Thursday, June 30, 2011

An-Nas & PhD: antara Ragam, Khilaf dan Fitrah

hari ini ketika membuka Che Pinky,  ku lihat ada mesej di inboxku.  dan aku gembira sekali ia adalah dari sahabat cantikku,  Zue.    aku bangga sekali bila dia berjaya menyiapkan filem pendeknya.   dalam mesejnya dia memintaku untuk menonton filemnya itu.  saat membaca hasil tulisannya dalam the final scene: Cinta Seorang Guru,  aku kagum sekali dan semakin jatuh cinta pada tulisannya.   ada klausa indah yang menjentik hatiku,  membangunkan semula semangat adiwiraku sebagai pendidik dan ia begitu menyentuh hatiku.  dan ternyata ia memang karya hebat....dan dia sahabatku itu,  mendapat pujian dan pengiktirafan Dato Muhyiddin Yassin.  kau berhak untuk berbangga Zue.  aku saja merasa bangga kau mendapat pengiktirafan itu, apatah lagi kau Zue.  

Tie...
u have to watch my movie! u have to!
it's really great! (perasaan aku la...hihi)
karang aku upload di youtube k...

dia juga meluahkan rasa....sedih dan gembira....untuk itu aku cuma mampu menulis ini untuk dia....

Zue.....
kalau ada manusia pencemuh di duniamu, maka keluarkan saja kekuatan semangat adiwiramu itu, biar mereka kalah dengan semangatmu. tidak perlu menggunakan segala kesaktian dalam membuktikan bahawa kau adalah seorang pengkarya yang hebat malah seorang guru yang ikhlas dan bersunguh-sungguh demi kebutuhan muridmu. semangat dan kesungguhanmu sudah cukup menewaskan kesombongan, cemuhan dan cacian mereka. Mungkin bukan satu perkara yang enteng, banyak perjalanan masa diperlukan....untuk itu kau ambillah selama mana masa yang kau perlukan. kau tentukan sendiri banyak mana masa yang kau perlukan...sebab aku yakin hasilnya nanti adalah sesuatu yang sangat bernilai dan menggembirakan kau malah orang di sekelilingmu jua.

terpempan seketika aku ketika dia meluahkan rasa sedihnnya dia dengan segelintir teman yang memulaukan dia hanya kerana kejayaan dia.   rasa sedih kerana sahabatku itu diperlakukan begitu.   kasihan dia.  sedangkan dia cuma mahu mengembangkan bakatnya.   kalau aku di sana saat ini,  mahu saja aku memeluk dia, supaya dia tahu bahawa aku selalu siap menyokong dia.   kadang-kadang susah juga jadi orang yang sekreatif dia,  ada saja manusia yang agak dungu corak pemikirannya merosakkan suasana bahagia.   kemudian teringat aku kepada sejarah awal bermulanya hasad dengki di kalangan manusia.   kisah Habil dan Qabil anak kepada Nabi Adam a.s.  dan bila menyedari sejarah ini,  maka aku akur kenapa teman-teman sahabat cantikku itu dengki sekali padanya.   Cuma,  kenapa mereka iaitu teman-teman sahabatku itu,  tidak mahu belajar dari dia?? padahal sahabatku itu bukan pelokek ilmu.  lain halnya kalau sahabatku itu tidak mahu berkongsi bakatnya dengan orang lain.  dan aku tahu sangat,  dia...sahabatku itu bukan pelokek...tapi itulah manusia sering khilaf tapi jarang sedar.   aku juga begitu sering khilaf tapi aku mohon padaMu ya Allah,  jadikan aku manusia yang bila aku khilaf dan aku sedar.

Tuesday, June 28, 2011

Che T & Che Pink

Hari tu Che Pink meragam,  entah apa angin Che Pink sampai meragam begitu rupa.   gelabah juga Che T bila Che Pink meragam seperti itu.  Macam-macam Che T usaha supaya Che Pink hilang ragamnya.   tapi semua usaha Che T tidak berhasil.   syukur ada teman sekerja Che T mahu menolong.   alhamdulillah...akhirnya Che Pink sudah hilang ragamnya.   Che T bukan apa,  ikutkan hati mahu saja buang Che Pink tu ke laut,  nasib baik kewangan Che T kurang baik;  kalau tidak memang dah jadi kenangan Che Pink sekarang ni.  Che Pink,  lepas ni janganlah meragam lagi.  nanti Che T susah hati lagi.   Che Pink mesti tak nak tinggal kat laut kan,  atau kalau nasib Che Pink lebih baik,  Che T simpan Che Pink kat arkib negara.   kalau Che Pink nak meragam pun tunggulah waktu Che T ada duit.  ini tidak nak meragam pun ikut suka hati je.   Che Pink sayang,  jangan nakal-nakal dan buat hal lagi ya.   Che T sayang kat Che Pink.  Ibarat Pepatah Inggeris...."True Love From True Soul"....Lagipun Che Pink ni,  macam yang Che T selalu cakap ada sentimental valuenya....macam pepatah yang Che T selalu guna time sekolah dulu..."Kenangan Itu Kerinduan"....So Che Pink....sendiri mau ingatlah ye....!

Sunday, June 19, 2011

JeLaGa

Biar berjelaga kisahku
Tidak sekali ku lari
Biar gelap di hadapku
Ku tetap mandiri
Ku sendiri
Ku pasti ada kurnia
Ku bahagia

Ku Bahagia With Lyrics - Melly goeslow



Saturday, June 18, 2011

BaHaWa

Bahawa Kenangan Itu Kerinduan
Kerinduan Itu Perasaan
Perasaan Itu Unik
Unik Itu Seni
Seni Itu Halus

Friday, June 17, 2011

Di Ruang Rindu....: Jun: SeGaLa RaSa SeGaLa KiSah

Di Ruang Rindu....: Jun: SeGaLa RaSa SeGaLa KiSah: "sudah lama aku tidak menulis entry di blog kesayanganku ini. mungkin kerana aku terjerat dalam hobi gila yang tetap saja aku gelarkan ia a..."

Jun: SeGaLa RaSa SeGaLa KiSah

sudah lama aku tidak menulis entry di blog kesayanganku ini.   mungkin kerana aku terjerat dalam hobi gila yang tetap saja aku gelarkan ia adalah sebuah 'art',  membuat bintang dan mengisinya dalam balang yang cute.  a weird strong obsession...*wink*.  Kenapa art??? alasannya mudah;  sebab aku akan menghias balang berisi bintang dengan hiasan yang cantik.  padahal aku saja tidak tahu adakah deco yang kubuat pada balang itu layak dikategorikan sebagai cantik...hehehe!

begitu cepat masa berlalu,  sekarang saja sudah bulan Jun, 17.6.2011.   terlalu banyak perkara sedih dan gembira berlangsung dalam putaran kisahku dalam bulan ini.  gembiranya adalah aku sudah pun menamatkan studyku.   aku sudah tidak perlu bimbang dengan kegagalan menyiapkan assignment saat dateline sudah menjenguk dan memanggilku.  tidak lagi perlu risau tidak punya apa-apa persediaan saat exam menghampiri.   tapi sipi dari hatiku begitu merindui waktu-waktu itu.  rindu pada kuliah dan teman2 sekuliah.

bulan ini rasanya lebih banyak kisah sedih.   aku malah malas sekali memikirkannya.  bukan apa,  kisah sedih itu begitu menghimpit perasaan.   kesedihan besarnya adalah tentang 'Frust'(Frust lagi).   aku pun tidak tahu kenapa kalau dalam soal cinta,  aku selalu saja gagal.  mungkin kerana aku belum betul2 menemukan jodoh dari Allah.   kadang2 ada orang mempertikaikan yang aku terlalu memilih.   bila difikirkan,  aku bukanlah terlalu memilih.   lagi pula,  dalam soal jodoh salahkah kalau kita memilih asal bukan memilih pada rupa dan kebendaan.  untuk aku,  bila ada teman yang melabelkan aku dengan klausa 'terlalu' 'memilih' dan akibatnya aku masih dalam kesendirian dan ke'solo'an di usia ini,  aku hanya mendiamkan diri. well....malas mahu menjawab dan kubiarkan mereka terusan melabel aku sebagai pemilih.   frasa-frasa di atas kutulis rentetan dari kisah sedih yang melanda aku pada akhir bulan Mei dan minggu pertama dan kedua bulan Jun.   saat aku mengetahui bahawa 'dia' yang aku suka dan sayang akan melangsung hari bahagia.  aku kira kami ada 'sesuatu'.  biarpun 'instinct'ku memang sudah lebih awal mengatakan yang antara kami mungkin saja tidak menjadi.   namun,  aku masih bergantung harap agar 'sesuatu' akan terjadi antara kami bila ukhuwah itu tetap berlangsung mesra biarpun lewat sms dan Fb disebabkan jarak jauh itu.   walau kekadang rasa curiga timbul bila berlaku kesenyapan pada hubungan itu.   lalu,  persoalanku terjawab pada satu 'tagged' yang dititipkan untukku lewat fb.  dan 'tagged' itu telah meragut segala kegembiraanku saat studyku telah habis.   ingin sekali kuceritakan pada sahabat baikku 'fatine' cuma aku tidak sanggup kerana dia juga sudah punya kesedihan sendiri kerana neneknya telah kembali ke Rahmatullah.   aku tidak mahu menganggunya dengan kesedihanku.   cuma untuk menghilangkan sesak di dada kuceritakan sedikit kepada Jue dan meluahkan segala rasa sedih hingga menitiskan airmata pada Suzie dan Jihah.   betapa lemahnya imanku.  menangis kerana cinta.   Dia yang aku suka dan sayang,  memilih wanita lain.   ah biarlah...kata sahabat cantikku 'Zue',  "kalau dia pergi maka dia bukan yang terbaik untukku'.   lantas teringat pada cerpennya bertajuk "cola dan air putih"...rasanya aku belum lagi jadi air putih pada "Dia",  aku hanya "Cola" di matanya,  untuk itu aku tidak menyalahkannya.  aku akur dan faham.   tapi aku hanya wanita,  yang lemah pula imannya.  kepada suzie kuungkapkan pertanyaan,  'kenapa aku selalu gagal'?.  satu persoalan yang sebenarnya aku sudah tahu jawapannya.  tapi waktu aku menangis depan suzie saat hatiku benar-benar hiba,  persoalan itu terlontar mudah di mulutku...betapa lemah imanku...padahal bukankah aku patut bersifat qanaah dan istiqamah melalui segala dugaan dan masalah.   lupakah aku pada rukun iman ke enam yang sering kuajarkan dan memaksa muridku menghafalnya.  Beriman dengan Qada' dan Qadar.   aku tidak lupa.  malah ku sedmatkan dalam hati.   mungkin Allah belum lagi menetapkan jodohku dengan dia.  aku redha Ya Allah.  dan kepada 'Dia'...selamat pengantin baru.   rasanya belum terlewat untukku mengucapkannya...kerana baru tiga minggu selepas akad nikahnya 'Dia'.

cuti semester 1 selama 2 minggu baru-baru ini,  aku sakit.   sakit yang kualami tahun lalu menyerang lagi.  kalau dulu ia tidaklah seteruk tahun ini.   kali ini sakit itu betul2 menyiksaku.   betul2 merampas kegembiraanku.  aku mengadu kepada adik2ku.   namun masih menutup dan berpura-berpura di hadapan mereka yang rasa sakit itu hanya biasa-biasa saja.   padahal saat aku di dalam  bilik,  berpeluh2 menahan rasa sakit di dada yang seperti terbakar di selang-seli dengan rasa sakit perut yang azab.   setiap kali makan rasa sakit itu akan datang,  tidak makan hanya akan menyebabkan perutku sakit.  akhirnya selera makanku mati.   baru dua suap perutku sudah sebu.   lagi pula aku takut rasa sakit seperti terbakar itu berulang.   akibatnya aku hanya makan sesuap dua untuk mengalas perut bagi mengelak sakit perut.  aku memberanikan diri meng 'explore' mengenai sakit yang kualami di internet.   dan ia membuatkan aku takut tapi aku masih malas untuk berjumpa dengan doktor.  aku bercadang untuk membeli ubat saja,  lagi pula aku aku sudah tahu ubat apa yang perlu aku makan bagi melegakan sakitku itu.   aku kedapatan dengan abah,  pada petang 4 Jun bila dia melihat aku...ah...abah selalu saja perasan kalau anak-anaknya sakit padahal aku sudah cukup berhati-hati menyembunyikan sakitku itu.   abah memujukku ke hospital atau klinik tapi aku menolak tapi akhirnya aku kalah pada abah selepas dia menangis.   terasa benar kasih sayang abah padaku.  akhirnya aku bersetuju untuk ke hospital  selepas maghrib.   Reflux Gas and Dispepsia...itulah sakitku,  maka banyaklah senarai makanan dan minuman yang aku tidak boleh makan lagi selepas ini terutama dalam tempoh seminggu  dan doktor hanya menyuruhku memakan bubur sepanjang tempoh seminggu bermula 4 Jun.   Paling memeritkan adalah aku tidak boleh minum Kopi dan Teh...nah...padahal dua minuman itu adalah kegemaranku.   sampai-sampai aku dengan perasaan cuak terus bertanya pada doktor berbangsa India yang menyebabkan dia tersenyum simpul...." dua minuman tu lah kegemaran saya doc....jadi apa sajalah yang saya boleh minum?"....dengan senyum simpul penuh selamba...." Milo...Horlicks"....oh No...OMG...minuman itu buat aku rasa mual selepas meminumnya,  malah aku memang tidak pandai minum horlicks.   namun hikmah Allah maha agung.  terasa sungguh kasih sayang abah dan mama padaku.   setiap hari abah dan mama bertanya tentang kesihatanku.  biarpun malam 4 Jun itu,  mama berleter sedikit mengingatkan aku pada larangan-larangannya supaya aku tidak berdiet.   terngiang-ngiang kata-kata mama...."itulah kau tidak mau dengar cakap mama,  orang tua lebih tau bah" dan leteran itu menjadi kata-kata paling indah dan signifikan kepadaku,  seolah-olah menjadi halwa pada telinga sampai saat ini.  aku terasa kasih sayang mama padaku.  

dan sekarang ini aku macam fobia makan nasi.  kalau makan pun aku rasa takut nanti sakit di dada datang lagi.   terngiang2 pula kata-kata adikku yang nombor 6,  kunyah nasi tu sampai 12 kali. aduh payahnya....12 kali kunyah untuk satu suapan,   baru dua suap aku sudah kenyang sebab bosan.   tadi di sekolah aku makan nasi,  itu pun sebab aku terliur melihat ayam masak kicap.   memang pantang betul aku bila nampak ayam masak kicap,  mesti membuatkan aku lapar.   sayang betul nasi campur yang ku order,  tidak dapat menghabiskannya merupakan satu pembaziran.   apa boleh buatkan....!!!

syukur kesihatanku semakin baik.  sekurang-kurangnya aku ada ubat kalau sakit itu datang lagi.   cuma rasa sedih dan frust itu masih belum berapa pulih.  asyik teringat.  padahal aku tidak boleh sudah mengenang manusia itu.  syukur sekarang ada aktiviti baru yang dapat mengubat rasa frust itu.   Badminton,  terima kasi buat Jue yang sudi membawa aku untuk bermain badminton.   Rabu lepas aku dan Jue main badminton di sekolah,  biarpun hanya berdua,  ia dapat membuatkan aku lupa pada rasa frust itu.   match di antara aku dan Jue membuatkan aku ketawa sebab match itu lucu sangat.  hanya kami berdua di dewan itu,  tapi terasa meriah.   23 Jun nanti ada perlawanan bola jaring.  Jue suruh aku joined, satu permainan yang aku tidak pandai untuk bermain.  tapi untuk menyokong kawanku Jue,  ku turutkan dan ku iakan saja pelawaannya.  lagipula aku pasti match itu nanti penuh dengan gelak ketawa dan aksi2 mencuit hati.   ia mungkin dapat jadi terapi untuk meghilangkan frust ku itu.  semoga saja.

bosan pada rasa F.

Bahawasannya Kenangan itu Kerinduan
Kerinduan itu Perasaan
Perasaan itu Unik
Unik itu Seni
Seni itu Halus......