Thursday, September 29, 2011

Haruskah???

KaDanG-KaDanG CinTa ItU RaHsia BeNar....
MemBeRiTaHu TiDak...
DiBeRiTaHu TiDak...
MenGamBiL TaHu Pun TiDaK...

SuDaH LaMa AkU MenYimpaN "Quote" ini,  sejak tahun 2001 rasanya.   Memang ada benarnya pada madah cinta ini.   lebih2 lagi jika punya rasa cinta terpendam pada seseorang dan kita tidak bisa meluahkannya.   biasanya keadaan ini terjadi pada wanita,  mungkin kerana wanita selalunya bijak menyembunyikan perasaan jika menyangkut pada rasa cinta terhadap lelaki.   kalau ada pun yang berani menyatakannya secara terus pada lelaki,  bilangannya cuma sedikit.   selalunya wanita masih tipikal dan konservatif sedikit untuk approach lelaki yang dicintai atau diminatinya.   <----so me.....hehehe!!!

Kata sahabatku si Luna Zura:

"Jangan Fikir kau 'dia' suka ka tidak.   Cuba fikir kau suka ka tidak.   NA.....cinta harus diperebut dan diperjuangkan.   Cuba ko jangan fikir sangat pasal dia suka ko.   kalau kau mahu,   kau gasak ja ba.   Cinta itu boleh diputik dan dicambah asal betul caranya".....

Kata sahabatku Julia Jay:

masa tu aku share lagu 'angin' yang Hazama nyanyi masa konsert AF9 hari tu....BFF ku komen ini....

"can i be d 'angin' ka dear...."

dan aku haruslah melarang dia dari jadi angin, kerana risau akan konsikuen yang bakal berlaku kalau dia bertindak menjadi angin itu...hehehe....

"ko sound ja me whenever the timing is right".....

aku tau bff ku ini mau sangat menjadi 'angin' itu,  tapi aku selalu melarang dia.   biarlah ia jadi rahsia kami bertiga,  iaitu antara aku,  Luna Zura dan Julia Jay....dua bff yang aku sayang ni.  (dan untuk 3 lagi bffku yang tersayang juga....Fatine Lee,  Suzie Gabriel Toyong,  Najihah Abdul Rahman....will tell u all later...when the timing is right.....!!!).

beranikah aku menjadi perigi?? atau aku harus approach dulu....???

Kadang2 memang susah mengendalikan hati sendiri.   sukar juga membendung rasa cinta kerana selalunya kita tidak punya modal cukup untuk berani meluahkan dan menyatakannya.

Dan kalau aku pemegang cupid ulung,  maka sudah kupanah pada sang arjuna itu.   Biar panah itu terus di situ...terus ke hati dia....si bego...!!!

Syukur saja punya family dan sahabat yang memahami. empati dan pengertian dari family dan sahabat sudah cukup buatku untuk masa ini.



Luna Zura:  Tq aTas pengertian dan empatimu...aku sayang kamu.
Julia Jay: Tq aTas Pengertian dan empati ko...i owe u a lot. Love u my sweet bff...
Fatine Lee:  Tq aTas segalanya....i owe u a lot....kau yang paling faham sy Teen selalu ada masa saya susah dan gembira. 
Suzie G T: Tq aTas pengertianmu selalu Zie....kau selalu ada untuk saya.
Najihah A R: Tq aTas segalanya deq...jihah selalu ikhlas dan ada untuk akak.

Memang aku kurang bertuah dalam soal cinta,  tapi rasanya Allah gantikan dengan memberi sahabat2 yang baik untukku.   Seorang sahabat pernah menyuruhku berhati2 dalam menilai 'sahabat',   ya...aku masih memegangnya sampai sekarang.   dan selalu beringat....namun untuk 5 sahabatku ini,  aku meminta dan berdoa pada Allah agar memelihara mereka kekal menjadi sahabat yang ikhlas untukku dan aku juga kekal menjadi sahabat yang ikhlas buat mereka berlima.   semoga Allah memberkati persahabatan kami ini.   Persahabatan ini terbina atas dasar keikhlasan,  kebajikan pada jalan Allah  dan kerana kami saling memerlukan antara satu sama lain samada sedar atau tidak.  

Wednesday, September 21, 2011

Ironi Cinta


Hari ini aku membaca entry baru sahabatku,  dan tiba2 hatiku rasa sedih membaca entry itu.   aku tidak tau kalau dia menulis entry itu untukku.   tapi aku suka sebab kalau betul dia menulisnya untukku,  maka aku patut merasa bahagia kerana dia ada untukku.   dia ada untuk merasa empati terhadapku.   aku suka dia mengasihaniku kerana aku punya kesempatan istimewa untuk meluah rasa pada dia yang sedang dalam hecticnya yang dahsyat ku kira.

aku memang selalu tidak beruntung dalam soal cinta.   tidak pernah cinta itu kekal menjadi milikku.   terhenti sekerat. yang kekal hanya rasa cinta yang terpendam,  yang cuma aku saja merasanya.   sedangkan aku sudah jauh ditinggalkan.   ironi sekali.

kalau aku punya kuasa sakti,  pemegang Cupid ulung;  maka sudah kugunakan kesaktian itu.   tapi aku tidak punya semua itu.   Cupid itu juga bukan milikku.   jadi adakah aku harus membuang segala egoku,  maluku juga,  dan aku harus mengorak langkah mencari timba itu.   kalau itulah harga yang harusku bayar untuk menemukan bahagia itu,  maka aku akan memula langkah.   persoalannya....beranikah aku??? tegakah aku??padahal aku bukanlah seberani itu,  aku masih tipikal.   Ironi sekali.

apa kali ini aku harus berjuang bermatian mempertahankan cinta.   bertegas sedikit dan berani banyak.   tertanya juga pada tuhan,  tidakkah dia menulis nama lelaki untukku di Luh Mahfudz...ah...berdosalah aku jika berprasangka padaNya,  sedangkan banyak nikmat lain yang telah Dia berikan kepadaku.   Kalau Tuhan telah menulis nama itu di Luh Mahfudz,  aku ingin sekali tahu siapa dia.....

sahabatku,  kalau pun kau sudah tidak punya kata2 pelega untukku,  empatimu itu sudah cukup.  pengertian kamu saja sudah cukup buatku.  sekurang-kurangnya ada orang lain yang tahu elegi hatiku yang mengalun rasa di Ruang Rindu.

Terima Kasih Sayang....
Kita Tetap Kawan.

Monday, September 19, 2011

Elegi Rasa

hari ini open house di rumahku....sebenarnya anjuran adib canopy.   sekejapan tadi,  bff dan rakan sekerja datang berkonvoi beraya di sini.   dan aku rasa begitu gembira sekali.  ya...raya tahun ini memang terindah buatku,  berlainan dengan rayaku beberapa tahun lepas.  

tapi entah kenapa,  selepas bffku pulang tadi tiba2 aku terkesan sendu dalam hatiku.  


napa ya....emmmmm....aku cemburu agaknya....mungkin....entah napa aku rasa perasaan itu padahal untuk merasa rasa itu saja aku tidak layak sebenarnya.

susah juga mengendalikan rasa hati.   saat rasa itu datang maka bolak-balik hati memainkan sebuah elegi perasaan.   saat menulis rasa hati dalam blog kesayanganku ini hujan turun dengan lebat macam tau2 yang hatiku sedang sendu.   di hadapan bffku dan rakan sekerja tadi aku cuba berlagak seriang mungkin takut ketahuan sendu yang tiba2 datang menerjah hati.   aku kira aku layak menang award kerana bisa jadi pelakon hebat.   ah...itukan memang aku.


kenapa dia selalu tidak mengerti hatiku,  mengerti isyaratku.    baca pada mataku dan pada tindak-tandukku cubalah untuk mengerti.   dia selalu mengabaikan aku saat aku membuka tangan dan dada selapangnya.   bego sangatkah dia untuk mengerti isyaratku.   atau dia berpura2 mati hati.   buruk sangatkah aku,  hina sangatkah atau dia memang malu jika aku mendekatinya takut ada mulut mengata dan mengejek2 hingga menginjak maruah dia.   hari ini aku terasa ada saingan yang sengaja mahu memperlihat diri.   mungkin bagi amaran padaku bahawa dia itu milik si saingan,  atau mahu memberitahu bahawa aku tidak layak untuk dia.  cuma si saingan itu yang layak.    melihat itu tadi aku jadi kalah dan mengalah.   sedar yang amat bahawa sekuat mana pun aku cuba mengekspresikan diri maka dia tidak pernah tahudan mengambil tahu.   dia sentiasa menolakku......seperti selalunya.....titiklah sudah.   maka aku harus berhenti.

Wednesday, September 14, 2011

Geng SKAK Beraya: Open house Joss 2011

Hari ke 2 UPSR,  kami   mendapat jemputan ke open house rakan sekerja,  Joss william.   Masa di kantin sekolah tadi,  Cikgu Azmi bagi tau,  jemputan Joss start pukul 11.30.   waktu Cikgu Azmi menyampaikan pesanan Joss,  jam masih awal lagi.  baru jam 9 lebih.   jadinya,  kami decide untuk stay di sekolah sampai jam 11.30 am.   at last,  belum jam 11,  cikgu Azmi datang,  ajak gerak ke rumah Joss.   katanya,  Joss call suruh datang sekarang.   oleh kerana tidak tahu jalan ke rumah Joss,  kami guna 1 kereta saja ke rumah joss.  setelah parking kereta depan grand pacific,  aku dan suzie naik kereta jue.   Farah jadi penunjuk jalan.   sampai di rumah Joss,  Jue ngan Suzie kata nak Touch-up dulu,  aku malas nak touch-up lagi pula aku tak bawa compact powder.   so aku,  farah dan Cikgu Azmi menapak terus ke perkarangan rumah Joss.   lagi pula Cikgu Azmi bilang...."nda payah la tunggu dorang....saya lapar sudah ne....hahaha....pengakuan ikhlas Cikgu Azmi...membuatkan aku dan farah tersenyum dan ketawa kecil.   masuk dalam rumah,  Fatine,  Zirah dan Nong sudah makan2...hehehe.....aku,  Jue,  Suzie dan Farah makan di ruang tempat makanan dihidang sebab ruang depan sudah agak penuh dengan tetamu tuan rumah.   Geng2 Ladies Sk Ansip akhirnya dapat berkumpul di ruang depan;  di sofa cantik rumah Joss dan kak Ita sambil makan biskut raya bila tetamu yang lain sudah pulang.   Segalanya bermula di sini.   Acara ambil gambar bermula rancak.   Dari ruang tamu hinggalah ke luar rumah.  

Masa di rumah Joss dan Kak Ita,  setelah punya kesempatan menikmati interior design rumah mereka berdua( time makan biskut raya)....i'm impress......!


Aku agak kagum dengan hiasan dalaman rumah milik Joss dan Kak Ita.   Gaya Inggeris yang menjadi pilihan  begitu mempesonakan.   Rumah ini begitu comel sekali di mataku,  dari pilihan curtain sampailah ke wall deco begitu menarik hati.   Pilihan perabot dan vintaj menjadikan ruang yang minimal kelihatan tersusun rapi.   design2 bunga juga sangat cantik menampakkan kepakaran dan kekreatifan Kak Ita.   Hiasan dalaman ala Inggeris di rumah Joss dan Kak Ita mengundang kami geng2 ladies SK. Ansip,  untuk mengambil gambar.   Masa sesi ambil gambar,  aku rasa begitu gembira dan lucu sekali dengan gelagat kawan2ku yang sporting habis.   Semua aksi 'jajal' bermula di sini menggamit senyumku saat aku merakam kisah itu dalam bentuk tulisan di blog kesayanganku ini.




.....benarlah bahawa 'Kenangan itu Kerinduan"....cerita hari ini pasti akan menjadi kenangan.   Pastinya,  tahun depan atau mungkin 2 hingga 5 tahun dari sekarang,   gambar2 ini akan menjadi bernilai dan mengenangnya akan menggamit seribu memori yang pernah terukir antara kami semua.   Siapa tahu,  esok lusa kami tidak bersama lagi.....

Ruang Tamu
time ne...ada yang menahan nafas supaya perut kempis.....hehehe...siapa tu aaa???

Wall Deco.....Vintaj
Time ne...aku pasti fatine memang berkobar2 mau ke Jakel...
Nong Pula berdoa dalam hati supaya hubbynya kasi beli Vintaj

 
Inggeris style habis oooo.....Tapi Model bangsa Murut dan Bajau
 
 tuuuunaaa....ikan......besar oooo....

 Ikan jinak si Joss
Kolam Ikan
Farrah,  Jue,  Atie,  Fatine,  Suzie


 Barisan Model menunggu giliran 'audition'

 Model Taman Hiasan yang berjaya ke stage 2

Taman Hiasan 




Ruang depan a.k.a Kaki Lima

Sunday, September 11, 2011

Me & Zue: After 19 yrs @ Karamunsing

Hari kedua pertemuan,  Karamunsing jadi pilihan.   kebetulan semalam aku ada bertanya pada Zue di mana aku boleh cari chanting,  memang betullah kata kawan aku si Joss,  di Karamunsing sajalah yang ada jual chanting.   aku ingatkan CP ada jual barang2 lama ne. 

selepas parking kereta,  destinasi pertama ke kedai buku.   baru aku tau Zue dan Hubby penggemar komik.  aku pula terus membeli sebuah lagi novel dari alaf 21,  tajuknya..."harga sebuah cinta".   dari sinopsisnya,  aku rasa macam best,  lebih2 lagi sinopsis itu semacam ada cerita yang sama dengan kisah diriku...ahaks!!!

destinasi kedua kami ke restorean,   mengsisi perut.   Zue bilang,  dia dengan hubbynya baru pertama kali datang makan di restoran ini.   aku apatah lagi.   ini la pertama kali aku makan di Karamunsing di restoran ini. Entah apa nama restoran ini,  aku sudah lupa....hahaha...lupa lagi.   menunya macam bertemakan nasi ayam,  akukan tidak arif dalam hal masakan,  jadi aku  main agak saja.   kalau Zue,  dia memang tau ini resepi apa sebenarnya.  

Black Pepper Chicken Rice....Pilihan aku

Ginger Chicken Rice....aku tak pasti sgt nama resepinya...aku agak ja...Pilihan Azmi,  hubby Zue.

Sweet&Sour Chicken Rice pilihan Zue a.k.a Luna Zura



selesai makan,  sesi ambil gambar.   Zue suruh hubbynya ambil gambar kami berdua.   time ne aku rasa kelupaanku membawa camera digital macam satu kekesalan yang amat.   gambar kami di ambil menggunakan hp android hubby Zue,  Sony Xperia,  kali la tu...aku agak ja...sebab macam HP kawanku Julia Jay.  nice pix....i like sangat2....


gambar curik....bila masa diambil pun aku nda tau....hahaha...

Me & Zue...after 19 yrs....

Apasal ngan mulut aku....Zue...juga paling cool

saja mo tayang background kayu di belakang....canteq

Me & Zue...again.....
nice pix...lentiq...hahaha....!!!!


selepas lunch dan selesai ambil gambar,  kami terus ke kedai tempat jual chanting.   kebetulan aku mahu servay harga chanting untuk sahabatku Julia Jay.   oleh kerana bateri hpku sudah hbs,  jadi aku tidak dapat bertanya pada Jue,  apa lagi barang yang dia perlukan untuk assignment PSnya.   kerana tidak pasti,  aku cuma membeli chanting saja.

selepas tu,  zue bawa aku ke tingkat atas.  ke butik2 yang ada di atas.  kami masuk satu butik tu,  hajat hjati mahu beli sehelai baju.  tiba2 aku ternampak satu baju batik yang menarik minatku.   Zue bilang baju kurung moden colour oren tu paling sesuai buat aku. nah..kebetulan warna bendera dan warna oren  itu adalah lambang dan tema sekolahku.   jadi sesuai sangatlah warna pilihan zue itu.

selepas beli baju,  aku dan Zue ke Saloon.   di Saloon kami kongsi banyak cerita.   sempat aku ambil gambar Zue yang sudah camtik bergaya dengan rambut yang telah rapi.

Zue sahabatku yang cantik

Luna Zura

siap cuci rambut,  kami menapak ke parking.   kesian aku tengok Azmi,  hubby Zue tunggu kami di kereta.   bepeluh sudah kali ketiaknya menunggu kami dua.  

waktu sampai di THKK,  maka berakhirlah pertemuan selepas 19 tahun itu.   antara aku dan zue.   masa tu,  aku betul2 sebak.  sedaya upaya aku tahan air mata.   sebab aku tidak mau nangis depan zue.   aku yakin,  ada lagi pertemuan selepas ini.   jadi aku tidak mau nangis.   tengok muka zue,  buat aku sebak.   kutitip doa buat dia dan keluarganya.   aku juga meminta dia mendoakanku.(mau juga...hehehe).  

Aku gembira lihat dia bahagia dengan hubbynya.   membuatkan aku pasti dia akan sentiasa baik2 saja walau apapun dugaan yang melanda dia.   sahabatku yang seorang ini,  cukup garam dan rencah pengalaman hidupnya,  mahupun rumahtangganya.   kekuatan dia menjalani dan mengharungi payah dan getir hidup buat aku mengkagumi dia dan mencontohi dia.   sedari dulu waktu di SMAIP dia memang unik.

P/s....aku misti carik kau lagi Zue....ne kali kita di Papar ja...kau kena bawa aku pegi Pantai Manis dan KK Adventure.....





Me & Zue: After 19 yrs @ CP

sebenarnya.....sejak merancang pertemuan dengan Luna Zura,  sahabat lamaku....aku asyik berdebar membayangkan bagaimanalah bentuk dan keadaan pertemuan kami.   sehinggalah jumaat menjengukkan dirinya,  debaran di dadaku makin kuat.  entah kenapa...mungkin jarak 19 tahun itu menyebabkan debar itu berkocak dalam dada.   sikit banyak menebarkan rasa seganku pada Zue dan Hubbnya....iya kami masih sahabat...aku syukur kerana Zue masih mengakun aku sebagai sahabatnya,  dan aku bersyukur pada Tuhan untuk itu.   cuma,  banyak yang sudah berbeza,  pengalaman juga berbeza.  status juga berbeza. 19 tahun yang lalu kami masih di alam remaja 16 tahun....sekarang.....sudah di alam 30+++

Jumaat,  9hb

pulang saja dari sekolah,  terus bersiap untuk satu perjalanan yang membawa debar dan keterujaanku.   syukur perjalananku dipermudahkan biarpun duduk di tempat yang paling hujung dalam bas Bumiputra itu.

THKK....Kenangan Itu Bermula di situ....

setelah 19 tahun tidak bersua muka dan hanya berhubung menerusi online setelah aku berjaya menjejak dia di Fb awal tahun ini.   kali pertama aku melihat dia F2F di THKK,  hatiku sebak sebenarnya.  ku peluk dia seeratnya.   dia datang bersama hubyynya.   sebelum pertemuan semula itu,  zue bilang tidak payah driving kalau aku datang seorang,  hubbynya Azmi,  sudi jadi supir kami.   tanggapan pertamaku pada hubbynya....dia memang best dan sporting sangat.  mudah mesra dan tidak sombong.   jadi aku tidak kekok walaupun itulah kali pertama mengenal suami kepada sahabatku Luna Zura.

CP @ Secret Recipe....

di sinilah tempat pilihan kami untuk lepak.   cuma saja waktu itu,  aku lupa bawa cam digital dan bateri hpku pula sudah nyawa2 ikan pasal kelupaan membawa charger.  hai....la badan...sawan pelupaku ini belum baik malah makin teruk.   teringat pada pepatah kawanku Justina,  dia bilang begini...
"...kalau ne pelupa bikin tua,  lama sudah tua"...ini versi justina,   kalau versi aku pula macam ne....
"...kalau ne pelupa bikin mati,  lama sudah mati"....hahaha.....dan setiap kali aku lupa,  aku akan gelak sakan mengingat pepatah ini.   pasal lupa la,  aku tidak dapat mengambil gambar kenangan pertemuan selepas 19 tahun.  Cuma Zue saja yang mengambil gambarku.....waktu gambarku diambil,  aku cuma buat possing selamba yang pada perkiraanku sudah cukup kiut...hehehe....
Me @ Secret Recipe With Luna Zura
Pose Kiut 

banyak cerita yang dikongsikan sewaktu sesi makan malam.   dari cerita yang lucu sampailah ke cerita sedih.   sempat Zue menunjukkan aku meja tempat di mana kejadian dia pegi sound satu minah sengal yang bermulut murai dan kerek.   cara zue cerita saja pun sudah mengundang tawaku sebab otakku ligat membayangkan kejadian itu.

to be continued....Me & Zue: After 19 yrs @  Karamunsing

Monday, September 5, 2011

A Simply CCVLB

My Cheese Cake Versi Luna Biru....1st time buat!!!!

Bagi aku yang agak buduh dalam bab memasak ne(dalam apa juga jenis masakan,  kek atau biskut)  kejayaan membuat Cheese Cake pun sudah cukup menggembirakan aku.   Kali pertama buat Cheese Cake buat aku teruja untuk buat eksperimen.   sebenarnya aku bukanlah gemar sangat makan Cheese Cake,  cuma aku mahu menguji kemampuan.    medan menguji litar kupertaruhkan pada resepi  Cheese Cake yang dikongsikan oleh Luna Biru.    itupun aku dapat dan minta resepinya setelah membuka blognya time puasa hari itu,  kebetulan menu sungkai dia dan family masa tu adalah Cheese Cake Versi Luna Biru.   sebenarnya yang buat aku tertarik untuk cuba buat kek ini sebab Luna Biru bilang,  Cheese Cake ne Cheese Cake Short cut.    Klausa "short cut" memberi ekspresi "senang" bagi aku yang agak tangan bangku ne. ("tangan bangku" kalau kamurang tidak faham macam kaki bangku la....marah la DBP sama aku ne tau)

CheeSe Cake Versi Luna Biru aku menjadi.   Masa aku buat cheese cake ne....aku ikut ja semua method yang kawan aku Luna Zura a.k.a Luna Biru bagi time puasa hari tu.   pukul 7.30pm aku,  wiya dan risya pegi Hiap Lee beli bahan2 cheese cake.   balik rumah baru aku perasan yang aku lupa 1 lagi bahan penting untuk topping,  barula...ne kali aku rasa telupa beli susu cap junjung adalah satu kekesalan yang amat.   sampai2 aku post kata2 ne dalam status  terkini fb aku semalam.   sebenarnya aku takut juga sponge cake aku tidak menjadi,  syukurlah...sponge cake yang ku buat cantik je mengembang dalam oven.   tepat 40 minit aku keluarkan sponge cake tu dari oven dan terus telangkupkan seperti yang Luna Zura bilang.   Pasal lupa beli susu cap junjung,  aku tepaksa la tunggu besok untuk buat topping cheese cake ne.   pagi tadi barula aku dapat buat topping or decoration atas kek.   Siap buat topping and deco aku terus letak dalam bekas.  

Rasanya?? entahlah...aku sikit pun tidak rasa.  main confident ja....sampai saja di sekolah aku minta tolong anak muridku bawa naik ke bilik guru.  sampai dekat bilik guru,  rupanya kawan2ku Suzie,  Fatine dan Tina sudah menyubuk cheese cake tu.....hehehe!!! nah kan....bila aku naik dorang bertiga ne terus tanya,  " Ne ka cheese cake yang ko bilang tu?".   Aku pula terus bilang ya dan senyum.   terus aku pas resepinya sama Tina.   sebab minggu sebelum cuti raya lagi dia minta tapi aku selalu lupa salinkan dia resepi ne.   selepas tu,  Tina terus pegi fotostat untuk fatine,  Suzie dan Jue.   Aku ingatkan just dorang 3 orang ja yang bebagi resepi ne,  rupanya resepi yang ku tulis tangan dengan ayat2 yang sempoi tu di copy lagi oleh dua orang rakan kerja di sekolah.   hahaha......

Hari ne,  ramai yang puji cheese cake Versi Luna Biru itu sedap,  entahlah kalau mereka tu cuma mau menyedapkan hatiku saja.   justar bilang sedap,  joss bilang sedap,  si cikgu Azmi yang kunun tidak pandai makan cheese cake sebab nanti sakit perut pun bilang sedap padahal dia makan 'sempudung' saja.   paling penting bila bffku juga bilang sedap. 

well pujian tidak harus dikreditkan untukku,  pujian itu harus diberi pada Luna Biru si sahabat cantikku.   Luna Biru,    Cheese Cake kau dapat pujian member karas dan member sekerjaku.

ermmmm...rupanya bffku fatine tidak terasa CCLVB aku ne...dia bilang dia tidak kena panggil makan kek ole birthday gal....amaaa...sedih pula aku bila dia bilang mcm tu.   lebih2 dia bilang dia beliur teingat cheese cake aku tadi...amaaa!!!
time aku type entri ne,  Fatine sedang try resepi CCLVB.    sebenarnya salah satu tujuan aku buat CCLVB ne sebab mau celebrate Suzie,  kemarin birthday dia. tapi untuk bffku,  semua misti rasa.   aku ingat dia ada makan kek tu time aku gi kantin. errmmmmm...nda pa Teen,  nanti sy buat untuk kau aa....hehehe....!!!
A simply Cheese Cake
Cheese Cake Versi Luna Biru
Tq Zue kongsi Resipi Cheese Cake Yang Short Cut ne...


Sharing is Sexy...
Short cut Owez Cute...
Tq Zue sebab kongsi
Cheese cake Luna Biru mmg siot...!!!

ProBLeM......SaBaR...SenYuM


Masalah. Duit. ermmm...masalah setiap orangkan?? aku rasa belum lagi kali ada cikgu yang jadi kaya-raya hasil dari duit gaji.   kalau ada pun misti cikgu tu ada bisnes sampingan.   dengan skill gaji guru yang agak ciput,  istilah "kaya" kurang sinonim dengan cikgu.   "sederhana" mungkin istilah yang paling tepat.   entahlah,  persepsi dan pembawaan setiap orang yang bergelar guru tentang status kewangan dan keadaan poketnya atau dirinya dan keluarganya adalah berbeza.

start bulan ini,  poketku bakal kempis selalu.   rumahku yang saaanaaa KK itu kena potong sudah.   gajiku ermmm....tinggal RM&*()()$$....

Tapi aku yakin bahawa rezeki dari Allah tetap ada,  cuma aku perlu berusaha mencarinya.   Tadi aku hampir menangis masa luah rasa sama Jue.   aku rasa macam nak cari kerja part-time.   Banyak yang perlu aku fikir sekarang.


Aku harus bertenang dan bersabar.   sebagai   anak sulung dalam big family ne aku rasa aku perlu terus jadi kuat atau kalau tidak kuat pun berpura2 kuat supaya aku tetap dapat membantu familyku,  terutama parentsku dalam soal utilities dan belanja dapur.   semoga Allah membuka jalan dan mempermudahkan urusanku.   Rasanya aku harus senyum saja.   senyum selalu.   supaya tidak ketahuan sedih dan aku masih bisa membahagiakan orang sekelilingku.


Friday, September 2, 2011

SYaWaL Aku & FaMiLy.....

sedar tak sedar,  hari ini sudah pun 4 syawal.  cepat betul masa berlalu.  riuh rendah malam raya macam baru je berlaku....scene Touching tapi Happening pagi raya pun macam baru je tadi...padahal sudah 4 hari yang lalu.   memang betul la bahawa dunia semakin ke penghujungnya.

Raya tahun ini paling best,  aku suka sekali.  tahun ini giliran beraya di sini,  tema baju pula pink untuk perempuan dan cyan untuk lelaki.   tahun ne lelaki guna cyan sebab  baju untuk perempuan susah betul mau cari,  ada yang cantik dan sama colour dengan lelaki tapi kain pula tidak cukup,  jadi untuk kasi matching dengan lelaki terpaksalah,  pilih colour pink yang ada colour cyan juga.   dan supaya nampak lebih matching,  tudung kenalah colour cyan.   hehehe!!! yang penting,  kami semua dah macam kumpulan boria....hehehe!!!

cuma......
yang mencacatkan sedikit rayaku tahun ini ialah,  2 Syawal...adik2 yang sudah kahwin balik rumah mentua...kecuali adikku yang no.4.   padahal tahun ini giliran rumah sini beraya.   memang hampeh betul dorang ne.  ikutkan hati nak je aku luku2 kepala hubby dorang. well...sudah pastilah aku meluku2 kepala hotak dorang tu dalam hati dan dalam imaginasiku saja.  memang cis betullah....!!!

aku teringat tym sesi bermaafan pagi raya tu,  memang touching gila...ku peluk Abah dan Mama seeratnya...apalagi saat Abah meminta maaf pada adikku yang ke-2.  sebenarnya tym Ramadhan 7 hari tu, b berlaku satu insiden yang kureng menyenangkan,  menghancurkan nikmat berbuka kami tym itu...dan saat itu,  hatiku betul2 hancur.  insiden itu telah merenggangkan hubungan dan hati2 kami.  syukur,  atas keberkatan dan rahmat Ramadhan,  hubungan kami sekeluarga jernih semula. 

Dan......

1 Syawal adalah penyaksian kepada betapa eratnya sebuah hubungan keluarga.   sebab itu,  syawal kali ini begitu signifikan sekali kepadaku.   hampir saja aku menitiskan air mata tapi terawat oleh insiden lucu bila giliran adikku pula yang memohon maaf kepadaku.   sebagai anak sulung dalam big family ini,  selepas Abah dan Mama;  tanganku lah yang akan di salam oleh 8 adik2ku dan 3 ipar2ku serta 6 anak2 buahku.   paling sadis,  bila adik perempuanku yang jajal,  ziela dan wiya pura2 menangis tersedu2 sambil memelukku.   suasana yang mulanya begitu touching sekali bertukar menjadi suasana yang sangat happening.   jadi,  semuanya ketawa gembira.

Paling happening masa acara bagi Ampau dan diPau,  memang lawak gila la.   Yang di bagi ampau happy sakan sampai berlawan2 sesama sendiri siapa yang paling banyak dapat ampau.  yang dipau,  sudah semestinya menelan liur,  ye la...duit da kopak.  apapun,  yang di bagi ampau dan dipau,  semua happy gila.

paling best, acara begambar keluarga.   setiap kali giliran beraya  di sini,  kami memang panggil big boss kedai gambar Best Photo datang ambil gambar raya family.   apa lagi,  tym begambar tu,  semuanya siap dengan possing masing2.   selain tukang gambar tu,  adik2ku yang lain pun sibuk juga ambil gambar guna HP masing2,  Cam digital dan Vid Cam yang Abah beli tym di dorang di Mekah tahun lepas.    paling tidak boleh lupa,  bila adikku yang no.4 mr. Slash,  suruh aku buat possing paling S****L.   Dia bilang mo post di Fb...hahaha....!!!!

Malam Raya 1 Syawal tu,  kami tengok balik gambar2 yang diambil guna Cam digital dan Vid Cam.   memang lucu sangat dan menggamit kerinduan walaupun baru berlaku di paginya.   dan gambar2 yang diambil oleh big boss Kedai Gambar Best Photo tu,  alamatnya sebulan dari sekarang la baru dapat tengok jawabnya.  hopefully,  dia dapat kasi siap cepat.

raya tahun ini,  bffku yang cantik gebu,  Suzie Gabriel Toyong datang beraya di rumah dengan anak,  adik dan 3 anak buahnya.   aku happy sangat.   mantan anak2 murid dari SMKK II juga datang berkunjung ke rumahku.   dan tahun ini setelah beberapa tahun,  aku keluar beraya ke rumah bffku,  suzie dan fatine.   sebenarnya bertahun juga aku tidak keluar beraya,  duduk di rumah saja.   tapi tahun ini,  alhamdulillah...aku keluar beraya.   sebab itu aku bilang,  raya tahun ini paling best,  paling touching dan paling happening.

Raya tahun ne,  akan diingati selamanya.   sebab kalau panjang umur,  raya 2012 tinggal kami yang belum kahwin ja di rumah.   jadi raya kurang happening sebab kami tinggal sikit saja.   baju pun tidaklah macam kumpulan boria.  mo happening lagi,  tunggu raya 2013....insyaAllah jika kami panjang umur,  dan aku berdoa pada Allah agar,  tahun 2013 kami dapat beraya dengan bersama lagi.   dan aku saat tu,  kalau ada rezeki Allah memakbulkan doaku,  aku beraya bersama suamiku...hehehe!!!

gambar2 akan diupload kemudian...sebelum gambar diupload pada entry ini,  aku mahu merakam ceritaku di hari raya pada bentuk plot dulu.   harap pada readerku si Luna Zura atau siapa saja yang masuk ke blogku ini dapat membaca dan berkongsi kegembiraanku.

em....sebenarnya pada 28 Ramadhan sampai 3 Syawal aku menanti sesuatu hasil dari doa yang ku panjat pada-Nya.....

Penantianku telah berakhir.   tahun ini sebenarnya aku cuba mempraktikkan apa yang jadi keprcayaan sahabat cantikku Luna Zura.   walau pun aku telat sehari memulakan doa a.k.a permohonanku pada Allah swt,  tapi aku yakin yang yang aku masih boleh mempraktikkannya.   penantianku berakhir semalam,  saat 3 syawal menjengukkan dirinya.  

Sungguhpun doaku belum termakbul dan penantianku sudah berakhir;   aku redha atas ketentuan Ilahi.   Aku yakin Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik.  siapa tau,  Allah cuma delay kan saja doaku itu,  penantianku itu.   siapa tau kan.......kuasa Allah itu maha Agung.