Saturday, December 29, 2012

Sweet Dream - Encik Mimpi



Since jadi peminat En.Mimpi, aku memang suka gila layan coverRRR dia, dan tak lupa lagu2 yang dia cipta sendiri, kadang2 tu aku gelak dengar dia nyanyi.  Apa taknye, En.Mimpi kalau dia lagi cover lagu, dua je...samada dia melawakkan lagu atau dia coverRR secara serius...hahaha!!! Paling tak bole lupa waktu dia coveRRR lagu Cina tajuk 'Tong Hua' nyanyian Guang Liang, memang lawak lah....tu belum lagi dia buat goolate lagu2 omputeh...apapun since kenal EM dalam You-Tube tahun lepas, aku memang dah jadi peminat dia la, nampak tak kegedikan aku bile sampai part minat ni....hahahaha.   Semoga En. Mimpi sukses selalu.....

P/s: My Love Patzzi.....sepa pernah tengok drama korea ni??? aku paling minat KD ni dulu.  Sampai sekarang suka tengok Jang Nara....mudahan dia dapat hidayah Allah dan masuk Islam....tetibe...!!!

Friday, December 28, 2012

Hati Saya

Kalau hati saya ini, lagaknya seperti Tun Teja; sudah pasti ia siap berjuang untuk mendapatkan kemenangan dalam pertempuran merebut hati.  Tapi hati saya ini, hanya tahu berlagak mengalah dan terus kalah.  

P/s: Pesimis atau Prejudis #2

Wednesday, December 26, 2012

Sharing Is Caring

Atas sebab kita rakan "Guru"....GPA & JQAF.....

Belum ada RPT KSSR Tahun 1-3...cuak...masih bingung2 atau malas mo fikir apalagi membuatnya, bah...ini peluang kamurang.  Saya kasi percuma saja...apa yang anda perlu buat....cuma hantar email kamurang di ruangan komen....InsyaAllah saya akan emailkan RPT tersebut.  Nanti kalau sudah kena email..janganlah pula malas mo print.....cayok2 untuk sesi persekolahan 2013....alahai...terasa sekejap ja ni cuti thun ni kan....!!!

Kalau kamurang mau minta borang individu KSSR dan borang kelompok (sebagai guru mata pelajaran, kamurang kena ada ini..untuk memudahkan proses pengisian online SPPBS yang errkkk... hampehnya tu... lidut macam siput; juga sebagai dokumentasi kamurang...manatau kena lawat nazir ka atau siapa2 la seja yang memantau kamurang), carta perkembangan individu dan carta perkembangan sumatif individu....pun kamurang boleh juga minta dari saya....Sebagai amal jariah ja sepanjang saya masih bernafas di muka bumi Allah ini...InsyaAllah.  Bah....sama2 la kita mengajar KSSR yang sudah masuk tahun 3 dengan jayanya....InsyaAllah...Semoga Allah mempermudahkan urusan kita guru2 Malaysia...Amin.

KSSR
(^ __^)
\m/
...Kami guru Malaysia...
Selamat Menempuh Sesi Persekolahan 2013

Saturday, December 22, 2012

Berhenti Berharap



Mulai hari ini, waktu aku bakalan kehilangan lagi; aku harus kembali realistik.  Harus berhenti berharap, kecuali pada Tuhanku yang satu.  Cukuplah untuk kali ini,  biarlah status itu aku pegang sampai akhir nanti.

Aku sudah penat.

Thursday, December 20, 2012

Geli-geli hati

Sulit sebenarnya membendung hati yang sarat dengan rindu membuku di dada.  Sulit sebenarnya memaksa diri untuk pura-pura lupa bahawa hati itu baik-baik saja terletak di dalam sana.  Cuti-cuti singkatku sabtu dan ahad lepas menjerumus aku dalam perasaan geli-geli hati yang buat jiwa aku kacau sedikit atau kacau banyak sebenarnya.  Benci sebenarnya bila ada rasa ini, kerana selalunya ia tidak pernah memihak kepadaku.  Mungkin aku perlu mandi bunga 101 kali.  Atau mungkin aku cuma perlu bercuti singkat lagi, tapi kali ini tanpa memberitahu siapa pun bahawa aku ada di sana.

Untuk melupakan jiwa yang parah-parah manja, aku cuba melakukan terapi hati, ya; melalui hobiku yang satu lagi, memancing.  Syukur aku punya kawan yang sama hobi denganku, Issa namanya.  Ya; aku berjaya mengubat sedikit hatiku melalui terapi yang kulakukan bila aku sedang leka memancing.  Cuma, bila aku kembali ke dunia kecilku,  pada malam ini; aku perasan yang ternyata sulit membendung rasa rindu.

Huh....pastinya cuma aku saja yang punya perasaan geli-geli hati ini.  Percuma....
Hahaha....Bagus kalau Telampau besar tu ikan......Minta Puji ja lebih....ahaks!!!

Entri Khas Untuk Kawan Blogger: Herman shah Shah

Terima Kasih Saudara.....

Herman shah Shah


Kerana...

Sudi Singgah Dan Menjadi Pengikut Ke 14 blog saya

20.12.2012

P/s: Saya tak dapat nak follow Blog awak sebab tidak ada link untuk ke Blog awak....:(

Wednesday, December 19, 2012

Rupa Cintaku

Bagaimanakah rupa cintaku?
Apa secantik pelangi petang?

Tidak...
Kalau ia secantik pelangi
Itu gambaran jalinan cerita indah
Sedang hakikatnya 
Rupa cintaku bukan begitu

Kalau rupa cintaku...
Ia seperti mega mendung
Menghias wajah langit
Sedang mendung itu berlalu..
Mentari pasti kembali
Memancar sirnanya
Cintaku yang malap
bercahaya semula....

Monday, December 17, 2012

Peluang Terakhir

Mungkin ini peluang terakhirku dalam usia ini.  Aku sudah mencuba sebaiknya, mungkin belum yang terbaik tapi aku sudah berusaha.  Kini, terpulang pada ketentuan takdir.  Aku tidak meletakkan harapan tinggi, aku cuma menyerahkan pada kuasa Tuhanku yang maha mengetahui.  Aku sedar aku tidak akan mampu bersaing dengan manusia An-Nisa di sekelilingnya.  Andai nama itu yang tertulis untukku di Luh MahfuzNya, pasti dia akan kembali kepadaku juga.  Andai tidak tertulis untukku, aku redha.  Cinta tidak boleh dipaksa, biar cinta itu bebas mencari haluannya sendiri.  

Sekurang-kurangnya ada kenangan tercipta untuk dijadikan cerita suatu masa nanti.

P/s: Kenangan Itu Kerinduan

Saturday, December 15, 2012

Cara Memasukkan File PPT Ke dalam Blog

Bagi kalian yang kesulitan untuk memasukkan file PowerPoint dalam blog kalian, 
ada baiknya kalian ikuti tutorial dibawah ini:


1. Masuklah ke halaman http://slideshare.net/upload
2. Kemudian Log in. Jika kalian belum memiliki akun di halaman tersebut, 

maka klik Sign up dan buatlah akun kalian.
3. Isi data diri untuk registrasi
4. Log in
5. Klik upload
6. Upload
7. Kemudian, kalian pergi ke My Uploads untuk melihat postingan 

tersebut
8. Buka postingan tadi
9. Klik Embed
10. Copy kode htmlnya
11. Lalu Paste kode html di Entri baru blog kalian
12. Ubah jenis penulisannya menjadi HTML
13. Publish

Bagaimana? Mudah bukan?
Semoga dengan membaca tulisan ini, permasalahan yang kalian alami dapat terselesaikan :)

Sumber: Husna NF...TYSM ya......
Sumber: http://blossomscounseling87.blogspot.com/2012/01/cara-

memasukkan-file-powerpoint-dalam.html

Tuesday, December 11, 2012

Kalau cinta itu buta

Kalau cinta itu buta sifatnya, maka orang yang bercinta dan mahu jatuh cinta harus bersedia membeli tongkat sebagai penunjuk arah-jalan. 
 

Sehari selepas harijadi

Untuk menulis entri ini, ada sedikit rasa malu-malu kucing yang terpaksa disembunyikan.  Untuk menulis entri ini aku memerlukan sedikit kegilaan yang masih tersisa rasa menahan diri dari menjadi gila nyata.  Kenapa aku harus punya rasa-rasa begitu-malu2 kucing dan sedikit kegilan. Huh...apa ada kaitan dengan umurku yang nombornya sudah mencecah dua angka ganjil pada tahun ini??? barangkali juga.  Apa ada pada umurku itu? mahu disembunyikan hingga habis seluruh magik diguna-pakai seribu kali pun umur itu tetap begitu, tidak menurun tapi meningkat terus.  Aku harus kembali pada realiti.


Diumur sehari selepas rasmi memegang dua angka ganjil bermula dengan kepala 3 dalam senarai nombor di dunia ini,  ada dua rakan-yang salah seorangnya sahabat paling terbaikku, Fatine Lee telah menjanjikan hadiah buatku dan seorang lagi seorang kawan yang berpangkat adik walau telah aku katakan bahawa ia tidak perlu.  Ikhlaskah aku bila aku katakan tidak perlu??? ermm...hadiah tidak perlu, ucapan saja sudah cukup manis buatku.  Tapi kalau mereka mahu memberikan sebagai tanda mata pada harijadiku kali ini, terima kasih banyak-banyak buat kalian.  Mungkin ada sipi dari diriku mahukan hadiah...siapa juga tidak suka pada pemberian berupa hadiah harijadi, bukan begitu? :)

Tahun ini, aku memegang umur dua nombor ganjil, siapa tahu ada rezeki besar daripada Allah swt buatku....

Terus-terang, diumur ini aku mengharapkan sesuatu yang lebih baik buatku.  Sebab itu ada rasa segan berupa malu-malu kucing dan memerlukan sedikit kegilaan yang tidak melampau supaya aku masih mampu untuk kembali ke realiti hidup.  Supaya nantinya kalau impian dan harapan aku tidak menjadi, aku boleh redha dan pasrah pada ketentuan Tuhan.  Aku harap gelaran yang ku pegang selama ini bakalan bertukar nama.  Itu saja doaku buat masa ini dan sepanjang bulan kelahiranku.  Yang pastinya, siapa juga suka dirinya kekal pada satu gelaran yang sudah dipegang selama hidup.  Hidupkan perlu perubahan.  Sarkastik kah?? naif ka?? biarlah, itulah aku.

Semoga Allah merahmatiku dan kedua ibubapku...

P/s: tidak ada kek harijadi sempena harijadiku tahun ini seperti tahun-tahun yang berlalu juga...mungkin aku perlu beli kek sendiri dan makan sendiri....kasihan!!!

Tuesday, December 4, 2012

Diari Comel

Ada cerita tentangmu yang masih belum siap
lembaran itu carik sebelum aku sempat menulis
Sebenarnya aku mahu menulis satu rahsia
Cuba melantun misteri tentang perasaan
Saat rindu menyapa hati
Dalam bentuk cerita
Pada  muka surat pertama dalam diari comel itu....

Puas aku cuba melekatkan lembaran carik itu
kerana aku tidak mahu menulis pada lembaran kedua
dalam diari comel itu.....

Sungguh...

Aku tidak mahu
Aku tidak mampu....

Monday, December 3, 2012

Visa-untukmu selamanya cover


Kasihku
Seharum mawar merah
Kujadikan cinta untukmu
Selama-lamanya oh...

Kasihku
Seluas laut biru
Ku jadikan rindu untukmu
Selama-lamanya

Biarpun duri yang bisa
Menjadi penghalang cinta
Aku yang di sini
Hanya untukmu jua
Biar laut bergelora
Menjadi resah sejuta
Aku yang di sini
Pencinta yang setia oh...

Kasihku
Seharum bunga kemboja
Ku jadikan miliknya
Seandainya terpanggil selamanya( 2x )

Saturday, December 1, 2012

Disember Bulan Kelahiranku

Assalamualaikum Disember......sedar tak sedar sudah sampai ke bulan Disember, bulan kelahiran aku.  Tinggal 9 hari dari sekarang aku bakal meraikan harijadiku yang ke-??.  Disember sudah membuka jendela seluas-luasnya.  Adakah khabar gembira untukku di bulan kelahiranku ini?  apa saja yang bakalan berlaku di bulan ini akan aku terima dengan hati redha dan pasrah kepada ILAHI Ya Rabbi.  Aku harap aku terus punya kekuatan mental dan fizikal menghadapi semua percaturan hidup yang telah ditentukan, bakal ditentukan-bermakna takdir Allah untukku yang selalu khilaf ini.  Apapun sudah pasti redha dan pasrah itu aku buat setelah aku benar-benar berusaha mengendalikan semua percaturan hidup sepanjang bulan ini.  Bukanlah kerana Adanya Qadha dan Qadar Allah maka aku dengan begitu mudah menyerah pada takdir yang telah ditentukan.  Bukan begitu maksud Allah, ia bermaksud: hamba-hambanya perlu berusaha sedaya yang boleh, dan jika apa yang kita usahakan dengan sebaiknya tidak menjadi seperti yang kita mahukan, maka ketika itulah kita harus redha dan pasrah dengan ketentuan tuhan.  Bukan menyerah dan  mengalah secara total.

P/s: motivasi untuk diri:

Disember datang lagi, apa impian dan harapan dalam bulan ini? apapun bentuk Impian dan harapan kamu, berusahalah untuk menggapainya.....

Impian dan harapan itu harus seiring, impian datang bersama harapan, harapan juga datang bersama impian. Hanya kerja keras dan Istiqamah maka impian dan harapan akan menjadi kenyataan, jika tidak menjadi seperti apa yang kita impikan dan harapkan, bersifat qanaah iaitu redha dan pasrah kerana itu adalah Qada dan Qadar Allah

Gambar Gerhana Bulan pada 10 Dis 2011

Allah Maha Besar....
P/s: Yakin Boleh dan Tetap Teguh.


P/s: Kata Izzah dalam OR: "Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah"....

Friday, November 23, 2012

akim - Daya cinta - (with lyrics)



Bila tertulis takdir begini, pasrahkan saja pada cinta yang kekal selama-lamanya........Aku redha atas ketentuan Allah.  Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah.  Semoga Allah menggantikan kedukaanku dengan sesuatu yang membahagiakanku jua bila DIA telah memperkenankannya......Amin.

Thursday, November 22, 2012

Pray For GAZA...


P/s: Aku tidak mampu untuk membantu saudara seislamku di GAZA, apalah daya aku yang kerdil ini.  Aku cuma mampu mendoakan mereka.  Semoga Allah menyelamatkan; wanita2 dan kanak-kanak di GAZA, semoga Allah memberi kekuatan kepada; lelaki2 di GAZA.  Bertahanlah GAZA!!!

Saturday, November 17, 2012

KEMBALI TERJALIN

KEMBALI TERJALIN

28.Okt. 2012

Ami meraup mukanya untuk ke sekian kali.  Airmata lelakinya jatuh menitik mengenangkan kebodohan yang pernah dia lakukan setahun yang lalu pada seorang gadis yang begitu tulus dan setia mencintai dirinya.  Mafela berwarna marroon di peluk erat.  Ami memutar kembali lagu “Kembali Terjalin” dendangan kumpulan Slam.  Bait-bait pada lagu itu benar-benar mengusik jiwanya.  Terasa sungguh kejahilan dia dalam menilai erti kasih sayang yang sebenar. 
      Ami membuka laptopnya, dan membuka email.  Ami mencari butang Compose, dan mula menulis email untuk Alia.  Hanya bait lagu kumpulan Slam yang ditulis bagi menyampaikan hasrat hatinya.

Seperti mimpi perkenalan itu
Cuma seketika
Namun di dalam hati
Dirimu ku terkenang jua
Engkaulah permata di dalam genggamam
Tidak ku sedari
Kaca yang bersadur keemasan
Terus ku cari
Tertutup pintu hati
Minda tak berfungsi
Diketika itu
Tak tahu menilai
Mana yang tulen mana yang palsu
Diakhir-akhir ini ketika aku
Dalam kesepian
Terasa kejahilan itu bagiku satu kerugian
Andainya di situ
Ada ruang bolehkah kiranya ku menumpang
Andai ada sisa kemaafan
Maafkan diriku yang dulu melukakan
Berilah aku kesempatan
ku buktikan erti keikhlasan
Andainya terpaksa aku rela
Menepis ego aku untuk kita
Ku pohon darimu ketulusan hati
Menjalin kembali perhubungan suci.

P/s: Tolong maafkan budak jahat ini, budak jahat ini banyak buat salah dekat budak baik,..tunggu budak jahat ini balik dan budak jahat ini akan tebus balik semuanya....tunggu ya sayang!!!

28.Jun.2011

“Alia, Ami rasa kita tak boleh teruskan hubungan ini lagi”, kata-kata yang keluar dari mulut Ami menyentap tangkai hati Alia. 
“Tapi kenapa Ami, Alia ada buat apa2 salah pada Ami, Ami cakaplah...Alia cuba ubah apa saja yang Ami tak suka”, Air mata Alia mula bergenang. Dia terkejut sebenarnya.
“Ami harap Alia faham”. Ami menarik nafas sambil mengenggam stereng kereta. 
“Tapi kenapa Ami”soal Alia lagi, mengharapkan alasan yang kukuh atas permintaan bersifat sadis Ami itu.
Pertanyaan Alia membuatkan Ami rimas.  “Ami perlukan perempuan yang sama level dengan Ami, yang boleh bantu Ami.  Study Ami terlalu susah Alia, Ami perlukan seseorang yang boleh bantu Ami menghadapi pelajaran Ami di sana, Ami perlukan orang yang dekat dengan Ami, bukan mudah untuk hidup di sana Alia, cabarannya lain, tekanannya mendesak”.
“Alia boleh bantu Ami, tolonglah Ami, jangan buat Alia macam ni, Alia Cuma ada Ami”Alia mula menangis teresak-esak”

“Kita dah tak sama level Alia”.
“Ami pernah cintakan Alia”
“Pernah, tapi cinta Ami berakhir hari ini”. 
“Kita tak boleh jadi kawan, hanya kawan”
“Ami rasa, lebih baik kita tak berhubungan lagi itu lebih baik.  Jom balik”.
Ami mengundurkan keretanya dari kawasan parking di Hill View.  Dengan Kelajuan sederhana dia menghantar Alia balik ke rumah sewa Alia di Taman Sabana.  Sepanjang perjalanan mereka diam membisu.  Sesekali Alia melirik ke arah Ami, lelaki yang sangat dirinduinya.  Setahun lamanya dia tidak melihat wajah itu, dan pada masa dia dapat duduk berdua dengan lelaki itu, berita perpisahan ini pula yang diminta oleh lelaki itu.  Hati Alia benar-benar terasa sayu.  Terasa hina dirinya di mata Ami“Kita tak sama level”. 
“terima kasih Ami”ucap Alia penuh sayu. 
      Sewaktu menuturkan ucapan itu air mata Alia jatuh dari tubir mata.  Ami sempat melihat air mata itu jatuh dan ada getaran pada dadanya.  Tapi kerana keegoan, Ami terus meluncurkan kereta setelah Alia turun dari kereta.

28.Ogos.2011

“Alia”, satu suara memanggil Alia dari belakang.  Alia terkejut dengan panggilan itu.  Alia menoleh ke arah suara itu.
“Ijan”.  Alia menutup rasa gugupnya dengan tersenyum.
“Kenapa kau tak join kami di situ, Ami kan nak balik London hari ni”tanya ijan penuh kuriositi.
“Ijan, tolong jangan beritahu Ami aku ada di sini.
“Tapi kenapa kau tidak mahu Ami tahu kau ada di sini”kening Ijan berkerut.
“Tolong ya”, pinta Alia bersungguh-sungguh”. Airmata Alia mula bergenang di tubir mata.  Ijan mengangguk tanda bersetuju untuk merahsiakan kehadiran Alia di Airport.
“Ijan, boleh tak kau tolong bagi hadiah ini pada Ami, tapi kau jangan cakap aku yang bagi”, pinta Alia lagi.
“Kalau Ami tanya siapa bagi, aku nak jawab apa”tanya Ijan lagi.
“Kau cakaplah kau bagi”, Alia menyerahkan bungkusan hadiah itu pada Ijan.
“Tolong ya Ijan”pinta Alia lagi sambil menyeka airmata yang sudah mulai turun dipipinya.
“nanti aku ceritakan semuanya”, tambah Alia lagi bila Ijan memandangnya penuh dengan tanda tanya.  Ijan Cuma mengangguk dan berlalu meninggalkan Alia untuk menemui Ijan.

London, University Of London

“wei, kau masih pakai mafela ni”tanya Ijan bila melihat mafela yang melilit kemas di leher Ami.
“masihlah, aku suka dengan mafela ni.  Bila pakai terasa selesa dan hangat” kata Ami sambil membuka kot dan mafela dilehernya.
“kau rasa selesa dan hangat sebab orang yang buat mafela itu buat dan kait dengan penuh kasih dan sayang”balas Ijan selamba.
“kau beli dekat mana hari tu”tanya Ami sambil menyangkutkan kot dan mafela itu di dinding bilik dekat dengan sebuah almari bercirikan inggeris.
“wei, aku tanya kaulah, mana kau beli mafela ni”, tanya Ami sambil melemparkan sebuah bantal pada Ijan yang khusyuk membaca buku perubatan.
“mafela tu hand-made tau, aku dapat masa di Airport hari kau terbang tahun lalu” balas Ijan sambil menutup buku perubatan tebal yang dibacanya.
“kau masih couple dengan Tasnim?”tanya Ijan bila Ami duduk di kerusi meja belajar Ami.
“Aku dah putus dengan dia, ternyata kami tidak serasi”Jawab Ami jujur. 
“putus, bukan kau kata dia yang boleh bantu kau dan kau perlukan perempuan yang sama level dengan kau”tanya Ijan dengan wajah serius.
“kau macam tak puas hati dengan aku saja”tanya Ami sambil memandang wajah Ijan.
 “Bukankah itu yang kau cakap pada Alia dulu”.
Hati Ami berdetak bila mendengar nama Alia.  Nama yang sudah lama tidak didengarnya.  Kali pertama nama itu disebut setelah kedatangan Ijan untuk menyambung ijazah kedoktorannya di sini. 
“dia apa khabar”, tanya Ami lemah.  Tiba-tiba dia teringat kelakuannya pada gadis itu semasa pulang bercuti tahun lepas.
“dia sihat”, balas Ijan.  “mafela itu, dia yang bagi sebenarnya”.
Jawapan Ijan, membuatkan Ami tersentak.  Lantas berdiri dan menghampiri Ijan.
“Alia yang buat mafela itu”, tanya Ami penuh kuriositi.  Ada arus yang menyentap segala urat saraf di badannya.
“ya, Alia yang bagi”. Dia ada di Airport hari kau balik ke London.  Dia bersembunyi dan tengok kau dari jauh”. Jawab Ijan sambil memandang tepat ke arah Ami. “Dia minta aku bagi kau mafela itu”.
Ami meraup mukanya beberapa kali.  “patutlah setiap kali aku memakai mafela itu, aku teringatkan dia”.
“Hari itu, dia betul-betul sedih Mi, dia menangis masa minta aku serahkan mafela itu pada kau, yang buat aku betul-betul tersentuh hati, dia tunggu flight kau terbang sampai tak nampak lagi di awan”tambah Ijan dengan serius.
“Aku berdosa pada dia Ijan”hati Ami tersentuh mendengar cerita Ijan.
“kau tau, dia demam hari itu.  Mungkin sebab terlalu memendam rasa.  Dia cakap dia rindukan kau, dia cuma dapat jumpa kau sebanyak 3 kali sahaja sepanjang tempoh kau bercuti.  Pertama masa dekat airport hari kau balik ke Malaysia, kedua masa kau putuskan hubungan kamu dan ketiga hari kau mahu balik ke London”Tambah Ijan lagi.
      Ami meraup mukanya sekali lagi.  Getaran di dadanya semakin terasa.  Entah kenapa cerita Ijan, membuatkannya terseksa.
“aku bawa dia balik hari itu, aku kasihankan dia.  Dia demam teruk lepas itu.  Aku masih ingat lagi, masa dekat kereta dia menangis teresak-esak, cuak juga aku”, cerita Ijan lagi. 
“sejak dari hari itu, Alia jadi pendiam semacam, kau nampak dia senyum dan ketawa, tapi mata dia jelas tunjukkan kekecewaan.  Masa aku nak berangkat ke sini, aku ada tanya dia, adakah dia hendak kirimkan apa-apa untuk kau?”tambah Ijan lagi.
“dia ada cakap apa-apa?” tanya Ami sambil memandang wajah Ijan dengan wajah yang tidak keruan.
“Dia cuma gelengkan kepala dan senyum pada aku.  Kau tau dia cakap apa?”tanya Ijan.
“Dia cakap apa?”jawab Ami dengan kerutan dikeningnya.
“dia cakap sampaikan salam ikhlas dia, tapi dengan syarat kalau kau lebih dulu bertanya pasal dia, sebab kau tak izinkan dia berhubungan dengan kau lagi”jawab Ijan sambil senyum.
“hari ini aku sampaikan salam dia, salam Alia untuk kau Mi sebab kau lebih dulu bertanya pasal dia”kata Ijan sambil memandang wajah sahabatnya itu.
      Ami meraup lagi mukanya.  Kali ini hati lelakinya bergetar hebat.  Entah kenapa hari ini dia merasakan dia adalah lelaki yang paling bodoh.
“Alia kata lagi, selama hari ini dia selalu bersama kau sebenarnya, bantu kau memanaskan badan bila setiap kali kau memakai mafela yang dikaitkan sendiri, dia maafkan semua yang kau buat pada dia sebab cinta tidak semestinya memiliki.  Dia redha atas semua yang terjadi, lagi pun kata Alia, sekurang-kurangnya dulu masa kamu masih sama level, kau pernah mencintai dia”, tambah Ijan lagi.
“sebenarnya, waktu dengan Tasnim; aku tidak segembira waktu bersama dengan Alia.  Kalau dengan Alia, ada saja benda yang boleh buat aku senyum dan ketawa dengan keletah dia”, kata Ami sambil memandang keluar jendela.
“tapi kerana ego dan mungkin kerana kecantikan Tasnim ditambah dengan kesulitan menghadapi pelajaran dan tekanan hidup di sini membuatkan aku terlupa pada Alia”tambah Ami lagi.”padahal email-email Alia selalu memberi kata-kata semangat kepadaku.  Selalu cuba membantu aku.  Aku memang bodohkan Ijan”.
“Kau tak bodoh, kau poyo”, balas Ijan sambil melemparkan bantal ke arah Ami. 
      Ami menyambut bantal yang dilempar Ijan ke arahnya.  Ami menjawab salam Alia.  Ijan tersenyum puas bila mendengar jawab salam Alia untuk Ami.  Semuanya sudah terlerai.  Ami menangis di depan Ijan.  Melepaskan keluhan berat atas kejahilannya menilai cinta sambil memeluk bantal yang dilempar Ijan tadi.  Bukan maksud Ijan untuk menjaja cerita sedih Alia untuk meraih kembali cinta Ami, Cuma Ami perlu tahu keadaan Alia yang benar-benar ikhlas mencintai Ami. Ijan Mahu Ami menilai cinta bukan atas dasar level atau status tetapi dengan keikhlasan.  Kedengaran klise itulah hakikat cinta sebenar.

Hilang...

Hajat untuk menulis cerpen bagi menyahut cabaran Geng Urban untuk bulan Nov ini masih terbengkalai begitu sahaja.  Idea sudah ada, cuma aku seperti kehilangan rahi untuk menulis.  Sekarang ini saja waktu aku meluangkan masa untuk menulis di blog kesayanganku si Ruang Rindu saja, fail-fail KSSR yang menuntutku untuk disiapkan masih berlonggok di atas lantai dekat dengan meja tulisku.  syukur saja Fail KSSR Tahun 2 sudah kusiapkan.  Semangat untuk menyiapkan fail2 ini juga hilang.  Aku harap, aku dapat melunasi semua pekerjaan yang sepatutnya aku siapkan sepanjang cuti semester akhir ini.  Aku juga harap aku dapat mencari semula rahi menulisku yang tiba-tiba hilang.

Monday, November 5, 2012

Miley Cyrus - Stay (Lyrics)


Lagu Untuk Entry "Coretan Tentang Rasa"

Coretan Tentang Rasa

Entah harusku apakan rasa yang bergelodak dalam jiwaku sebenarnya hari ini.  Aku tidak mampu apalagi punya keizinan untuk meluahkan pada sesiapa pun termasuk sahabat terbaikku.  Tidak mampu dan tidak boleh kerana aku sudah menutup lubang hitam itu di hadapan sahabat terbaikku.  Aku tidak mahu membebankan dia kerana perasaan gilaku ini.  Hanya di blog kesayanganku ini saja aku mampu meluah rasa sekalipun nanti bakalan ada yang membacanya, sekurang-kurangnya pembaca entry ini tidak tahu cerita sebenar dan watak-watak yang terlibat.  Pembaca mungkin cuma akan meneka-neka dan membuat kesimpulan sendiri, tidak apalah, sekurang-kurangnya dengan menulis entry ini dapat melegakan sedikit gelodak rasaku.  Mungkin juga sahabat terbaikku bakalan membaca entry ini, pintaku cuma pengertian bahawa aku cuma manusia biasa yang selalu lemah dan khilaf tentang kendalian hati.  Aku sangat membenci perasaan yang hadir petang hari ini.  Ya, memang mulut mudah untuk menipu tapi hati memang tidak mampu menipu.  berita hari ini memang sedikit terasa di dalam hati.  Apapun, jauh di dalam sudut hati, aku tetap mendoakan yang baik-baik untuk kamu sekalipun kamu tidak pernah mendoakan yang baik-baik untukku. 

Tuesday, October 30, 2012

Hadiah Katak Dari BFF: Saat Manis

Waa....best betul hari ini dan aku sangat gembira serta bersyukur atas rahmat dan berkat Tuhan yang mengurniakanku sahabat-sahabat yang sangat baik.  Hari ini saja seawal pagi, sahabatku Fatine menunaikan hajatku untuk makan kuah sate dengan nasi himpit, dan petang ini aku mendapat hadiah ole2 dari Tawau and KK daripada sahabatku Jue.  Terima kasih buat dua sahabat terbaikku ini.  Kalian betul-betul buat hidupku selalu gembira dan bahagia.
 
Buat Kamu Fatine Lee dan Julia Jay...tidak ada material apapun dalam dunia ini yang menerangkan betapa aku sangat menghargai kamu sebagai sahabatku. Terima kasih atas segalanya. Sayang Kamu Selalu...
 
P/s: Kuah Sate Fatine sedap sangat, teringat-ingat sampai sekarang.  Air tangan Fatine selalu sedap, terasa kasih-sayang dia pada aku sebagai sahabat dan kami semua juga ( Tina, Zirah, Farah--->geng masak2 di sekolah sebelum cuti...hehehe).
 
P/s: hadiah Jue betul2 buat aku suka, terasa disayangi dan dihargai sangat.  Ia buat senyumku melebar dan ketawa lucu.  "Dear my beloved BFF, Saya Paling Suka tu Hadiah ow....buat saya senyum sampai la saya mengabdikan cerita hadiah dari Tawau dan KK ini dalam blog kesayangan saya ni"...>___< 
 
Mari layan hadiah Katak saya....ahaks!!! so sweet bah....
 
Che Juju, Che TeTeen, Che G-HaH dan Aku.....
 


Cute Box.....

Love You So Much Jue....


Sweet.........memori

 
Memperkenalkan Che2 katak.......babacak!!!


Penamaan Adun Katak-katak Sedunia......


Che Juju...

 

Che Teteen...



Che G-HaH...


Che Tie...


Tugu Peringatan Magic


Tugu Peringatan Katak berubah kedudukan


4CK...>___<


Gaya Meeting Adun Katak


Che Tie & Che Juju

 
Spa-Q @ Queen Hotel...ahaks!!!
 
Home Sweet Home...


Saya Sayang Che Teteen, Che Juju dan Che G-HaH.....Simpan dan Jaga kamu semua baik-baik...!!!

Aku, Guru dan SKT

SKT....

Aku rasa semua guru di Malaysia sudah merasa pengalaman menulis SKT.  Kerja yang harus dilakukan oleh semua guru setiap hujung sesi persekolahan semester kedua.  Setiap kali itulah juga, guru-guru akan sibuk menulis SKT atau menaipnya dengan baik-baik, bak menjawab soalan dalam peperiksaan.  kadang-kadang ada sedikit rasa tension bila mengingat-ingat apa lagi yang harus ditulis dalam SKT bagi memenuhi kriteria.  Aku kadang-kadang merasa lucu sendiri, sebabnya aku antara guru yang paling suka menulisnya pada saat akhir-iaitu tarikh akhir penghantaran SKT ke meja pentadbiran.  Hari ini saja, aku dan beberapa rakan lain duduk semeja dan saling meniru...hahaha!!! Tadi Aisah bilang, "wah...bengkel ka?" dan ia mengundang gelak kami (Aku, Zirah, Nik dan Farah).
 
P/s: gambar-gambar sekitar menulis SKT pagi tadi.....

Sambil2 menulis dan meniru....cari2 idea.....

SKT aku.....Muka surat 1


Zirah dengan SKT...siap dan paling lengkap....pstt...Kami tiru si Zirah punya SKT

Kepenatan menulis SKT plus  lapar....

Tekun membelek SKT....
P/s: sudah copy SKT 2012, tahun depan panjang umur tiru lagi...... >_____<

Sunday, October 28, 2012

HBTY buat Kamu

S E L A M A T    H A R I     J A D I
 
Buat kamu
 
Hanya sepotong Al-Fatihah sebagai hadiah sempena hari jadi kamu tahun ini...
Semoga panjang umur
Semoga murah rezeki
Semoga gembira selalu
Semoga bahagia selalu
Semoga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat


H.B.T.Y
 
 


Saturday, October 27, 2012

Rasa

Hari ini...
Aku bagai kehilangan
Ada rasa sayu yang menekan
Hatiku terasa parah dan berdetak-detak
Memaksa aku mencongak-congak
Perasaan yang bergeladak dan bertekak
Mengatakan ia belum pulih dari rasa kecewa

Tapi...
Otak yang tersimpan akal itu juga
Bertempik sorak-sorak
Mengatakan...
bukankah aku sudah lali

Dengan rasa kecewa dan sebak
Yang selalu menembak hati
Sampai luka parah tersiat-siat
Sungguh aku penat

Monday, October 22, 2012

Terapi hati aku...

Kelmarin waktu aku lagi biul-biul hati,  aku buat art ini untuk hilangkan rasa yang buat semak minda dan hati.  Peristiwa jumaat lepas masih lagi terkesan dalam hatiku sebenarnya.  Ini salah satu cara untuk terapi hati kalau aku lagi berada dalam kondisi sendu-sendu.  Kalau bukan hasilkan puisi, aku pasti akan buat art, warna-warna dan apa saja bidang dalam art.  Petang kelmarin aku pilih buat kolaj.  Hasilnya tentulah buruk, sebab aku bukanlah pelukis yang bagus, tahapku masih tahap budak darjah 3C, jauh sekali punya basic melukis.  Aku cuma suka dan jatuh cinta pada seni, seni itu luas skop dan sifatnya kan??? lalu kalau aku lagi sedih-sedih, aku pilih art untuk rawat hati.  Ia salah satu terapi yang berkesan untukku.  Ia selalu membantuku untuk lupa pada perkara yang buat aku biul-biul hati.
 
 
P/s: ada siapa2 yang mampu tafsir maksud art ini???


Friday, October 19, 2012

Impian dan Harapan

Impian dan harapan itu harus seiring, Impian datang bersama harapan, harapan juga datang bersama impian. Hanya kerja keras dan Istiqamah maka impian dan harapan akan menjadi kenyataan, jika tidak menjadi seperti apa yang kita impikan dan harapkan, bersifat qanaah iaitu redha dan pasrah kerana itu adalah Qada dan Qadar Allah. 
 
P/s: Semoga Impian dan Harapanku yang satu itu akan terlaksana juga andai tidak; aku akur dan redha.  Aku Yakin Allah telah menetapkan yang terbaik untukku, kalau pun bukan di sini mungkin di sana....InsyaAllah.

Entry Khas Untuk Kawan Blogger: Amirul Mohamed

Entry Khas buat Saudara,
 
Amirul Mohamed
 


kerana sudi membalas menjadi pengikut ke-13 blog saya
 
Semoga saudara terus menulis dan menulis
 
P/s: cerpen encik Amirul ni best....sila ke blog beliau ya...(bajet ada readers yang baca entry khas ini)
 

Ada Ubi Ada Batas

Gatut betul-betul sedih hari ini.  Hilang segala antusias menikmati kedamaian dan keindahan pagi hari Jumaat penghulu segala hari.  Hati Gatut betul-betul tercarik-carik.  Gatut terkilan; itu sebenarnya perkataan yang tepat bagi menggambarkan perasaan Gatut pagi itu.  Baharulah Gatut tahu siapa yang mahu menolongnya waktu betul-betul susah.  Padahal Gatut cuma mahu meminta sedikit saja pertolongan ya sedikit saja pertolongan.  Gatut cuma meminta untuk menukarkan duit syiling sebanyak RM10 yang dikorek dari tabung Hello Kitty kepada not kertas RM10 daripada kawannya si Gilin.  Permintaan itu ditolak mentah-mentah oleh Gillin, airmuka Gilin saja sudah cukup memberi jawapan tidak pada permintaan Gatut.  Gatut benar-benar sedih walhal sebelum ini Gatut selalu siap memberi pertolongan kepada Gilin.  Tiba giliran Gatut meminta pertolongan Gilin permintaan Gatut yang tidak seberapa itu ditolak mentah-mentah oleh Gilin.  Itu baru meminta untuk menukar duit syiling kepada duit kertas belum lagi Gatut meminta untuk meminjam duit Gilin.  Gatut betul-betul perlu menukar syiling tersebut kepada duit kertas RM10 untuk membeli minyak di Shell, takkanlah Gatut hendak membayar minyak dengan duit syilling bernilai RM10 kepada tauke minyak tersebut jenuhlah pekerja Shell minyak itu mengira duit syiling nanti.  Hati Gatut benar-benar kecewa.  Kecewa dengan sikap kedekut Gilin.  Gatut cuma mampu berkata kepada Gilin "ada Ubi ada Batas".  Waktu Gatut keluar dari pintu rumah, Gatut terlihat sang labah-labah sedang membina semula jaringnya yang terkoyak.  Gatut dapat kekuatan semula.  Semua kesusahan Gatut pasti berlalu juga, apa yang penting Gatut mesti terus bersabar dan terus berusaha.  Kalau si Labah-labah cekal menjahit semula jaringnya setiap kali terkoyak kenapa tidak Gatut.  Ada hikmah disebalik kejadian pagi ini fikir Gatut di dalam hati.  Sekarang Gatut tahu siapa kawan siapa lawan.  Sekarang Gatut tahu siapa yang sudi membantunya masa susah dan senang.  Gatut berkata pada dirinya, "Tidak apalah Gilin, Ada ubi ada batas". Senyum suku mula terbit pada bibir Gatut sungguhpun hati Gatut benar-benar sayu dan kecewa.

Jual Karya Novel : Secret Admire

Tiba-tiba dapat idea mau terbit/jual sendiri novelet yang aku buat.  Rasanya kalau hantar kat mana-mana penerbit novel di Malaysia aku macam yakin karya tidak akan dibaca hatta dengan sebelah mata pun.  Karyaku mungkin saja dibakul sampahkan.  Huishh...tak rela sungguh karyaku menerima nasib macam seperti itu.  Sungguhpun karyaku itu buruk dan tahap belasahan saja ia adalah karya asliku ceritaku dan paling penting ia adalah karya sulungku dan waktu menulisnya ia benar-benar lahir dari hatiku.  Waktu mula-mula menulis karya itu masa tahun 95 aku cuma berumur 17 dan berjaya menyiapkannya pada tahun 96 dan pada tahun 2009 aku mula menulisnya di dalam blog kesayanganku si Ruang Rindu.  Tahun 2012 barulah aku siap menulis semula karya itu di blogku.  Aku masih mengekalkan cerita asal karyaku dan cuma menambah dan menukar beberapa struktur ayat agar ia lebih cantik.  Persoalannya adakah orang yang sudi membeli karyaku itu jika aku menjualnya pada harga RM10 + Cerpen "Cinta Botol Vitagen" (Kes Test Market)....hahaha.....
 
P/s: Ada sapa2 nak beli....???? ermmm.....

Thursday, October 18, 2012

Hidup

Hidup ini indah sebenarnya jika kita menikmatinya dengan rasa rendah diri kepada maha pencipta dan  merendah diri sesama manusia-tidaklah menjadi satu kebodohan nyata jika manusia ada sifat merendah diri.  Apalagi jika menikmati hidup ini dengan biasa-biasa saja. Tapi itulah manusia sering saja kepala yang padanya ada otak berselirat di kiri dan kanan memikirkan perkara-perkara yang kusut-kusut apalagi jika otak dan hati  yang kadang-kadang kurang bersih bergabung menjadi rakan baik untuk membuat pilihan mengenai bagaimana untuk terus hidup.  Kadang-kadang perkara kusut-kusut itu lebih mendominasi kehidupan seharian.  Saat itu konsikuennya adalah hidup jadi gelabah dan celaru.  Aku tekankan klausa 'kadang-kadang' sebab ada juga masanya saat kita muhasabah diri; kita akan akur dengan betapa perlunya kita untuk cuba bertenang selalu kemudian; cuba menikmati hidup dengan kesederhanaan dan biasa-biasa sahaja dan berkemungkinan; kita akan mampu menikmati hidup ini dengan indah.  
 
Kadang-kadang hidup jadi tidak indah bila ada manusia yang kurang normal-yang tidak mahu bertolak-ansur dan agak mementingkan diri sendiri-yang hanya mahu dirinya dilayan baik-baik walhal manusia itu tidak pula melayan manusia lain baik-baik dan selayaknya.....Kadang-kadang saja OK!!!
 
Kalaulah aku punya kuasa sakti-sakti mungkin hidup aku sedikit mudah, tambah dramatik jika aku punya tongkat sakti; dengan segala kesaktian milikku, akan ku tuding saja dan gerakkan sedikit tongkat saktiku lalu dengan mudah mendapatkan kemahuanku.  Kalaulah aku punya butang-butang "putar", "padam", "ulang" ditepi dahiku mungkin kehidupanku juga bakalan indah.  Akan aku putar-putar pada bahagian cerita hidup yang  paling aku suka; yang mampu menggelikan urat kentutku-supaya aku bisa ketawa lucu-lucu, akan aku padam pada bahagian cerita hidup yang menyesakkan dada dan memualkan perut juga tekakku dan akan aku ulang tayang-siar pada cerita hidup yang paling menggembirakanku hingga senyumku melebar ikhlas bukan yang membuatkan aku hanya mampu senyum suku.  Tapi aku tidak punya kuasa sakti-sakti juga butang-butang itu.  Aku cuma si Atie, manusia yang selalu khilaf dan hanya punya beberapa anggota melengkapkan aku untuk layak digelar manusia itupun dipinjamkan sementara oleh Tuhanku yang maha pengasih.  Kata ustazku dulu-dulu waktu aku di SMAI Papar, perkataan "kalau" itu tidak baik untuk digunakan dalam rencana kehidupan.  Belum tentu hidupku bakalan mudah dan indah dengan punya semua kesaktian dan butang-butang itu...untuk butang-butang hebat itu, biarlah si encik "Gadget" saja yang memilikinya; itu saja sudah cukup banyak memudahkan kehidupanku sebenarnya.
 
P/s: hari ini aku jadi sedikit sensitif dan sedikit penat-bosan dengan tuntutan tugas membuat guru ganti.  Kemudian aku akur bahawa itu tugas dan amanah.  Padahal aku mahu menikmati hidupku pagi hari ini waktu di sekolah dengan indah dan biasa-biasa sahaja.  Aku masih manusia biasa yang selalu ada angin kus-kus dan kadang-kadang-mungkin juga-selalu memikirkan hidup ini dengan kusut-kusut...hehehe!!! kadang-kadang aku bosan betul buat kerja cari "guru ganti" bila ada cikgu2 yang diberi tugas mengganti kelas bagi alasan ala-ala manja macam drama queen,  pernah tak dorang bayangkan perasaan guru Jadual Waktu(JW)  bila slip kelas ganti itu diserah balik kepada kepada si tukang buat walhal waktu membuat tugas itu si guru JW itu pun berada dalam kondisi paling serba salah dan kerumitan yang amat mencari guru ganti...syukur ada juga rakan guru yang sangat sporting dan faham malah akur dengan tugas yang diberi...Aku paling salute dan berterima kasih dengan guru-guru yang sporting ini semoga Allah membalas kalian dengan sebaik-baik pembalasan.  Aku cuma menurut perintah PK1 untuk membuat guru ganti dan waktu membuatnya aku cuba berlaku adil semaksima mungkin.

Hidup Tidak Selalunya Indah,
Langit Tak Selalu Cerah
Itulah Lukisan Kehidupan
Itulah Lukisan Alam
Tanda Kebesaran dan keadilan Tuhan