Monday, June 12, 2017

Bulan Buku: Jun 2017

Salam Nuzul Al-Quran.

Sampai. Ini double-trouble tralala punya gembira. Dia punya gembira macam dapat bonus satu setengah bulan gaji. 

Beduk berbunyi 3 kali.

Lebih kurang dua minggu lebih sedikit aku berurusan dengan penjual buku terpakai di carousell. Juga kerana terpikat dengan tajuk buku. Baru tadi waktu aku lagi di laundry, buku itu diCOD. Buku ini edisi 1+1. Dua cerita dalam satu buku.



Yang paling ditunggu. Totto Chan Gadis Cilik DiJendela akhirnya sampai. Dapat pesanan dari poslaju. Tanpa lengah terus menapak ke poslaju berjalan kaki. Senyum bulan sabit. Itu tanda gembira. Hard cover, dan aku; jatuh cinta lagi. 

Salam untuk Jun yang cun.
 

Friday, June 9, 2017

Bulan Buku: Jun 2017

Lagi dan lagi. Tadi memandu ke Tung Ma ambil buku. Syukur, jalan tidak sesak. Akan baca selepas Srengenge. Ini kisah tentang ayah. Rasanya, sejak sebulan lebih sedikit berhajat mahu beli, cuma asyik tangguh sebab mahu beli buku lain dulu...(etceceh alasan makcik bikin ruwet saja...ping). Review daripada seorang pembaca lelaki buat aku nekad beli. Pembaca itu suruh sediakan sapu tangan kalau lagi membaca buku ini. Jadi, semalam lepas sungkai aku terus PM penulis untuk urusan beli buku. Lagi pula, mahu sokong penulis dari kelahiran daerah sendiri. Aku harap alasan ini boleh pakai.



P/s: Sekarang tengah tunggu buku Totto Chan Gadis Cilik Di Jendela. Aku rasa lama lagi baru sampai. Buku ini juga aku nekad beli hasil review pembaca. Sinopsisnya mengurat aku. Tapi alasan paling ampuh, kerana tajuknya yang menggamit itu. Comel bunyinya. Totto Chan, Gadis Cilik Di Jendela. Lalu jatuh cinta lagi. Kata Najiha buku ini mahal. Kerana cinta, aku buka saja dompet yang kian menipis. Keehoi!

Salam untuk jun yang cun.

Tuesday, June 6, 2017

Bulan Buku: Jun 2017

Sampai. Gembira dan terharu. Dapat buku percuma. Senyum sampai telinga. Terima kasih, Afini.


Thursday, June 1, 2017

Bulan Buku: Jun 2017

Sampai. Terima kasih, Zul. Gembira gila hari ini. Hal yang menerbit suka dan cinta ini bezanya 10 hasta dengan manusia lainnya. Jadi, tidak usah mengira-ngira. Kau dan aku; kita berbeza. 

Terima Kasih Allah atas kurnia rezeki. Esok atau lusa, satu lagi buku bakalan sampai. 


Salam untuk Jun yang cun.

Friday, May 26, 2017

Bulan Buku: Mei 2017

Aku beli buku ini dari Carousell. Tersuka dengan tajuknya juga sinopsisnya. Sebuah kisah seram alih bahasa Thailand. Rupanya, pemilik asal buku ini seorang penulis. Bukunya bertajuk, Destiny. Genre cinta.  Sokonglah buku Lana Sophillia. Cari di Cute Publication. RM25 sebuah.


Saturday, May 20, 2017

Suara Katak.

Kau ingat,
katak-katak itu sengaja buat bising panggil hujan, Sebenarnya;
itu suara meminta rahmat Tuhan.
Jadi, 
kau bising-bisingkan-lah-mulutmu.
Minta rahmat Tuhan.
Ucap syukur 21. 
Mintanya katak saja didengar Tuhan, 
inikan pula, kau.

Friday, May 19, 2017

Lagu Pasir

Angin bawa aku berdesir 
Aku mahu menyanyi lagu pasir 
Saat aku mengalun sendu 
Di Ruang Rindu