Saturday, December 31, 2011

WeLCome 2012.....

Perjalanan selama 365 hari dalam 2011 akhirnya akan berakhir hari ini.  Banyak kisah suka dan duka berlangsung sepanjang eksplorasi 365 hari ini.  Ternyata perjalanan tahun ini banyak merakam cerita indah dan hebat terjadi dalam setiap scene pada perkiraanku.  Aku bersyukur pada Allah di atas kurniaanNya kepadaku yang kerdil ini.  Terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepadaku,  padahal aku banyak berdosa malah selalu menzalimi diriku sendiri.  Astaghfirullah al-Azim.....Ampunilah segala dosaku Ya Allah.

tidak kunafikan ada juga scene2 sedih malah menjengkelkan berlaku dalam perjalanan 365 hari ini.  Namun,  scene2 kurang bagus itu kuanggap sebagai segmen kehidupan, dan bila ada klausa 'kehidupan' maka aku harus menjalani, mengharungi dan berada dalam segmen hidup itu dengan rasa istiqamah dan qanaah.  Aku akur bahawa setiap perkara yang berlaku pada diriku tahun ini adalah "Qada dan Qadar" yang telah ditetapkan untukku.  Subhanallah walhamdulillah walaila ha illallah.....

bercerita pada hari ke 365,  membuatkan aku banyak bersyukur kerana diberi peluang berada dalam tahun hebat buat diriku.  pada hari-hari akhir tahun 2011 ini  aku dapat satu hobi baru yang sangat menjentik minatku yang dari dalu memang sukakan apa saja karya kreatif.  kali ini,  aku mempelajari "sulaman Riben".  melalui buku yang ditulis oleh Halina Abdul Hadi dan Marlina Rahmat.  memang sangat menarik untuk mempelajari sulaman riben ini.  sebenarnya,  aku memang tidak pernah terniat untuk membeli buku ini, malah seumur hidupku aku belum pernah tahu yang sulaman riben ini wujud,  ingatkan cuma ada cross-sticth saja.  ssebelum mempelajari teknik2 dalam buku,  aku belajar dari sebuah blog(lupa nama blog itu) untuk belajar buat bunga dari riben dan aku sudah menguasainya....ceh!!!


Buku Sulaman Riben Siri 1
berbalik kepada sulaman riben,  ya..memang aku tidak pernah terniat untuk membeli buku ini.  waktu itu aku dan suzie berada di evergreen untuk membeli barang2 keperluan Panitiaku,  sebenarnya mahu menghabiskan duit PCG atas arahan PT kewangan sekolah.  Dalam pada menunggu invois di print keluar,  aku membelek2 buku yang diletakkan di atas rak cermin,  masa itulah aku terlihat buku sulaman riben ini.   setelah membelek2 buku ini dan dengan tawaran harga yang sesuai,  aku ambil keputusan untuk membeli buku ini tanpa ragu-ragu.  tak sabar rasanya pulang ke rumah dan mencuba teknik sulaman riben ini.  menurut buku ini, teknik sulaman riben di Malaysia masih baru,  oleh itu alat2 kelengkapan untuk membuat sulaman riben ini terutama jarum, memang susah untuk dapat.  bagusnya buku ini,  penulis memberi cadangan menggunakan jarum kasut.  aku awal2 lagi sudah bercadang untuk pergi ke kedai "Classic" yang banyak banyak menjual peralatan untuk membuat "cross-sticth".  Aku beli jarum "cross-stitch" yang paling besar dan sederhana serta suku meter kain "cross-sticth".  petang itu, sampai saja di rumah....aku terus mencuba teknik sulaman riben ini,  quite tough...but quite intresting juga untuk mencubanya.....mari lihat hasil pertamaku.....

Sulama Riben bunga Tulip dan Rama-rama.
Selamat Tinggal 2011....Kenanganmu Kekal Bersamaku...
Selamat Datang 2012....Aku Bersedia Menempuhmu...

Tuesday, December 27, 2011

Lama betul tak tulis ceita baru kat blog kesayanganku ini.  tiba-tiba rasa rindu pula.  tanpa sedar cuti pun dah nak habis,  hitung punya hitung tinggal 8 hari saja lagi baki cuti sekolah akhir tahun.  tanpa sedar juga,  kita sudah hampir pada penghujung tahun 2011.  mengimbas kembali tahun 2011 ini,  aku akui ia tahun yang paling indah untuk dikenang.  banyak memori indah dan bermakna terukir dalam tahun ini.  banyak perkara baik yang berlaku dalam tahun ini.  salah satunya adalah hari konvokesyenku yang berlangsung 29 Nov lepas.  Rasa syukur tidak terhingga kupanjatkan pada ILAHI Ya Rabbi di atas kurniaan tahun yang indah ini.  sesungguhnya semua kenangan indah dan takdir yang baik ini adalah atas kurniaanNya juga.


sekarang ne kan...aku jadi pengikut setia kepada seorang blogger bebas dan penyanyi dalam youtube.  Encik Mimpi, begitu dia menggelarkan dirinya baik di dalam blog,  FB dan juga Youtube.  satu lagi yang buat aku tertarik adalah lukisannya yang comel itu.  selalu saja buat aku tersenyum sendiri malah tergelak.  Encik mimpi misteri sangat orangnya.  aku paling suka lukisan yang dia selalu post dalam Fb. sebelum terkenal encik mimpi melalui video nyanyian dia dalam Youtube,  aku juga pengikut setia blog sahabat cantikku si Luna Zura a.k.a Luna Bru.  Dua manusia ini punya nilai seni yang tersendiri.  apapun aku harap mereka akan terus sukses selalu.

aku pula....untuk penghujung tahun ini,  kutanam satu azam dan nekad untuk menyiapkan Novelku yang entah layak atau tidak ia digelar sebagai novel.  aku juga berniat untuk menghantar karyaku itu pada FAJAR PAKEER SDN. BHD.  aku tidak mengharapkan manuskripku itu diterima oleh pihak mereka.  Hanya sekadar mencuba dan kalaupun manuskripku itu tidak diterima aku sudah cukup bersyukur kerana sudah ada dua orang pembaca pada karyaku itu.  Malah sahabatku si Luna Zura mengiktiraf ia adalah sebuah novel.  itu sudah cukup sekalipun kalau di pihak profesional mereka hanya menganggap karya sulungku itu adalah sebuah novel picisan serupa sampah.

semoga Allah memberi ruang dan mempermudahkan jalanku. Amin Ya Rabbal Aalamin

Tuesday, December 6, 2011

WaWi DaLam KenanGan

hari ini dapat perkhabaran kurang baik yang sebenarnya sangat menyentuh hatiku.  hari ini dapat perkhabaran yang sepupu pertamaku Allahyarham Mohd Jawawi Jahamin kritikal dan selang beberapa minit dia dikhabarkan sudah meninggal dunia.  tersentuh sangat hati aku mendengar berita ini.  banyak memori indah dan lucu bersama arwah yang ku kenal dari zaman kecilku lagi.  waktu mendengar khabar dia kritikal bersungguh2 aku mendoakan agar dia diselamatkan dan meminta agar Allah memanjangkan umurnya,  namun Allah lebih menyayangi dia.  Ya Allah,  Kau ampunilah segala dosa arwah sepupuku,  Kau tempatkanlah dia bersama roh orang2 yang beriman.  tak sampai hati aku melihat makcikku tadi.  sudah dua kali dia kehilangan anak kandungnya.  Wawi....semoga kau tenang di sana. 

waktu zaman kecil dulu,  arwah Wawi paling lucu.  aku teringat waktu dia baru mula hendak bercakap.  seingatku dia macam agak lambat dapat bercakap,  kalau dia bercakap yang kedengaran dari mulutnya hanyalah perkataan yang rrrrrrrrrrrrrr...lebih kurang rererreereeerreeee.....hahaha...dan itulah yang dia maksudkan bahawa dia sedang bercakap dengan kita,  padahal tiada satu butiran percakapannya yang dapat difahami.  Aku teringat lagi,  waktu kami masih kami kecil,  aku tunjukkan pada dia telur separuh masak yang aku dapat dari mama,  aku sembunyikan dalam kain baju ku dan mengunjukkan pada dia....

"Wawi...tengtengteng...na..cuba kau teka apa ini?"
"apa itu...." tanya wawi sambil memicit telur itu sampai pecah dan perbuatan arwah buat aku maraj dan menangis.  masih aku ingat betapa cuaknya arwah waktu itu sampai2 dia pulang ke rumahnya....

betapa kenangan itu terasa macam sedih bila diingat semula setelah pemergian arwah.....

RIP Wawi....Semoga Allah merahmati kau selalu....
Bismillahirrahmaanirrahiim

ALhamdulillah hi Rabbil Aalamiin
Ar-Rahmaanirrahiim
Maalikiyau Mid diin
Iyya kana' bubu wa iy yaa Kanas taiin
Ihdinas si roo Tol Mustaqiim
Siroo Tol Laziina an am Ta alaihim
Goiril maghduubi alaihim
Walad dooooool liin
Aamiiin........
Ku hadiahkan al-Fatihah ini buat arwah Jawawi Jahamin dan Kepada seluruh ahli keluargaku....