Friday, November 20, 2009

hari last kat sekolah....sesi 09...

sebak...pilu....lucu...happy....
hari nie br sekoloah aku kuar kan result upsr...pasal kemarin..blhnye kiteorg x tau yg upsr da kuar...g pun kemarin bussy skit...sbb kitaorg ade HUP.
hari ne hr sebak kat sekolah...ye la tgk reaksi bebudak...thn 6, yg gagal nangis...dan de gak yg gagal pon bt derk je....hr ne...aku tunaikan janji aku utk bg hadiah kat murid islam aku yg dapat A, hbs gak le rm50...sebab yg dapat A pun ade 4 org je...mimie 1 A(BM K2 penulisan) tp kesian kat die...gagal maths...nazlindah 1A(BM K2)lulus....sianessia...1A(BM k2) Ziannie 2A( BM K1K2)....hari ne murid2 tahun 6, bersalam-salaman dengan kami semua....menangis! sebak rs hati....hari ne juga aku dapat hadiah dr anak angkat ku(program anak angkat UPSR) bg aku hadiah...tekejut jugak...tp yg paling menyebak akau adalah...kata-kata dalam kad yg die bg
"....assalamualaikum.. terima kasih di atas segala-galanya. semoga Allah membalas segala budi baik ustazah dengan sebaik-baik pembalasan...AMIN..."
sebak sungguh rs hatiku mendapat doa dr anak muridku itu...terasa nikmat menjadi seorang guru. sebenarnya...murid-murid tidak tahu setakat mana kasih sayang seorang guru terhadap mereka....dan sebagai guru...kita juga tidak tahu setakat mana kasihnya mereka terhadap guru-gurunya...itulah sebenarnya nikmat menjadi seorang guru...
walaupun pada keseluruhannya...keputusan anak-anak murid kami di SK Ansip tidaklah mencapai tahap kecemrlangan...tp sekurang-kurangnya ada sedikit peningkatan...kredit harus diberi pada guru-guru tahun 6 yg bertungkus lumus sepanjang tahun 2009....semoga pada tahun depan akan ada murid kami yg dapat 5A....




Wednesday, November 18, 2009

sibuk....hujung sem yang memenatkan...rimas...lemas

Lama benar aku tidak menulis sebarang entri dalam blogku ini....terasa rindu sekali untuk menulis di sini...terasa rindu untuk menyambung novelku....yang terhenti di episod 8.

Pasti lah ramai orang menyangka yg guru-guru da mula goyang kaki kat sekolah sekarang...pasti byk hipotesis yg timbul....Ha1=guru-guru duk sembang and lepak kat kantin, bile kenyang lepak pulak kat bilik guru...Ha2=guru-guru ade yang pulang awal...duk kat sekolah sejam dua...pastu hilang nth ke mana? bagi menjawab soalan itu, saya akan menjawab secara diskritif.
Ya...memang terdapat guru yang duk goyang kaki, lepak kat kantin dan bilik guru dan balik awal...untuk menjawab sebab kenapa jadi begitu? saya tidak mempunyai jawapan...kerana siapalah saya untuk mengkritik guru-guru ini...'kata pentadbir saya...kita semua org yg da besar...mempunyai akal serta fikiran yg baik dan seimbang...terpulang pada kebijaksanaan guru-guru untuk membuat keputusan berdasarkan etika dalam profesion kita...sebagai pentadbir saya sudah pun membuat pertimbangan berdasarkan akal dan fikiran serta perasaan yg baik dan seimbang'. Tapi, tidak semua guru bersifat begitu...ramai guru yg kala ini adalah insan yg paling sibuk sekali...penyediaan report kemajuan murid, perancangan takwim panitia, membuat pelaporan panitia dan kokum tahun 2009 untuk dihantar kepada pihak pentadbir. kesibukan berganda akan dapat akan dirasakan lebih hebat pada guru yg sedang menyambung pelajaran...secara PJJ...samada OUM, UMS dan lain-lain universiti....bebanan assignment yg menuntut untuk disiapkan supaya menepati dateline penghantaran cukup mememningkan...stress....! mana lagi dengan tugas di sekolah...mengenadalikan acara-acara akhir tahun seperti hari kecemerlangan, sukan sekolah...Rimup semua menuntut untuk dilaksanakan...terasa seperti kerahan tenaga...tapi itulah guru...sibuk a=di awal ditengah dan di akhir...malah boleh dikatakan sibukm sepanjang tahun dengan program2 bersifat akademik dan juga kokum.

Aku sebagai guru, terasa sungguh penatnya hujung tahun ini, cuma terasa ringan sedikit kerana tidak ada lagi sesi P&P..bermakna kurang sedikit tekanan dalam menghadapi pelbagai karenah murid. lebih banyak berada di Bilik guru bagi menyiapkan laporan dan menyediakan perancangan takwim panitia PAI 2010. Bila ada masa terluang, saya akan menyiapkan assignment.
Menyebut pasal assignment...sem kali ini sungguh memeningkan kepala dengan subjeknya yg tough2...pasal DNA-RNA...huh! DNA tu aku tau la...tp RNA...???argghhhhhh. paling memualkan dan memeningkan aku sampai kene maigrain...adalah membuat "proposal kajian". proposal nie penting sbb akan di bawa pada final sem untuk membuat Thesis...utk sem 5 ne kami cuma perlu bab 1-3....masa kuliah pertama dgn Prof salleh...saya masih kabur dgn pembinaan item2 dalam kajian, bagaimana membina kerangka konsep dan bagaimana membina kerangka teori. syukur alhamdulillah selepas perjumpaan kedua, aku sudah faham bagaiman untuk membuat kajian ku itu. itupun setelah aku menyiapkan bab 1-2 masa malam sabtu minggu lalu, semalaman aku tidak tidur bagi menyiapkan bab 2 ku itu...huh...tp sungguh berbaloi kerana sekurang-kurangnya hasil kerja aku tidaklah salah 100%, cuma perlu sedikit penambahan...tapi...selepas habis saja kelas...aku terus sakit. maigrain yg terlalu sakit...sehinggakan aku tidak dapat menggerakkan kepala ku. aku gagahi juga untuk solat asar...sudahnya..selesai sahaja solat asar aku barting dan tanpa sedar tertidur yg dalam erti kata lain bila aku bangun balik...hari da pagi...subuh..terlepas maghrib dan isya....!berdosanya aku...tapi aku tertidur...sebab sakit kepala yg amat sangat...dengan tidak tidur semalaman....
Namun aku bersyukur sgt, kerana sekurang-kurangnyha untuk membina item2 yg perlu dalam bab 1-2 aku sudah tidak punya masalah lagi. alhamdulilah aku tinggal menyiapkan bab 3...dan jika dizinkan Allah...aku dapat menghantar 'proposal kajianku' pada hari sabtu ini.
Berbalik kepada sekolah, kemarin sekolahku membuat seminar keibubapaan...aku bertugas dalam jamuan....hari ne...dalam sekejap je lagi (pukul 8 am nanti) hari menanda tangan buku rekod. busy lagu...nasib baik aku bukan guru kelas. khamis nanti...hari kecemerlangan or HUP. busy lagi...padahal aku nak sgt tumpukan pada assignment ku ini...tapi...co-bisness aku adalah guru...so mmg patutla aku mendulukan tugasku sebagai guru....
Rasanya aku perlu berhenti di sini....jap gi nak gi sekolah...actually aku bt draft bab 3 tadi...ada peluang aku menulis di sini...rindu bah! okay....laptop-off!