Tuesday, April 28, 2009

Tugas Guru

kemarin aku rasa penat sekali...kelasku bermula dari jam 8am-10am...non-stop...!memang setiap isnin jadual kelasku sepeti ini, kepenatanku ini mungkin disebabkan oleh kuliahku hari sabtu dan ahad yang sampai petang...apatah lagi subjeknya adalah "Bahasa Inggeris"....penulisan akademik...(pensyarahku cakap yang this sem, BI kami memang Heavy).

Kelas pertamaku adalah murid tahun 4(dua masa), mata pelajaran al-Quran kemahiran bacaan. alhamdulillah anak2 itu dapat membaca dan sekurang-kurangnya dapat menyebut dengan baik dari segi makhraj huruf dan tajwid biarpun teknik pengajaranku cuma BIG(bacaan ikut guru) kerana murid2ku buta al-Quran...hehehehe!. jam 9am, tiba pula giliran kelas tahun 3, mata pelajarannya adalah al-Quran dengan kemahiran yang sama seperti tahun 4 tadi. ada seorang anak muridku yang biarpun sudah 10 kali aku membetulkan kesalahan bacaannya, tetap juga sama...anak2 yang lain sudah dapat menyebutnya..cuma dia sja yang susah sekali diajar...padahal ayatnya cuma ayat kedua surah al-Humazah yang berbunyi "Al-Lazii Jama a Maa lau wad dadah..". Muridku itu akan membaca ayat itu seperti ini "Al-Lazii Ja a ma a....sudahnya bg mengelakkan kepelikan bunyi bacaan ketika aku menyuruh murid membaca secara tartil, aku menyuruhnya diam sebentar apabila membaca ayat kedua itu.

sesi kedua sesi P&P bermula pada jam 10.20, kelas tahun 1...kemahirannya adalah IQRA'. aku berbagi tugas dengan ustzah J-Qaf. dia ajar murid yang masih berada di Iqra 1 dan aku mengajar murid yang berada di Iqra 2 dan 3. kelas tahun 1ku cuma ada 11 org jer, 1 orang iqra 3, da masuk page akhir iqra 3, 4 orang iqra 2. kelas seterusnya adalah tahun 2, kemahirannya adalah bacaan dalam solat iaitu doa iftitah...huh...kelas ini la yg membuat aku hampir2 bertukar menjadi singa...hehehe! sukuuuuurrr la nak...aku tidak sempat bertukar menjadi singa tetapi ku ubah dalam bentuk yang lain iaitu aku menyuruh dua murid perempuanku yang sudah hafal menggulung buku teks al-Quran seolah2 seperti "Healer", lalu aku menyuruh mereka membaca kalimah "Wasubhanalloohi bukratau wa asiila" ditelinga murid2 yang masih belum dapat menyebut kalimah itu dengan baik. bile dua ustazah kecil itu melaksanakan perintahku, aku hampir tergelak dan as a cikgu mereka, aku berusaha sedaya mungkin untuk menahan ketawaku dari keluar. boleh tahan garang juga kedua ustazah kecil itu. yang lucunya muka anak muridku yang masih belum hafal itu kecut dengan mereka berdua.hahahaha! jam 11.50-12.20 adalah giliran murid tahun 5, kemahirannya adalah azan & jawab azan...alhamdulillah anak2 itu dpat melaungkan azan walaupun masih perlu diperbaiki lagi. ketika mengajar jawab azan pada kalimah "Haiya Alas Solah& Haiya alal Falah" yang harus di jwab dengan kalimah "La haula wala Quw wata il laa bil laa hil aliy yil aziim"...aku menggunakan teknik "Healer"(aku saje je gelar teknik nie teknik Healer, sebab dalam teknik pengajaran tiada teknik ini) kerana setelah tiga kali mengajar lafaz ini, anak2 itu masih belum bisa menyebut dengan baik...hehehe...saja aku mendera telinga mereka sebagai pembalasan kepada penderaan hatiku. alhamdulillah anakku itu akhirnya dapat menyebutnya dengan baik. kelas yang terakhir adalah kelas tahun 6, mereka ku ajar bacaan dalam solat. beberapa org dalam kelas ini sangat mendera hati dan perasaanku, apetaknye dari bulan Januari sampai la sekarang, bacaan doa iftitah pn tak lepas lagi, syukur la murid yang lain sudah masuk doa qunut dan sudah yg hafal keseluruhan bacaan dalam solat. hari jumaat ini mereka yang sudah habis hafal bacaan dalam solat akan buat mali solat. yang aku risau sekarg nie adalah bebudak yang masih tak lepas lagi bacaan dalam solat. Target aku adalah sebelum tahun 6 ini melangkah ke form one iaitu masih menajdi muridku, aku mahu mereka sudah tahu solat, selepas hbs tahun 6, sekurang-kurangnya mereka sudah tau solat...sama ada meraka solat atau tidak selepas ini, wolluhu a'lam...terpulang la pada didikan ibubapa dan cikgu yang seterusnya kerana sekurang-kurangnya aku sudah membekalkan meraka dengan ilmu solat walaupun mungkin tidakla terlalu sempurna.

untuk pengajaran hari selasa pulak...nanti aku cerita kalo ade mase...

Wednesday, April 22, 2009

Tuan Penasihat 25%

sebenarnya aku selalu tertanya2 macamna la agaknya rupa Tuan penasihatku itu...adakah sekiut Bear ini..., hatta nama sebenarnya pun aku masih belum tau walaupun sudah 2 tahun usia persahabatan kami. yang tak adilnya dia da tau nama sebenarku, cit...itu pun pasal aku terlepas cakap....kalo nak tunggu dia tersasul menyebut namanya sendiri...hmmmm...kempunanla...sebab tuan penasihatku itukan BIJAK orgnya...dan walauapapun rupa parasnyabagi aku, tuan penasihatku itu tetap hensem and wannnnnngggggiiiii....sebab dia pakai minyak wangi POLO....hihihi!
Doa Buat Diri-Tuhanku

Seandainya telah KAU catatkan
Dia Milikku...Tercipta untukku, buatku...
Dekatkanlah ia padaku
Titipkanlah Kemesraan
Di antara Kami
Agar Kebahagian itu abadi

Dan....
Tuhanku Yang Maha Pengasih
Seiringkanlah Kami
Ketepian Sejahtera
Tetapi...Tuhanku...
Seandainya telah KAU takdirkan
Dia Bukan Milikku
Bawalah dia jauh dariku

Anak Buah


















kak long Aza(tudung Coklat) & kak Ngah Izza@ adik(Tudung Purple)






ADAM ( mase umur 6 hari)





ADAM (mase umur 2 minggu)






budak2 kiut nie anak buah aku, sekarang aku da ade 5 org anak buah...3 nieces and 2 nephew...lagi dua org tu aku nak masuk kan nanti coz time aku upload pic dorg, pic dorang kat pen drive aku yg satu lagi(sekrg da jd milik adik aku merangkap ibu pada budak kecik yg pakai tudung purple tue).....yang takde dalam blog aku nie name die abang Long Adib ngn baby Risya(Zulfa Batrisya)...baby Risya nie baru umur 2 minggu...lom kenduri cukur jambul lagi...
insyaALLAH dalam bulan 5 nanti....yang aku nie pulak entah bile la nak ade anak sendirik! hihihi....bak kata tuan penasihat ku, biar lambat asal selamat.....!(pstttt!!! kalo tuan penasihat sedang melayari blog nie, jgn lupe bace tajuk assignmnt oh assignmnt)






















kenangan sekitar Interim 09



time nie, i ngn dua member kamcengku "Yup" & "Kate" tgh pilih baju rasmi untuk kelas kami. Kate jadik model kami untuk menggayakan baju tue...nie antara aksi2 Kate...hehehe!




"kate" da nak kawen bulan 6 nie..nie kalo die tau aku in kan pic die kat blog aku nie maunye aku kene sumpah seranah....hehehe! lantak la...nti kalo die da mengandung...aku plan nak bagi die tengok gambar nie....hihihi!



nie pula gambar sebelum majlis bermula...masing2 sibuk ngn tugas masing2...




pic yang nie pulak adalah antara model2 interim...heeeee!




Pentas/backdrop design by Puspa....











and this is me...

















































































Thursday, April 16, 2009

DiBius Cinta

Kau membiusku dengan cinta
Cinta yang malu kukatakan
Kau membiusku dengan cinta
Sampai aku tak bisa berkata
Kau membius sampai aku jadi sering melamun
Memikirkan kita bisakah bersama
Aku dibius Cinta
Cintamu yang tak ada tandingan
Namun mungkin tak bisa
Entah ku tak tahu…oooh
Kita yang malu hati
untuk mengakui saling cinta
Usaha sekeras hati bersama selamanya
Aku dibius cinta…
Kau membiusku dengan cinta
Cinta yang malu kukatakan
kau membiusku dengan cinta
sampai aku tak bisa berkata
Kau membius sampai aku jadi sering melamun
Memikirkan kita bisakah
Kita yang malu hati
untuk mengakui saling cinta
Usaha sekeras hati bersama selamanya
Aku dibius cinta…
Aku dibius cinta…
Aku dibus cinta…

Thursday, April 2, 2009

praktikal oh praktikal

2. april. 2009
kenangan menjadi pengacara majlis semasa praktikal hari itu masih jelas tergambar di ruang mindaku...hehehe! apetaknye, lom penah lagi aku menjadi pengacara untuk program yang penuh ngn protokol. sudah pasti banyak kesalahan yg ku lakukan pada pengalaman pertamaku ini. salah satu yang terkesan adalah aku dan memberku "kate" lupa untuk mengucapkan "terima Kasih". tapi yg aku heran, member2 ku yg lain tidak pula menegur atau sekurang-kurangnya memberikan hint agar tidak lupa mengucapkan ucapan penuh nilai itu. padahal ianya melibatkan markah kami semua.
memang banyak kepincangan semasa program kami hari itu, thanks to Allah kerana berkat dariNya program itu dapat juga berjalan sehingga tamat, dan kami meenerima ucapan tahniah dari YDP PIBG. sungguhpun pensyarah interim kami en Azmi Jumat terkesan beberapa kepincangan protokol. alhamdulillah kami dapat markah "B" untuk assignment ini. syukurla...daripada dapat C.
walauapapun sudah tercatit banyak sejarah dan memori yang ku kira indah juga semasa program kat SMK Nambayan Hari tue. seronok sebenarnya. apatah lagi semasa motivasi bersama en norhasdi hassan@pakboi. tersentuh hati semasa mendengar ceramahnya yg berkisar mengenai jasa ibubapa. sebagai pengacara majlis sudah pasti aku cuba menahan airmata dr turun berlinang, bukan takut mascara atau eye shadow cair tp takut nti suara jadi sengau pula...hehehe!
andaila aku diberi peluang sekali lagi untuk mengacarakan kembali majlis itu, sudah pasti akan ku lakukan dengan lebih baik lagi. tapi ape nak buat peluang tidak semestinya selalu kita dapat...saat ini mahu saja aku berharap ade doraemon agar dapatku pinjam pintu masanya untuk megubah perjalanan majlis semasa aku mengacarakan program motivasi itu. satu kebenaran yg nyata doraemon itu cuma katun jepun kat ntv 7...jd selamat la si Doraemon comel kiut gendut itu dari menjadi mangsaku.
satu kebenaran yang nyata, memang benar ungkapan "pengalaman itu mengajar dan mendewasakan kita"...apa yang telah berlaku isnin yang lalu sebenarnya telah menjadi satu sejarah dalam lipatan hidupku dan kukira semua kawan2 sekuliahku juga. kita belajar dari sejarah, sejarah sebenarya jika dihayati dan di dalami maksud tersirat dan tersiratnya sudah pasti banyak pengajaran yang dapat kita ambil agar menjadi panduan dan iktibar dalam pemnduan hidup.
tapi sayangnya konsep beljar sejarah kat malaysia ini sangat membosankan. para pelajar ditekankan dengan ingatan terhadap fakta. konsep pengajaran sejarah di malaysia adalah "sejarah itu satu pelajaran". sedangkan sejarah sebenarnya harus dikupas, ahrus dihayati kemudian dijadikan iktibar, bagaimana? dengan membawa pelajar berfikir kenapa sesuatu peristiwa itu terjadi...tanpa perlu mengingat fakta. kemudian membawa pelajar berfikir apa penyebab peristiwa itu terjadi, bukan berdasarkan fakta tetapi melalui penanggapan dan pengamatan mereka serta kritikan berdasarkan fikiran dan pandangan murid sendiri. pada saya jika pelajar sekolah menengah di ajar melalui cara ini sudah pasti pelajaran sejarah menjadi seronok sekali.
bukan apa, aku teringat zaman sekolah menengah dulu, sungguhpun aku memamg meminati sejarah tetapi kerana cara pengajaran cikgu sejarahku membuatkan sejarah itu tidak hidup. tetapi setelah aku berada di alam Universiti, dan megambil degree dalam bidang sejarah, baru aku terasa nikmat belajar sejarah. aku belajar sejarah yg hidup. masa semester 1 dulu, pensayarah kami en Nordie membawaku ke corak pengajaran sejarah yang hidup...kumpulan ku diberi tajuk "wajarkah dato on keluar dari UMNO??". lalu aku cuba sedayaa upaya mencari fakta sejarah semasa zaman dato on, agar aku dapat mengupas tajuk kumpulan kami dengan menggunakan pandangan kami sendiri. syukur alhamdulillah kumpulan kami adalah antara kumpulan yang terbaik masa itu.
teknik pengajaran sejarah seperti en Nordie ini sebenarnya mampu membawa pelajar untuk memahami sesuatu sejarah itu dengan baik. pertama: secara tidak langsung pelajar akan meneroka @ membaca banyak buku untuk mencari fakta sebelum dapat mengupas tajuk dengan pandangan sendiri. kedua: pelajar dapat memberikan pandangan sendiri tentang sesuatu peristiwa sejarah.
wollohu a'lam...kerana setiap individu itu berbeza pendapatnya kan. harap2 satu hari nanti matapelajaran sejarah ini akan menjadi satu maatapelajaran yang sangat diminati pelajar. apatah lagi ada ura-ura mengatakan tahun 2010 matapelajaran sejarah akan di ajar di sekolah rendah...

perkembangan Melaka sebagai pusat perdagangan yang penting dalam abad ke-15 dan awal abad ke-16 disebabkan kedudukannya yang strategik di Selat Melaka

PENGENALAN
Nusantara(Alam Melayu) telah menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari India, Arab dan China sejak dari abad pertama lagi. Sumber-sumber bertulis china, India, Arab dan Yunani membuktikan bahawa kegiatan perdagangan di Rantau ini berkembang dengan pesat sebelum kebangkitan Kerajaan Melayu Melaka. Di antara pusat-pusat perdagangan yang muncul di Nusantara berdasarkan sumber-sumber berikut iaitu sumber dari China Tun Sun, Tan Chu-Li, Pan-Pan, sumber Yunani(Ptolomy)-Takola, Kole dan Sabaria, sumber India-Takola, Kataha, Kalagam, Tambaralinga dan sumber Arab-Kalah, Qalqullah dan Tiyumah.
Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijaya pada abad ke-15, Melaka telah Berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Kedudukan Melaka yang strategik menjadikannya sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal.
Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh srivijaya. Kejayaan menarik tumpuan perdagangan dari srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden.
Melaka sebenarnya telah mula berkembang dengan pesat di bawah pemerintahan Parameswara. Di bawah pemerintahan Parameswara Melaka telah menjadi sebuah Pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan awal abad ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah-ratus dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duerte Barbosa yang berkata, “sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai dunia”(He who is lord of Malacca has his hand on the throat of venice).
Tindakan Parameswara mengawal Selat Melaka yang menjadi faktor terpenting bagi survival ekonomi dan keutuhan Melaka.[1] Pasukan laut terbabit terdiri daripada orang Laut di sekitar selat Melaka yang menjadi tulang belakang kekuatan tentera laut Melaka. Kedudukan dan peranan "kelautan' dari segi politik, ekonomi dan ketenteraan kian menonjol di beberapa tahap awal abad ke-15.[2]
Senario Perkembangan Perdagangan di Melaka.
Setelah 3 tahun Melaka dibuka oleh Parameswara, penduduk Melaka yang berasaskan perikanan hanya berjumlah kira-kira seribu orang dan telah meningkat berkali ganda kepada hampir 6000 orang. Ini ditambah pula dengan kepesatan Melaka sebagai pusat perdagangan yang menjalankan pelbagai perdagangan barangan enterport seperti buah Pala, kain, batik, hamparan, bulu burung, cengkih, kayu dan cendana. Melihat kepada kepesatan ini, pihak pentadbir Melaka telah menyediakan pelbagai kemudahan dengan tujuan untuk menarik minat lebih banyak lagi kapal dagang berdagang di Melaka. Kapal-kapal dagangan ini akan di kenakan cukai 6 peratus dan perahu peribumi hanya 3 peratus. Melaka juga terkenal dengan pusat pelabuhan yang mementingkan keselamatan, pentadbiran yang teratur, dan cekap dalam mengendalikan pasar kosmopolitan. Menurut laporan China; Peraturan dan peruntukan kemudahan yang baik seperti gudang berkunci ada pengawal dan ada loceng untuk memberitahu jika ada kecemasan atau kekecohan. Apabila bersama dengan wakil-wakil perdagangan antara negara yang datang berdagang, raja menyediakan pasukan pengawal dengan hebatnya demi menjaga keamanan, kayu diikat dan menempakan keempat-empat pintu. Pada waktu malam ada orang mengawal.

PERKEMBANGAN MELAKA SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN YANG PENTING DI NUSANTARA DALAM ABAD KE-15 DAN AWAL ABAD KE-16 DISEBABKAN OLEH KEDUDUKANNYA DITEMPAT YANG STRATEGIK DI SELAT MELAKA.
Keagungan Kerajaan Melaka pada abad ke-15 dan awal abad ke-16 disebabkan oleh kegiatan perdagangannya. Kegiatan perdagangan ini merupakan satu pendapatan bagi kerajaan Melaka. Mengikut Sejarah Melayu[3], “Melaka digelar oleh orang Arab sebagai Malakat iaitu perhimpunan segala dagang”. Perdagangan merupakan warisan dan penerusan tradisi kerajaan Srivijaya yang terletak di Palembang[4]. Parameswara berusaha menjadikan Melaka sebagai sebuah emporium Melayu abad ke-15.

Gambar 1: Kelihatan Pedagang-pedagang arab bersembahyang di Pelabuhan Melaka
Melaka menjadi terkenal sebagai pusat perdagangan kerana faktor kedudukan geografinya yang strategik. Terletak ditengah-tengah perjalanan perdagangan Timur dan Barat yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang asing seperti China, India, Arab dan Kepulauan Melayu sendiri. Angin Monsun Barat Daya dan Timur Laut juga membantu pedagang-pedagang China dan India pergi ke Melaka. Kedudukan Melaka yang strategik membolehkannya berfungsi sebagai pelabuhan dan persinggahan bagi kapal-kapal yang berulang alik melalui Selat Melaka.
Pelabuhan Melaka terlindung dari tiupan angin dan jauh dari hutan Paya Bakau. Pintu pelabuhannya sangat dalam dan luas untuk membolehkan kapal-kapal besar masuk berlabuh. Selain itu terdapat rangkaian hubungan dengan daerah Pedalaman kerana sungai Melaka membuka jalan kepada jalan dagang seberang Semenanjung iaitu kawasan pengangkutan iaitu penarikan yang bersambung ke Jalan Muar-Pahang sehingga membawa ke kawasan yang kaya dengan emas di ulu Pahang.
Melaka merupakan sebuah tempat yang strategik kerana kedudukannya yang terletak di Selat Melaka menjadikannya sebuah negeri yang kaya dengan sumber asli. Melaka kaya dengan hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus dan rotan. Kekayaan hasil pertanian seperti rempah ratus, teh, beras dan lain-lain. Hasil-hasil laut seperti Kowri(matawang), kerang dwi katup, tiram dan lain-lain. Selain itu Melaka juga kaya dengan hasil perlombongan seperti emas, bijih timah, bijih besi, antimony dan lain-lain.
Kedudukan Melaka yang strategik di Selat Melaka menjadikannya menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari Negara lain. Kelansungan kepesatan sesuatu perdagangan amat memerlukan sistem pemerintahan dan pentadbiran yang cekap, teratur dan stabil. Kebanyakan kerajaan di Nusantara mempunyai sistem pentadbiran dan pemerintahan yang tersusun. Melaka contohnya mempunyai sistem pentadbiran yang cekap dengan wujudnya sistem pembesar empat lipatan dan sistem perundangan seperti undang-undang laut Melaka. Sistem ini melicinkan serta mengekalkan keamanan dan memajukan perdagangan.
Iklim juga berperanan dalam perkembangan Melaka sebagai pusat perdagangan yang penting di Nusantara. Kedudukan Melaka yang strategic membolehkannya menerima tiupan dua jenis angin iaitu angin Monsun Timur Laut dan angin Monsun Barat Daya. Kedua-dua angin ini bertiup selama 6 bulan mengikut giliran tahunan. Oleh yang demikian, pedagang dari Barat dan Timur tidak pernah bertembung dengan tiupan angin yang berlainan musim tadi; tidak berlaku masalah lalulintas kerana perjalanan sesebuah kapal ditentukan oleh angin tersebut.
Keistimewaan tiupan angin di Selat Melaka menyebabkan para pedagang menjadikan Melaka sebagai tempat persinggahan dan tempat untuk meletak barang dagangan di gudang untuk diniagakan apabila pedagang lain tiba di Melaka pada musim Monsun yang satu lagi. Sultan[Raja Iskandar Shah] juga telah menyediakan segala kemudahan samada berbentuk fizikal atau material di pelabuhan entrepot.
Kepesatan perdagangan di Melaka terbukti melalui catatan pedagang bangsa portugis Tom Pires[5] mengatakan bahawa setiap tahun terdapat sekurang-kurangnya 100 buah kapal besar dan kira-kira 30 hingga 40 buah kapal kecil tiba di pelabuhan Melaka. Dikatakan juga pelabuhan Melaka begitu besar sehingga boleh menampung hampir dua ribu buah kapal dalam satu-satu masa.
Tempoh masa yang sibuk di Melaka adalah di antara bulan Mac dan Disember. Ini kerana Selat Melaka akan menerima perubahan tiupan angin yang membolehkan kapal belayar. Dalam tempoh ini Melaka akan menerima ketibaan kapal-kapal dari Asia Timur dan Timur; manakala dari bulan Mei hingga September merupakan giliran pedagang dari Jawa dan Timur Nusantara berdagang di Melaka.
Oleh yang demikian, bagi menjaga keselamatan para pedagang luar di selat Melaka orang laut telah direkrut untuk bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kawasan perairan untuk membenteras kegiatan perlanunan. Mereka mengawal jalan-jalan laut supaya selamat daripada ancaman dan serangan lanun. Kedudukan Selat Melaka yang strategik memudahkan usaha untuk menjaga perairan di Selat Melaka.
Orang Laut sentiasa memberikan taat setia dan sokongan ketenteraan kepada pemerintah. Kerjasama yang erat antara pihak pemerintah dan Orang Laut telah berjaya mengatasi kegiatan lanun yang mengganas di sepanjang Selat Melaka. Apabila keselamatan terjamin, para pedagang bebas melakukan aktiviti perdagangan dengan Melaka. Parameswara menjadikan Orang Laut sebagai sebahagian daripada institusi dan sistem kerajaan.[6] Orang Laut mengakui kedaulatan Parameswara dan akan melindungi keselamatannya. Manakala Parameswara pula melindungi kehormatan dan kebajikan mereka. Orang Laut dijadikan sebahagian besar daripada angkatan Laut Melaka dan merupakan sumber tenaga yang paling penting untuk menjaga keamanan di samping menggalakkan saudagar asing ke pelabuhannya.[7]
Kedudukan Melaka di tempat yang strategik iaitu di Selat Melaka juga meransang pemerintah untuk menyediakan kemudahan perdagangan dan pentadbiran perniagaan. Pemerintah[Sultan] menyediakan kemudahan-kemudahan di pelabuhan seperti tempat menginap, tempat perniagaan, gudang, sistem sukatan dan timbangan yang standard, kemudahan membaiki kapal dan lain-lain kemudahan yang diperlukan oleh para pedagang yang singgah berdagang di Melaka. Di Melaka, Syahbandar, Nakhoda dan Kiwi[saudagar yang menghantar dan menyebarkan barangan dagangan] menguruskan hal-hal perdagangan. Matawang logam digunakan dalam semua urusniaga.
Kedudukan Melaka yang strategik di Selat Melaka juga telah mewujudkan hubungan diplomatik dengan China dan Jawa. Melaka juga telah mengambil inisiatif dengan menjalankan hubungan diplomatik dengan kuasa luar dan besar dan salah satunya adalah China (1403-1433).
Dalam aspek keselamatan, Melaka bernasib baik kerana telah mendapat perlindungan daripada negeri China, ini kerana Melaka terpaksa mempersembahkan 40 tahil emas kepada Siam jika tidak keselamatan Melaka akan terancam. Melaka pada masa itu belum lagi mempunyai kekuatan yang setaraf dengan Siam. Tindakan Siam tersebut juga adalah berikutan pembunuhan Temagi iaitu wakil pemerintah Siam di Singapura oleh Parameswara. Pada tahun 1403M, utusan China iaitu Laksamana Yin Cheng telah datang ke Melaka dan ini memberi peluang kepada parameswara untuk menangani masalah dengan Siam. Melaka melalui
Parameswara berharap dapat menfaatkan pengaruh China yang merupakan Negara terkuat di Asia pada masa itu untuk membela kedaulatannya.[8] Perhubungan diantara Melaka dan China semakin utuh pada tahun 1405 selepas utusan rombongan kerajaan Melaka tiba di Ibu Negara China, di mana Maharaja Ming telah telah memberi pegiktirafan kepada Parameswara sebagai raja Melaka dan dianugerahi Cap Kempal, sepasang kain sutera berkerajaan dan paying berkerajaan.[9] Siam telah bertindak menyerang Melaka dan merebut Cap Kempanya, namun Maharaja Ming telah menghantar Zheng He Ke ke Siam untuk menghalang persengketaan Siam dan Melaka. Parameswara teah menghantar utusan ke China yang menyatakan tentang pencerobohan orang Siam terhadap Melaka pada tahun 1407 dan sehubungan dengan itu, Maharaja China telah memberi amaran kepada kerajaan Siam supaya tidak mengganggu Melaka lagi. Pada tahun 1409, Laksamana Cheng Ho tiba di Melaka dengan membawa dikri Maharaja China sebagai lambing menaikkan taraf Melaka menjadi sebuah kerajaan.[10]
Selain daripada itu juga, Melaka turut mengadakan hubungan diplomatik dengan pihak kerajaan Jawa bagi mengatasi masalah kekurangan bahan makanan. Pertambanhan bilangan penduduk yang ramai mendorong Sultan Mahkota Iskandar Syah untuk menghantar duta ke Jawa kerana hendak berbaik-baik dengan pemerintah Jawa yang baru iaitu Vikramarvaddhana (1389-1429). Melaka juga melakukan hubunga diplomatik dengan Pasai melalui kegiatan perdagangan. Salah satu sebab Parameswara membuat hubungan ini adalah untuk memperkenalkan Melaka kepada dunia luar bagi mengukuhkan kedudukan mereka di samping untuk mendapatkan barangan dagangan.
Keterbukaan Perdagangan di Selat Melaka juga telah menyebabkan Melaka secara tidak langsung menjadi pusat penyebaran agama Hindu-Buddha dan Islam, di tambahlagi dengan kedudukannya yang sangat strategik di Selat Melakayang memudahkan kemasukan banyak bangsa yang menganut pelbagai agama. Melaka telah memainkan peranan dalam proses penyebaran agama-agama ini. Pengaruh ketiga-tiga agama yang kuat ini menyebabkan tarikan lebih banyak pedagang masuk ke Melaka untuk memperdagangkan barangan mereka.
Srivijaya dan Majapahit merupakan empayar beragama Hindu-Buddha di Nusantara. Kedua-dua negeri ini merupakan pusat perkembangan agama Buddha membantu mengembangkan kegiatan perdagangan dengan India dan China. Melaka merupakan empayar Islam, secara tidak langsung ianya dapat menarik pedagang Islam.
Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang dagangan, mejadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa dari Melaka ke temapat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakkan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.
Fungsi Melaka sebagai pelabuhan enterpot[pusat pengumpulan barang dagangan dan menguruskan penyebaran bahan-bahan ke pelbagai tempat dan dijadikan sebagai perantaraan pedagang dari Timur dan Nusantara] menjadikan Melaka sangat terkenal. Kepesatan perdagangannya telah menarik minat portugis di bawah pimpinan Alfonso De Alburqueque untuk menakluk Melaka pada tahun 1511.
Keagungan dan kemasyhuran Melaka sebagai Pusat perdagangan pada awal abad ke-15 dan awal abad ke-16 memang tidak dapat dinafikan. Keagungan empayar perdagangan Melaka mulai merosot setelah Melaka jatuh ke tangan portugis pada tahun 1511. Acheh telah menggantikan Melaka sebagai pusat perdagangan di Nusantara.

PENUTUP
Perkembangan Melaka sebagai pusat perdagangan yang penting di Nusantara dalam abad ke-15 dan awal abad ke-16 disebabkan oleh kedudukannya di tempat yang strategik di Selat Melaka. Perkembangan perdagangan di Nusantara berlaku kerana kedudukannya di persisiran pantai dan kepentingannya berasaskan kepada penguasaan lalulintas perdagangan di antara China dan India.
Melaka telah mencapai zaman kegemilangannya selepas kejatuhan Majapahit iaitu kira-kira tahun 1414 masihi. Ketika itu, Melaka telah diperintah oleh Sultan Muzaffar Syah. Baginda telah Berjaya meluaskan kuasanya di negeri sekitar Melaka. Ekspedisi peluasan kuasa ini telah membantu menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan yang penting di Nusantara pada abad ke 15 dan awal abad ke 16. Sejak pengasasannya, Melaka telah mempunyai sistem pentadbiran yang tersusun. Faktor ini menyebabkan Melaka muncul sebagai sebuah empayar yang terkenal.
Kedudukan Melaka yang strategik iaitu di Selat Melaka telah mendorong kepada perkembangan perdagangan di Nusantara. Antara faktor-faktor perkembangan perdagangan ini adalah disebabkan:-

· Kedudukan Geografi:
1. Kedudukan yang strategik kerana terlindung dari tiupan angin Monsun.
2. Perairan Selat Melaka yang terlindung ini membolehkan kapal dagang berlabuh dengan selamat.
3. Bentuk muka bumi Melaka yang berbukit sesuai dijadikan kubu pertahanan yang baik.

· Hubungan dengan Negara China:

1. Mendapat perlindungan dari China menyebabkan Melaka diiktiraf sebagai pusat perdagangan penting di Asia Tenggara.
2. Melaka terselamat dari ancaman Majapahit dan Siam.
3. Menggalakkan lebih ramai saudagar China berdagang di Melaka.

· Sistem Pemerintahan dan pentadbiran yang sistematik:

1. Sistem Pembesar empat lipatan menjamin pengurusan pentadbiran yang berkesan.
2. Pelaksanaan undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka membantu pentadbiran Melaka.
3. Undang-undang Laut Melaka yang menetapkan Bahasa Melayu sebagai lingua Franca memudahkan interaksi pedagang.
4. Orang laut bertanggungjawab memastikan keselamatan di laut dan mengawal keselamatan pelabuhan Melaka.
· Dasar perdagangan:

1. Hal-hal perdagangan diuruskan Syahbaandar, Nakhoda dan Kiwi.
2. Syahbandar – orang tengah antara pedagang dan kerajaan dalam pungutan cukai
3. Nakhoda – mengendali hal-hal perdagangan, penyelarasan dan pelayaran di
pelabuhan Melaka.
4. Kiwi – mengikut kapal yang membawa barang dagangan.
5. Sistem cukai berkeutamaan diperkenalkan iaitu 6% ke atas barangan India, Burma, Sri Lanka, 3% ke atas barangan dari Kepulauan Melayu.
6. Pedagang mesti mendapatkan surat kebenaran sebelum berniaga.
7. Sistem ukuran dan timbangan yang standard digunakan.
8. Sistem tukar barang atau matawang diamalkan.

· Pelbagai jenis barang dan bahan mentah:

1. Barangan import dari Barat seperti Coromandel, Parsi dan Arab ialah gula, beras, sayuran dan daging.
2. Melaka bertukar barangan dengan China seperti bijih, tembaga dan gaharu.
3. Melaka beroleh barang dagangan seperti rempah, kayu-kayan dan beras dari Burma, Jawa dan Siam.

· Kemudahan-kemudahan

1. Gudang yang disediakan dipagar dan ada penjaga.
2. Gudang untuk menyimpan barangan pedagang.
3. Kemudahan membaiki kapal turut tersedia.
4. Terdapat juga tempat penginapan, bekalan makanan dan minuman yang disediakan kepada pedagang.

· Peranan keagamaan:

1. Membentuk sebuah empayar Islam.
2. Pedagang Islam merupakan pedagang utama di Melaka.
3. Pengislaman Parameswara mempengaruhi perpindahan saudagar Islam dari Sumatera Utara ke Melaka.

· Dasar penaklukan:

1. Meluaskan kuasa di kawasan Tanah Melayu hingga pinggir laut Sumatera.
2. Melaka memperolehi emas dari Siak, lada hitam dari Rokan dan Kampar.
3. Kawasan jajahan yang luas mengukuhkan kedudukan Melaka sebagai empayar yang unggul.
Footnote

[1] Muhammad Yusoff Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka. Kajian Beberapa Aspek tentang Melaka
pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal.
139.
[2] Ismail Hussien, A Aziz Deraman dan Abd. Rahman Al-Ahmadi. 1993. Tamadun Melayu jilid satu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 191
3.
Versi Tahun 1612, edisi 1961. Hlm 81, 220
4.
O.W Wolster, Studying Srivijaya, JMBRAS, LXII, ii, 1944, hlm 1-32
5.
Armando Cortesao(ed) The Suma Oriental Of Tom Pires, jil 11, Haklyut Society, London 1944, hlm 254-255.
[6] ibid. hal. 145.
[7]ibid. hal. 46
[8] Kang Yuanzhi, 2002. Pelayaran Zheng He dan Alam Melayu. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia,
hlm 64.
[9] Ibid, hlm 65.
[10] Tan Ding Eing, 1975. Sejarah Malaysia dan Singapura. Op. Cit., hlm 3.