Monday, August 31, 2009

The Climb- Miley Cyrus


I can almost see it
That dream I’m dreamin
But there’s a voice inside my head
saying"you’ll never reach it
"Every step I’m taking
Every move I make feelsLost
with ’known direction
My faith is shakin
But I gotta keep tryin
Gotta keep my handheld high
There’s always gonna be another mountain.
I’m always gonna wanna make it move.
Always gonna be an uphill battleSometimes
I’m gonna have to lose.
Ain’t about how fast I get there.
Ain’t about what’s waitin on the other side.
It’s the climb.
The struggles I’m facing.
The chances I’m taking.
Sometimes might knock me down butNo I’m not breaking.
I may not know it
but these are the moments
thatI’m gonna remember most, yeah.
I Just gotta keep going.And I gotta be strong.
Just keep pushing on,
’cause,There’s always gonna be another mountain.
I’m always gonna wanna make it move.
Always gonna be an uphill battle
But Sometimes I’m gonna have to lose.
Ain’t about how fast I get there.
Ain’t about what’s waitin on the other side.
It’s the climb.
Yeah-yeah
There’s always gonna be another mountain.
I’m always gonna wanna make it move.
Always gonna be an uphill battle
Sometimes you’re gonna have to lose.
Ain’t about how fast I get there.
Ain’t about what’s waitin on the other side.
It’s the climb.
Yeah-yeah-yeah
Keep on moving,
Keep climbing,Keep the faith,
BabyIt’s all about,
It’s all about the climb
Keep your faith,
Keep your faith
Whoa, O Whoa

Friday, August 21, 2009

TerUja...

Hari ini terasa sungguh teruja, Esok Ramadhan akan tiba...bersyukur aku ke hadrat allah kerana aku masih punya kesempatan untuk berada dalam bulan penuh Barakah...Rahmat dan keampunan...terasa sungguh kasih Allah SWT...tadi kat sekolah aku dan beberapa rakan rapat makan same2...sempena cuti sekolah dan hati terakhir makan siang ket sekolah...hehehe!
Hari juga aku dapat Quran tafsir dari kawanku Najihah...warne pink...aku hepi sangat. lbh terharu bila kawanku itu menghadiahkan Quran tersebut buatku. terasa bersemangat untuk memulakan "tadarrus" bermula malam ini. bahagia sekali kerana malam ini aku dan adik-beradik yang lain akan bertadarrus bersama-sama.
Hari ini juga aku terasa benar kehilangan, aku tidak mengerti ngan perasaan ini. terus terang aku terasa kehilangan sahabat baikku...Tuan Penasihatku. kadang2 aku tercari2...tapi syukur aku cepat teringat dan tersedar kembali. astaghfirullahal aziim3x...aku tidak boleh meluahkan perasaanku pada teman2 dan sahabat baikku...takut nanti mereka salah anggap walaupun mereka tidak akan menuduhku sebagai gila apalagi perampas. cuma saja perkara ini terlalu sensitif...

Tuesday, August 18, 2009

Jauh...

Pernah ada persahabatan...
Antara kita kini tinggal kenangan
Inginku lupakan semua tentang persababatan
Namun tak lagi
Kan seperti dirimu oh sahabatku
Jauh kau pergi meninggalkan persahabatan kita
Di sini aku merindui persahabatan kita
Kini kucuba mencari sahabat baru
Namun tak lagi kan seperti dirimu oh sahabatku

Pernah ada rasa cinta...
Antara kita kini tinggal kenangan
Inginku lupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi
Kan sepertimu dirimu oh bintangku
Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Disini aku merindukan dirimu
Kini ku coba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu oh kekasih
pernah ada....







GERAM...AKU BUKAN ROBOT TIDAK PUNYA PERASAAN

Kemarin aku betul2 angin ngan perangai anak muridku, sungguh kurang ajar sekali! sedih hatiku melihat perangai mereka. cerita bermula bila murid tahun 6 ku masuk ke dalam kelas agama. sudahla dtg lambat, buat perangai yang hampeh. ia bermula apabila ustazah najihah(guru J-Qaf) menyuruh murid2 yang tidak bertudung memakai tudung yang kami sediakan di bilik agama. 2 ornag muridku melawan tidak mahu memakai tudung tersesbut. kesian sungguh aku melihat najihah, yang sudahpun memegang tudung itu untuk diberikan kepada 2 orang muridku itu. apa yang membuatkan aku melenting ialah sikap seorang anak muridku yang membuang mukanya tidak mahu memandang apatahlagi ustazah najihah. geram sungguh aku. sudahnya, aku melenting dan bertanya kepada mereka "hina sangatkah kalo bertudung? ustazah najihah buat satu peraturan dalam kelas agama, iatu murid2 yang tidak bertudung, drg kene pakai tudung jika berada dalam bilik agama. semasa aku bertanya soalan itu, mereka masih lagi tidak memakai tudung tersebut, aku geram dan sedih, nth kenapa anak2 sekarang sgt sukar dibentuk, baru 12 tahun sdh semakin jauh pada agama. lalu aku berkata dengan tegas, "kalo kamu rasa bertudung itu hina, kamu blh keluar dr kelas ini"? sy betul2 kecewa dgn sikap kamu...tp sebagai cikgu kamu sy akan tetap mendoakan kamu semua agar berjaya dunia dan akhirat...byk kali aku beristighfar dan menyebut Ya...latiiff byk2.




AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN...

...tidak lama lagi ramdhan menghampiri kita, jendelanya sudah semakin hampir terbuka luas. jendela penug barakah, rahmat yang maha agung. sungguh aku tidak sabar menanti ramadhan. semoga aku punya kesempatan untuk berada di bulan barakah ini...

sesungguhnya terasa kerdil diri ini atas segala rahmat yang telah Allah berikan kepadaku, terasa sungguh KasihNya pada diriku yang hina ini. walaupun kadangkala aku lalai, namun Dia tidak pernah melupakanku. Semoga Ramadhan ini akan menjadi Ramadhan yang terbaik buatku...semoga Ramadhan ini juga memberikan seribu kerahmatan dan membawa kebahagian buat diriku. Dugaan yang aku terima baru2 ini banyak membuatkan aku semakin insaf...




KETIKA...

TIPS INI AKU COPY DARI SAUDARA NORAZHAT@msi, AKU TERTARIK NGAN TIPS2 INI...HARAP BOLEH DIKONGSIKAN BUAT KAWAN2 YG FOLLOW BLOG AKU NIE...
1. KETIKA MENCARI CALON, Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak
kitaJanganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR, Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi
meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di
hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN, Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk
mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan
meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI keranamenyia-nyiakan do'a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA, Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak
manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA, Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui
tidak melalui jalanbertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG, Jangan saling berlepas tangan, tapi
sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK. Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK. Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak
anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing
100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM, Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka
lebar berbanding lurusdengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG, Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia
mendampingikita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI, Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa
untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI, Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut,
tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
14. KETIKA MENDIDIK ANAK, Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah
orangtua yang tidak pernah marah kepada anak, kerana orang tua yang baik adalah orang
tua yang jujur kepada anak .
15. KETIKA ANAK BERMASALAH, Yakinilah bahawa tidak ada seorang anak pun yang tidak
mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar
oleh orang tuanya.
16.KETIKA ADA PIL. Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.
17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS. Gunakanlah formula 7 K
1. Ketaqwaan
2. Kasih sayang
3. Kesetiaan
4. Komunikasi dialogis
5. Keterbukaan
6. Kejujuran
7. Kesabaran

Sunday, August 16, 2009

DEMI HATI

...malam ini terasa sungguh pilu dalam hatiku ini...payah sekali membendung perasaan ini. bercampur baur antara kelegaan dan kesedihan. kelegaan kerana akhirnya penantian untuk aku mengetahui status sebenar dirinya, kesedihan kerana hati ini sebenarnya mencintai dirinya tapi dia telah dimiliki. sedayanya aku cuba untuk membendung perasaan sedih ini, sedayanya aku cuba untuk tidak menangis kerana aku berjanji dengan seseorang agar tidak menangis, tapi sejauh mana hati wanitaku bisa bertahan...aku tidak tau. kerana di kala aku mencurahkan perasaan lewat blogku ini, aku benar2 rapuh. sedayanya aku cuba untuk menahan airmataku dari jatuh...aku sedih kerana aku telah mencintai insan yang tidak layak untuk aku cintai. aku terasa berdosa...tetapi demi tuhan aku tidak tahu status sebenar dirinya...apatah lagi dia merahsiakannya dariku...dua tahun lamanya...dia merahsiakan siapa sebenarnya dia.
kenapa aku selalu berdepan dengan situasi ini...mungkin ini pembalasan atas dosa yang telah aku lakukan...kalau inib bisa mengurangi dosa2ku, aku redha ya Allah. cuma aku memohon agar Kau ampunilah dosaku, sinarilah aku dengan cahaya kegembiraan. kerana sesungguhnya kala ini hatiku hiba sekali...aku dituduh sebagai wanita gatal yang mengacau hak orang lain. sedangkan demi Allah aku tidak pernah berniat begitu. aku tidak tahu cerita sebenar tentang dia. sehingga ke saat ini pun aku masih belum habis fikir, kenapa semua terjadi. fikiranhku buntu sebenarnya. aku benar2 terkilan...terkilan yang amat sangat.
andai saja aku tahu, sudah pasti lama dulu aku sudah menjauhkan diriku...sudah pasti hati ini tidak jauh terpesong sehingga membibitkan rasa cinta di hatiku...pedih sungguh rasanya bila orang yang benar2 kita percaya menipu kita. tergamam aku seketika bila kebenaran tiba. semoga saja semua kepiluan, kehibaan dan kesedihan ini akan cepat berlalu..semua ini mungkin salah diriku...dan atas itu aku mohon maaf padanya atas keterlanjuran mencintai dirinya...kemaafan juga ku pohonkan dari isterinya atas segalanya...kerana demi Allah aku benar2 tidak tahu.

Rahsia Tarikh Lahir


RAHSIA TARIKH LAHIR.
Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal, mugkin boleh pakai juga sikit-sikit. Jangan percaya sangatla. Contoh: 12 April 1974 12 + 4 + 1974 = 1990 1 + 9 + 9 + 0 = 19 1 + 9 = 10 1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)
Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan

- Hadir dengan idea baru. - Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. - Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. - Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. - Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka. - Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat. - Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. - Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. - Mereka tidak suka bersendirian. - Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi. - Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
3. Ceria
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. - Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. - Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. - Mereka sangat popular dan idealistik. - Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
4. Konservatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional. - Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. - Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. - Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. - Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. - Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil. - Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
5. Perintis
- Mereka adalah perintis. - Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). - Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. - Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. - Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti. - Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. - Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. - Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. - Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. - Mereka suka seni musik. - Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius. - Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
7. Intelektual
- Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. - Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. - Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. - Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. - Mereka sangat suka berahsia. - Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah. - Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. - Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. - Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. - Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua. - Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. - Mereka sangat penyayang dan pemurah. - Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. - Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. - Mereka umpama 'sumpah-sumpah' yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. - Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). - Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

buat diri 2


buat diri 2

terkesima diri
atas panahan kata-kata
tersiat hati
atas tuduhan gila
sedang diri tidak tau
apa sebenarnya
cerita disebalik
lalu diri hanya celik
setelah panahan kata
penuh amarah dan nista
menusuk menuduh
diri hingga luluh
sehingga mencabul hati
yang suci
demi tuhan
tidak tertelan
kata-kata penuh nista itu
sakit lemas rimas benci
bawalah kesedihan itu
jauh dari diri

puisi "Ada Apa Dengan Cinta

Ketika tunas ini tumbuh
Serupa tubuh yang mengakar
Setiap nafas yang terhembus adalah kata
Angan, debur dan emosi
Bersatu dalam jubah terpautan
Tangan kita terikat
Lidah kita menyatu
Maka apa terucap adalah sabda pendita ratu
Ahh.. diluar itu pasir diluar itu debu
Hanya angin meniup saja
Lalu terbang hilang tak ada
Tapi kita tetap menari
Menari cuma kita yg tau
Jiwa ini tandu maka duduk saja
Maka akan kita bawa
Semua
Karena..
Kita..
Adalah..
SATU

Puisi 2

Kulari ke hutan kemudian menyanyiku
Kulari ke pantai kemudian teriakku
Sepi… sepi dan sendiri aku benci
Ingin bingar aku mau dipasar
Bosan aku dengan penat
Enyah saja engkau pekat
Seperti berjelaga jika kusendiri
Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh
Ada malaikat menyulam jaring laba
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan belok ke pantai
Perempuan datang atas nama cinta
Bunda pergi karena cinta
Digenangi air racun jingga adalah wajahmu
Seperti bulan lelap tidur dihatimu
Yang berdinding kelam dan kedinginan
Ada apa dengannya
Meninggalkan hati untuk dicaci
Baru sekali ini aku melihat karya surga dalam mata seorang hawa
Ada apa dengan cinta
Tapi aku pasti akan kembali
Dalam satu purnama
Untuk mempertanyakan kembali cintanya
Bukan untuknya
Bukan untuk siapa
Tapi untukku
Karena aku ingin

Sekali lagi....

Astaghfirullah hal Aziim3x...

hari ini sekali lagi aku menerima ujian besar yg sgt meluluhkan hati dan perasaanku. aku sungguh tidak menyangka perkara seperti ini berulang kembali. hari ini aku menerima panggilan telefon dr seorang wanita. dan wanita itu adalah isteri kepada Tuan Penasihatku itu. hampir berhenti degupan jantungku mendengar kata-katanya. demi allah aku betul2 tidak tau dia sudah berkahwin. demi allah andau aku tau, aku tidak akan menganggu suami org. aku bukanla wanita gila seperti itu. sudahnya aku di cop gatal oleh isterinya. demi allah aku benar2 menyangkakan yg "dia" bujang, single, belum kahwin, available. Kalau la aku tau sudah pasti aku akan menjauhkan diriku dari dirinya. hancur luluh hati dan perasaanku kerana dia juga menipuku...kenapa dia harus merahsiakan statusnya. seingatku, setiap kali aku bertanyakan adakah dia pya girlfriend or bile nak kawin dia akan menidakkannya. aku masih tidak habis fikir kenapa dia tidak berterus terang....sedih sangat...tapi aku bersyukur kerana akhirnya aku tau juga. kadang2 aku terfikir juga mungkin ini cara dia untuk membuatkan aku benci kepadanya atau untuk menjauhkan dirinya dari diriku...kerana dia tau pasal perasaanku padanya...mungkin. Yang pasti aku sudah pun menerima panggilan dari isterinya. dan aku rasa sudah tiba masa utk aku ucapkan selamat tinggal pada Tuan Penasihatku itu. apapun aku ucapkan terima kasih padanya atas segala-galanya. Aku redha atas segala ketentuan Yang Allah takdirkan untukku...
kerana ini adalah pembalasan atas segala dosa yg telah kulakukan...ampunilah segala dosaku ya Allah...! semoga akan ada sinar yg akan menyinari hidupku...amiin ya rabbal aalamiin...