 yang lain. tiba-tiba kak Yen memberi salam sambil membawa beberapa bekas kontena di dalam plastik.

"Tie...pergilah mandi dulu...sorrylah kami semua mandi dulu tadi...sebab tunggu kau lama sangat...turn dah dapat...tapi jangan risau...si far sudah kasi tadah air untuk kau....kau gi la tengok di tandas no 3....nah kunci". kata kak yen lembut.

" takpe kak yen...Far...thanks ya...tolong aku tadah air". Fahani cuma tersenyum dan menjawab Ok. Aku terus menyimpan begku di katil dan mengambil towel dan menbentangkan towel itu di katil. aku membuka almarikun dan mengambil t-shirt warna biru dan seluar panjang hitam, pakaian dalam, pad dan kemudian meletaknya di atas towel lalu melipat dengan cara menggulungkan towel pada pakaian2ku. Aku mengambil baldi kecil tempatku menyimpan peralatan mandianku dan bergegas turun ke bilik mandi di tingkat bawah.

ketika aku sampai ke bilik selepas siap mandi, ku lihat kak yen dan fahani sudah menyusun kontena yang kak yen bawa tadi di ruang tengah bilik kami. rupanya kak yen dengan Milah dan Namil sudah ambil makanan di kontena. hari ini kami makan di bilik kerana malas hendak turun ke dewan makan. setelah semua sudah duduk untuk makan, kak Yen menyuruhku membaca doa makan. sambil makan kami bercerita mengenai hal2 yang terjadi semasa di sekolah tadi.

"Mira...Byaem kirim salam", wajah Mira merona merah. kami ketawa melihat Mira yang tersipu malu

"wah...mira, ini sudah bagus...malu2 lagi", Milah memerli mira.

"eleh....kau tu dengan si Nordin, macamlah tak bagus....." balas Mira tidak mahu kalah. padahal hal percintaan Milah dengan Nordin sudah lama. kami ketawa bila Mira cuba mengenakan Milah dengan Nordin.

"Woi Mira...itu dah lapuk daa", balas Milah meniru cara Sudin dalam Bujang Lapok. Kami ketawa lagi bila Mira kalah dalam pergaduhan ala-ala manja itu. Mira merengus pura-pura marah dan merajuk bila dia menjadi bahan ketawa kami.

selesai makan, aku dan Fahani menawarkan diri untuk turun mencuci kontena. setelah semuanya selesai, aku dan fahani duduk di ruang tengah bilik kami; yang lain sudah bergegas ke surau untuk solat maghrib. Kebetulan fahani juga uzur. kami mengambil kesemptan itu untu bercerita mengenai hal Asrie dan Mar. tanpa sedar kami tertidur. Kami cuma tersedar bila kawan2 yang lain memberi salam.

Lonceng belajar malam berbunyi nyaring. setelah semua sudah bersedia untuk turun prep malam, Kak Yen menutup lampu dan kami bergegas turun ke dewan. di dewan kami menumpukan perhatian untuk mengulangkaji pelajaran. kami berbincang bersama pada mata pelajaran yang agak susah untuk difahami. terutamanya matematik. nasib abik ada Zie, dialah tempat kami meminta tunjuk ajar terutama rumus matematik. aku memang tabik dengan otak si Zie ni. salute aku.

lonceng berbunyi lagi menunjukkan tamat prep malam. kami mengemas buku dan bersedia untuk minum malam. hidangan supper sudah tersedia di hujung dewan makan. Hari ini suppernya kueh karipap, kueh favourite satu asrama. kena cepat bergerak sebab kalau lambat kempunanlah jawabnya. setelah supper kami beramai-ramai turun ke tandas untuk mencuci muka.

Aku membaringkan tubuhku di katil yang telahku huni hampir setahun. penat sungguh rasanya hari ini. namun kepenatan itu tidak membuatkan mataku untuk lelap, malah otakku ligat memikirkan cerita Byaem petang tadi. fikiranku melayang-layang ke peristiwa di kantin petang tadi. aku memasang walkman kesayanganku. namun lagu2 dendangan mariah carey langsung tidak menarik hatiku untuk mendengarnya, yang tergiang adalah kata-kata Byaem petang tadi. " hubungan dorang tu tak serius, si Mar saja yang selalu lebih-lebih". kata-kata Asrie dan Dasuki lewat perbualan mereka di kantin petang tadi juga terngiang-ngiang di telingaku. "sebenarnya siapa yang dorang maksudkan....aku ke?", bisik hati kecilku. ahh...bilalah sawan perasanku ini nak baik. Akirnya aku mengantuk juga setelah terkontang-kanting beberaa lama, aku menutup walkmanku dan tanpa sedar akhirnya aku tertidur.

"Tie, bangun", Fahani menggoyangkan bahuku mengejutkan aku dari tidur. Fahani juga membangunkan kawan-kawan yang lain. setelah semua sudah bangun, kami terus menuju ke bilik mandi di tingkat bawah. tiba-tiba aku teringat janjiku pada Asrie. hatiku tertanya-tanya adakah dia masih mahu melunaskan janjii yang kami buat kelmarin setelah insiden kurang senang di kantin itu. aku akhirnya buat keputusan untuk tetap pergi ke kantin sepertimana janji yang sudah dibuat, samada Asrie datang atau tidak. sekurang-kurangnya dipihak aku, janji itu sudah kupenuhi.

selesai mandi aku cepat-cepat mengenakan pakaian saragam sekolah. hatiku sedikit gementar dan curiga. aku memberitahu sahabat-sahabatku yang Asrie membawaku untuk sarapan bersama di kantin. mendengar sahaja pengakuanku tentang betapa awalnya aku bersiap untuk ke sekolah, aku menerima sorakan dari mereka. Fahani paling lebar senyumannya. yang lucu masing-masing hendak menyiapkan aku dengan sempurna, masing-msing offer perfume "impaulse" kesukaan mereka...hahaha.....lucu sangat, padahal aku cuma mahu bersarapan dengan Asrie. agaknya, kalau aku keluar makan malam, apa yang bakal sahabat-sahabatku ini akan lakukan padaku. aku mula membayangkan fesyen-fesyen terkini tahun 95....ala-ala As feminin kot...aku cuma senyum sambil menggelengkan kepala melihat telatah mereka. setelah memakai kasut, aku meminta diri untuk jalan ke sekolah. sepanjang perjalanan ke sekolah, hatiku berdebar-debar memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku. "dia datangkah?", tanya hatiku.